Menu Utama

Hudud: PAS Fahamkan DAP & PKR Dulu Sebelum Pertikai UMNO

10155299_634712473275163_2412000714981888141_n

KALAU wujudlah kamus khas untuk menjawab isu hudud ini, nescaya PAS sudah habis perkataan yang boleh digunakan bagi mempertahankan pendirian parti kepada PKR dan DAP – sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

Bukan saja perkataan, huruf-huruf pun habis guna dah, terimanya tak juga.

Sebab itulah, ada segelintir puak dalam PAS cuba alih masalah ini kepada UMNO walaupun UMNO sudah jelas tidak ada tentangan sekiranya rang undang-undang perlaksanaan hudud di Kelantan, dibentang dalam parlimen nanti.

Kalau UMNO bantah bermaksud UMNO bantah hukum Tuhan, nanti bukan setakat Tuhan murka, PAS pun joli sakan dapat hidupkan modal politik yang dah terpendam lama, mana boleh macam itu.

Apapun, penulis suka nak tekankan, dalam hal hudud ini yang nak laksana itu PAS sementara UMNO hanya sokong kalau draf undang-undang itu dibawa ke Parlimen – banyak beza antara 2 perkara itu (yang nak buat dengan yang nak sokong), kena faham betul-betul asas kepada semua ini.

Ini penting sebab ceritanya sekarang macam UMNO yang nak laksanakan hudud di Kelantan dan PAS pulak mahu tak mahu kena ikut!  Macam mana keadaan ini boleh berlaku pun penulis tidak pasti tapi inilah ‘seni’ putar belit PAS, dia punya taik, orang lain yang kena cuci.

Jadi sebelum salah faham ini jadi persepsi awam yang diterima umum, maka adalah jadi tanggungjawab penulis untuk jelaskan.

Sebaiknya PAS selesaikan dulu masalah dengan DAP dan PKR sebelum babitkan UMNO.  UMNO tak masuk dalam ini ‘gambar’ lagi sebab rang undang-undang berkenaan belum pun masuk parlimen untuk dibahaskan.

PAS sendiri belum tentu bawa masuk rang undang-undang berkenaan melihat kepada pelbagai bantahan yang ada, termasuk di kalangan ahli parlimen parti itu sendiri.  Beberapa orang ahli parlimen PAS dikatakan bukan setakat tidak menyokong, malah akan menentang rang undang-undang berkenaan kalau dibawa masuk ke Parlimen.

Dia sama dia pun tak selesai-selesai (jangan kata dengan orang lain), lagi nak babitkan orang lain.






3 Komen to Hudud: PAS Fahamkan DAP & PKR Dulu Sebelum Pertikai UMNO

  1. baba says:

    pas ni hanya sandiwara lebih , geng sendiri pun tak setuju dgn hudud…..dok salahkan umno

  2. dkds says:

    Agak pelik bila Pas cuba lepas tangan dalam isu penerangan terhadap bukan islam…adakah ini cara Pas memperjuangkan islam…?

    UMNo perlu lebih peka…jangan termasuk perangkap Pas…dapat dirasakan Pas akan menarik diri disaat akhir nanti..

  3. acid says:

    Takpe, rakyat sedang memerhatikan gelagat depa….yang benar pasti menang !

Leave a Reply

Threesome