Menu Utama

Hayat Politik Khalid Ibrahim Kini Di Hujung Misai Kucing

Nampak gayanya seperti Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah tersalah langkah apabila mengambil keputusan nekad untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang sekian lama disandang oleh anak didik kesayangan Anwar Ibrahim iaitu Azmin Ali.

Itu telahan penulis berpandukan senario semasa Pemilihan PKR 2014 yang mana ternampak macam tidak akan memihak pada Khalid meskipun selama ini beliau sering dipropagandakan oleh PKR sebagai MB Selangor yang paling cemerlang dan hebat rekod perkhidmatannya.

Keputusan rasmi setakat ini menunjukkan MB Selangor itu jauh tertinggal di tempat kedua dengan hanya mendapat 8,123 undi, defisit sebanyak 4,127 undi berbanding Azmin yang mendahului dengan perolehan 12,250 undi. Saifuddin Nasution pula cuma memperolehi 6,997 undi.

Jika keputusan rasmi itu dijadikan sandaran kita boleh andaikan hayat politik Khalid seumpama di hujung misai kucing menanti masa untuk jatuh yang impaknya kelak bakal menjejaskan jawatannya sebagai MB Selangor.

Sebelum ini angka berlainan dilaporkan di mana keputusan tidak rasmi menyebut Khalid berada di depan setelah meraih 12,270 undi diekori rapat oleh Azmin yang mendapat sejumlah 12,178 undian sementara Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula memperolehi 7,988 undi.

Jauh benar bezanya antara keputusan rasmi dengan tidak rasmi. Entah macam mana pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR buat kira-kira dan bagaimana pula congak kira oleh agen calon yang bertanding sehingga menyebabkan wujud jurang sedemikian, hanya orang PKR sahaja yang tahu.

Satu yang pasti berdasarkan dua keputusan itu kita sudah boleh membuat andaian Saifuddin sudah terkeluar dari persaingan. Mungkin sebab itu Setiausaha Agung PKR itu lebih banyak diam tak terkata sekarang berbanding kempen awalnya dulu yang nampak cukup berlagak.

Masih terdapat 27 lagi Cabang PKR yang akan mengadakan pemilihan semula termasuk 10 di Selangor berikutan pemilihan sebelum ini ditangguh atau dibatalkan gara-gara masalah gengsterisme, blackout, penipuan undi, pengundi hantu, rasuah wang dan macam-macam lagi.

Mungkin Khalid masih boleh mengharapkan keajaiban dengan bersandarkan pada sokongan ahli PKR Selangor di 27 Cabang tersebut. Manalah tahu kot tiba-tiba keputusan berubah lebih-lebih lagi dalam keadaan pemilihan parti yang haru biru serba bercelaru ini, banyak kemungkinan boleh berlaku.






7 Komen to Hayat Politik Khalid Ibrahim Kini Di Hujung Misai Kucing

  1. WTF says:

    Kita tunggu jer kesudahan drama swasta PGayR yg menjanjikan banyak aksi putar belit yang mengelikan hati kita semua!!!

    MUEH4444

  2. itsme says:

    saifudin bolehlah mula utk berkempen utk khalid krn khalid lbh mudah utk dipancung berbanding azmin. saifudin tdk punya pilihan, membantu khalid adalah jln keluar terbaik buat masa ini. jika benar saifudin dan pliwat tegar dan bekas banduan mahu azmin keluar maka saifudin tentu boleh menconggak dgn lbh waras ketika ini apa pilihan yg beliau ada. Jawapannya pasti khalid ibrahim. Jika azmin maka saifudin batak juga akan terkubur tanpa batu nisan.

  3. Madu 3 says:

    Lama dah takde cerita pasal Anak Pak Berahim, idup lagi ke?

  4. raplahjingaa says:

    Dalam PKR apa yang ada / ujud hanyalah atas kemahuan anwar…menentang anwar bererti mengorek lubang kubur dalam kehidupan sapa-sapa dalam PKR. Walaupun khalid adalah anak emas kak jijah….kak jijah hanyalah moskot airmata PKR, dia tak ada apa-apa kuasa esekutif dalam menentukan apa-apa saja.

    Kuasa hanya di pegang olen anwar dan madunya assmin.

  5. bajak says:

    kata mb selangor paling cemerlang tp nape ahli2 pkr xsokong n undi die…sian aku tgk khalid nie…

  6. MemangTerok says:

    Tentang mana Khalid dikatakan cemerlang kita orang luar kurang tahu. Orang Selangor tentu lebih tahu. Yang orang luar tahu sepanjang Khalid jadi MB, orang Selangor kena beli banyak tong/baldi untuk ambik air dari tanker. Cemerlang macam mana kalau orang Selangor tak hidup bahagia macam orang negeri lain bergembira dengan air melimpah ruah, atas , bawah , celah dan tepi.

    Khalid jugak rampas tanah, rampas kedai , rampas lesen. Cemerlang apa ke benda kalau buat kerja macam itu.

    Ditolak dicampur, kita dengar serupa macam peliwat diangkat ketahap mulia hingga boleh baca khutbah, beri ceramah agama dan bercerita tentang kebaikan akhlak pada orang lain untuk mereka amalkan .

    Nauzubillah… Bila orang Selangor nak kenal kambing dari ayam, itek dari rusa. Wallah-ulam.

  7. Baba says:

    Khalid sudah nampak macam nak kalah dan dia telah mengugut bahawa terdapat ahli pkr yg akan membawa masalah pemilihan ini kpd RoS yang akan menyebabkan pendaftaran Pkr dibatalkan.

Leave a Reply

Threesome