Menu Utama

KDN Wartakan Pengharaman Novel Syiah

PUTRAJAYA 2 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan novel `Perempuan Nan Bercinta’ karya Faisal Tehrani kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

KDN dalam kenyataannya hari ini menyatakan Perintah Larangan itu berkuat kuasa pada 9 April lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh negara.

faisaltehraniKDN mengeluarkan perintah larangan terhadap novel itu kerana ia mengandungi unsur mempertikai dan memperlekeh hadis diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasi wanita selain ia mendewakan Ahlul Bayt secara berlebihan.

Novel itu juga menafikan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab yang diterima selain mengandungi unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab.

Menurut KDN keputusan itu dibuat bagi menghalang cubaan menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif yag mungkin disasarkan kepada golongan akademik dan remaja.

“Ia juga mungkin boleh mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan syariat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) umat Islam di negara ini dan memberi implikasi serius dari sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia.

“Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan umat Islam,” kata KDN.

Menurut KDN larangan penerbitan itu adalah bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996, yang antara lain memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Sehubungan itu, sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Novel berkenaan diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd serta dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Bhd. – BERNAMA






2 Komen to KDN Wartakan Pengharaman Novel Syiah

  1. itsme says:

    syiah.. satu lg kumpulan masyarakat yg menyusahkan kita semua dgn agenda yg entah apa apa.. mrk juga menggunakan hak asasi sbg senjata ampuh mrk utk menyerang dan menyerang kerajaan. aku fikir PAS sepatutnya juga mengunakan unit amal mrk utk menyerang mrk sehabis mungkin. Ini masa kita dan tanggungjawab kita.

  2. dkds says:

    Geng syiah mmg suka buat huru hara..tgk sajalah masa demo anti gst tu….yang merusuh awsama sendiri dimulakan oleh geng syiah…tak percaya cuba cari khalid ismeth si syiah tu

Leave a Reply

Threesome