Menu Utama

Hudud PAS Untuk Orang Islam Sahaja VS Hudud Di Brunei Untuk Semua

Jiran tetangga kita yakni Brunei Darul Salam secara rasminya telahpun menguatkuasakan perlaksanaan hukum hudud (Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013) ataupun dikenali juga sebagai Kod Penal Syariah bermula 1 Mei 2014.

Ia satu perkembangan yang baik dan cukup menarik lebih-lebih lagi di negara kita ini pun isu mengenai hukum hudud kembali hangat diperkatakan berikutan ura-ura PAS mahu melaksanakannya di negeri Kelantan sehingga menimbulkan bantahan rakan sepakatannya dari DAP dan PKR.Hudud Brunei-Bahagian I

Secara umumnya banyak kelihatan komen positif di pelbagai media online Malaysia dan banyak juga harapan yang disuarakan supaya Kerajaan Malaysia turut membenarkan Kelantan mengikut jejak langkah yang dirintis oleh Brunei dengan menguatkuasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud PAS).

Sebelum kita pergi lebih jauh biarlah kita menyedari realiti, senario negara kita yang berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memerlukan undian majoriti di Dewan Rakyat untuk menggubal atau meminda undang-undang.

Ia tidak semudah jiran kita Brunei yang sistem pemerintahannya berasaskan monarki atau Raja Mutlak & parlimen di Brunei pula hanya berperanan menasihat tanpa sebarang kuasa istimewa dalam hal melibatkan penggubalan undang-undang.

Selain itu penulis merasakan mungkin sebahagian besar kita terlepas pandang bahawa perlaksanaan hudud di Brunei menyerlahkan satu perbezaan nyata bila dibandingkan dengan draf hudud PAS yang pernah dibentangkan di DUN Kelantan pada 1993.

Perbezaan yang dimaksudkan adalah mengenai penguatkuasaan hukum hudud di Brunei yang mana turut meliputi semua rakyatnya termasuk orang bukan Islam seperti diterangkan dalam dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 di Bahagian I Perkara 3 ceraian [1] yang menyebut “melainkan diperuntukkan dengan nyata sebaliknya didalamnya, Perintah ini hendaklah dikenakan kepada orang Islam dan orang bukan Islam.”Hudud-Brunei-Bahagian IV

Manakala dalam Bahagian IV Perkara 69 ceraian 3 & 4 hukuman hudud yang dilaksanakan di Brunei itu turut menyatakan orang bukan Islam yang melakukan kesalahan zina dengan pasangan Islam juga boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati ataupun 100 kali sebatan.

Sedangkan hudud PAS yang diwar-warkan sejak lebih dua dekad lalu sering dinyatakan secara konsisten oleh pemimpin PAS bahawa hukuman hudud yang akan dilaksanakan hanya terhad pada orang Islam sahaja manakala orang bukan Islam dikecualikan meskipun seandainya ditangkap melakukan zina dengan orang Islam.

Untuk makluman, rentetan dari tafsiran PAS bahawa hudud hanya menghukum orang Islam sahaja itulah menimbulkan pertikaian umum termasuklah tuntutan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melalui suratnya kepada MB Kelantan pada 15 Julai 1994 mengenai perlunya keadilan diutamakan sebelum Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Keadilan yang dimaksudkan oleh Tun Dr M itu tidak lain dan tidak bukan ialah penguatkuasaan undang-undang Islam yakni hukum hudud mestilah dilakukan secara bijaksana dan turut merangkumi seluruh rakyat tanpa mengira agama atau bangsa sama seperti dilaksanakan Brunei sekarang.

Jadi sekarang wajib bagi PAS merungkai menjawab persoalan kenapa mesti ada perbezaan antara hukum hudud yang dipromosikan oleh PAS dengan perlaksanaan hudud di Negara Brunei Darul Salam? Hudud yang mana satu menjunjung keadilan menepati tuntutan Islam?

Atau mungkinkah selepas rombongan MB Kelantan berkunjung ke Brunei baru-baru ini untuk mencontohi perlaksanaan hudud di negara itu telah mencetuskan idea baru di fikiran pimpinan PAS untuk mengubahsuai semula draf hududnya supaya selari dengan perlaksanaan di Brunei yang meliputi semua golongan tanpa mengira agama?

Dua tiga persoalan di atas tentu sahaja menuntut penjelasan yang cukup cermat dari PAS untuk menjernihkan pemahaman umum lebih-lebih selepas pemimpin DAP Teresa Kok sebelum ini mendedahkan pengakuan oleh pemimpin PAS bahawa isu perlaksanaan hudud sengaja diguna pakai sebagai strategik politik bagi kepentingan politik PAS.






20 Komen to Hudud PAS Untuk Orang Islam Sahaja VS Hudud Di Brunei Untuk Semua

  1. dkds says:

    Kita mahu hukum.hudud dijalankan secara adil dan saksama..bkn bermaksud kita tidak mahu hudud yang diusulkan oleh Pas…tapi sekiranya kita ada kekuatan politik..apa salahnya kita laksanakan hudud meliputi semua kaum dan agama…nescaya orang bukan islam mendapat merasai nikmat syiar islam….

  2. anoi says:

    orang bukan islam dah terbiasa memakai tak cukup kain takut2 nanti tak boleh teruskan amalan jahiliah mereka tu sebab mati matian tak mahu hudud dilaksanakan. Mereka ni kalau boleh nak telanjang (amoi2 yang dah biasa berseluar nampak aurat memang tak boleh lagi dah nak pakai seluar panjang alasan biasa panaslah kalau boleh mau telanjang bulat lagi bagus)

  3. Umnoover says:

    Anoi:

    Kau tau ke hudud tu apa?
    Apa kena mengena dgn tak tutup aurat??

  4. acid says:

    Teramat banyak & nyata di dalam Al Quran yg menunjukkan hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Antaranya.,

    Firman Allah;
    Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yg telah di turunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yg telah di turunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian mereka berpaling ( enggan menerima hukum Allah itu ) maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yg fasik
    [TMQ-al Maidah (5):49]

  5. acid says:

    ” Dialah yg telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yg benar untuk diunggulkan atas seluruh agama yg lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya .” [ At Taubah (9) :33]

    Allah juga berfirman,
    ” Sesungguhnya kami telah turunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yg telah Allah wahyukan kepadamu. [TMQ an-nisa(4):105]

  6. Rohee colnago says:

    Hudud dah cukup lengkap. Tapi di peralatkan untuk kepentingan duniawi PAS. Tindak tanduk PAS menyebabkan Hudud ini ditakuti oleh masyarakat bukan Islam. Puluhan tahun PAS mainkan isu hudud ini. Dah jadi semacam fobia pada masyarakat di Malaysia.
    Sekarang ini, PAS sedang dihina kerana hudud ini. Hukuman dari Allah. Sekarang ini apa yang PAS ada? Kuasa? Maruah? Agama? Semua ini sedang di telanjang kan dari PAS.
    Kepada siapa PAS nak mengadu sekarang. Sapa yg kata ‘lebih rela makan daging babi’, ‘bersahabat dengan syaitan’ . Sapa yang suka mengkafirkan sesama umat? Bukankah ini sume datangnya dari pimpinan PAS sendiri. Itu belum lagi bab berzina.
    Kemungkaran banyak di lakukan pucuk pimpinan PAS sendiri. Kelakuan PAS lah yang menyebabkan Islam di hina hingga ke tahap paling rendah sekali.
    Hudud xde cacat cela nya. Tapi PAS telah membusukkan nya.

  7. sungai_siput says:

    jawab umnoover , jawab…

    jgn lari macam mooh dgn bujuk mcm kes APCO dgn PAS/PKR mengangkat ambiga kapir lakhnat sebagai ketua demo bersih yg anti islam, pertahan kan lina joy murtad

  8. anoi says:

    umnoover hudud tu dilaksanakan dgn aurat terdahulu dituntaskan sebab salah satu penyembah berlakunya zina. lol….

  9. hentam ajelah says:

    ….pemimpin pas pegi la ke arab saudi blajar macam mana hudud dilaksanakan kt sana….
    Aku sendiri tgk dia orang pancung pesalah tu depan mata aku…./pssst kt you tube jerr…

  10. gambus says:

    betul tu dari duluuuu kita semua dah kata hudud PAS adalah hudud Politik yang tidak mengikut ajaran Islam .. tapi pemimpin PAS buat ialah sebarkan fitnah dan menipu konon UMNO menolak dan menentang hudud … dasar pelacur agama punya PAS

  11. acid says:

    Perlu di ingatkan keindahan hudud juga akan hanya dapat di rasai, apabila tertib keutamaan maslahan spt daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah dijadikan fundamental dalam menggubal undang2 yg mengikut ruh syariah dalam menegakkan keadilan.

  12. anti-pas haramjadah says:

    Partai Islam se-malaysia (pis) cuba bermain dgn hukum Allah. Nescaya akn memakan diri pis juga akhirnya.

  13. terangsang says says:

    banyak sungguh ayat kafir, tak kafir dalam dalam perbalahan politik pas dan umno hingga menengelamkan konsep pahla dan dosa. selagi kita mengadap kiblat yang sama mana ada kafirnya dikalangan mereka yang berkiblat sama. dan kita tidak upaya mengkelaskan mereka sebagai kafir atau tak kafir.cuma kita kena berjaga jaga dengan kehadiran golongan munafik. yang paling perlu diwar warkan ialah kita kena takut dari melakukan dosa. dari dosa kecik2 sampai dosa yang besar2. buatlah pekara yang baik supaya dapat pahla yang banyak. hudut untuk menakutkan kita dari buat dosa. kalau kena tangkap, kena hukum memang parah kan.

  14. bujuk says:

    Laksanalah dulu pada orang Islam, InsyaAllah dari kebaikan hudud ni nanti mereka yg. kafir akan berasa senang untuk menerimanya. Tapi kalau kita mampu/kuat/hebat dari segala segi seperti sultan Brunei kenapa tidak?
    Elakkanlah mengata hudud ini tak betul, tak adil dan sebagainya.. kita bukan ahlinya untuk kata demikian. Kita ahli sunnah waljamaah ada 4 imam yg. berbeza2 pandangan mengikut suasana , budaya, ekonomi dan sebagainya. Yg. penting kita laksanakan dulu… kemudian kita perbaiki jika ada kekurangan. Sebab manusia itu memang serba-serbi kekurangan dan hanya Allah yg. sempurna. Percayalah.. hudud brunei juga ada kekurangan dan akan dibaiki dari masa ke masa.
    Aku percaya.. orang kafir selepas era hudud tidak berani mencuri atau berzina dengan orang Islam walaupun tidak d kenakan hudud. Cukup dengan mereka diancam dengan hukuman yg. berat tersebut. Mustahil mereka sanggup melihat pasangan mereka d sebat atau d rejam, mustahil mereka mampu melihat kawan2 mereka d potong tangan disebabkan perbuatan mereka. Yakinlah wahai orang2 muslim… hukuman Allah itu yg. terbaik.

  15. acid says:

    Bujuk ! Takde orang Islam yg mengatakan hudud tu tak betul ! Yg tak betul ialah cara pelaksanaannya yg tak betul ! Hudud adalah undang2, bila ianya adalah undang2, keadilan perlu menjadi teras. Ini yg org pertikai kan bila hudud yg kau cakap tu akan hanya kena pada sebahagian ( org Islam ) sahaja. Di sinilah akan berlakunya ketidakadilah pada umat manusia.
    Aku dah sertakan beberapa dalil dari Al Quran di atas, di mana hukum Allah adalah terlaksana pada semua ! Dulu kau pernah minta aku serta kan dalil dr Al Quran, nah aku dah sertakan sebahagian, masih ada lagi, kau nak sangkal lagi ??
    Dalam Islam juga takde istilah trial and error dalam menentukan samada seuatu hukum Allah itu boleh diikuti atau sebaliknya. Hukum Allah dah termaktub di dalam Al Quran !

  16. acid says:

    Bujuk ! Kau kata jika hudud dilaksanakan seperti yg kau cakap tu, iaitu hanya orang Islam yg akan kena hukuman hudud, dan orang kafir akan berasa senang untuk menerimanya ??
    Mereka bukan sahaja akan menolak hudud, malah akan menolak Islam terus ! Maka hudud yg sepatutnya menjadi satu tarikkan pada org kafir atas keberkesananya dalam menangani masalah manusia, akan menjadi faktor penolak pula bagi org Kafir untuk mendekati Islam. Ini kerana mereka nampak ketidakadilannya hudud apabila yg terkena hanya org Islam sahaja bukan mereka. Mereka akan takut menjadi umat Islam. Ada faham bujuk ?
    Allah telah ingatkan umat manusia melalui beberapa firmanNya tentang pelaksanaannya merangkumi semua umat manusia, tanpa mengira agama mereka….Maka ikutlah…Kenapa nak bantah ??

  17. alimedanbaru says:

    hakikatnya Pas berlagak dan tidak mahu bergabong dgn UMNO sejak dulu..malah berunding perpaduan punenggan.inilah punca kelemahan Melayu Islam hingga tak upaya nak kuasai kafir. dan inilah puncanya hudud Pas hanya untuk orang Islam..maknanya hukum pada Islam suku dan hukuman pd bukan Islam suku. dimana keadilannya. Allah MAHA Adil dan Maha Sempurna. Seorang potong tangan seorang penjara..adilkah itu. Seorang direjam sampai mati dan seorang lagi yg kafir lepas gitu saja..adilkah itu.
    Pas gopoh..baru berlunjur dah nak berlari.Soal asas diketepikan..PERPADUAN UMMAH DAN MEMBINA KEKUATAN ISLAM DIABAI..MENGAPA TIDAK MAHU DILAKUKAN? SEBAB ITU ORANG KAFIR TAK KECUT DAN TAK TAKUTPUN DENGAN ORANG ISLAM!

  18. sireh ke gagang says:

    so sekarang ,bujuk sendiri telah menjelaskan , AGAMA SUKU , POLITIK SUKU itu , pegangan sahih PAS. Aku ingat dulu (era reformasi) ,PAS selalu mencanangkan atas pentas2 ceramahnya melalui Akhil hayy , UMNO mengamalkan politik suku , agama suku , yang bermaksud , umno ini hanya ambil islam separuh dan buang separuh .Telah aku kata kan dahulu , kalau benar PAS ikhlas untuk mendaulatkan syiar islam dan agama Allah , jadilah pengkritik yang cerdik kepada UMNO .bukan sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan org melayu yang rendah pemahaman tentang hukum syariah .PAS seharusnya memainkan peranan sebagai lidah penjelasan isu kedua kepada org melayu , jika sesuatu ketetapan atau undang-undang syariah yang teah digubal atau diwartakan oleh kerajaan . bersama kerajaan (umno) dalam mendidik dan menperjelaskan isu islam tanpa mengubah apa2 fakta mengikut selera politik kepartian .Tidakkah org pas sedar , bangsa melayu dan islam sekarang saban hari diserang oleh kafir harbi di dalam negara kita ini ? yang umno pinta hanyalah dokongan pas dalam mempertahankan melayu & islam tanpa melibatkan kepentingan politik parti masing2. itu sahaja . dan hudud Allah (bukan hudu PAS) , boleh menjadi 1 mekanisma permulaan untuk kita bersama2 duduk bermusyawarah pelbagai topik mengenai islam & melayu .2 komponen inilah asas negara kita ini. tidak boleh di tolak salah satu darinya.

  19. WTF says:

    Berikut adalah hujah2 yang dibawa oleh saudara acid di mana Bujuk TAK MAMPU nak sangkal lagi:

    acid
    April 27th, 2014 at 5:31 PM
    Bujuk ! Kau sebenarnya tidak menjawab persoalan2 yg aku dan bro rap tanya, tapi kau bawa persoalan baru !

    Sebenarnya memang terdapat banyak di dalam Al-Quran yg menunjukkan hukum Islam terpakai keatas orang2 kafir, antaranya aku bawakan :

    Firman Allah ,

    ” Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yg telah di turunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan mu dari sesuatu hukum yg telah diturunkan oleh Allah kepada mu. Kemudian mereka berpaling ( enggan menerima hukum Allah itu ) maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa mereka ; dan sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yg fasik.
    [ TMQ -Al Maidah (5):49 ]

    Bujuk ! Selain itu, Keindahan Hudud hanya akan dapat kita rasai atau nikmati apabila tertib mashlahan spt daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah di jadikan asas atau fundamental ketika menggubal undang2 yg mengikut ruh syariah yg sebenar dalam kita menegakkan keadilan

    http://www.mykmu.net/?p=42243

    Kenapa Bujuk masih nak kata bahawa perlaksanaan hukum Hudud HANYA untuk org Islam sahaja???

    HANG BELAJAR TAK HABIS KA BUJUK???

  20. acid says:

    Bujuk ! Jangan lah kau cuba mempertahankan pendapat dan hujah kau yg langsung tidak bersandar pada mana2 nas tu melebihi dari kepentingan umum…

Leave a Reply

Threesome