Menu Utama

MCA Ugut Keluar Barisan Nasional, PAS Berani Ugut? Jangan Haraplah!!!

Walaupun MCA ­­­dalam Barisan Nasional hanya mempunyai kekuatan 7 kerusi Parlimen dengan kesemua daripada kerusi tersebut dimenangi dengan bantuan pengundi-pengundi Melayu, namun MCA nampaknya langsung tidak gentar. Malah parti yang kini dipimpin oleh Liow Tiong Lai dan ditimbalankan oleh Wee Ka Siong, begitu berani mengugut UMNO yang mempunyai kekuatan 88 kerusi Parlimen seandainya UMNO masih berterusan memberikan sokongan kepada PAS dalam isu pembentangan rang undang-undang hudud dalam persidangan Dewan Rakyat Jun hadapan.

Kalau selama ini, MCA bersembunyi-sembunyi mengenai kerjasamanya dengan DAP sehingga membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen, nampaknya isu hudud telah menyebabkan MCA tidak lagi berpura-pura. Sebaliknya secara berterus-terang, MCA memberitahu bahawa parti itu akan keluar dari Barisan Nasional sebagaimana yang mereka lakukan pada tahun 1969 sehinggalah tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Penyatuan MCA dengan DAP berhubung isu hudud sepatutnya membuka mata PAS. Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP secara terbuka menyelar dan MEMBABIKAN PAS dalam postingnya di blognya. (limguaneng.com).

Lim Guan Eng secara terbuka melabelkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai pembohong dan mendesak agar Presiden PAS itu menunjukkan bukti bertulis tentang persetujuan Pakatan Rakyat untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan sebagaimana yang didakwa.

Menurut Guan Eng, DAP tidak pernah bersetuju dengan cadangan perlaksanaan hudud. Malah Guan Eng secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan hudud yang disifatkannya sebagai kejam. Bagaimanapun, Lim Guan Eng yang bijak berselindung, tidak menyatakan hukuman itu kejam secara terbuka, sebaliknya berselindung di sebalik istilah, ‘TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN’.

Dari sini sahaja kita sudah dapat melihat bagaimana berbezanya MCA dan PAS dalam menegakkan kepercayaan mereka. MCA tidak teragak-agak mengugut UMNO dan Barisan Nasional untuk keluar daripada gabungan tersebut meskipun mereka sedar, kekuatan MCA sebenarnya terlalu bergantung kepada undi Melayu. MCA sendiri sentiasa gagal di kawasan bermajoritikan Cina di seluruh Malaysia. Malah di Selangor, MCA langsung tidak ada kerusi DUN kerana semua kerusi bermajoriti Cina telah dibolot oleh DAP dan PKR.

Sedangkan PAS pula, yang mempunyai 21 kerusi Parlimen kelihatan teragak-agak, bahkan terpaksa berselindung dengan menyalahkan UMNO kerana kegagalan dan ketakutan mereka kehilangan kawan seperti DAP.

Sebilangan pemimpin PAS sekarang ini sedang cuba memujuk DAP dengan menyatakan mereka sendiri tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Sebaliknya mereka menyalahkan UMNO kerana hudud dianggap sebagai satu perangkap UMNO walaupun sebenarnya yang bermain politik tentang hudud adalah PAS sendiri.

Jikalau MCA begitu berani mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional, apakah PAS juga berani berbuat demikian?

Melihat kepada tanda-tanda yang diberikan oleh kepimpinan PAS, tidak mungkin PAS berani keluar dari Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai satu pakatan yang amat menguntungkan parti itu. Bahkan PAS akhirnya akan berlembut hati dan menurut segala titah perintah Lim Guan Eng. Apatah lagi dengan cabaran MCA terhadap Guan Eng, pasti akan disambut oleh Setiausaha Agung DAP itu secara anak jantan dengan memantapkan lagi pendirian peribadinya dan DAP untuk menolak hudud walau dengan apa cara sekalipun.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang ulasan diberikan kepada komen Lim Guan Eng. Para pemimpin dan juak-juak PAS yang selalunya cukup sensitif, tiba-tiba sahaja menjadi pekak, tuli dan bisu kerana terlampau takutkan Lim Guan Eng dan DAP!






17 Komen to MCA Ugut Keluar Barisan Nasional, PAS Berani Ugut? Jangan Haraplah!!!

  1. alfie says:

    Bukan kah MCA sudah keluar dari BN semasa PRU13 bila secara ‘rahsia’ mereka semua TIDAK memberi UNDI kepada calon2 BN. Blessing in disguise! UMNO pun sedar tanpa sokongan MCA orang Melayu boleh BERKUASA. Jadi ugutan MCA sudah jadi BASI!!!!

  2. PuKiR says:

    Umno patut membabikan je MCA ni. Dasar tak guna sejak zaman presidennya jadi pelakon porno.. takde faedahnya bela mca ni lagi. Sah sah semua pakat sokong dap, lagi mau bagi macam2 janji kat deorang.. gadai negara semua cukup.

  3. alfie says:

    Ugutan MCA ibarat seseorang yang sudah telah lama keluar dari rumah kita dan sekarang pulak berkata tak nak tinggal bersama kita!!!!! Kita sudah lama sedar ‘bilek’ MCA dalam ‘rumah’ kita lama KOSONG!!!

  4. korokstabang says:

    pas mana boleh putus cinta 3 segi dengan dap & pkr kalau putus alamat gila talak lah pas

  5. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Pas mungkin tak sedar permainan kaum imigran cina kerana hatinya hitam berkarat dendamkan UMNO sejak dulu. Sejak ia ditubuhkan.
    Inilah kejayaan besar Nik Aziz sebagai pemecah perpaduan Melayu/Islam.
    Bagaimanapun, kalau Pas masih tak sedar, apakah Melayu selainnya juga masih tak sedar?

  6. MemangTerok says:

    Cina mungkin nampak bertelagah sesama sendiri. Tidak bersetuju , berbantah dan bermusuh sesama sendiri. TEtapi mereka yang memang sebangsa dan seagama akan dilihat bersatu untuk tujuan menentang orang yang bebeza agama dan bangsa.

    Maknannya mungkin cina sama cna dilihat bebalah. Tapi bila Ah Chong ajak Ah Lim belasah Hassan, mereka akan bersatu pergi belasah Hassan walau pun sebelum itu Ah Choing lebam bijik mata ditumbuk Ah Lim. Ah Lim bengkak tulang kering ditiuuu Ah Chong.

    Sifat itu tak ada pada bangsa kita. bangsa kita Bila Husin dengan Dolah bergaduh kalau boleh Husin mahu Dolah terus kojol. Tak larat cara kasar Husin hentam Dolah halushalus.

    Aku pernah diugut cara kasar atau cara halus oleh musuh. Aku cakap pada dia aku tak pilih, aku nak dua2. Alhamdulillah aku dilindungi, tukang ugut yang terkena balik dek barang dia sendiri. Aku tak terror, Allah lah yang maha kaya, kuat dan perkasa , setelah aku serah padaNya segala.

  7. raplahjingaa says:

    Yes !! bring it on !!…..keluarkan MCA dari barisan Nasional, kalau MIC nak keluarpun…keluarlah !!

    UMNO sepatutnya tak gentar dengan ugutan kaum pendatang ! Singkirkan MCA dari BN !!

  8. kulaan says:

    MCA telah terlibat dalam salah laku ugutan kepada kepimpinan BN. Maka keluarlah dahulu sebelum orang-orang Melayu keluarkan daripada Barisan Nasional. Kalau Najib lembik, dengan Najib sekali kita keluarkan…

  9. Demang Lebar says:

    SAYA TAK TERKEJUT ANDAIKATA TERJADI AKHIR NYA UMNO YG MENEGAKKAN HUDUD, BUKAN PAS .BAK KATA T/S P RAMLEE CEMPEDAK DAH JADI NANGKA,INI KERANA PARTI CAP BULAN TU SOMIK NA WA ATOQ NA HANYA PADA DAP,

  10. tony gunawan says:

    sikap acuh tak acuh umno membawa padah!

    sepatutnya umno perlu segera menyatakan setuju atau tidak setuju pelaksanaan hukum hudud di kelatan atau di malaysia dan bukan main wayang kulit,sekejap kata setuju.sekejap kata belum putus!

  11. Badrole Amin says:

    kalau 90% cina sokong/undi pakatan haram pada PRU12/13 lepas, makanya lagi 10% merupakan sisa sahaja atau satu angka tidak bermakna/siknifikan buat MCA dan Gerakan…ini juga bermakna MCA dan Gerakan membuang masa dan syok sendiri cuba menjadi hero kepada kaum cina dalam isu bantah pelaksanaan hudud di Kelantan

  12. Badrole Amin says:

    alo tony, berapa kali orang nak kena cakap engkau memang bodoh nak mampos, kalau tak faham diam lah ngok!

    ingat senang-senang ke UMNO kena setuju begitu saja hudud dilaksana di Kelantan sedangkan PAS terus memperlihatkan ketidakdilan dalam isu hudud ini berkata ianya tidak akan dikenakan terhadap orang bukan Islam? seperkara lagi, rang undang-undang persendirian( hudud) belum lagi PAS bentang di parlimen untuk dibahas

    semuanya perlu mengikut prosedur(perbahasan dan pengundian) sebelum boleh dikeluarkan satu dokumen hitam-putih mengenainya…nak laksana hudud bukan seperti cara DAP menipu dalam pilihan raya CECnya dengan sengaja tidak menghantar surat(untuk mengundi) kepada ramai perwakilan tertentu di seluruh negara yang diketahui anti dinasti kit siang dan guan eng supaya supaya mereka tidak dapat mengundi untuk menolak dinasti kit siang dan guan eng

  13. raplahjingaa says:

    Apa yang hang dok merepek apek ?? UMNO tak ada kena mengena dengan masaalah dalaman pembangkang !! PAS nak hudud PAS, DAP dan PKR kata tak boleh….PAS nak lawan tokey…..kita tengok apa hasilnya nanti kuli ke menang, taukey ke menang…!!

    UMNO sokong ke idak…tunggu la hari pembentangan darft tu di parlimen, tu pun kalau PAS betul-betul nak bentangkan di parlimen……..hehehe

  14. rusaminum says:

    Hampir semua umat islam di negara ni setuju dan percaya dengan hukum Hudud ni. Tetapi mereka nak lihat dan faham bagaimana hudud yang akan di bentang oleh PAS. Apa yang perlu di takutkan. Jika salah di perbetulkan. Jika kurang di tambah. Kan ini satu bentuk perbelajaran dan kefahaman bagi semua rakyat Malaysia.
    MCA pun bangang, dah keluar ke hudud ni? Dah di bentang dan di bahaskan?
    Tapi kalau dah nak keluar sangat, silakan lah keluar. Orang melayu xde hal nya.
    Lu dah tikam melayu dari belakang, sekarang nak lu nak buat hal lagi?
    En.Pas….jangan dolak dalik lagi.

  15. armok says:

    tony, korang nak setuju ke, bangkang ke , itu korang punya pasal lah ! Lu orang punya problem, lu orang kasi settle sendri lah !!! Apasal mau cari UMNO ?

  16. system baru says:

    mca kena faham kenapa di china 59 kaum tak menpertikaikan hukum komunis…
    rasuah di hukum mati dan harta di rampas
    kes keracunan susu di pemilik kilang hukum mati
    pengadar dadah di hukum mati
    penghianat negara di hukum mati mayat tak boleh dituntut oleh keluarga

  17. kulaan says:

    MCA perlu diingatkan agar jangan terus membuli orang Melayu dek kerana kelemahan mereka. Tak perlu ugut-ugut nak keluar BN. Cari salah sendiri…Kerusi mereka menangpun orang Melayu yang sokong…

Leave a Reply