Menu Utama

Kenaikan Tarif TNB: Kita Hanya Jadi Burung Bangkai Jika Malas Membaca

Oleh Ab Jalil Backer

Sejak semalam, media sosial menjadi riuh-rendah dengan isu kenaikan tarif eletrik. Kononnya Perdana Menteri mengumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menaikkan tarif eletrik kerana mengalami kerugian. Ini menimbulkan kemarahan dan kritikan keras pengguna media sosial.

Fakta sebenar ucapan PM semalam ialah menggesa kaki tangan TNB meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif elektrik pada Januari lalu.

Justeru kemarahan dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan TNB sejak semalam tidak lebih daripada tindakan orang malas membaca dan menyelidik tapi beranggapan mereka paling bijak mengulas.

Bacalah sebelum mengkritik dan membelasah orang lain. Apa salahnya ambil sedikit masa untuk menyelidik atau membaca isu sebenar agar tidak timbul fitnah di kalangan kita?

Sudah menjadi kesukaan dan satu kenikmatan kepada pengguna internet untuk “join the badwagon” membelasah kerajaan Barisan Nasional atas apa sahaja isu yang dicipta oleh pembangkang. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan tetapi juga negara kerana kita setiap masa akan berhadapan isu kebolehpercayaan dan curiga sehinggakan apa yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak baik atau menindas rakyat.

Apa yang berlaku dalam isu “kenaikan tarif TNB” semalam merupakan satu strategi “red herring” yang dicipta oleh kumpulan tertentu sebagai strategi politik untuk memburukkan kerajaan.

Mohd Najib menggesa TNB memperbaiki mutu perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif pada Januari lalu. Namun, para strategis politik pembangkang menggunakan isu kenaikan tarif elektrik dengan pengumuman keuntungan TNB untuk menuduh kerajaan sengaja menindas rakyat.

Faktanya kita telah berbahas isu kenaikan tarif ini pada awal Januari lagi mengenai mengapa TNB untung tapi masih perlukan naikkan tarif. Ini kerana kos pelaburan diperlukan sangat tinggi bagi memastikan pembekalan elektrik mencukupi dan tidak mengalami gangguan. TNB juga sebagai syarikat yang melabur berbilion ringgit setiap tahun tidak boleh untuk mencatatkan keuntungan yang terlalu rendah. Ia akan menyebabkan syarikat utuliti ini berada dalam tidak stabil dan sukar mendapat bon antarabangsa dan dalam negeri bagi menjalankan pelaburan infra yang memerlukan kos berbilion ringgit.

Namun yang lebih penting ialah kenyataan Perdana Menteri sangat bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan oleh pengguna media sosial.

Sebaliknya kenyataan Perdana Menteri ini sepatutnya mendapat respon baik rakyat kerana beliau menggesa TNB meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Namun kerana kita semua mudah diumpan dengan “bangkai” makan jadilah kita seperti burung hering yang akan bertumpu kepada bangkai bukannya makanan yang baik.

Sikap pengguna media sosial yang lebih gemar keburukan dari kebaikan ini tidak ubah seperti burung hering yang sentiasa terbang mencari bangkai untuk makanannya. Kerana sifat dan naluri pengguna media sosial sudah seperti burung hering, maka senang sahaja strategi media “red herring” ini digunakan oleh aktivis media pakatan untuk menghasut rakyat.

Malangnya ada di kalangan penyokong Barisan Nasional pun mudah terpengaruh dengan dakyah seperti ini.

KUALA LUMPUR 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Malah Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang ‘kemarahan’ rakyat.

Oleh itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan utama yang telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan iaitu:

* Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;

* Melangkaui kepuasan pelanggan;

* Mengurus kos dan operasi secara efisien;

* Meluaskan bisnes baharu;

* Mentransformasi organisasi;

* Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Apabila naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.

“Kalau ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada justifikasinya. Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan warga kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Pada majlis itu, beliau melancarkan Pelan Transformasi 1TNB yang antara lain bermatlamat memperluaskan perkhidmatan TNB ke luar negara.

Najib dalam pada itu menerima kad keahlian 1TNB yang seterusnya menjadikan ‘keluarga’ besar TNB kini berjumlah 34,901 orang.

Beliau memberitahu, sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.

“Kepuasan kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.

“Pelabur tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita mesti lakukan tambah baik,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu beliau berkata, TNB mampu mencapai ke tahap lebih tinggi dan menjadi ‘juara’ di peringkat global jika komited terhadap pelan transformasinya.

“Jangan lupa integriti. Tiada makna kalau tiada integriti. Kita akan sentiasa memberi perhatian kepada apa yang perlu menjamin TNB menjadi organisasi yang dapat memenuhi cita-cita korporat, nak jadi pembekal elektrik utama, juara serantau dan juara di peringkat global,” tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140517/dn_01/Pastikan-khidmat-TNB-terbaik#ixzz31vp3XsAK
© Utusan Melayu (M) Bhd






27 Komen to Kenaikan Tarif TNB: Kita Hanya Jadi Burung Bangkai Jika Malas Membaca

  1. hodoh says:

    Artikel BH tu agak mengelirukan atau sengaja dikelirukan.

  2. kluangman says:

    1) kewibawaan najib merosot, tidak boleh dipercayai – persepsi itu datang dari pendekatan najib sendiri alam menguruskan partinya dan kerajaan dan itu tidak kena mengena samada rakyat membalas membaca atau tidak sekaligus ratusan pembantu najib makan gaji buta sehingga ‘boss’ mereka dicap sebegiturupa.

    2) tarif elektrik naik kerana mengekang kerugian yg mungkin berlaku kerana kos pelaburan yang tinggi !!!!! TETAPI apa usaha lain sebelum tarif letrik dinaikkan? REALITInya tnb dan kerajaan mengambil jalan mudah untuk naikkan tarif letrik untuk ‘kenakan’ rakyat sedangkan usaha penjimatan dan tingkatkan kualiti, elak ketirisan dan pembaziran di pihak tnb dan kerajaan sendiri belum dilakukan.

  3. M8 says:

    Kenapalah tiap2 tahun nak bina janakuasa arang batu/gas, kuasa arus sungai yang laju pun boleh buat janakuasa hidro tanpa buat empangan contoh kat sungai perak arusnya kuat tapi tak digunakan sebagai janakuasa rugi je…

    kat luar negara sungai/laut pun boleh buat janakuasa

  4. mzma says:

    Betul lah tuuuuuuuuuuuuuuu… Yang tidak dibagi tahu kepada umum ialah pemberian konsesi IPP kepada pihak ketiga, kenapa tidak diberikan terus kepada TNB? TNB kaut untung, IPP pon nak kaut untung.. Jika kalau TNB sahaja yang kaut untung, rakyat Malaysia tidaklah marah sangat tetapi bagaimana nak meredakan kemarahan rakyat yang dipaksa menanggung kenaikan tariff semata-mata nak pastikan 2 pihak mengaut keuntungan “Operator IPP & TNB”.

    Cuba kita buang Operator IPP & gantikan dengan TNB…. sudah pasti hanya ada satu pihak sahaja yang mengaut keuntungan… Betul tak?…

    Sampai sekarang saya sendiri pun tidak faham, “KENAPA PERLUNYA PIHAK KETIGA MENJADI OPERATOR IPP”, KENAPA, KENAPA, KENAPA… KENAPA NAK RAKYAT MALAYSIA MENANGGUNG KEUNTUNGAN PIHAK KETIGA….

  5. Baba says:

    Satu penjelasan yg baik, ramai yg keliru ingat naik lagi.

  6. MemangTerok says:

    Masaalah dengan banyak orang sekarang ialah masaalah persepsi. Najib adalah salah seorang PM negara yang berjaya. Walau kita boleh katakan terlalu berjaya, tapi memadai dengan tahap berjaya kita takrifkan.

    Orang berjaya sering diiri hati oleh musuh. Itu yang berlaku,. Apa yang PM cakap, buat dan tindak saemua akan dipertikaian.

    Msaalah persepsi yang berpanjangan .

  7. anoi says:

    asalkan naik memang kena balun itu tak boleh dielakkan… pembangkang memang mencari saham dosa berpanjangan tak kira betul ke tidak, jadi penyokong mendapat keuntungan dosa yang serupa… (mereka memang tidak akan bersyukur sesampai sakratul maut tiba.)

  8. adi says:

    parti pembangkang malaysia tak ada kualiti cuma pandai fitnah sebab tu tak akan dapat jadi kerajaan. kerajaan buat puterajaya pembangkang buat fitnah, kerajaan buat highway parti bangkang buat fitnah, kerajaan buat tranfomasi parti pembangkang buat fitnah, kerajaan buat gst parti pembangkang buat fitnah, segala apa pun yang di buat olih kerajaan untuk rakyat parti pembangkang akan buat fitnah. parti pembangkang malaysia tak tahu membangkang cuma tahu buat fitnah.

  9. anti-pas haramjadah says:

    Tp aku tgk staff tnb, tm, petronas mmg sokong pembangkang

  10. Boboi says:

    Apa pun sokongan kita terhadap PM tetap teguh, namun kita perlu beri penjelasan juga atas kemusykilan yg timbul & bukan sekadar nak hentam org lain yg tidak setuju dgn kenaikan harga, wpun kita majoriti di sini setuju dgn kenaikan harga apa2 brg pun demi kesejahteraan rakyat.

    Sdra Memangterok, Anoi & Adi….daripada cari jalan senang memburukkan org lain, cuba jawab pertanyaaan mzma tu sebab aku pun nak tau jugak pasal apa nak bagi keuntungan kat ipp padahal tnb sepatutnya yg harus diberi keuntungan.

  11. neutral says:

    sesiapa pernah kerja dgn khazanah’s glc pasti tau punca sebenarnya…

    kenaikan tariff untuk mendapat keuntungan sekali boleh di terima akal. tetapi kalau nak maintain untung jer kena naik tariff itu kurang bijak namanya…

    macam mana pun, hidup mesti diteruskan kerana Allah…

  12. Kedai Makan says:

    Takper la….nanti korang datang kedai makan aku, aku naikkan harga, sebab pastu aku nak naikkan mutu perkhidmatan…amacam???

  13. hadie says:

    Kan mmg terang2 surat khabar (BH) tulis secara panjang lebar PM umumkan terpaksa naikkan tarif elektrik untuk elakkan kerugian? Lepas tu website utusan lapor benda lain plak. Benda dah kantoi, BH edit plak artikel website diorg. Haish, nak tuduh “burung bangkai” lagi?

  14. Anak Msia says:

    Ku tak faham dgn kaumku yg masih buta menyokong PM dan BN yang begitu corrupted. Harga semua naik untuk menyudu kroni BN. Apa kami dapat? RM600 setahun dari BR1M? BN berhasrat nak bangunkan kaum ku, tapi ramai kaum ku masih miskin. Hanya kroni BN yang kaya.. sedar lah..

  15. Cloudzz says:

    Cover le tew… ceh!

  16. Cost of operation increases over time which is understandable but the tariff increment that TNB introduced is steep, which is a burden to many Malaysians to adapt (I’m talking couple of hundred ringgit here).

    Also I don’t see why we need to generate electricity from fossil fuel (especially knowing that cost of fossil fuel will fluctuate) which slowly ruins our future generation’s environment for sure.

    Electricity is human basic need in modern times, same like education, water, house, etc. As I said earlier, most Malaysians are affected badly due to a steep increment of tariff which means less money can be used to live (e.g buy food for family).

    Maybe TNB can use all the profit generated to invest on green energy system.

  17. Azmir says:

    Knape kita komen? Sb kita xtau. Nape kuta xtau sb kita ni malas baca or kita xkeje pn dgn tnb.. So xperlu nk kuarkn fakta yg xtntu hala klau takat dpt info ckit2 dr mulut org or ckit2 dr intenet.. Buat tambah dosa je. Diri sendiri yg rugi.. Xnk byr bil lebih jimat r.abis cerita. Setuju???

  18. Neutral says:

    Berita Harian yg laporkan berita mcm tu..bkn masalah malas bace..bodohnye admin xbuat research sblm buat artikel twist cmni…loser!!!

  19. azman says:

    Sape yg malas membaca?
    Disebabkan membacalah info banyak yg diketahui. Nobody is perfect. Teguran itu perlu jika langkah sudah terpesong. Boleh diperbaiki kalau hendak seribu daya. Matlamat memimpin adalah utk rakyat kerana rakyat yg memilih untuk memimpin. Bukan untuk menyusahkan rakyat.
    Sayugia di ingat, hidup didunia hanya sementara. Orang yang tak percaya macam gini lah jadinya.
    balasan di akhirat belum tentu betul ke tak betul sebab tak nampak. Itu sebab orang yang begini akan terus melakukan apa yang dia suka.
    Nauzubillah
    Akhir sekali, baliklah kepangkal jalan

    ;

  20. kabus says:

    Ipp – independent power plant y mbuat pnjanaan kuasa dan tnb hny mmbekalkn tenaga kpd pgguna.. Mgkn sbb tu la dorg dpt benefit jgk.. Yang tu je la sy tau.. Skian.

  21. samad says:

    salam,

    nak tanya sikit bila agaknya TNB rugi?

  22. wak k says:

    Kenapa perlu ade ipp?? Tlg jwb pulak soklan.. kenapa perlu ade shell, mobil, petron dll? Jwpannya sama.. persaingan. Persoalan yg perlu ditanya adalah.. knp power purchase aggrement (PPA) ipp n tnb berpihak pada ipp?? PPA itu yg perlu kita kaji semula. Knp tan sri ani arope resign n xnk sign PPA dulu?? Korg boleh searh kt google yer..

  23. arsis says:

    Atas apa alasan sekalipun, ia memperlihatkan kenaikan yang sangat membebankan..usqh nak kelirukan dengan fakta auta saudara..tnb saban tahun untung, tapi dengan cara yang menjerut keringat rakyat..usah lah pertahankan kerajaan UMNO yang nyata gagal menguruskan negara dengan baik..defisit negara sangat kritikal..jadilah berqkal dalam menilai..usah mengampu membuta tuli dengan tidak berpaksikan realiti…

  24. WTF says:

    Pada tahun 2012, TNB rugi saudara samad

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TNBrugibersihRM224_7juta/Article

    Begitu juga tahun2 sebelumnya

  25. WTF says:

    Suka ulasan dan pertanyaan saudara mzma

    Pada tahun2 di mana TNB rugi, IPP tersebut tak mengalami kerugian

    Ini disebabkan subsidi yg diberikan oleh kerajaan Malaysia akan bekalan gas untuk IPP berkenaan menjana elektrik dan juga perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB.

    Saya tidak mahu menyentuh subsidi yg diberikan oleh kerajaan Malaysia, subsidi ini sebenarnya untuk keselesaan rakyat Malaysia, cuma disampaikan dalam bentuk tariff rendah yg ditetapkan oleh TNB yang dinikmati oleh rakyat Malaysia.

    Yang saya ingin sentuh ialah perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB. TNB perlu membeli dalam kuantiti yg tertera dalam perjanjian IPP tersebut, walaupun ketika permintaan tenaga electrik adalah rendah berbanding drpd kuantiti yg tertera dalam perjanjian IPP tersebut.

    Ini seolah2 kerajaan Malaysia melindungi IPP terbabit, sedangkan TNB pula terpaksa mengalami kerugian.

    Bagi aku, perjanjian IPP dgn TNB perlu dikaji semula bila habis tamat tempoh/tiba masa review of price supaya tidak membebankan TNB dan pada masa sama mengelakkan pembaziran wang subsidi (atau erti kata lain, mengurangkan pemberian jumlah subsidi kepada IPP) untuk kegunaan lain demi pembangunan negara Malaysia.

  26. bentaraduatujuh says:

    Semua masaalah yg berlaku dalam glc pemimpin umno akan tutup. Akhir sekali wang negara jugak jadi mangsa. Rakyat jadi kuda nak bayar itu ini.

  27. Apa2 jeler says:

    Klau lah nek rm50 ke rm70 bleh lg tahan tpi ni x… biasa bil rm250 boleh2 skrg rm450….maka pemakaian letrik xda pn brtmbh….sma ja….mau x pening kpla nk pkr nk cari duit dri mna….gaji hanya lah rm 2500…. Mmg x ckup lah…..ank rmai nk mkn pa…..rumah rm700 nk kena byr lg….pening2..

Leave a Reply