Menu Utama

Hudud : US Bakal Tarik Semula Pelaburan?

hudud1

Perancangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan sedang mendapat tentangan hebat dari DAP. Desas desus tentangan dari MCA juga bertiup kencang. Sesungguhnya ia telah menjadi satu fenomena tentangan dari pihak bukan Islam terhadap perundangan Islam yang cuba dilaksanakan. Brunei yang baharu sahaja melaksanakan hudud juga mengalami nasib yang agak buruk juga.

Hudud merupakan sebahagian kecil daripada kewajipan umat Islam. Kita perlu tahu kewajipan utama kita dalam Islam terletak dalam perlaksanaan Rukun Islam lima perkara dan Rukun Iman enam perkara. Dalam kita beria-ia mahu melaksanakan hudud, kita harus pastikan Rukun Islam dan Rukun Iman dapat kita laksanakan dengan sempurna.

Baru-baru ini Beverly Hills telah mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah. Sultan Brunei memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rome. Walaubagaimanapun Sultan Hassanal Bolkiah tetap mengumumkan beliau akan meneruskan pelaksanaan undang-undang syariah walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.

Brunei memang sebuah negara yang kaya raya. Mereka tidak terlalu bergantung kepada negara luar dalam menentukan arah ekonomi dan pentadbiran mereka. Oleh itu apabila Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual Hotel Beverly Hills maka ianya bukan satu masalah besar bagi Brunei. Namun perkara sebaliknya pula berlaku pada Malaysia.

Memang bukan perkara mustahil bahawa negara-negara luar yang melabur dalam Malaysia akan mula menarik balik pelaburan mereka sebaik sahaja Kelantan melaksanakan hudud. Para pelabur luar akan mengambil kira dari segi perundangan yang mereka mampu terima. Dalam keadaan ekonomi kita yang baru bangkit selepas teruk difitnah oleh pakatan pembangkang yang cuba menggambarkan negara sebagai sebuah negara yang teruk dengan niat untuk merampas negara maka kita memerlukan para pelabur luar ini untuk menjana ekonomi negara.

Fakta yang perlu rakyat Malaysia ketahui pula sekiranya Malaysia melaksanakan hudud sepenuhnya, lebih daripada 90% undang-undang sedia ada tidak akan berubah. Dalam Perkara 3(1) Perlembagaan jelas memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan. Dalam waktu yang sama kerajaan Barisan Nasional sentiasa melaksanakan usaha-usaha pengukuhan nilai-nilai keislaman.

Bagi Kelantan sendiri, perlaksanaan hudud juga akan menjejaskan pelaburan oleh pihak bukan Islam. Mereka ini bukan sekadar takut kepada Hudud malahan ketidakfahaman mereka terhadap hudud akan menyebabkan mereka menarik diri dari semua segi berkaitan dengan negeri Kelantan itu sendiri.

Setelah hampir tiga puluh tahun PAS Kelantan melagukan hudud dalam setiap ceramah politik mereka, namun tidak ada sedikit pun pemahaman yang mereka mampu berikan kepada orang bukan Islam di sekeliling mereka. Sepatutnya dari hari pertama mereka ingin melaksanakan hudud mereka perlu menjelaskan kepada semua rakyat akan undang-undang hudud sebenarnya.

Hukum Allah yang amat sempurna gagal mereka jelaskan. Dengan itu perlaksanaan hudud itu sudah tentu mendapat tentangan dari segenap sudut. Orang bukan Islam hanya melihat hudud sebagai undang-undang yang zalim. Kesungguhan perlaksanaan perlu dimulakan dengan pemahaman oleh semua pihak yang terlibat.

Keikhlasan dan kebijaksanaan menjadi ukuran dalam isu hudud ini. Sekiranya mereka tidak mampu maka mereka perlu kaji semula sehingga mereka dapat mencari formula yang hampir sempurna untuk perlaksanaannya. Kemuliaan dan maruah Islam menjadi perhatian dunia ketika dan saat ini.






14 Komen to Hudud : US Bakal Tarik Semula Pelaburan?

  1. Spin6996 says:

    nampak sangat cina bersatu… MCA musuh dalam selimut dan DAP musuh secara terbuka… bila lagi Melayu Islam nak bersatu?

  2. mooo says:

    Pelaksanaan hudud dilakukan setelah wujudnya kerajaan dan masyarakat yang memahami Islam dari sudut Akidah kerana ia adalah tuntutan yang tidak boleh diabaikan.

    Orang Islam nak tak nak mesti merima hudud kerana itu adalah hukum yang Allah nyatakan dengan jelas dalam Al Quran melainkan beberapa bahagian yang menjadi perbahasan ulama.

    Cukup malang jika ada orang Islam mempermain atau mempersendakannya. Soal pelaksanaannya kita mampu atau tidak kita boleh bertolak ansur tetapi mengambilnya sebagai suatu lawak untuk dipersendakan tidak menunjukkan sifat Islam yang sejati.

    Ramai orang yang tidak memahami agama membicaranya sebagai suatu yang tidak beradab kerana hudud sudah jelas dalam Al Quran.

    Pelawak Harith Iskandar antara contoh manusia Islam yang tidak sedar akan agama sendiri telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter yang berjumlah lebih daripada 165 ribu pengikut kebanyakkannya orang Islam.

    Status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan dan Harith Iskandar sepatutnya memohon maaf.

    Dia sepatutnya tahu mana perkara boleh dibuat lawak mana yang tidak. Jangan jahil sangat dengan agama sendiri. Jangan burukkan lagi keadaan artis.

  3. mooo says:

    Penulis takut hilang RM, tapi sanggup menjual agama. ameno sgt……………

    Hudud memang sbhgn kecil dari agama, tetapi, masuk islam sepenuhnya, kalau pilih apa yg nak, tolak apa yg tak nak, itu namanya sekular..UMNO Style!

  4. mooo says:

    aRTIKEL INI di tulis oleh seorang yg Fasiq ahli UMNO.

  5. bangKano says:

    Perlaksanaan hukum hudud mesti di laksana kan mengikut ajaran ALLAH,…bukan ikut emosi & kuasa mutlak yang dok ada dalam tangan sang penguasa. Contoh kenapa Brunai mendapat tentangan hebat dari PBB & AS…pasai pesalah zina akan di rejam sampai mati. Ni kan perlakuan zalim nama nya tak ikut perentah alQuran. Ikut nas zina mesti di kena kan sebatan 100 kali tetapi kenapa pemerentah Brunai sanggup membelakang kan perentah ALLAH…?

    Dah jelas pemerentah Brunai dah mau jadi diktator,tirani & autoritarian semata mata nak menakut nakut kan rakyat nya supaya jangan menentang sultan. Ni la fenomena yang jadi tabu pada skop bukan islam di seluruh dunia…mereka tetap menganggap islam tu kejam & tak bertamadun tinggi.

    Jangan nak persalah kan bukan islam tang persepsi depa terhadap islam…lihat dan cermin dulu diri kita sebagai umat muslimin yang beriman lagi bertaqwq. Segala tindak tanduk kita terhadap nilai nilai murni islam yang ketara dah tercemar…maka tanggapan bukan muslim terhadap islam semakin memburuk akibat mentaliti & pemahaman kita terhadap agama nya semakin parah….!!!!

  6. Badrole Amin says:

    orang Islam harus berhati-hati dengan sesuatu tuduhan dan cerita yang dilemparkan, disebarkan atau di copy n paste kan oleh orang fasiq seperti mooh

  7. bangKano says:

    Harith Islandar bukan menghina kemurniaan islam…tapi semata mata nak menyindir para birokrasi agama islam yang dah gila bila dah dapat kuasa mutlak untuk melaksana kan hukum hudud.

    Aku nak tanya hang ni moooo…..ada pendapat para birokrasi agama islam kita kata para penzina yang dah berkahwin baik laki laki dan perempuan mesti di rejam sampai mati.Pada hal nas dalam wahyu ALLAH cuma mengenakan hukum sebat 100 kali jerrr. Ni membukti kan para biorkrasi agama dah gila bila dah dapat kuasa politik dalam melaksana kan hukum ALLAH. Depa sanggup buat apa saja demi islam kunun sebenaq nya depa ni nak kekal kan kuasa sambil menakut nakut kan rakyat supaya jangan bangkit menentang pemerentahan tirani,diktator & autoritarianisme.

    Tolong jawab mooo dari mana depa ni dapat ilham kata penzina tersebut di rejam sampai mati…ada ka depa cedok dari kitab injil ato yahudi/Perjanjian Lama & Baru yang dah sah di cemari keaslian nya…? Kalo hang ada bukti tang penzina tersebut mesti di rejam sampin mati…sila beri rujukan nas wahyu ALLAH kat aku nih….bukan nya wahyu palsu yang di reka oleh golongan israilliah melalui hadis hadis kunun nya di lafaz oleh nabi Muhamad….!!!

  8. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Pelik dan meragukan.
    Kenapa kaum imigran cina begitu Hudud dilaksanakan? Fahamkah mereka jenis-jenis kesalahan jenayah Hudud sebagaimana yg digariskan Allah swt dalam al-Quraan?
    Untuk makluman mereka dijelaskan di sini kesalahan jenayah (Hudud) mengikut al-Quraan.
    1. Membunuh manusia tanpa hak.
    2. Mencuri.
    3. Merompak.
    4. Berzina.
    5. Meminum arak.
    6. Menuduh orang yg sudah kahwin berzina.
    7. Murtad, dan
    8. Menderhaka kepada pemerintah.

    Setahu penulis semua kesalahan diatas tetap salah dalam undang-undang biasa atau Undang-undang sivil dan Undang-undang Syariah.

    Kenapa mereka (cina) takut sangat?
    Apakah keberadaan mereka warganegara Malaysia itu hidupnya bertujuan untuk ‘membunuh, mencuri, merompak, berzina (rogol), minum arak, menuduh orang yg dah kawin berzina, murtad (memurtadkan) dan menderhaka kpd pemerintah?

    Kalau itulah yg mereka takutkan sebab mereka mahu melakukannya, elok sangat Hudud dilaksanakan bermula di Kelantan dan kemudian ke seluruh negara.

    Sebenarnya kaum imigran cina ni hanya mampu diajar atau didesiplinkan melalui undang-undang yg keras dan tegas. Macam tentera Jepun pada Perang Dunia ke 2 dulu.
    Kenapa cina di Singapura boleh berdesiplin?
    Tak lain tak bukan kerana Undang-undang di sana keras dan tegas,
    Buktinya, hingga kini mereka masih mengekalkan ISA. Kita di Malaysia?

  9. dkds says:

    Agak pelik sepatytnya skg Pas kenalah menumpukan tajuk hudud dalam siri ceramah…tapi malangnya ceramav mereka lebih banyak mempertahankan peliwat

  10. acid says:

    Moooo ! apa yg kau tulis di perenggan pertama tu adalah realiti yg selama ini UMNO bagitau, tapi sekarang kau plak ambik nak jadikan hujah ??
    Menyentuh tentang tuduhan kau pada orang lain sebagai fasiq ? Ini kerana di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Memaki orang Islam yg lain adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur.
    Jadi kalau bersandarkan hadis Rasulullah ini, siapa sebenarnya yg fasiq ??
    Kalau setakat kau baru pegang satu ideologi Islam dah begitu takbur dengan melabel org Islam lain Fasiq ??

  11. sireh ke gagang says:

    dengan selamba moo menetapkan , umno sekular dan penulis adalah FASIQ . ko fhm ke moo maksud sekular dan fasiq tu ? kalau setakat menaip guna bahan copy & paste , hentikan . dari situ org boleh menilai tahap kematangan ko dlm berhujah dan mempertahankan hujah . sebelum ko nk menuduh umno sekular dan penulis fasiq , cermin muka sendiri dulu lama2.. tenung cermin tu , tanya diri ko , TAHALUF SIASI PAS – PKR -DAP itu hukumnya apa ?bersama barisan pemusnah negara yang selalu menganjurkan kegaanasan dan demo itu apa hukum nya dari kacamata islam ?bersama pemimpin kafir harbi yang mahu menggunakan Kalimah Allah dalam bible itu apa hukumnya ?bersama pemimpin yang rosak akhlak dan tercemar kelakuannya apa hukumnya ? kalau kau mampu menjawab semua persoalan aku ini dengan NAS & DALIL , sila kan moo !

  12. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Kalu diorang mau kesamarataan dgan org Melayu,maka hudud pun terimalah jgak..kahkahkah

  13. acid says:

    Moooo org Islam yg menuduh org lain fasiq itulah fasiq sebenarnya. Aku tak rasa kau mampu membuat huraian terhadap tuduhan fasiq kau itu. Dan sila juga sahut cabaran Sdr sireh ke gagang ! Kalau masih ada maruah lah…

  14. system baru says:

    kalau buat hukum hudud kuatkan ekonomi bumiputera sehingga 60% dulu ,jangan mimpi jika ekonomi bumiputara hanya capai 23%, sebab aku baca dari awal2 lagi barat memang tekan kita jika kita lasanakan hukum hudud, pas memang tak berfikir dari awal lagi bukan senang buat hukum hudud, Brunei dah tekena tekan dari barat sebab itu kita kena berhati-hati dengan barat, dia kita ikut dia barat

Leave a Reply