Menu Utama

Khalid Ibrahim Yang Pandai Memutar Kata

Oleh Nur Azlina Shaari

Selepas mengumumkan tidak lagi mahu menjadi Menteri Besar Selangor untuk penggal yang akan datang, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat cuba untuk menutup kenyataan itu selepas menerima pelbagai reaksi negatif dari semua pihak.

Khalid dilihat telah menggunakan nama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar imejnya tidak akan terus tercalar teruk dan dipandang hina oleh pengikut parti pembangkang sendiri.

Ini kerana, dalam kenyataan terbarunya dalam memberikan maklum balas mengenai isu tidak lagi mahu memegang jawatan MB, Khalid telah menimbulkan aku janji yang ‘ke-11’ yang didakwanya dibuat dengan Sultan Selangor.

Kata Khalid, beliau sendiri telah berjanji dengan Sultan Selangor untuk tidak mahu memegang jawatan MB lebih dari tempoh dua penggal.

“Saya telah menghadap Tuanku untuk mengatakan hasrat saya hanya ingin menjadi menteri besar selama dua penggal sahaja. Saya sudah berjanji dengan Tuanku,” kata Khalid.

Keadaan Khalid untuk mengatasi masalah ini ternyata berbeza dengan keadaan di awal beliau mengangkat sumpah pertama kali sebagai MB pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU12 2008. Sekali gus, mengiktiraf Khalid sebagai orang pertama dalam kalangan pemimpin bukan BN yang dilantik sebagai MB Selangor.

Tatkala dirinya merasa tinggi dengan perlantikan jawatan tersebut, Khalid tidak ada langsung perasaan gentar untuk melafazkan 10 aku janji sebagai MB di hadapan Sultan Selangor.

Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.

Namun, isu agama yang melanda negeri Selangor tidak dapat dikawal dengan baik oleh Khalid dan diperlihatkan isu itu sebagai isu yang remeh hinggakan sanggup mengadai agama Islam sendiri bila mana Khalid sanggup mengeluarkan arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu yang dirampas, sekaligus memperlihatkan beliau telah tunduk dengan desakan DAP.

Justeru, ia jelas menampakkan Khalid telah pun melanggar salah satu aku janji yang dibuat dengan Sultan Selangor. Tetapi, ia tidak diperakui oleh Khalid kerana beliau tetap tidak mahu dilihat salah dimata orang lain.

Jadi, untuk tidak terus mengaku kesalahannya, apa yang Khalid dapat lakukan adalah mengundurkan diri dan mengalah dengan desakan dari individu-individu dalam PKR sendiri supaya dirinya tidak terus melanggar aku janji yang lain.

Dengan mewujudkan aku janji yang ‘ke-11’ yang tidak diketahui bila masa ia dimeterai, Khalid merasakan ia menjadi cara untuk beliau menyelamatkan diri memandangkan telah menggunakan nama yang sangat kukuh, Sharafuddin Idris Shah.

Cuma, Khalid perlu beringat, cara dengan sentiasa melarikan diri dari satu-satu masalah tidak akan menyelamatkan dirinya. Sebaliknya, akan memberikan kesan yang lebih buruk dalam beliau menjalani kehidupan politiknya.






2 Komen to Khalid Ibrahim Yang Pandai Memutar Kata

  1. MemangTerok says:

    Ha..? Apa, Apa ? 17 cabang kena undi semula ? Ada tipu undi, blackout , undi hantu ? Ada nama calun dicicir ??? ishk ishk ishk….. mana boleh ini macam.

    Itu kan kerja BN saja yang buat. BN main majik blackout, BN bawak 40K hantu import Bangladesh, BN tipu undi … Ishk Ishk….

    Itulah kesah parti haprak bernama PKR. Dengan kepala nya seorang PEliwat tersohor dunia. HINa sungguh manusia macam ini.

  2. korokstabang says:

    langsung takda pekdah kalau berpuloh aku janji sekalipin dibuat kalau janji dimungkiri buang masa saja melayan gagap samalah kesemua pemimpin pkr gebang saja lebih

Leave a Reply

Threesome