Menu Utama

Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik Dyana

Oleh Ab Jalil Backer

Pengumuman Dyana Sofya Mohd Daud, 26, sebagai calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bukan suatu kejutan besar kerana ia telah diuar-uarkan sejak dahulu lagi.

Namun alasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa pemilihan tersebut bagi membuktikan membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik adalah satu yang sangat mengejutkan dan melucukan.

Rupanya sebuah parti yang memperjuangkan konsep kesamarataan dan meritokrasi akhirnya terpaksa mempergunakan budak Melayu berusia 26 tahun sebagai alat untuk membuang persepsi anti- Melayu parti tersebut.

dyanaDyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah. Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13. Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Jika dari segi pencapaian dan meritokrasi politik, tentulah Dyana yang baru setahun jagung naik menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang, sebenarnya tidak layak berada dalam senarai calon pun, apatah lagi menjadi calon.

Namun DAP memang terdesak untuk meyakinkan orang Melayu terutamanya ahli Pas bahawa mereka merupakan parti yang terbuka kepada orang Melayu dan Islam sungguhpun matlamat politik mereka jauh sekali. Justeru kenyataan Guan Eng kepada Malaysiakini.com petang tadi jelas menunjukkan niat sebenar DAP.

Malah Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Sementara calon DAP, Dyana, dalam ucapannya menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai umpama “teh tarik’ Malaysia yang digemari semua orang.

Katanya, teh tarik digemari semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dan identiti seumpama itulah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Mungkin tanpa disedari atau dengan segaja, Dyana telah pun memberi maklum kepada umum bahawa mengundi DAP ini memang seronok dan sedap seketika, namun jangka masa panjang kita terpaksa menerima pelbagai jenis penyakit akibat kesukaan ini.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.






24 Komen to Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik Dyana

  1. system baru says:

    pap sebagai abang besar pada dap tak perjuangkan hak kesamarataan di singapore ini aku nak ketawa ini

  2. tony gunawan says:

    kesian!bn masih mencalonkan orang lama yang sudah busuk nama yang sudah dua kali ditolak oleh pengundi teluk intan!

    tiada orang barukah atau calon terbabit merupakan calon bn selama-lamanya di teluk intan!

  3. Shawn says:

    kalau setiap yang membenci apa yang terjadi ini melakukan tugas membongkar kejahatan agenda DAP, dalam masa setahun dari sekarang jumlah yang sedar akan berganda 3 kali kerana purata kita mempunyai 3 orang kawan, maka umat melayu masih ada harapan untuk sedar. Jangalah hanya bercakap memberi sedar kepada orang yang sudah menyokong kita tetapi shut cabaran bercakap kepada orang yang belumpasti menyokong kita barulah pejuang namanya.

  4. kayu says:

    Masa nak belajar terpaksa mengemis dengan dasar DEB ..!!..,bila habis belajar jadi kaldai parti komunis DAP ,,.!!!..yang nak menghapuskan DEB untuk digantikan dengan MERITCINAKSI ..itulah generasi Melayu baru tak sedar diri yang dibesarkan dengan kesenangan kemudian menjadi pengkhianat bangsa sendiri…itulah rupa sebenar orang pakatan haramjadah,,.yang tak sedar diri..!!!..kalau kaldai ni hidup dalam meritcinakasi ,,.budak kaldai ni hanya layak jadi ayam atau amah KITSIAL anak beranak …!!!.

  5. tengkudin says:

    jangan jadi spare tayar udah la….hehe

  6. Baba says:

    Adakah semua ahli dap bangsa melayu ni sokong hudud atau dah di brain wash? Rata2 tolak hudud, so pas nak sokong juga ke?

  7. bangKano says:

    HamPAS ada la sebuah parti busuk punya pemimpin ala paria sanggup jadi paria demi jawatan penting dalam kabinet negeghi mau pun pusat..biaq pun parti depa berkelas macai jerr pada cina DAP. Janji dapat jawatan politik dalam PR sudah cukup..setiap bulan terima elaun,kontrak kerajaan & kuasa meghembat dana awam & suber alam negagha.

    Memang pun pemimpin hamPAS ni busuk macam liPas walo pun cuma pas takat PMR jerr….!!!!!

  8. korokstabang says:

    Calon ini akan di minta oleh tok pekong supaya bercakap tentang perjuangan menegak hudud di kawasan pengundi islam dan akan bercakap tentang kesemarataan hak serta penghapusan hak bumiputera di kawasan pengundi cina, yang pasti penyokong melayu dari parti pas akan di tipu bulat bulat oleh calon ini.

  9. moo says:

    Bn dalam tu melayu je ke? Pesal bila bertanding tk pakai tiket umno jer..?

  10. sireh ke gagang says:

    teluk intan kerusi umno ke ? bodoh kau ni moo . itu beza BN & PAKATAN HARAM. BN tu parti sahsiah berdaftar . setiap kerusi ada parti penyandangnya . bukan boleh suka2 tukar . itu beza pakatan haram dgn BN . belum pernah dlm sejarah BN , dua parti dari gagasan yg sama berentap . dalam kes kota damansara , calon pakatan vs pakatan . pasukan sape yang caca marba skrg ? nak urus diri pun tak reti lagi , ada hati nak urus negara . cermin muka tu lama2 moo . cakap pakai otak , bukan kepala kecik dalam seluar tu .

  11. raplahjingaa says:

    Kesian BN toni ?? pembangkang nak kesiankan parti yang memerintah ??? hehehe…..aku lebih kesiankan hang…rambut jadi blonde sebab mandi air lombong terlalu lama.

  12. kakling says:

    Arwah bapaku yang merupakan seorang pahlawan askar melayu yang menentang komunis dan telah berjasa menentang komunis di zaman British dulu masih hidup mesti dia akan menentang habis habisan kerana beliau tahu perit hidup semasa zaman komunis dan agenda mereka.

  13. MemangTerok says:

    Kalau istilah kesamarataan yang diperjuangkan, terminologi itu bukan datang dari parti yang bernama DAP. Serupa saperti perjuang Islam tidak seharusnya datang dari PAS.

    Ini kerana DAP yang kita semua kenal bermatian2 menidakkan hak orang melayu yang memang sudah termaktub didalam perlembagaan . Mereka mahu merampas segala2 termasok hak beraja kita.

    Ini kerana PAS tukang gadai segala2 yang Islam ada. bagaimana kita mahu iktiraf sebuah parti yang sanggup menggadai nama suci tuhan kita. Soal Allah digunakan di negara Arab itu penghujjahan lain, kerana bahasa mereka yang sama dan mereka sama bangsa, maka timbul kewajaran penggunaan itu.

  14. rembaumostwanted says:

    Aku nak sokong melayu ke cina ni? Nak sokong melayu ada lak melayu marah, nak sokong cina pun ada juga melayu marah.. confius confius..

  15. arhi says:

    Dap berani mempertaruhkan Diana kerana di atas keyakinan boleh menang apabika kawasan itu majoriti China dan Cina sebahagian besarnya penyokong Dap dan ini telah menjadi tradisi perjuangan orang Cina cukup licuk dan bijak apa lagi kuni mereka telah berjaya memperbodohkan sesetengah org Melayu.

  16. bujuk says:

    Dah 2 PRK… PR calonkan melayu untuk kawasan tradisi bukan bumiputra. Sebelum ni d kajang Dr.Wan Azizah cadi calon. Bila UMNO yg. katanya hebat sangat… abang long pada BN nak jadi calon BN d kawasan tradisi bukan BN. Setidaknya… wakil melayu dalam BN d letakkan sebagai gambaran BN bukan lagi parti perkauman.

  17. Mawar says:

    Apa laa budak hingusan dyana ni bule buat,cakap pun terketar ketar, cakap terkulat kulat.
    Dap dah desperate carik proksi, cari BALAci yg nama dyana….
    Apa laaa budak hingusan ni boleh buat pada pembangunan kwsn, sedaangkan rumah sendiri tak terbangun?
    Apa laaaa budak hingusan ni boleh buat dgn perpaduan, sedangkan mulut menghambur kebencian, menidakkan yg HAK!!
    Apa laaaa budak hingusan ni bole buat kalau dia hanya kejarkan glamer dan popular tapi hakikatnya kuli batak pd bangsa cina …

    Apa laaaa nilainya budak hingusan ni?
    Apa laaa budak hingusan ni bole buat pada teluk intan….ish ish…

  18. armok says:

    Persoalannya apakah dengan memberi undi pada budak melayu calon DAP ni akan bawa kebaikkan pada orang Melayu dan Islam ???

  19. bujuk says:

    Sekurang2nya dia masih orang melayu beragama Islam, mak ayah dan keluarganya juga melayu dan islam.. nak d bandingkan dengan memilih pengerusi gerakan, langsung tak boleh percaya nak tolong bangunkan melayu dan Islam.

  20. WTF says:

    Bujuk, kau harap Dyana Sofea perjuangkan hak org Melayu dan Islam???

    UITM tempat Dyana Sofea belajar pun hendak dibuka kpd non-malays, atas dasar dan konsep kesamarataan.

    Bujuk sudah bersedia ka untuk hak sama rata???

    I do not think that Bujuk is ready for hak sama rata!!!

  21. Hamba Ar Rahman says:

    Eh..apalak Bujuk….mak ayah dia Islam ker? bukan ker dia dari mangkuk Umno…mak orang Umno….bukan ke korang kata Umno kapir ?? ni pesal bila dah masuk DAP terus otomatik jadi Islam…make up your mind Bujuk…..

  22. adi says:

    nagh dengan ngo dah jadi terngaga dek setiausaha dap tapi tak pe dah kaya dapat tanah

  23. WTF says:

    Yes Bujuk, please make up your mind!!!

    Jangan HADAP SANGAT kuasa yg tak seberapa di dunia ini sampai lupa akhirat!!!!

  24. bangKano says:

    Konsep sama rata yang di dengung kan oleh para pemimpin cina ultra kiasu terutama DAP ada la merupakan satu racun nak menghapus kan kekuatan melayu dalam bidang ekonomi,pendidikan & politik. Doktrin ni ada la idea serba licik mantan PM Singapura Lee Kuan Yew nak memusnah kan supremasi melayu yang telah terbina sejak kegemilangan Empayar Srivijaya,Kerajaan Champa,Kesultanan Langkasuka & Melaka.

    Awas doktrin ni yang telah menyebar luas di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi X termasuk anak anak melayu sendiri yang berpendidikan tinggi.

Leave a Reply

Threesome