Menu Utama

Kita Catat Rekod Baru, Najib Rasuah Siapa Pula?

Jika dilihat keluh kesah sebahagian rakyat yang marahkan kerajaan kerana termakan hasutan, kita tentu percaya bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan nazak, daif dan menunggu masa untuk runtuh. Membaca pandangan-pandangan di media sosial pro pembangkang, negara ini seumpama pariah ekonomi dunia.

Boleh dikatakan segala-galanya buruk kepada negara ini. Kesimpulan daripada keluh kesah kumpulan ini ialah rakyat Malaysia hidup tertekan, kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi negara berada di tahap yang sangat buruk, sistem pendidikan yang lemah, keselamatan yang terancam dan kerajaan ini adalah kerajaan korup.

Namun pelbagai indeks dunia menyatakan perkara lain. Terbaru, laporan antarabangsa menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam daya saing antarabangsa di kalangan ekonomi utama dunia tahun ini apabila meningkat tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun lalu, mengikut laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) 2014 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland.

dayasaingglobalDengan kedudukan terbaharu itu, Malaysia tergolong dalam negara-negara paling berdaya saing di dunia bersama Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Denmark, Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda dan Ireland.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik direkodkan dalam masa empat tahun.

Beliau berkata, kedudukan itu juga menunjukkan Malaysia terus mengatasi United Kingdom yang berada di tangga ke-16, Australia (17), Finland (18), New Zealand (20), Jepun (21) dan Korea (26).

“Laporan WCY 2014 mengukur daya saing negara berdasarkan empat faktor daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

“Walaupun Malaysia kekal di kedudukan ke-15 bagi faktor kecekapan kerajaan, kerajaan komited untuk memperkukuhkan lagi kewangan awam negara bagi memastikan kelestarian fiskal dan menggalakkan kestabilan ekonomi makro jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan komitmen Malaysia untuk mencapai defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan berusaha ke arah mencapai belanjawan berimbang pada 2020.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia dalam WCY memberi gambaran terhadap langkah-langkah telah dilaksanakan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita akan terus memperkukuhkan prestasi daya saing Malaysia menerusi usaha-usaha tertumpu untuk meningkatkan persekitaran pelaburan dan menggalakkan polisi yang boleh meningkatkan perdagangan serta memanfaatkan bakat ke arah meningkatkan pertumbuhan produktiviti.

Jika benar Malaysia bakal muflis dan segala sistem negara seperti pendidikan, keselamatan, perundangan dan hak asasi manusia sedang berantakkan seperti yang didakwa Pakatan Rakyat, pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan IMD ini.

Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland merupakan badan kajian pembangunan terkemuka dunia yang diiktiraf di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahu percaya IMD atau Anwar Ibrahim?

Agaknya, IMD pun dirasuah oleh Mohd Najib Tun Razak supaya mengangkat nama Malaysia? [Nota kepada yang tiada keboleh berfikir: Soalan ini adalah pertanyaan sinikal!]






18 Komen to Kita Catat Rekod Baru, Najib Rasuah Siapa Pula?

  1. WTF says:

    Sat lagi, adalah bebudak PR yang akan berkata “IMD tu KRONI UMNO”

  2. baba says:

    bertambah meroyan la para macai pakatan tgk figure baru ni

  3. raplahjingaa says:

    ooooo….dapat tempat ke 12 je….kalau Pakatan pembangkang perintah mesti Malaysia akan menduduki tempat ke 5 !!

    hehehe….

  4. system baru says:

    kalau pr dapat no 1 punya rengking parti politik paling rasuah dalam dunia ini, selepas parti politik dunia dari isreal,

  5. Hamba Ar Rahman says:

    Apa pulak IMD jer kena rasuah dengan DS Najib…baru2 ni Obama pun kena rasuah juga supaya jgn pi jumpa Bang non…korang tak tahu ker???

  6. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Najib juara ekonomi..pemimpin pembangkang juara meliwat..

  7. alimedanbaru says:

    Pas pula adalah juara penipu
    tipu rakyat nak buat projek yg ada nisan batu tanda projek
    nak buat hudud
    25 tahun lamanya baru 4, 5 bulan ni baru sibuk ,bila Brunei dah laksana
    ok lah tu
    tapi ingat
    ALLAH inginkan kesempurnaan
    bukan sebab politik dan bukan sebab nak tarik undi
    apa pun tiada kesungguhan penerangan dan penghapusan unsur-unsur judi, arak, tempat maksiat sebelum nak laksana..cakap lebih..no action!

  8. dkds says:

    adakah penyokong pembangkang boleh menerima kenyataan ini? rasanya tidak..kerana mereka perlu terus meneruskan pelabelan rasuah ini bagi menjatuhkan UMNO

  9. kawan anda says:

    assalamualaikum…maafkan saya jika saya tersalah cakap… bagi saya tindakan kerajaan menyewa panda itu amat membazir. kita membelanjakan 25 juta untuk perumahan panda dengan aircond untuk panda lagi… sewa setiap tahun lagi, mantainan panda lagi,insuran panda lagi… kalau untuk merpekukuhkan hubungan 2 hala… kenapa china tidak mintak untuk sewa bunga reflesia kita yang terbesar didunia???.. kenapa malaysia mesti habiskan duit rakyat?? kenapa tidak melabur. atau kerajaan support gst untuk suku tahun pertama….atau kenapa kerajaan tidak membeli 2 ekor panda dari negara itu?? beli yang anak pun jadi la.. sekurang2nya kita membazirkan duit kita,, kita dapat hasilnya… kepada pemerintahan… tolong sangat2x jangan buat silap lagi.. itu boleh membawa padah pada kerajaan balik… bahaya.. kalu ada matlamat lain..untuk dicapai.. maka capaikanlah.jangan terlalu tunduk.. tolong mintak pandagan rakyat dahulu… berdasarkan undian..kita booleh tahu.. kaji sehabis2nya..jangan ingat nak tingkatkan jumlah pelancong asing je…. negara kita terkenal.. nanty orang sendiri akan melawat bila ada sesuatu yg membanggakan.

  10. MemangTerok says:

    Gua nak cakap sama lu, orang yang enggan iktiraf kedudukan negara itu semua keturunan barua yang tinggi sekali tahap setan dalam badan mereka.

    Mak bapak mereka bersama ketika setan terbang dari kiri dan kanan. Hasilnya terkeluar manusia yang jenis tak diberi berkat, jauh sekali rahmat serta hidayah.

  11. Rosmah87 says:

    MENGATASI JEPUN UK DAN KOREA???
    WAH…BARU BAB DAYA SAING DAH BEDEGAR PUAK BUNTU ROSMAH NI..

    AMACAM PULA INDEKS RASUAH?
    PENDAPATAN PERKAPITA
    BELANJAWAN NEGARA YANG 16 TAHUN BERTURUT2 DEFISIT
    HUTANG NEGARA YANG MELEBIHI KDNK??
    KEBERKESANAN PERKHIDMATAN AWAM
    INDEKS KEBEBASAN BERITA DI MEDIA2 PRIMA

    BAB INI UMNO TAKNAK MINTA RANKING KE
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHH

    OPS..LUPA PULA KAT KOREA,JEPUN DAN UK TAK KONTROL MEDIA UTAMA PULA

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

  12. sireh ke gagang says:

    1 lagi komen bodoh dari org nombor 5 paling bodoh di sini . ( no.1 moo , no.2 tony ,no.3 bujuk ,no.4 mek esah , no.5 rosmah . harap ranking berdaya saing juga selepas ini !! ) soalan pertama aku untuk org nombor 4 terbodoh ini :-

    1. kau tahu ke IMD itu apa ?

    kalau kau tak tahu menahu IMD itu apa , apa kerja dia , kau tak payah nak cakap soal indeks rasuah , belanjawan negara defisit 16 tahun , hutang negara melebihi KDNK , Keberkesanan perkhidmatan awam dan indeks kebebasan media . kau ada fakta untuk menyokong hujah2 kau , silakan bawa di sini , kita berdebat secara jantan dan ilmiah. kalau kau sekadar kutip fakta dan dengan pembohongan dari cyber trooper pakatan , kau TAK LAYAK LANGSUNG untuk bercakap perkara2 itu semua . tahap kau hanya macai kelas F .Cakap kosong dan buat tuduhan rambang dengan bersumberkan dari mulut anwar , rafizi dan bangang2 pakatan haram yang lain .

    cerita dengan aku , NEGARA mana dalam dunia sekarang yang betul2 perfect dan sempurna dari segala sudut ? negara islam atau negara barat . 1 contoh cukup .atau kalau kau takut , aku bagi 5 negara majlis keselamatan PBB sebagai contoh untuk kau berhujah secara berfakta .

    kebebasan media . kebebasan media ala pakatan yang kau inginkan ? pemimpin pakatan menipu , kemudian pemimpin kerajaan menjelaskan ? itu kebebasan media yang kau mahu ? jenis kebebasan media apa yang kau tuntut skrg rosmah ?

    indeks rasuah . Rasuah dalam kerajaan kau hebohkan , rasuah dalam parti2 pakatan kau senyapkan . Itu nak dikira macam mana ?

    balik lah rosmah . buat kajian , cari fakta dan bukti kukuh sebelum kau bercakap. kesian aku tengok kau ini . kau nak perhatian , kami boleh beri perhatian. tetapi aku menyeru pada kau , hentikan memperbodohkan diri . keluarkan diri kau dari ranking kebodohan yang aku nyatakan dekat atas tu .

  13. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Memang benar. Kalau dengarkan kata-kata hasutan pembangkang negara kita ini sedang nazak dan menunggu masa untuk bankrap. Dan rakyatnya hidup dalam keadaan derita, sangsara dan merana.
    Itu gambaran puak pembangkang yg dikepalai Lim Kit Siang dan didokong oleh Peliwat tegar – Anwar Ibrahim dan konco-konco mereka.

    Hakikatnya adakah begitu?
    Saya tak nampak dan tak perasan pun.
    Lihatlah ketika ada hari cuti umum. Saksikan lebihraya negara ini sesak dgn kereta dan orang ramai bercuti dan balik kampung bersama keluarga.
    R&R penuh sesak, hinggakan nak parking kereta pun susah. Penuh.

    Begitu juga dgn tempat makan dan shoping komplek.
    Bila ada cuti, orang ramai – rakyat Malaysia, berpusu-pusu membeli belah dhn cerita dan gembira. Tak ada kelihatan mereka dalam keadaan resah, susah dan gelisah kerana daif atau kesempitan hidup.

    Itu belum lagi kalau diadakan konsert. Tak kiralah sama ada konsert rock atau konsert Islamik seperti Selawat Beramai-ramai seperti yg diadakan masa kini.
    Semuanya penuh sesak dgn kunjungan dan penyertaan yg sangat ramai. Juga dalam keadaan ceria, gembira dan harmoni.

    Justeru, di mana yg dikatakan pemimpin pembangkang bahawa rakyat dan negara ini berada dalam kesengsaraan dan rakyatnya susah dlm kehidupan harian?

    Hanya mereka yg tidak mengenal diri sahaja yg tak faham apa erti keamanan. Bila tak faham apa itu keamanan dan kesejahteraan, maka tergolonglah mereka dikalangan manusia yg tak tahu bersyukur kepada Allah swt.
    Bagaimanapun, sewajarnya mereka tidak mengenal Kudraty dan Iradat Allah swt kerana mereka tidak kenal diri mereka sendiri.
    Inilah manusia jahil dan syirik di sisi Islam.
    Wallahhua’lam.

  14. raplahjingaa says:

    Dia dah blurrr la tu……negara mana yang tak control media ?? jangan jadi bodoh ! semua negara kontrol media…hataa amerika US, Jepun dan UK sendiri….

    Hang ni kalau SDG kata no 5 paling bodoh kat sini, aku pulak letak hang di No 1. hang ingat CNN, BBC, New York Times tu bebas dari kawalan kerajaan depa ?? takat dok melepak kat kedai kopi sembang kosong…tolonglah jangan eksport kat sini…pathetic.

  15. WTF says:

    Dengki sungguh Rosmah87 dgn kejayaan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/BN!!!

    Cuba Rosmah87 linkkan sumber2 informasi segala tuduhan Rosmah87 terhadap kerajaan Malaysia!!!

    Jangan main tuduh jer!!!

  16. WTF says:

    Kepada saudara kawan anda,

    Saudara sudah lari tajuk, sila postkan di link berikut:

    http://www.mykmu.net/?p=43408

    Ramai dah beri pendapat tentang isu panda dalam link tersebut.

  17. bangKano says:

    Memang betoi kata puak puak menyokong Paria Rembat PR Malaysia la ni dalam suasana sengsara amat….sebab apa…?

    Depa dah furst menonggneng gagal nak rampas kuasa pemerentahan dari genggaman UMNO/BN dalam setiap PRU. Asyik asyik depa tetap kantoi…tu sebab jiwa depa sentiasa sengsara akibat kekecewaan nak dapat jawatan PM & menteri/ahli parlemen. Nak rampas secagha kekerasan jua kantoi melalui demonrtrasi jalalan BERSIH/REFORAMASI dll.

  18. […] Pengurusan (IMD), Switzerland yang menerbitkan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) menunjukkan peningkatan prestasi ekonomi dan daya saing […]

Leave a Reply