Menu Utama

Hudud: Apa Salah Wee Ka Siong?

Ramai di dalam UMNO dan Pas marah kepada Datuk Wee Ka Siong kerana mengatakan MCA akan mengkaji kedudukannya di dalam Barisan Nasional jika UMNO mengambil keputusan menyokong deraf Hudud yang akan di bawa oleh Pas. Kemarahan ini sebenarnya bersandarkan emosi bahawa bukan hak MCA untuk mencampuri hal ehwal Islam.

Mari kita letakkan diri kita di tempat Wee Ka Siong, apakah kita akan menerima undang-undang jenayah Buddha atau Kristian dalam pemerintahan negara ini? Saya tidak pasti orang lain, namun saya akan menentang habis-habisan.

Wee Ka Siong bukan mengugut UMNO mahu pun Perdana Menteri. Beliau sekadar menyatakan MCA kena mengkaji kedudukan bersama UMNO jika kita menyokong Hudud yang akan dibentangkan oleh Pas. Bukankah ini satu tindakan politik yang bijak dan berani bagi MCA? [Lihat penjelasan Wee Ka Siong di sini]

Sudah tentu apabila UMNO mengambil keputusan menyokong deraf Hudud Pas nanti, ia perlu meyakinkan MCA bahawa sokongan ini tidak akan mengugat kepentingan dan kesejahteraan kaum lain. Jika ia gagal untuk meyakinkan MCA, maka hak MCA untuk meninggalkan BN.

MCA boleh meninggalkan Barisan Nasional, atau mungkin sahaja UMNO boleh disingkirkan dari Barisan Nasional jika semua parti komponen lain membuat keputusan menyingkirkan UMNO.

Ramai yang mungkin marah kepada Wee Ka Siong, namun dari segi rasional, Wee mempunyai asas mempertikaikan hukuman jenayah yang berbeza mengikut agama. Hukuman jenayah hendaklah adil tanpa mengambil kira agama mahu pun kaum.

Malahan mewujudkan dua sistem jenayah yang berasingan antara bukan Islam dan Islam dalam negara yang majmuk seperti Malaysia sangat mustahil. Islam dan bukan Islam hari ini hidup berinteraksi dan berasimliasi antara satu sama lain, bukannya seperti sistem kabilah dan pemeritahan zaman awal Islam.

Dalam banyak kes di negara ini, kegiatan jenayah dilakukan secara bersama antara Islam dan bukan Islam atau membabitkan Islam dan bukan Islam sebagai pencuri dan mangsa. Bagaimanakah sistem Pas ini boleh berlaku adil?

Dalam konteks maqasid syariah, keadilan adalah antara aspek terpenting. Justeru itu Hudud jika mahu dilaksanakan hendaklah merangkumni Islam dan bukan Islam. Tidak ada dalam sejarah Islam, hukuman jenayah ke atas bukan Islam lebih ringan daripada orang Islam. Tapi inilah yang akan berlaku dalam hudud Pas.

Mereka yang menyokong hudud boleh berkata ini hukuman yang dietntukan Allah, siapa suruh melakukan jenayah. Jika melakukan jenayah terimalah akibatnya. Mereka yang menjawab sebegini sebenarnya sudah menjadi manusia yang hati keras dan takbur atas nama agama.

Dengarlah apa yang dikatakan oleh bekas Mufti Mesir ini dan nilai sendiri mereka yang begitu taksub untuk melaksanakan hudud sehingga tidak mengambil kira kefahaman keseluruhan mengenai Islam.






17 Komen to Hudud: Apa Salah Wee Ka Siong?

  1. mooo says:

    Siapa Tuan ni dalam BN????

  2. Badrole Amin says:

    pertanyaan 4 kerat perkataan untuk test kepala otak mooh berfungsi atau tidak….

    jawabnya siapa(Tuan) mooh?

  3. Rosmah87 says:

    INILAH PENULISAN UMNO YANG TERBAIK PERNAH SAYA TENGOK.
    5 BINTANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. mancini says:

    Siapa pulak tuan dlm PR,bukan PAS ke.

  5. Badrole Amin says:

    PAS ialah Tuan dalam pakatan haram sebab PAS ada pemimpin bernama Tuan Ibrahim Tuan Man(sebenarnya bukan Tuan tapi ‘Pencacai’ kepada DAP & PKR)…hehehehe

  6. Badrole Amin says:

    kepada rosmah87….

    syoh syoh pergi main jauh-jauh lah anjing!!!

    kalau nak masuk sini kena pandai berhujah bukan pandai bercakap kosong

  7. Badrole Amin says:

    kepada rosmah87….

    syoh syoh pergi main jauh-jauh lah anjing!!!

    kalau nak masuk sini kena pandai berhujah bukan pandai bercakap kosong dan menyalak

  8. Baba says:

    Negara seperti malaysia yang mana org islam tak sampai pun 60% susah nak dilaksanakan hudud. Kalau negara kita ni islam ada lebih 80% baru senang dilaksanakan.
    Ada islam yang tak sampai 60% tu pulak pecah tiga…last2 org islam dah jadi minoriti kat malaysia.

  9. bujuk says:

    “Mereka yang menjawab sebegini sebenarnya sudah menjadi manusia yang hati keras dan takbur atas nama agama”
    Persoalannya apakah orang yg. melaksanakan perintah Allah itu Keras Hati dan Takbur? Apakah hudud d perintahkan untuk kita keras hati dan takbur? Sedangkan Rasulullah ketika memotong tangan pencuri pertama d kenakan hudud SEDIH dan lebih sedih kerana mereka yg. mendakwa tidak memaafkan pencuri tersebut.
    Apa yg. aku faham dari cerita Dr.MAZA dlm. wacana sinar itu.. hudud bukan untuk menghukum pesalah tapi untuk menggerunkan orang melakukan kesalahan dan mengajar manusia supaya besar hati untuk memaafkan. Memaafkan orang yg. melakukan kesalahan atau menzalimi kita itu sangat mulia d sisi Allah kerana Allah maha pengampun.

  10. bujuk says:

    Aku akan tentang jika nak suruh ikut hukum kristian atau budha… tapi biarlah kalau mereka nak berhukum dengan hukuman mereka. Apa masalah aku? Dan itulah perintah Allah bila perintahkan hudud pada Rasulullah. Jika mereka datang pada kamu untuk berhukum, maka hukumlah.. jika mereka menolak biarkan mereka berhukum mengikut hukuman mereka. Walaupun dalam hal ini d tuju pada yahudi/kristian. Tapi tak pernah juga aku dengar mereka yg. sembah patong2 semuanya dihukum dengan hudud. Mungkin ada yg. lebih mengetahui… sebab zaman nabi masih ada mereka yg. sembah patung, tuhan tok-nenek mereka.

  11. mancini says:

    bujuk lebih hebat dr mufti mesir yg memang fasih bahasa arab,bujuk ni berlakon drama je.

  12. acid says:

    Bujuk, kau kata ayat tu di tujukan kepada yahudi/kristian ??? Laa, kau ni kalau tak tahu, tolonglah jangan cakap !!! Ayat itu di tujukan kepada Rasulullah sebagai ketua negara ( ketika itu ) dan bukan di tujukan kepada yahudi/kristian macam kau cakap ! ADA FAHAM ?? Jadi pilihan di beri pada Rasulullah untuk menentukannya samada berhukum mengikut Al Quran atau Injil dan Taurat mengikut kebijaksanaan Rasulullah.

    BUKAN BAGI PILIHAN PADA SI KAFIR UNTUK MENENTUKAN..Dan perlu diingat isi kandungan samada Injil dan Taurat pada masa itu masih terpelihara. ( sebelum ia di manipulasi ) yg mana kebanyakkan hukuman di dalamnya adalah sama dengan di dalam Al Quran..

  13. bangKano says:

    Weii mooo serba bangang lagi pandir sokmo…TUAN dalam BN ada UMNO. TUAN dalam PR ada la DAP….tapi PAS cuma jadi baruah macam kaum paria sedia terima perentah dari cina DAQP untuk berdemo,bergulin gulin taihb jalan & merempuh sekatan polis. Sapa ka mereka tu mooo…? Buikan ka dari UNIT AMAL PAS yang sering pakai baju t merah…dah la bodo macam lembu sanggup plak menggadai marwah bangsa,agama & negagha demi kuasa duniawi.

    Unit Amal PAS ni memang hampeh pun…dah la tarak akai mau pakai semua nak ikut nafsu macam haiwan melata jerrr….patut la ramai orang cina kata melayu hamPAS tu bolo sama macam lembu maaa….!!!!!!!!

  14. dkds says:

    Pas mmg dah gila

  15. Hamba Ar Rahman says:

    Hang ni Bujuk kalau cerita suka sekerat2….hang cerita tentang DR MAZA yang kata hudud untuk menggerunkan bukan untuk menghukum….betul dah tu…tapi hang tak cerita pula bab yg DR MAZA kata hudud belum cukup kondusif untuk di buat di negara berbilang kaum macam Malaysia….yang ni…kenapa pula hang tak ulas…..bila Tun M…dulu lagi bercakap perkara yg sama…geng hangpa bantai sampai tak cukup ruang…tapi bila MAZA cakap benda yang maksud lebih kurang sama dengan Tun M…pesal pulak hangpa tak komen….sebb apa? sebb DR MAZA satu kem dengan hangpa kaa???

  16. armok says:

    Identity conflicts…hehehe.

  17. sireh ke gagang says:

    gelihati dan boleh gelak terbahak2 bila tengok puak pas bersilat . nak bercakap pasal perintah Allah , itu , ini , tapi yang jadi pemimpin dan ahlinya langsung tak berwajah islam ! Islam anjur demo eh ? islam suruh bergabung dengan puak songsang eh ?islam suruh berkawan dgn ekstrimis kristian eh ? hahaha… menepuk air ke dulang , terpercik ke muka sendiri ..

Leave a Reply