Menu Utama

Hadi Awang Ke Istanbul Elak Sokong Anti Hudud Di Teluk Intan?

hadi awang dyana1

PRK Teluk Intan kali ini, kita sebenarnya dapat menyaksikan “lakonan” Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Dalam keterpaksaan beliau terpaksa menyatakan sokongan terhadap Dyana Sofya calon DAP yang telah mengistiharkan untuk menolak hudud selari dengan pendirian DAP. Kita semua tahu bahawa salah satu sebab kewujudan parti PAS adalah untuk memperjuangkan hudud mereka.

Dalam keadaan DAP tetap angkuh menolak hudud yang jelas bertentangan dengan prinsip PAS, para penyokong fanatik PAS yang membabi buta menyuarakan sokongan terhadap DAP merupakan bukti bahawa penyokong PAS tidak faham akan perjuangan mereka. Ia sekadar parti ikut-ikutan sahaja apabila orang disekeliling mereka turut menyokong PAS. Visi dan misi perjuangan PAS tidak pernah pun mereka faham.

Oleh itu bukanlah suatu perkara yang menghairankan apabila Hadi Awang memilih masa ini untuk ke Istanbul. Mungkin ini salah satu cara untuk beliau “melarikan diri” dari menyokong Dyana DAP dengan cara yang sopan. Namun berita bahawa Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang dimasukkan ke hospital di Istanbul pada kira-kira 8.45 malam tadi waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas agak mengejutkan kita.

Hadi Awang dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan. Beliau ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki. Hadi juga turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.

Beliau kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar. Walaupun begitu atas sikap keperihatinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak maka beliau telah meminta kedutaan Malaysia di Turki memberi bantuan sewajarnya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.

Kita doakan semoga Hadi Awang cepat sembuh. Sekembalinya beliau ke Malaysia nanti, kita juga berharap agar beliau dapat memikirkan dengan tenang dan waras akan persepakatan mengarut PAS dan DAP yang telah jauh tersasar. Sikap yang tidak saling menghormati diantara mereka akan menyebabkan PAS akan terus ditertawakan oleh orang Islam dan bukan Islam.

Sekiranya beliau meneruskan juga persepakatan bersama DAP yang terlalu jauh menyimpang dari perjuangan mereka, maka ahli PAS yang lain perlu “membuka mata” dan tinggalkan parti PAS yang terlalu mengutamakan kepentingan politik peribadi sehingga mengabaikan dan menggadaikan maruah Islam.

Sebuah perjuangan semestinya memerlukan pengorbanan. Namun yang paling penting ianya perlu lah jujur dan ikhlas. Sekiranya wujud unsur jahat maka lambat laun inya tetap akan terbongkar. Tidak mungkin ada mana-mana parti yang sempurna 100% tetapi keikhlasan parti itu perlu dalam meneruskan kesinambungan perjuangan.






11 Komen to Hadi Awang Ke Istanbul Elak Sokong Anti Hudud Di Teluk Intan?

  1. anti-pas haramjadah says:

    Al-fatihah bt hadi bawang. Cpt ckt nnt blh bt prk kt trg pulak

  2. Baba says:

    Ni mungkin sebab hari tu dia kata hudud bukan isu, terus ke turki dan jatuh sakit.

  3. raplahjingaa says:

    Aji adi…dia tu berserabut dari dulu, tengok muka pun dah berserabai sangat.

  4. armok says:

    Tak lama lagi akan bertambah-tambahlah berserabainya….heheheh.

  5. kumbang says:

    Beberapa pemimpin pas perlu dibuang ikut kronologi nik aziz hadi awang mat sabu mahfudz khalid samad sallehudin dzul ahmad dan mujahid mereka ini ada sifat munafik

  6. kumbang says:

    MengapA harus pemimpin pas seperti nik aziz hadi mat sabu khalid sallehudin menyokong dyana yAng jelas menentang hudud adakah tujuan me geliru seterusnya kucar kacir pegangan ahli dan mengakibat kehancuran parti pas

  7. alimedanbaru says:

    apabila yg memimpin tu
    talam 10 muka
    berpura-pura spt munafik
    perjuangan ikut keuntungan kpd Parti bukan kerana ALLAH
    takut dgn manusia bukan takut kpd ALLAH
    makahilanglah harga diri
    dan jadilah yg macam setan
    dilaknat manusia
    dan yg dialam ghaib!

  8. WTF says:

    Bila nak lari dari kesalahan, org PAS suka sangat lari ke Turki!!!

    Macam Mooh tempoh hari bila tak solat Jumaat, Turki jadi “alasannya”

    Hadi Awang lupa kot, lari macam mana pun kuasa Allah SWT merentasi alam semesta, hukuman PASTI akan dilaksanakan tak kiralah lari ke ceruk mana!!!

    Aku doakan semoga Hadi Awang cepat sembuh dan pulang ka Malaysia!!!

    Bukan apa, kalau terjadi perkara tak diingini berlaku kepada Hadi Awang di Turki, banyak pulak BURUNG BANGAU yang perlu DIKERAH untuk terbang mengiringi kapal terbang dari Turki ke Malaysia (if you get what I mean!!!) semata2 nak menunjukkan “mukjizat” Hadi Awang!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  9. raplahjingaa says:

    hehehehe…tu la aku hairan sungguh, anwar lepas meliwat saiful lari ke kedutaan turki, aji adi lari ke turki, moooo tak solat jumaat kat turki ( itu kata dia la ) apa significantnya turki dengan cai pembangkang ni ???, minat sungguh depa kat turki.

  10. Lembah Bujang says:

    Prk kajang mu gi Vietnam… Prk Teluk Intan mu gi Istambul……. ini kah seorg pejuang…. ?

  11. rasphg says:

    hadi awg ni mmg dh lama hipokrit nye..

Leave a Reply