Menu Utama

Lebih 14 Juta Penyimpan KWSP Mendapat Faedah Daripada PLUS

[Perjanjian dengan PLUS Dikaji semula – Fadillah]

Setiap kali bercakap soal tol, maka isu Projek Lebih Raya Utara Selatan sentiasa menjadi topik perbualan orang ramai. Seolah-olah rangkaian lebuh raya terpanjang di Malaysia ini menjadi satu bebanan dan pemangkin kenaikan kos sara hidup rakyat.

Hakikatnya, Lebuhraya Utara Selatan yang merentasi lapan negeri di semenanjung, menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan negara sejak 20 tahun lalu tidak banyak menjejaskan kenaikan kos sara hidup rakyat berbanding pemilik-pemilik lebuh raya dalam bandar seperti Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP), Lebuh raya Kuala Lumpur- Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

UEM-PLUSRamai yang mungkin tidak mengetahui ialah PLUS Malaysia Berhad pemilik PLUS merupakan satu syarikat berkaitan kerajaan. Justeru itu apabila timbul cadangan untuk membeli Plus dengan janji untuk menurunkan harga tol, ramai yang menggesa kerajaan sendiri mengambil alih Plus.

Namun gesaan ini agak kurang tepat kerana empat tahun lalu PLUS telah pun diambil alih oleh Kerajaan melalui pemilikan bersama Kumpulan Wang Simpangan Pekerja dan kumpulan UEM.

TV3 beberapa hari lalu melaporkan pandangan FA Securities Zakie Ahmad Shariff, bahawa sehingga kini usahasama KWSP – UEM ini telah menjadikan PLUS bukan sekadar milik rakyat semata-mata, malah secara langsung memberi manfaat kepada lebih 14 juta KWSP.

Jelas zakie, peningkatan kos sara hidup memerlukan kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi bagi mengurangkan kekerapan kenaikan serta kadar tol. Tambah beliau, jika dilihat pada faktor kekerapan penggunaan lebuhraya dalam kehidupan seharian warga kota, beliau mengalu-alukan jika pihak ketiga mahu mengambil alih lebuhraya di dalam bandar.

Zakie yang juga pakar ekonomi turut berpendapat, selaku pemilik aset terbesar negara yang menjadi tulang belakang kepada rangkaian pengangkutan semenanjung malaysia, adalah wajar untuk plus kekal status quo. Katanya lagi, pengguna lebih terbeban dengan tol di lebuh raya dalam bandar berbanding dengan lebuh raya antara negeri.

Mencari Titik Persamaan Kerajaan – PLUS

Dalam pada itu, umum mengetahui bahawa perjanjian lama antara PLUS dan Kerajaan ialah membenarkan syarikat terbabit menaikkan kadar tol setiap tiga tahun tanpa mengambil kira apa-apa pertambahan trafik mahu pun keuntungan projek ini. Justeru itu, setiap tiga tahun kita akan berhadapan dengan isu kenaikan tol ini.

Sungguhpun PLUS sudah menjadi sebahagian GLC, namun perjanjian PLUS dan kerajaan ini turut membabitkan pihak pemberi hutang kepada PLUS sebelum ini dan kepentingan pemegang saham minoriti dalam PLUS sendiri. Jika tol tidak dibenarkan naik, kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS Berhad.

Pampasan ini bukanlah seburuk yang cuba digambarkan oleh sebahagian orang. Biarpun secara teknikal dan perkiraan akaun ia merupakan kerugian kepada kerajaan, namun realitinya, sebahagian besar pampasan tersebut kembali semula kepada kerajaan sebagai pemegang saham dan rakyat yang menjadi penyimpan dalam KWSP.

Namun dalam jangka masa panjang ia mewujudkan persepsi bahawa pengurusan kewangan negara lemah dan kurang baik kerana berbelanja secara berlebihan dalam pemberian subsidi dan pampasan.

Justeru itu, satu rangka kerjasama “menang-menang” antara perniagaan PLUS dan politik kerajaan harus diambil kira. Apa sahaja perjanjian dalam dunia korporat boleh dipinda berdasarkan persetujuan kedua-dua-dua entiti.

Perjanjian Dengan PLUS Dikaji Semula

Mungkin dalam konteks inilah semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof mengumumkan bahawa, Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.

Beliau berkata penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak kepada kebajikan rakyat.

“PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu kadar tol melibatkan perubahan perjanjian…dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di sini, hari ini.

Mengulas antara kandungan penstrukturan itu, Fadillah berkata sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan itu.

“Jadi kerajaan akan mempertimbangkan boleh atau tidak dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka,” katanya.

Hakikatnya, sebarang rundingan semula perjanjian ini lebih mudah kerana ia di bawah GLC. Jika ia terlepas kepada pihak swasta, sukar untuk kerajaan mengadakan rundingan semula sebarang pembaharuan seperti mana berlaku kepada bebarapa lebuh raya dalam bandar.

VIDEO Laporan Tv3: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Pemilikan_PLUS_Harus_Kekal_Status_Quo.html






4 Komen to Lebih 14 Juta Penyimpan KWSP Mendapat Faedah Daripada PLUS

  1. dkds says:

    Syukur alhamdulillah…atas kebijaksanaan kerajaan BN dpt juga pencarum kwsp menokmati keuntungan melabur….kalau Pas kohilal terus tutup bersama puluhan juta wang pelabur…

  2. raplahjingaa says:

    Aku bukannya apa……KWSP ni, dividen dok macam tu jugak ada PLUS ke tak ada PLUS ke….HOD’s dan pengarah-pengarah KWSP bergaya macam Donald Trump, banyak lagi jalan yang ada kalau depa ni benar-benar nak menolong penyimpan. Depreciation simpanan adalah terlalu ketara, RM 10 yang kita simpan 10 tahun dului, nilainya dah jadi lebih kurang RM 6 saja sekarang ni….interest tak boleh cover up depreciation. KWSP mesti inovative dan dynamic.

  3. baba says:

    plus perlu dimiliki oleh glc, jangan terlepas kpd pihak swasta. kita percaya dgn pengstrukturan semula ini akan membawa kepada win win situation kpd semua.

  4. kerja kuat says:

    Bagilah kepada sesiapa pun, kami sbg pekerja begini juga…. kami pekerja PLUS tidak bergaji tinggi mana pun… kerja siang dan malam… bonus amat daif… dan ada dikalangan kami tidak merasa bonus.. kenaikan gaji serendah rm 50… ada yang tak dapat…. makin hari makin menekan… itulah PLUS…

Leave a Reply

Threesome