Menu Utama

KSSB Komplot Curi Pasir Selangor?

curi pasir1

Isu curi pasir Selangor telah berlarutan agak lama. Sebelum ini beberapa pihak telah membongkar kegiatan curi pasir di Selangor yang agak berleluasa. Setelah ianya terbongkar barulah kerajaan pakatan Selangor bersuara untuk membenteras kecurian pasir ini. Namun sejauh mana mereka bersungguh-sungguh untuk membenteras kecurian pasir atau sekadar mengaburi mata rakyat Selangor sahaja?

Desas desus yang bertiup kencang berbunyi kononnya kecurian pasir Selangor ini didalangi oleh sekumpulan kongsi gelap yang dilindungi oleh salah seorang pemimpin DAP Selangor. Namun siasatan yang cukup terperinci diperlukan untuk mengesahkan berita ini. Namun begitu isu yang paling penting di sini adalah kesungguhan Pakatan Selangor membenteras kecurian pasir.

Kerajaan pakatan Selangor telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menguruskan isu pasir Selangor. Petugas Khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pula didapati tidak berperanan dan bertanggungjawab untuk membanteras penyelewengan pasir dengan sewajarnya. Setakat ini tiada tindakan drastik yang benar-benar dilaksanakan oleh pakatan Selangor walaupun banyak pendedahan sudah dibuat sebelum ini.

Segala propaganda kononnya pakatan pembangkang Selangor telus dan bertindak tegas dalam membanteras isu penyelewengan pasir sedang dipertikaikan. Ini memandangkan petugas khas KSSB tidak menjalankan tugas. Adakah ini bentuk pakatan antara petugas khas dan pihak yang mencuri pasir? Rakyat Selangor berhak untuk tahu kebenarannya.

Tambahan pula menurut sumber yang boleh dipercayai, operasi curi pasir ini turut melibatkan penggunaan bekalan elektrik secara haram melalui tiang lampu awam untuk penempatan setinggan bagi pekerja asing di kawasan untuk tempoh yang lama.

Aktiviti mencuri pasir terus berjalan walaupun beberapa siri operasi bersepadu dijalankan di beberapa lokasi melombong yang dikenalpasti dijalankan secara haram di Selangor termasuk di Sungai Long, Kajang. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan terhadap kegiatan haram curi pasir.

Ini adalah kerana tindakan tegas tidak diambil bagi membendung aktiviti curi pasir yang secara terang-terangan berlaku di Sungai Long, Kajang dan Kampung Menyorok, Batang Kali sehingga merugikan kepentingan rakyat.

Oleh itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu campur tangan dalam isu kecurian pasir Selangor ini memandangkan pihak berkaitan seolah-olah mengambil kesempatan untuk terus menjalankan kegiatan haram tersebut. SPRM perlu menyiasat individu dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan itu hingga ke peringkat akar umbi.

Sebelum ini kira-kira enam bulan yang lalu pakatan Selangor kononnya sudah mengambil tindakan kegiatan melombong pasir secara haram di Sungai Long. Namun begitu ianya hanya dihentikan seminggu saja. Tindakan ini seperti cuba mempermainkan undang-undang sahaja. SPRM perlu bertindak.






3 Komen to KSSB Komplot Curi Pasir Selangor?

  1. raplahjingaa says:

    Tu la pasal DAP buat bodoh je di Selangor, depa kurang masuk campur dalam hal ehwal pentadbiran Selangor, kecoh-kecoh hal assmin dan khalid pun DAP tak peduli sangat…..depa terlalu sibuk merompak apa yang tinggal hasil kekayaan bumi Selangor.

  2. Rohee colnago says:

    Orang Selangor yg bodoh. Nak buat camne….

  3. jombo says:

    Inilah hadiah untuk pengundi urban pakatan di selangor… jilat bontot jelah nampaknya diperkudakan oleh perompak2 pakatan.

Leave a Reply

Threesome