Menu Utama

Krisis Terengganu: Kisah Tengku Adnan, Timbalan Ketua Bahagian PJU dan Bloggers

Sejak berlakunya krisis kepimpinan politik UMNO Terengganu dua hari lalu, ramai ahli UMNO biasa kecewa dengan apa yang berlaku. Sebahagian besar merasa simpati kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tetapi tetap berpendapat Ahmad Said tidak sepatutnya menghuru-harakan politik UMNO Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Said berhak melakukan protes namun tidak sepatutnya sehingga keluar parti atau mengugat kedudukan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu seperti yang berlaku semalam.

Alasan Mat Said untuk mendapat penangguhan sehingga habis majlis perkahwinan anaknya mendapat simpati banyak pihak pada awalnya. Namun apabila terdedah beliau tidak pernah memohon penangguhan tersebut, ramai yang tertanya-tanya apa motif Ahmad Said? [Lihat Laporan: Eksklusif: Ahmad Said Tidak Pernah Meminta Penangguhan, Harap PM Faham Sendiri]

Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengetahui Ahmad Said akan melakukan “penderhakaan”, justeru beliau menghantar Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pemimpin UMNO bagi memastikan peralihan kuasa berjaya dilaksanakan hari itu juga,

Akhirnya, pada malam tersebut juga Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Sultan Terengganu.

Misi selesai Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rauf Yussof selesai.

Namun krisis akibat pengumuman Ahmad Said dan dua orang ladi ADUN mengumum keluar UMNO memberi ruang kepada beberapa orang pemimpin UMNO dan bloggers yang berkepentingan untuk menyerang Setiausaha Agung UMMO dan Setiausaha Kerja UMNO.

Beberapa bloggers menyerang Tengku Adnan dan Rauf seolah-olah mereka yang merencanakan pertukaran tersebut dan menentukan tarikh pertukaran jawatan tersebut. Hakikatnya kedua-dua penjawat UMNO ini hanyalah pelaksana arahan yang sebenarnya telah menyelesaikan satu misi penting Presiden UMNO iaitu menukar kepimpunan UMNO dan Negeri Terengganu.

Kita faham beberapa penulis veteran di laman maya yang mempunyai akses terhadap maklumat mengkritik kepimpinan parti dan seorang Setiausaha Poltik. Namun beberapa bloggers lain yang membelasah Tengku Adnan dan Rauf hanyalah bertujuan memuaskan nafsu serakah mereka kerana tidak mendapat sesuatu dari UMNO untuk peribadi atau pemimpin kesayangan mereka.

Ketika serangan sebahagian juru blog atau bloggers ini difahami kerana mereka dikaitkan dengan pemimpin tertentu yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan tertentu, kritikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) sangat mengejutkan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.

“Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?

Jika inilah tahap pengetahuan seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian di kawasan bandar terhadap pengurusan politik parti maka kita fahamlah mengapa UMNO di bandar-bandar banyak yang kalah.

Timbalan Ketua UMNO Petaling Jaya Utara ini langsung tidak membaca dan menyelidik apa yang yang berlaku. Jika beliau mencari maklumat terlebih dahulu tentu beliau tahu Ahmad Said berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka di Putrajaya pada jam 9 pagi 12 Mei 2014.

Tengku Adnan hanya dihantar ke Terengganu untuk menguruskan pertukaran Menteri Besar dan pertemuan dengan ADUN yang lain bukan menguruskan isu Ahmad Said.

Justeru kenyataan Mohamad Azli hari bahawa Tengku Adnan bertanggungjawab kerana tidak membenarkan penangguhan majlis penyerahan jawatan tersebut hanya menunjukkan kebodohan beliau mengenai urusan UMNO dan kerajaan. Tengku Adnan tidak mungkin ada kuasa untuk melakukan sebarang penangguhan kerana ia merupakan keputusan Presiden parti dan juga membabitkan Tuanku Sultan Mizan.

Sepatutnya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, beliau perlu menjelaskan kekeliruan. Namun apa yang terjadi sebaliknya ialah beliau menambah kekeliruan.

Hakikatnya, misi ini disebalik sikap “samseng” Ahmad Said telah berjaya diselesaikan dengan jayanya. Hari ini Meteri Besar baru telah berjaya masuk pejabat tanpa sebarang perbalahan. Kedudukan BN juga tidak tergugat kerana hanya tinggal Ahmad Said dan Ghazali yang masih bebas, manakala yang lain telah melakukan taat setia kepada UMNO dan Sultan.

Malangnya, seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian bukan sahaja tidak membantu parti menjelaskan isu tetapi menambahkan kekeliruan orang ramai dan ahli parti terhadap isu ini. Jika tidak tahu lebih baik diam dari bersuara dan nampak kurang cerdik.

Justeru, siapa yang sepatutnya meletak jawatan, Tengku Adnan atau Mohamad Azli?






15 Komen to Krisis Terengganu: Kisah Tengku Adnan, Timbalan Ketua Bahagian PJU dan Bloggers

  1. raplahjingaa says:

    Apa pun ada jalan yang lebih baik untuk tangani masaalah ini….walaupun bagi aku bukan masaalah besar pun…..UMNO patut gunakan skill bertolak ansur yang membuat UMNO terkenal di seluruh dunia !!

    Kalau nak kira prestasi mat said….lebih kurang sama je dengan prestasi Najib, cuma mat said berjanji untuk berundur selepas setahun, dan Najib tak pernah berjanji untuk meletakkan jawatan walaupun prestasinya buruk.

    Ntah aku tak faham apasal Najib tak nak tangguhkan sebulan dua, tak dak beza apa pun dengan terengganu, bukan mat said kata dia tak nak letak jawatan, dia cuma minta tangguh, pasal penangguhan ni aku rasa UMNO memang berpengalaman, tapi kenapa tak di pratikkan dalam kes mat said. Teruk sangat ke kedudukan terengganu ???

  2. baba says:

    takkanlah ku nan pandai2 nak tentukan tarikh bila mb baru dilantik. meatilah arahan tu dtg dr atas. yg dok komplen ni sebenarnya jenis hantu raya yg tal dpt makan, dan bila tak dpt makan mula buruk2 an org. sial la hantu raya ni

  3. umnoover says:

    Kelam kabut!

    Umno memang ambil mudah Terengganu. Dah tau keadaan peratus ADUN sangat sedikit dan pertukaran MB baru, lagi nak cari pasal.

    Betul2 out of touch. Macamana PRU nak menang besar kalau isu macam ni pun susah nak handle.

  4. tony gunawan says:

    Namun beberapa bloggers lain yang membelasah Tengku Adnan dan Rauf hanyalah bertujuan memuaskan nafsu serakah mereka kerana tidak mendapat sesuatu dari UMNO untuk peribadi atau pemimpin kesayangan mereka!

    raplahjingaa adakah awak termasuk golongan di atas?
    kesian tak dapat kontrak businesskah???
    hahahahahahahahahaha!

  5. artpunya says:

    dia dapat kontrak la tu yg backing sgt….

    ku nan harus bertaubat! Najib harus bersara..

  6. raplahjingaa says:

    Tu la hang toni gayboy….masuk je politik nak business, sampai kontrek kelas F di Selangor , untuk kontrektor kecil pun pun habis semua DAP sapu !! kat Perak, sampai kontrek kecil-kecilan buat uniform pun DAP sapu bersih !! nasib baik rakyaat Perak sedar, dan tolak DAP / PAS / PKR masuk longkang. Cuma kat Penang DAP sapu kaw-kaw dah sampai angka billion, Bayan Bay, Tanjung Tokong tanah bernilai berbilion-billion di jual pada kroni dengan harga bawah pasaran.

    Hang dapat apa gayboy ?? rambut blonde semulajadi sebab mandi air lombong !!

  7. Tubir says:

    Sebagai pemimpin Jawatan tu bukan kekal sampai mati….itu kena faham lah ……….kau orang duduk kat situpun kerana parti……..bukan pasal kau orang tu kuat sangat……..Kalau parti suruh turun …turunlah…jangan nak tunjuk samsing……..Kalau nak kekal sampai mati dalam jawatan tu …..tubuh parti macam anwar

  8. WTF says:

    Tony Gay Boy membuat business untuk bertayam, sampai la ni takder siapa pun kat MYKMU ni nak layan ajakan Tony Gay Boy untuk bertayam!!!

    Tony Gay Boy, hang pergi la promote business bertayam hang kat blog Miliosuam ka, Amenoworld ker, Tranungkite ka ajak mereka bertayam.

    Kat sini di MYKMU, business bertayam hang TAK LAKU sebab kami bukan KAKI LIWAT macam keluarga hang Tony Gay Boy!!!!

    MUEH4444

  9. Boboi says:

    raplahjingga, hang ni bengap ke apa…. bila masa DS Najib kata nak letak jawatan & apa prestasi buruk dia sedangkan negara semakin maju dah skrg sebab GTP.

  10. dkds says:

    Alahai …..sepatutnya sebagai ahli parti bantulah kepimpinan pusat…bukannya menambahkan lagi kekusutan…sudahnya menjawat jawatan di bahagian di kawasan bandar…

  11. raplahjingaa says:

    heheheh…boyboyboy, kalau minat membaca kita akan dapat isi bacaan dengan sempurna, tapi kalau takat-takat membaca apa yang patut, maka bacaan kita gagal memberi apa-apa kebaikan kepada kita…..fikir-fikirkan lah….hehe

  12. Badrole Amin says:

    krisis sepatutnya telah berakhir tak perlu si mangkok nasi tambah@timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara itu nak meleretkan krisis/kemelut/tengkarah/ minta Ku Nan letak jawatan

    aku kata krisis sepatutnya telah berakhir kalau Najib faham Mat Said gelojoh isytihar keluar UMNO jadi bebas sebab dia nak pulangkan paku buah keras pada Najib sebab gelojoh juga tak boleh tunggu selepas 17 mei(selesai kenduri kahwin anak) untuk suruh dia letak jatawan MB

    sebenarnya masalah peribadi(bukan salah faham tapi kurang ‘understanding’) antara Najib dan Mat Said tapi merebak menjadi krisis…tak perlu sesiapa menyalahkan sesiapa sebab perhitungan sudah seri bila gelojoh dibalas dengan gelojoh, hehehehe

    biarlah Mat Said hilang merajuknya itu nanti dia tahulah nak masuk balik UMNO…Mat Said keluar UMNO ‘jadi bebas tak sokong PR’ dan pilihan raya negeri tak perlu diadakan disebabkan tindakannya keluar UMNO…jadinya aku rasa Najib tak perlulah nak hukum Mat Said dan 2 lagi ADUN itu…krisis kira settle bila Mat Said dan 2 lagi ADUN itu kata mereka akan masuk balik UMNO

    biarlah lama sikit mereka berada diluar UMNO jadi bebas, janganlah Najib paksa-paksa atau berikan tempoh masa tertentu pada mereka supaya masuk balik UMNO, biarlah lama sikit sebab aku nak tengok PAS ke PKR ke cuba pancing lagi Mat Said atau 2 ADUN itu masuk PAS dan PKR(kira masuk pakatan haram jugalah)

  13. kulaan says:

    Kepada penulis artikel ini…Artikel ini sedikitpun tidak membantu meredakan krisis ini …

  14. Jambol says:

    Janganlah nak mengampu sangat sehingga apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO itu semuanya betul. Pandangan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) tidak salah; apakah pemimpin UMNO yang diarahkan melaksanakan sesuatu tugas penting itu perlu meninggalkan kepala otak mereka di rumah. Lebih baik saja UMNO hantar robot.

    Setiap orang, terutamanya Melayu, mempunyai maruah. Tidak salah jika sekiranya, setelah bertemu muka dan berunding dengan baik dan dalam keadaan persaudaraan rakan seperjuangan, bertolak ansur dan mengambil langkah yang menyenangkan hati semua pihak.

    Sikap bodoh sombong sebahagian kecil pemimpin UMNO ini adalah sama dengan sikap bahalul pemimpin-pemimpin pembangkang.

    Fikir-fikirkan lah.

  15. wan jamak says:

    [“Hari ini Meteri Besar baru telah berjaya masuk pejabat tanpa sebarang perbalahan. Kedudukan BN juga tidak tergugat kerana hanya tinggal Ahmad Said dan Ghazali yang masih bebas”. “Misi selesai Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rauf Yussof selesai”. – MyKMU.net]

    ulasan ini adalah ini adalah ulasan bagi post processing event. benda dah sudah., apapun kita boleh cerita. bagi saya ending sebegini berlaku kerana mat said & geng sayangkan UMNO dan perjuangan melayu. tak semestinya mereka sayangkan pemimpin UMNO. mahathir pun kata, ramai org melayu sokong dan sayangkan UMNO bukan kerana pemimpinnya, tapi kerana prinsipnya. tidak ada parti lain yg boleh menjaga org melayu.

    katakanlah mat said & geng betul2 geram. keluar UMNO, bebas, dan pro PAS. Terengganu terbalik. adakag bro MyKMU.net masih akan tulis “Kedudukan BN juga tidak tergugat kerana hanya tinggal Ahmad Said dan Ghazali yang masih bebas”. “Misi selesai Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rauf Yussof selesai”?

    kalau ikut prestasi, selangor sepatutnya dirombak habis semuanya. lupa pulak, siapa pengerusi pilihanraya BN selangor baru ni?

Leave a Reply

Threesome