Menu Utama

MCA Hanya Tolak Hudud, Bukan Anti-Islam

KUALA LUMPUR, 3 Mei — MCA hari ini menegaskan parti itu hanya menolak hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS dan bukannya bermaksud menolak agama Islam.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.

“Pendirian MCA untuk menolak Hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.

“Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan,” katanya ketika berucap semasa pelancaran Program ‘Teguh Bersama’ MCA di sini, Sabtu.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mempertahankan pendirian parti untuk menolak hukum Hudud.

“Kami mempunyai pakar perundangan khususnya yang boleh membincangkan tentang hukum Hudud dan akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistem perundangan negara yang sedia ada serta menghalang hukum itu dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

— BERNAMA






13 Komen to MCA Hanya Tolak Hudud, Bukan Anti-Islam

  1. raplahjingaa says:

    PAS nak tai-chi masaalah yang depa reka sendiri pada BN, depa buat-buat lupa dalam BN, UMNO dominan
    Tak sapa pun kata UMNO ni sempurna, UMNO pun teruk jugak….tapi tu la saja yang kita ada setakat ni….terbaik dari apa yang ada…. hehehe

  2. bujuk says:

    Hudud itu sebahagian dari Islam.. kalau dalam anggota kita, hudud umpama tangan. Boleh ke kita terima orang tersebut tapi taknak terima tangan dia?
    Orang Islam tak pernah kecoh pasal agama dan ritual agama budha, kristian dan hindu menunjukkan toleransi dan kebebasan agama di m’sia. Apa hak MCA menghalang orang Islam melaksanakan perundangan Islam pada orang muslim?
    Dr.Liow minta kaji dan tanya pada pakar perundangan MCA sebelum nak menyebuk pasal hukum hudud. Sebab yg. kena potong tangan, kena sebat dan kena rejam itu orang Islam bukannya orang kafir. Jadi liow tak perlu bimbang kalau dia bukan muslim… tapi dia pasti gembira jika dia muslim kerana lepas hudud d laksanakan, orang muslim jadi lebih baik, tiada pencuri/perasuah, tiada yg. minum arak, yg. tikam ekor dan berzina. Secara tak langsung juga perniagaan berbentuk maksiat dapat d kurangkan, jenayah dapat d sekat masyarakat lebih aman dan bahagia. Rumah tangga tentu aman bila tiada bapa yg. mabuk dan kaki judi memeras ahli keluarga, ibu2 lebih gembira bila kaum bapa tidak lagi balik jauh malam dan melupakan tugas seorang suami. Duit gaji lebih bernilai kerana tidak d bazirkan d mesin slot dan nombor ekor.
    Apakah pemimpin2 MCA,DAP, Gerakan dan lain2 tidak dapat menilai semua ni untuk kebaikan keluarga dan masyarakat? atau mereka hanya pentingkan tokey2 kedai ekor, kedai arak, kelab malam dan peniaga2 maksiat?
    Apakah pemimpin yg. menjaga maksiat ni yg. perlu kita pilih?
    Tepuk kepala tanya akal kita…

  3. acid says:

    Apa lah yg kau merepek ni bujuk ? Tah apa-apa !

  4. raplahjingaa says:

    Bukan sebahagian la bujuk ! ianya hanya 0.001% daripada Islam, portion sebahagian itu adalah 50% daripada Islam. Hang ni tau ka tak tau nak mengira % ??

    Kalau meliwat isteri dibolehkan, mana nak taruh muka umat Islam di negara ni ?? dulu hangpa pusing kata meliwat isteri tak jatuh dalam hukum Hudud, tapi hukum Qisas dan takzir, tapi aku tak pernah tengok pun draft tu kat mana-mana pun…apa cerita ni bujuk ?? hangpa nak malukan Islam lagi ke ???

    hangpa ni tak abih-abih memperlekehkan Islam…….anyway good luck dengan hudud PAS !!

  5. raplahjingaa says:

    cheh ! tanya akal konon…peliwat dan pezina hangpa angkat jadi ketua, tu apa cerita ??

  6. WTF says:

    Menurut Hadi Roi, Hudud hanya 0.0001% daripada Islam!!!

    Kalau nak perumpamaan pada tubuh badan manusia, maka perumpamaan paling layak patut Bujuk nyatakan di sini ialah lebihan kuku yg perlu dikerat demi menjaga kebersihan.

    Begitulah HINANYA hukum Hudud pada pandangan Hadi Roi!!!

    Dan kenapa pulak hang cerita hukum Hudud hanya dilaksanakan pada org Islam sahaja???

    Kan dah beberapa kali dah cakap kat sini, untuk berlaku ADIL, hukum Hudud perlu dilaksanakan pada semua orang, tak kira bangsa, agama mahupun jantina mereka!!!

    Apakah ADIL dgn menghukum org Islam yang BERSALAH dgn hukuman Hudud dan menghukum org bukan Islam yang BERSALAH dgn hukuman SIVIL!!!

    Sedangkan kedua2 org (Islam mahupun bukan Islam) BERSALAH dalam melakukan JENAYAH, tidak kira apa anutannya perlu dihukum dgn undang2 sedia ada.

    Jikalau hukum Hudud yang menjadi TERAS kepada penghukuman dan menjadi undang2 sedia ada, maka hukumlah kedua2 pesalah jenayah dgn hukum Hudud!!!

    Mana boleh org didapati bersalah buat kesalahan yang sama, tapi bila bab hukuman, boleh pulak dihukum lain2!!!

    Contohnya Bujuk dan Mek Esah (kedua2 mereka org Islam) didapati BERSALAH merompak bank!!! Bujuk dihukum potong tangan kanan manakala Mek Esah hanya dipenjara 10 tahun!!!

    ALASANNYA, Bujuk seorang LELAKI manakala Mek Esah seorang PEREMPUAN!!!

    ADIL tak macam tu Bujuk??? Cuba ULAS SIKIT!!!

    Sebagai tambahan, bukankah selama ini slogan PAS ialah PAS FOR ALL!!!

    Kalimah Allah pun PAS setuju boleh digunakan oleh non-muslim, sama ada sbg kata ganti nama tuhan dalam Bible mahupun dalam komik Ultraman!!!

    Tapi bila HUDUD, boleh pulak Bujuk kata hukum Hudud hanya dilaksanakan pada org muslim sahaja!!!

    APA NI??? HANG SOKONG KAFIR KA ATAU SOKONG ISLAM BUJUK???

  7. zed says:

    MCA jgn la sibuk dgn hal ehwal org Islam. Xkena-mengena langsung dgn org cina kapir. Takut org Islam bersatu ke apa? Bab ekonomi xda sebab hudud ekonomi jatuhnya…..pelabur negara Islam banyak la….

  8. bujuk says:

    raplajinga.. Nabi sebut, ada hadis kata malu sebahagian dari iman, ada hadis lain nabi kata Bersih sebahagian dari iman.. tapi dalam rukun iman takda pulak sebut malu dan bersih. Apakah kamu fikir sebut sebahagian tu maknanya 50%? atau kamu memang mencari salah..

  9. bujuk says:

    WTF… hang ada berapa anak?
    Apakah hukuman hang pada anak hang semua sama?
    Cth. Anak umur 20 tahun, anak 10 tahun dan 5 tahun. Isu solat cukup…
    Hang nak rotan anak 20 tahun dan 5 tahun ka? Tentu tak sama kan.. yg. 5 tahun hang pujuk, yg. 20 tahun hang nasihat. hang hanya rotan yg. 10 tahun jaaa… kenapa? Islam ajar buat camtu. Adil kaaa?

  10. acid says:

    Bujuk ! Yg wtf cakap adalah pasal hukuman antara org Islam dan kafir biar sama spt yg digariskan Allah dalam pelaksanaan hukumah Allah ! Kau nak sangkal dalil Allah ??? Keghairahan membela pendapat kao yg tidak bersandar pada nas melebihi kepentingan umum ??

  11. bujuk says:

    Boleh acid buktikan ayat mana yg. wajibkan hudud pada orang kafir atau maksud mengikut kefahaman kamu. Sebab apa yg. aku faham.. ulamak mengatakan bab hudud ni boleh ikut ayat ‘tiada paksaan dalam beragama’ sebab ada ayat lain yg. sebut.. bila mereka datang kepada kamu(rasulullah) maka hukumlah dan jika mereka berpaling biarlah mereka berhukum dengan agama mereka. Ini ikut kefahaman aku… bukan direct translation. Jadi banyak kelemahan.. Apa pun aku bangga jika k’jaan mampu buat seperti Brunei. Tapi dengan keterbatasan kita d m’sia biarlah perlahan2 tapi berganjak bukannya berdiam koma selama 57 tahun isu hudud ni.

  12. acid says:

    Bujuk ! dah berapa kali aku sertakan dalil2 dari Al Quran tentang masalah ini, tapi nampaknya kau sengaja buat2 tak faham dan masih cuba memutarbelitkan arahan dan perintah Allah demi menegakkan pendapat kau yg bertentangan dengan perintah Allah.
    Sebenarnnya, setiap pelaksanaan hukum Allah ke atas umat manusia tiada dolak dan dalih seperti yg kau reka2. Kalau dah wajib, akan wajiblah dia sampai bila2 pun dan macamana pun kau cuba nak pusing, ia akan tetap wajib.
    Malangnya, bila kau bercakap soal hudud, kau lebih banyak mengikut akal tanpa melihat dan merujuk pada dalil2 yg pernah aku sertakan beberapa kali. Adalah dusta bila mengatakan hudud Allah hanya terkena pada org Islam sahaja manakala org kafir tidak. Antaranya, aku bawakan :
    1.[ at Taubah (9).33 ]
    2.[al Maidah (5).50 ]

    3.[al Maidah (5).45]
    4.[al Maidah (5).47]
    5.[al Maidah (5) 44]

    Persoalan kau bujuk yg mengatakan apakah org kafir terkena hukum Islam atau tidak ?Yang mana sepatutnya kau tak timbulkan jika kau faham bahawa satu-satunya hukuman yg wajib keatas manusia adalah hanya hukum Allah. Ada Faham bujuk ??
    Terdapat dalil yg menyokong hujah ini, iaitu sila rujuki [al Maidah.(5) 42]
    Baiklah bujuk, yg serba tak faham dan buat2 tak faham, bila menyentuh tentang pilihan
    yg di beri pada orang kafir, seperti yg kau tanya tu, itu sebenarnya Allah memberi pilihan kepada Rasulullah, bukan kepada si kafir yg macam kau cakap !
    Allah swt. dah menjelaskan adalah haram bagi org Islam untuk memutuskan hukum selain hukum Allah.
    Dalam firmannya yg lain ; ” Maka putuskan lah antara mereka menurut apa yg Allah turunkan, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran ( hukum Allah) yg telah datang kepadamu . [al Maidah.(5).48].
    Selain itu terdapat juga di dalam firman Allah ; ” Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran ( hukum Islam) yg telah dtg kepadamu [al Maidah (5).48].
    Aku tambah lagi, sila rujuk surah [an Nisa (4)105]
    Sepatutnya carilah ilmu dahulu, jangan sembrono bercakap soal agama, tanpa ilmu..
    Satu lagi, sila rujuk tafsiran kau di atas tu, kerana itu hanyalah tafsiran kau semata. Carilah tafsiran yg sebenar.. Harap maklum.

    Wallahu a’lam.

  13. acid says:

    Bujuk, sebagaimana yg pernah aku cakap/tulis, aku cuma mahukan jika nanti hudud dapat dilaksanakan, biarlah ia hudud yg sebenar yg mengikut garis dan panduan dari Al Quran yg dapat memberi kebaikkan kepada seluruh umat manusia.. Janganlah jadikan segala usaha dan perjuangan itu sia-sia di sisi Allah…

Leave a Reply