Menu Utama

Hudud Satu Penilaian Oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali Gomaa

Tidak ada sesiapa orang Islam menentang hukum Allah. Namun bukan semua yang didakwa hukum Allah itu benar-benar hukum Allah. Bukan pula mereka yang tidak menjatuhkan hukuman seperti mana zaman Rasullah telah jatuh kafir atau sudah hilang keimanan terhadap yang maha esa seperti mana dakwaan sebuah parti politik.

Kepada mereka yang fanatik, bersifat Holier-than-thou, seolah-olah mereka yang tidak memperjuangkan hukuman hudud di negara ini sebagai tidak beriman, menolak hukum Allah, tontonlah video ini.

Syeikh Ali Gomaa (Arabic: على جمعة‎, Egyptian Arabic: [ˈʕæli ˈɡomʕæ]) merupakan Mufti Besar Mesir (2003-2013). Beliau merupakan salah seorang ahli perundangan Islam terkemuka dan merupakan Profesor di Universiti al-Azhar sebelum dilantik menjadi Mufti Besar Mesir.






15 Komen to Hudud Satu Penilaian Oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali Gomaa

  1. sireh ke gagang says:

    penjelasan yang terbaik . Alhamdulillah ya syeikh . semoga Allah sentiasa merahmati kamu.

  2. baba says:

    kepada yg tak faham , fahami la betul2

  3. JokerJoe says:

    Berharap terjemahan di video dicetak dlm text article ini kerana kami terpaksa stop-start video utk membaca dgn mendalam (not superficial reading). Banyak pengikut yg will not be bothered to do it dan terus skip video ni

  4. acid says:

    Alhamdulillah, kupasan ringkas dan menarik, teringat kan ucapan Tun.M di Nilam Puri 1994. juga satu penilaian yg jitu.

  5. Pemerhati says:

    aku masih percaya PAS nak hudud menjadi kenyataan terlaksana di Kelantan sebab nak dapat balik laba politik(tarik undi Orang Melayu Islam selepas merudum teruk undi yang PAS dapat dari Orang Melayu Islam pada PRU13 lepas)

    semoga pakar hukum-hakam agama dari kerajaan pusat yang akan menganggotai jawatankuasa teknikal hudud bersama pakar hukum-hakam agama dari PAS tidak terkhilaf membiarkan hudud yang akan dilaksana di Kelantan nanti hanya dilaksana terhadap orang Islam sahaja

  6. acid says:

    Begitu lah harmoninya hudud sebenar..Tapi amat menyentuh dan menggores hati ini bila hudud di jadikan alat untuk mengaut keuntungan semata. konon atas nama perjuangan ….

  7. geli says:

    Presiden Mesir dan Askar Mesir Islam yang rampas kuasa .

  8. WTF says:

    Hm…jika pada zaman Syaidina Umar (sahabat Nabi Muhammad SAW) pun sukar mendapat empat orang saksi yang adil, apatah lagi di zaman kegelapan Islam ini.

    Sesungguhnya hukum Hudud ini begitu ADIL sekali, tapi nampaknya begitu sukar hendak melaksanakan Hudud pada akhir zaman ini, apatah lagi rakyat Malaysia sudah terbiasa dgn sistem penghakiman British!!!

  9. korokstabang says:

    Hudud Allah adalah hudud kasih sayang, bagaimana dengan hudud pas

  10. mzma says:

    Inilah yang saya selalu suarakan,

    Adakah kerajaan Negeri Kelantan telah mewujudkan / mengadakan peluang2 perkerjaan yang cukup atau lebih dari cukup di negeri Kelantan? Jawapan “Tidak sama sekali”, seperti mana diketahui umum ramai anak2 kelantan telah berhijrah keluar kerana peluang2 perkerjaan lebih banyak diluar Kelantan.

    Apakah hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kelantan tersebut adil? Semestinya “Tidak adil” kerana kerajaan Negeri Kelantan itu sendiri telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya mewujudkan peluang2 perkerjaan untuk rakyatnya.

    Bagaimana keadilan dapat ditegakan sedangkan kerajaan negeri Kelantan sendiri tidak adil dan bertanggungjawab?..

  11. mzma says:

    Tun M pernah bercakap dahulu… Orang melayu islam yg fasih berbahasa Arab tidak semesti betul dari orang melayu islam yg tidak atau kurang fasih berbahasa Arab…

    Uztaz Kazim Elias juga pernah berkata, Hudud Pas umpama lagu raya, Lagu raya hanya berkumandang bila menjelang hari RAYA begitu jugalah Hudud Pas berkumandang bila menjelang pilihanRAYA & untuk memdapatkan kembali sokongan melayu islam setelah ditolak pada PRU13 seperti dijelaskan oleh Teresa Kok….

    Fikir2kanlah, Allah sahaja yang mengetahui…

  12. bujuk says:

    Allah perintahkan orang yg. berkuasa melaksanakan hudud, tapi sejarah menyatakan Rasulullah mengelak mengunakan hukuman hudud walaupun pada pesalah yg. mengaku melakukan jenayah hudud sebaliknya minta mereka bertaubat.
    KENAPA BEGITU?
    Jelas tujuan hudud adalah mencegah jenayah, dan bukan menghukum penjenayah. Sebab itu jarang sekali kita dengar hukum hudud d zahirkan selain pembuktian dan saksi yg. amat sukar.
    Jadi jangan bimbang hukum hudud, tapi bimbanglah dosa2 yg. d lakukan melibatkan jenayah hudud. Banyak kebaikan hudud, antaranya kita tak perlu banyak penjara dan berhabis harta k’jaan menyara penjenayah. Rakyat akan lebih disiplin dan saling menegur perbuatan salah kerana tidak mahu keluarga/kawan/jiran mereka kena hukum hudud. Apakah kita sanggup lihat keluarga,kawan, jiran kita kena potong tangan? tentunya kita akan halang dan nasihat mereka sebelum mereka melakukan jenayah. Hari ini… kita tak peduli jenayah walaupun berlaku depan mata. Kita tak peduli pun lihat kawan kita ambil harta pejabat bawak balik, lihat anak jiran curi buah-buahan, lihat pihak berkuasa rasuah. Selepas ni pasti semuanya berubah…

  13. WTF says:

    Pandai kau cakap kita tak pernah peduli bila melihat jenayah berlaku di depan mata kita!!!

    Hang siapa nak buat judgement sebegitu???

    Sedangkan hang sendiri pun tak melaporkan kejadian jenayah yg berlaku pada pihak berkuasa!!!

    bujuk (November 21st, 2013 at 12:00 AM)

    Bro… kalau kita jenis rajin berkawan dengan pendatang, kadang2 sakit hati bila mereka kata ada IC. Lebih menyakitkan mereka kata kerja mudah untuk dapat IC.. ada rm200 – rm300 dah boleh dapat. Apakah begitu murah nilai kerakyatan dan maruah rakyat kita?
    Tapi teringat kata2 tunM masa pemilihan perwakilan kubang pasu zaman tunA, dia kata ahli d beri sampul surat d dalamnya ada rm200 – rm300 menyebabkan kekalahannya.
    Malah mereka siap tunjuk IC, gambar mereka… Malah mereka tak segan nak bagitau bayar wang perlindungan pada mereka yg. berseragam untuk mengelak d tahan dalam operasi. Siapa yg. kamu nak percaya? BETUL… bukan semua, tapi pepatah melayu sebut, seekor kerbau berendam lumpur.. habis semua terpalit.

    WTF (November 21st, 2013 at 3:39 PM)

    Aku hairan dgn kau ni Bujuk!!! Dah terang ada pendatang asing kata kat hang dia ada IC Malaysia, instead of report kepada pihak berkuasa, hang buat tak tahu…

    Sebagai seorang rakyat Malaysia, hang bertanggugjawab untuk menegakkan kebenaran jika jelas sampai pendatang asing tu tunjuk IC kat hang siap, bukan buat donno jer dan comment kat MYKMU ni…

    Hang kata “pada mereka yg. berseragam” hang tak nak percaya!!! Kalau camtu, pergilah jumpa wakil rakyat FUCKUTAN hang, gesa wakil rakyat tak buat kerja tu buat polis report. Lagi bagus, masa buat report polis, ajak KiniTV/TV PAS, bolehlah selit muka hang yg tak handsome tu kat press conference!!!

    Cuba belajar konsep ni: Circle of concern and Circle of influence!!!

    http://www.mykmu.net/?p=37036

    P/S: When I think about the above posting and this month Bujuk ada mentioned masuk kerja jam 10.30 malam, I can only guess what Bujuk occupation is. Just be carefull bila berjaga malam2 Bujuk, penyangak kat Malaysia memang banyak dan tak kurang juga dtg lengkap dgn senjata api!!!

  14. acid says:

    Bujuk. Memang Allah perintahkan orang yg berkuasa melaksanakan hudud. Tapi adakah ianya sesuai dilaksanakan di negara yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ??
    Kita bukan spt Brunei …

  15. acid says:

    bujuk ! Apa yg kau tulis tu memang betul tentang keindahan hudud.. Tapi, yg aku hendak, ialah bila hudud dapat dilaksanakan nanti, biarlah seperti hudud yg dikehendaki Allah, Iaitu hukum Allah ini haruslah merangkumi semua umat manusia tanpa mengira agama. Dalil2 bersumberkan Al Quran dah aku sertakan tapi kau masih ingin menegakkan benang yg basah. Macamana aku nak menafikan apa yg dah tertulis dalam Al Quran ?? Kenapa hukum pada muslim saja ? Kenapa tidak semua ? Bukan masalah aku takut, itu bukan isunya disini. Yg aku takut ialah hudud itu tidak menepati spt yg di tuntut, maka segala perjuangan kita menjadi sia2 di sisi Allah.

Leave a Reply

Threesome