Menu Utama

PRK Teluk Intan : Lucutkan “Ketuanan Melayu” Cara DAP Rampas Malaysia?

lim-kit-siang

Kita disajikan dengan episod yang cukup memualkan dalam PRK Teluk Intan kali ini. Keputusan DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya untuk memberi tekanan agar keistimewaan orang Melayu dilucutkan atas alasan kononnya ia merupakan perkara yang tidak adil terhadap bangsa Cina mencetuskan fenomena kebencian. DAP buat-buat lupa bahawa Tuan Tanah Melayu ini merupakan bangsa Melayu.

Lim Kit Siang buat-buat lupa bahawa bangsa Cina dibawa ke Tanah Melayu asalnya untuk melombong bijih timah manakala orang India dibawa ke Tanah Melayu pula untuk mengerjakan estet. Kata kunci di sini adalah negara Tanah Melayu. Walaupun ianya ditukar kepada nama Malaysia namun sejarah tetap sama iaitu ianya milik orang Melayu.

Adakah tidak adil orang Melayu diberi keistimewaan memandangkan mereka tuan tanah. Kesamarataan yang dibawa oleh DAP dan Dyana di PRK Teluk Intan merupakan satu misi yang menganiaya tuan Tanah Melayu. Adakah tetamu yang bertandang ke rumah anda mendapat hak yang sama sebagaimana tuan rumah itu sendiri. DAP cuba menjalankan rampasan kuasa melalui apa jua cara dari Tuan Tanah Melayu.

Perkara yang membuat rakyat “sentap” apabila agenda jahat DAP ini turut didokong oleh segelintir bangsa Melayu yang mampu “dibeli” oleh DAP. Tindakan Dyana Sofya yang turut melaungkan suara Lim Kit Siang untuk menghapuskan hak orang Melayu sebenarnya bakal membangkitkan semula perpaduan dikalangan orang Melayu.

Apa sahaja cacian, kejian dan sindiran yang dilemparkan oleh Dyana Sofyana dan ibunya terhadap bangsa Melayu dan para pemimpin UMNO yang berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara sudah pasti akan mendapat pujian yang cukup tinggi dari bapa racist DAP iaitu Lim Kit Siang.

Kononnya ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad telah memberi perumpamaan yang sangat “mendalam” merujuk kepada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah mengangkat Yammy sebagai seorang ibu yang hebat kerana berani memberikan sindiran tajam kepada Dr Mahathir. Umum tahu bagaimana dendamnya Lim Kit Siang terhadap Tun. Lim Kit Siang gagal memporakperandakan orang Melayu semasa zaman pemerintahan Tun.

“Yammy, anda lebih baik daripada Dr Mahathir kerana berdiri teguh di belakang anak anda. Andalah ibu yang terpuji,” kata Lim Kit Siang ketika berucap di hadapan kira-kira 500 pengundi Cina di Tokong Bu Tong San di Teluk Intan.

Yammy menyindir Dr Mahathir ketika menjawab kenyataan Tun Mahathir yang mengecam dirinya sebagai ahli Umno tetapi membiarkan Dyana bertanding atas tiket DAP. Kononnya Yammy sehabis daya mahukan mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir. Namun ini jelas satu kenyataan putar belit ibu kepada pengkhianat Melayu. Beliau terlalu ketara merupakan orang kuat dibelakang pengkhianatn Dyana Sofya terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

Agenda menyingkirkan orang Melayu dari memerintah negara perlu dipandang serius. Ianya bakal melibatkan masa depan anak cucu kita semua. Kita perlu sentiasa ingat bahawa sekiranya bangsa Cina dihalau mereka boleh balik ke negara China. Dan sekiranya orang India dihalau, mereka boleh pulang ke negara India. Sekiranya orang Melayu dihalau kita tidak ada negara untuk dituju. Di sinilah negara kita. Oleh itu pertahankanlah dengan sepenuh hati kita.






21 Komen to PRK Teluk Intan : Lucutkan “Ketuanan Melayu” Cara DAP Rampas Malaysia?

  1. MemangTerok says:

    Kalau orang Melayu dihalau kita kena terjun laut. Itu pun kita kena pasti kita sampai hingga ke perairan antarabangsa (international waters ) ye ini letaknya jauh ketengah lautan untuk menghindar sebarang tuntutan dari negara Malaysia.

    Dan yang sedang bersemangat membantu cina dalam proses menghalau itu ialah orang Melayu sendiri. Sama saperti PKM mengrekruit orang melayu melawan pemerintah melayu untuk merampas Tanah melayu. Dan orang Melayu yang hati mereka sudah hitam, otak mereka gelap akan menidak apa saja yang keluar dari mulut orang Melayu kerana mereka sudah dicinakan.

    Kita tidak pelik timbulnya trend begini kerana ancaman ini bukan ancaman jenis baru. Bahkan kewujudan mereka sejak zaman komunis PKM lagi.

    Syabas untuk anda yang menderhaka pada mak bapak sendiri kerana dihasut Ah Chong, Ah Lim dan Ah Kow suruh menderhaka.

  2. hentam ajelah says:

    ….nak keluar mengundi pun orang melayu malas…..nak suruh berperang ..tobat lahum … tapi hebat mengamuk bila brim tk lulus…..he he

  3. tengkudin says:

    tu la…..mmg DAP sengaja ambik budak mentah betina ni jadi window dressing DAP untuk kacau UiTM…kimak tul la

  4. baba says:

    ni cara halus dap nak jatuhkan org melayu dgn memberi peluang kpd org melayu dlm partinya dan bagi 2-3 tempat kepada mereka utk menjadi calon pilihanraya. dengan ini org melayu akan percaya dap tidak rasis dan mula dibuai mimpi. ketika itu dap akan mulakan agenda utk menguasai kuasa politik negara.kalau dap benar2 ikhlas sanggupkah mereka memberi kerusi utama kpd org melayu?

  5. bujuk says:

    Se resist2 LKS/DAP mereka letak calon melayu d kws. cina, beranikah/sanggupkah BN/Gerakan bagi laluan pada orang melayu d T.Intan?
    Seperti DAP, Gerakan juga bukan parti BANGSA walaupun dikuasai oleh orang cina. Tentu hebat… jika Gerakan bagi laluan pada Pn.Yammy untuk bertanding dengan Dyana. Nampaknya Pn.Yammy lebih bijak berpolitik dan berhujah. TunM mesti tabik dengan bidasan Pn.Yammy pasal Marina.

  6. bajak says:

    ala bujuk ni kn strategi politik..tgk je la pru 14 nnt…xde nye dyana nie jd calon dap kt telok intan…

  7. korokstabang says:

    di telok intan kalau dap letak anjing sekalipun melayu pas akan bagi undi pada dap asalkan calon tu bukan UMNO/BN apa pilihan UMNO/BN kalau letak calon melayu pun tak guna, tengok lah sekarang minah melayu dap tu terang2 kempen hak samarata dengan menyerang instituasi melayu termasuk mara/uitm melayu pas turut sokong dap hanya perlu kaitkan semuanya dengan UMNO termasuk hapuskan hak melayu orang melayu pas tetap sokong dap

  8. WTF says:

    Kalau betul Yammy tu lagi bijak dari Mahathir, kenapa Yammy tak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia???

    Cuba ulas sikit Bujuk???

  9. anakbochek says:

    “Nampaknya Pn.Yammy lebih bijak berpolitik dan berhujah. TunM mesti tabik dengan bidasan Pn.Yammy pasal Marina.”

    Lebih bijak berpolitik dan berhujah tidak menjamin ia dapat menjadi pemimpin yang baik, contoh paling dekat ambik TGNA. Hujah memang first class tapi pentadbiran dan pengurusan ke laut.

  10. bujuk says:

    hihihi… aku tak kata dia lebih bijak dari tunM(taktau la kalau memang dia lagi bijak dari tunM), maksud aku dia lebih bijak berpolitik dari dyana. Jadi BN patutnya calonkan Yammy.. mungkin lebih berpeluang berbanding pengerusi Gerakan.

  11. WTF says:

    Yammy memang tak bijak daripada Mahathir, itu memang kami pasti Bujuk!!!

    Cadangan hang DITOLAK, sebab Suruhanjaya Pilihanraya Raya akan membatalkan percalonan di mana ada unsur2 NEPOTISME (dalam kes ini ibu (Yammy) lawan anak (Dyana))

    PRK Teluk Intan bukan macam pemilihan parti Imam Mahadi hang Bujuk (Nuar Berahi lawan Jijah Sepat Kering utuk jawatan Presiden PGaYR)

    Boleh tak Bujuk jangan jadi katak bawah tempurung lagi!!!

  12. raplahjingaa says:

    Cina DAP masih tak dapat terima kenyataan depa adalah satu-satunya bangsa cina di dunia ni yang diperintah oleh orang melayu !!

  13. Hamba Ar Rahman says:

    So…Bujuk…kalau bijak berhujah…maka kira pandai politik laa…jadi kena angkat jadi calon….oooo centu cara PR berfikir…tak tahulah plak aku…patut hangpa suka angkat orang yg banyak bercakap dari buat kerja…..kalau ikut kan hang pun suka berhujah…walaupun byk lah auta dan spin dari fakta….

  14. Hamba Ar Rahman says:

    Anakbochek….kalau ikutkan psikologi…orang byk bercakap ni, kerja memang kureng…..

  15. acid says:

    HAR…Lagi banyak bercakap, lagi banyak salah dan autanya…

  16. gambus says:

    bujuk says “Se resist2 LKS/DAP mereka letak calon melayu d kws. cina, beranikah/sanggupkah BN/Gerakan bagi laluan pada orang melayu d T.Intan?

    Nampaknya Pn.Yammy lebih bijak berpolitik dan berhujah. TunM mesti tabik dengan bidasan Pn.Yammy pasal Marina.”

    mengaku juga kau DAPigs tu racist , bukan resist bujuk oiii hahahaah bodoh punya macai PAS ni , ni bukan salah eja ni terus salah ayat kakakakaka macai bodoh PAS

    macam tu kee kau kata bijak bujuk ??? tu bodoh namanya !! siap boleh mengaku anak dia memang teruk dan dalam masa yang sama mengaku anak dia teruk , sampai siap boleh tolong kempenkan untuk anak dia yang teruk tu pulak kakakakak ni laa orang cakap dah tahu anak teruk pi sokong buat apa lepas tu nak bandingkan dengan anak orang lain yang teruk .. memang bodoh namanya ni

  17. gambus says:

    bagi bujuk bukan sahaja kena pandai berhujah tapi kena pandai menipu dan memfitnah orang serta pandai mempermainkan hukum Allah sesuka hati macam yang PAS dan bujuk selalu buat

  18. lang buana says:

    Antara dahi licin dan 5 siri…siapa pilihan anda…

  19. raplahjingaa says:

    Dah nama negara pun MALAYsia mestilah negara ni hak orang Melayu….nak lucutkan macam mana ???

  20. Mel says:

    Yang penting paling sadis ialah apabila PAS kona mereng mengatakan hudud bukan isu utama yg hendak diperjuangkan. Jadi hajat mewujudkan pemerintahan Islam di Malaysia hanye hiasan make up bg mengaburi masyarakat melayu islam supaya menyokong PAS. Taktik jijik dan licik ini nampaknya berjaya kerana dgn menggunakan Islam maka PAS dan DAP tahu bhw ramai tidak akan membantah. Utk melawan teknik ini BN harus memberi penerangan dan infomasi pd penduduk ttg kelicikan PAS menggunakan Islam bg meraih undi utk memberi kuasa pd DAP.

  21. Joker says:

    Ala si yammy tu bukan apa cuma terhegeh2 dan tergedik2 la sbb kot2 nti anak dapat jd MP tu la sanggup kuar PERKASA dan ckp yg bukan2 dan sanggup hina bangsa sendri….

Leave a Reply

Threesome