Menu Utama

Hapus Ruangan Kaum: Melayu Bakal Undi Pembangkang?

borang 3

Kita dapat merasakan gelombang penghapusan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan sedang cuba diganggu gugat. Namun keputusan kerajaan memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan kerana dianggap tidak perlu ketika melakukan urusan rasmi amat mengecewakan bangsa Melayu.

Kerajaan perlu ingat bahawa yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini adalah bangsa Melayu. Mereka sudah lupakah bahawa bangsa Cina boleh dikatakan tidak langsung mengundi Barisan Nasional. Oleh itu tindakan kerajaan memansuhkan ruangan kaum di dalam borang rasmi seolah-olah cuba mencari nahas dalam PRU14 yang akan datang.

Persoalan yang timbul di sini adakah wujud terlalu ramai “talibarut” pembangkang di dalam kerajaan sehingga mengakibatkan satu keputusan yang bakal memihak kepada pakatan pembangkang dalam PRU14 ini berjaya dilaksanakan? Dalam isu ini maka kami menyeru Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tampil untuk membaiki “kerosakan” yang telah dilakukan oleh jemaah Menteri yang jelas Pro pakatan pembangkang.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan bahawa borang yang dihapuskan ruangan kaum antaranya borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Kononnya ruangan kaum dalam borang ini tidak mempunyai nilai tambah kononnya dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara kita.

Perlukah kita ingatkan kepada kerajaan bahawa perpaduan kaum telah lama terjalin dengan baik tetapi kehadiran DAP bersama sekutu pakatan pembangkang yang merosakkannya. Perpaduan langsung tidak ada kena mengena dengan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Kononnya ruangan kaum ketika mengisi borang rasmi untuk memohon bantuan di JKM tidak perlu kerana semua rakyat berhak mendapatnya tanpa mengira kaum. Namun dari satu segi bila berada dalam keadaan sumber yang terhad maka hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam “jus soli” atau “Ketuanan Melayu” sebagai tuan Tanah Melayu telah dilanggar dengan satu keputusan “bodoh” jemaah memteri yang pro pakatan pembangkang.

Jawapan klise kononnya ia merupakan keputusan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan selain memenuhi aspirasi 1Malaysia ke arah perpaduan Nasional amat menyinggung hati orang Melayu (Tuan Tanah). Hakikatnya ruangan kaum dalam borang itu tidak langsung menjejaskan urusan orang ramai dengan kerajaan. Kami rakyat Malaysia tidak terima alasan “bodoh” jemaah menteri.

Kononnya keputusan ini bukan bertujuan menjaga sensitiviti kaum tertentu di negara ini kerana ia bersifat menyeluruh. Hakikatnya ianya jelas bertujuan menjaga “hati” pengundi Cina yang tidak mengundi Barisan Nasional pun dalam PRU13 yang lepas. Tindakan jemaah menteri ini lebih kepada keputusan “mempermainkan” Datuk Seri Najib.

Buat pengetahuan semua, setakat ini, terdapat hampir 100 borang rasmi kerajaan telah menggugurkan perkataan kaum seperti borang permohonan Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah dan borang pendaftaran Pegawai Farmasi di sektor kerajaan.Dan yang paling menyakitkan hati penyokong dan pengundi Barisan Nasional adalah kerajaan juga berhasrat menggugurkan ruangan identiti kaum dalam semua borang kerajaan pada masa akan datang.

Soal ruangan kaum dalam borang rasmi ini mungkin dianggap remeh oleh kerajaan namun ini akan menjadi salah satu punca utama orang Melayu beralih arah menentang Kerajaan. Sebenarnya sokongan hudud oleh kerajaan akan membawa kita kepada kemenangan besar dalam PRU13 tetapi “gunting dalam lipatan” yang berada dalam kerajaan sedang menukar kemenangan itu kepada kegagalan Barisan Nasional dalam PRU14 nanti.






15 Komen to Hapus Ruangan Kaum: Melayu Bakal Undi Pembangkang?

  1. Anak Jantan says:

    Kenapa Semua2 benda yg sedia ada kat Malaysia ni nak di ubah ? Adakah kerajaan mengikut rantak Pembangang ? AKu tak Paham la…kalau boleh semua nak dihapuskan….Tension…Jangan lepas ni nak hapuskan taraf Bumiputra cukup la….habis semua…semata2 nak kesamarataan….Phuuiithhh

  2. mooo says:

    Muhyiddeen semlam dok perli KDN dan Menteri pertahanan kat TV3 semalam on Sabah security issue.

    Wah, namapaknya kem Tun M kini tertekan…

    Mykemut.net tak nak komen??

  3. mzma says:

    TPM kata atas fakta.. Semua orang pun terkejut.. Masaalahnya tidak mahu melihat & mengambil contoh seperti negara seperti US & Australia mengawal sempadan & perairan mereka..

    Pada pihak berkuasa yang berkenaan, sila tonton Discovery Channel rancangan “Border Security”… Bagaimana effisien nya pihak berkuasa mereka, pakai “Belon Udara” beebb tak perlu lerr nak teropong2 cam pihak berkuasa kita. Bukan nak hina anggota yang mejalankan tugas tetapi bertapa banggangnya KP/DG & SUB (Pegawai Jusa) jabatan tersebut…

  4. Jackal says:

    TAIPING 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.

    Perdana Menteri berkata, sebaliknya Kabinet tidak membuat sebarang keputusan untuk memansuhkan keperluan mengisi ruangan kategori kaum pada borang berkenaan.

    “Ada berbincang mengenainya tetapi keputusan adalah untuk mengekalkan dasar sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO bahagian Taiping di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140508/dn_30/Kerajaan-tidak-hapus-ruangan-kaum-dalam-borang-rasmi—Najib#ixzz315mhSVJA
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  5. hentam ajelah says:

    ……dulu 13 mei …orang cina bunuh melayu brdasarkn kulit sawo matangnya……orang melayu nk bunuh cina suruh baca alfatihah……..prkataan kaum dlm borang dah tk relevan masa dulu lagi…..hanya ada dua pilihan…..brsama kafir atau menentang kekafiran itu….

  6. baba says:

    PM jelaskan kenyataan Menteri JPM Datuk Joseph Entulu gugur perkataan KAUM dalam borang kerajaan TAK BETUL.Menteri tu akan buat kenyataan maaf

  7. MemangTerok says:

    Government cant please everyone. jangan diubah sesuatu hanya untuk mengembirakan satu pihak yang tamak haloba.

    Sesakali kita rasa seolah2 terdapat duri dalam daging dipentadbiran PM. Beliau kena teliti dan nyahkan mereka jika terbukti ada.

  8. Semangat Dato' Haron says:

    Sudah tiba umat Islam bersatu atas satu panji Islam untuk menentang gerakan golongan kafirin yang semakin agresif sekarang. Semoga rang undang2 hudud disokong semua ahli Parlimen Islam kerana ianya akan mengukuhkan kedudukan polik Melayu dan Islam di negara ini. Amin….hapuskan Khawarij moden

  9. raplahjingaa says:

    Komen apa moooo ?? TPM buat kerja…dia berhak nak tegur siapa pun dalam perkhidmatan awam. Ni moooo hang tak mau komen ke pemilihan PKR baru-baru ni ?? hehehehe…dah jadi lawak !

  10. bangKano says:

    Aku dok heghan lagu mana plak keputusan kabiet nak mansukh kan perkataan ” kaum ” dalam setiap borang rasmi kerajaan. Pada hal awal awal lagi PM dah nafi kan kenyataan sang menteri tu. Lagu mana sang menteri bahlol tu sanggup buat kenyataan jika tak di restui oelh kabinet…? Menteri tersebut mesti di ambik tindakan… tendang dia dari kerajaan. Ni semua virus virus yang akan memusnash kan keharmonian negagha.

    Ni la akibat nya dek terlampau obses nak laksanakan penyederhanaan dalam sistem kerajaan la ni. Sampai anak buah sendiri dah beghani buat kenyataan membahaya kan perpaduan kaum…bos nya cuma jadi boneka jerrr…ikut semua kehendak menteri menteri nya yang kughang hajak tuu….!!!!

  11. bangKano says:

    Kenyataan TPM memang tepat pada masa nya…kawalan keselamatan perairan di Sabah masih lagi longgaq. Apa guna di tubuh kan EESCOM tapi efektif nya masih di pertikai kan…? Ada ESSCOM ni di ketua leh seorang pegawai tinggi awam begitu lemah sampai tahap keselamatan leh di tembusi musuh…? Kan lebih baik EESCOM ni di pegang oleh pegawai tertinggi polis & tentera secagha bergilir gilir. Dengaq habaq EESCOM tak dapat mengawal pergerakan sepenuh nya kat agensi penguat kuasaan seperti Imigeresen & Kastam…ni punca permasalahan nya la ni…selagi ada kerenah birokrasi selagi tu la soal keselamatan periaran negagha sentiasa di permain kan…..!!!!

  12. bujuk says:

    Ini hasil IC pada orang luar. Jika isu IC ni tak d tadbir dengan baik… jangan menyesal semenanjung pun suatu hari nanti berlaku perkara sama. Kawan aku jaga kontraktor kata bersepah bangla/indon ada ic walaupun tak berapa pandai cakap melayu. Tak mustahil mereka yg. susah akan buat kerja mencolek d semenanjung pulak bila sukar dapat kerja atau nak duit mudah. Pihak berkuasa.. baik polis, rela, tentera, imegresen tolong jangan jual maruah negara terlalu murah.

  13. pelangkung says:

    Dah sah sah kawan bujuk yg kontraktor tuh kepala otak macam hang jugak bujuk….aku pun kontraktor jugak….tak betul cakap kawan hang tuh…jenis kaki kencing macam hang jugak ni…

  14. WTF says:

    Hehehehe, Bujuk masih belum report polis ka???

    http://www.mykmu.net/?p=37036

  15. adi says:

    dalam media masa sekarang di muka hadapan paparkan asas asas aqidah islam tunjukkan islam itu mudah di fahami. tunjukan hukum syariat islam dalam kehidupan harian mukin ramai rakyat malaysia yang lahir islam masih tak tahu hukum dalam kehidupan yang ditunjukan olih allah ia itu 2 yg disuruh 2 yg di larang dan satu harus. maaf jika saya menyakitkan hati. nasihat saya berpandukan lah hukum yang lima ini dalam kehidupan harian allah akan memberi rahmat pada kita dan negara. insyallah.

Leave a Reply

Threesome