Menu Utama

Mangsa culik warga China, Filipina sudah dibebaskan

PM-culikPerdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan Warga China dan Filipina yang diculik di sebuah resort atas air, Sipada awal April lepas, sudah dibebaskan tanpa sebarang bayaran pampasan dan kini berada di Sabah

Kerajaan sedang menguruskan kepulangan mereka ke China.

Sementara itu Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pembebasan mereka adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.

“Kedua-dua mereka tiba di sini (Kota Kinabalu) pada 10.30 pagi tadi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lokasi kedua-dua mangsa itu kini.

cinaculikPada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

Kumpulan penculik itu dilaporkan telah menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan Gao.

Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah
(Esszone) diperketatkan dengan menambah aset tambahan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan polis Sabah telah menahan empat orang termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan.

Dua wanita itu ditahan di resort berkenaan manakala seorang lagi wanita dan seorang lelaki ditahan di sebuah perkampungan di Semporna.






2 Komen to Mangsa culik warga China, Filipina sudah dibebaskan

  1. Pak Tho says:

    Jangan lalai lgi.

  2. raplahjingaa says:

    Kerajaan harus tegas dengan chalets operators disana, mereka macam tak mahu bekerjasama dengan kerajaan, ada operators yang tak suka dengan kehadiran anggota keselamatan dipersekitaran mereka. Depa ni la yang kerajaan patut bagi kata dua, bekerjasama, atau ataupun tutup perniagaan. Bila timbul masaalah kerajaan jugak nanti disalahkan.

    Yang kerajaan ni pun satu hal….dah tahu perairan Sabah tu luas, dan sukar dikawal secara insani, gunakanlah technology moden yang ada seperti USV, UAV, radar dan sebagainya….takat tambah patrol boat tak kan dapat banyak membantu. Komander- komander kita di sana harus bekerja keras, jangan ikut cara lama….

    Dah sampai masanya Malaysia harus memiliki AWACS.

Leave a Reply