Menu Utama

GST: Tak Betul Beli Barang Harga RM 50, Bayar RM 56!!

GST-Malaysia

MACAI pembangkang sebetulnya bukan faham mana sangat pasal GST.  Sama macam TPPA jugaklah, majoriti besar tak faham pun TPPA tu apa benda, ikut apa Anwar Ibrahim cakap saja, bantah, bantahlah, duduk, duduklah – bodoh macam itu.

Sebab itulah beberapa interview rambang yang dijalankan masa hari demonstrasi 1 Mei lepas, kebanyakkan mereka tidak tahu apa pun pasal GST ni bila diajukan soalan.  Ada yang kata Government Services Tax, ada kata cukai baru dan sebagainya.

Jadi yang dok ramai-ramai turun bantah ni sebab apa, tak tahu nak jawab.

GST ni mudah saja, ia adalah sistem cukai baru, menggantikan sistem percukaian sedia ada.  Tinggal lagi ada beberapa pembaharuan, antaranya, kalau dulu pergi ke kedai yang nilai jualan/perolehan (threshold) dalam setahun melebihi RM 500,000, tidak kena cukai 6%, kini sudah kena cukai 6%.

6% bukan RM 6.

Maka itu adalah tidak benar dakyah yang disebarkan balaci pembangkang bahawa selepas perlaksanaan GST, beli barang di kedai sebanyak RM 50, rakyat kena tambah RM 6 untuk GST.  Hakikatnya, selepas perlaksanaan sistem GST, barang yang hari ini berharga RM 50, akan berkurangan menjadi RM 45 + 6% GST = lebih murah dari RM 50 pun!!

Dengan kata lain, GST menjadikan harga barangan pengguna menjadi lebih murah dari sekarang dan kita masih belum lagi bercakap mengenai barang-barang yang dikecualikan dari GST.

Bagaimana barangan berharga RM 50 boleh turun sehingga RM 45?  Itu hasil rebet cukai yang diberikan kerajaan kepada pengeluar + pengurangan 1% ke atas cukai syarikat dibawah sistem GST.

Kalau masih ada masalah juga, rakyat ada pilihan kalau taknak kena GST – jangan beli belah di pasaraya besar yang nilai jualan/perolehannya sudah tentu lebih dari RM 500,000 setahun, beli belahlah di kedai runcit biasa atau pasar malam – bebas GST sebab nilai jualan/perolehannya kurang dari RM 500,000!!

Pendek kata, dari segi pilihan untuk rakyat tidak kena GST, ia lebih kurang macam saman AES.  Pecutlah laju macam mana pun, tapi bila sampai lokasi kamera AES terletak, perlahankanlah kenderaan ikut halaju yang dibenarkan, lepas itu pecutlah balik.

Semudah itu.

Yang penting, bila pembangkang kata GST ini membebankan rakyat, cukai baru dan sebagainya, ia adalah dakyah jahat yang bukan saja tidak benar sama sekali, malah berniat jahat.






16 Komen to GST: Tak Betul Beli Barang Harga RM 50, Bayar RM 56!!

  1. hentam ajelah says:

    …..kerajaan yg gagal beri penerangan kpd rakyat …..bukan semua rakyat ada masa menonton tv atau ada wang membeli akhbar…..contoh sebelum ini..nkra….ncer….dan apatah lagi…..gst dan tppa….apa yg aku tahu puak cinabeng shj yg mendapat manfaat….melayu terusan layu dipngkuan kerajaan…….

  2. samad says:

    salam, memang betul kerajaan perlu lebih terangkan pasal GST ini secara terperinci. Demonstrasi sistem perniagaan berasaskan perbezaan di antara sistem pencukaian lama dan baru patut di adakan di sekolah-sekolah.

    Memang balaci pembangkang akan sentiasa protes apa saja yang kerajaan buat. Sebab kita semua sudah maklum yang balaci pembangkang memang akal mereka terletak di kepala lutut.

    Tapi penerangan itu sangat penting. Supaya rakyat lain yang tidak mengetahui struktur pencukaian ini lebih memahami apa itu GST.

  3. WTF says:

    Saudara hentan ajelah,

    Kenapa pula puak cinabeng shj yg mendapat manfaat drpd GST dan melayu terusan layu dipngkuan kerajaan???

    Cuba saudar hentam ajelah ulas dgn lebih lanjut!!!

    Saudara samad,

    Setuju dgn cadangan saudara samad supaya kempen kesdaran berkenaan GST perlu dilakukan dgn lebih agresif.

    Kalau tidak, ramai yg jadi macam ni:

    http://www.youtube.com/watch?v=GDW3M_MPisU#t=84

    Diharap tiada pihak akan KENA TINGGAL DGN BAS dalam menghadapi cabaran dunia yang penuh mencabar ini.

  4. mzma says:

    Kalo kempennya hanya mengupas dasarnya sahaja tak ada guna.. Orang ramai tidak akan faham apa pun.. Katanya media elektronik kerajaan kontrol, apasal tak gunakan dengan sebaik mungkin menjelaskan GST & Cukai yang sedia ada secara lebih terperinci.. Ini dok tayang iklan kata bagus.. Pecat sahaja pegawai kanan yang dok kat Kementerian Penerangan tu dan ganti dengan orang lebih muda dan mempunyai idea yang bernas. Ini tidak tiap2 bulan gaji beribu sapu, tapi idea cam lembu…

    Apa kata kerajaan buat satu forum 2-4 jam di media elektronik untuk menerangkan cukai GST dengan ahli panel terdiri dari akauntan yg bertauliah swasta, MASB & etc. Jangan taruk orang politik dahlah, dia org nie “TALK COCK” pandai laa..

    1) Terangkan cukai sedia ada yang mana akan dihapuskan setelah GST dilaksanakan..
    2) Bigitu juga dengan cukai pendapatan, bagaimana penurunan akan dilaksanakan. Apakah dengan meningkatkan “Jumlah Pelepasan” atau mengabil kira nilai peratus dari jumlah pendapatan.
    3) Cukai sedia ada yang akan dihapuskan, apakah barang/produk yang telibat?

    Sebagai contoh, kita semua tahu bahawa produk telekomunikasi seperti telepon pintar, tablet harga jualan di Malaysia berbanding dengan negara2 asean lain iaitu dalam linkungan kasar/purata Rm250-RM400. Dan sememangnya kita tahu perbezaannya datang dari cukai.. Adakah ianya cukai jualan atau cukai import atau duty eksais? Adakah ianya akan dimansuhkan kelak?

    Perkara inilah rakyat Malaysia semua nak tahu? Jika tidak dimansuhkan, berapa banyak jenis cukai rakyat nak kena bayar… Inilah yang akan menjadi kemarahan rakyat…

    Pihak Kerajaan dok buat iklan tayang kata bagus. Tang mana bagusnya pun rakyat tak nampak sampai sekarang ini. Laa nie rebate 1% lak dah, sebelum nie hanya kedai yang mempunyai jualan bulanan RM500 keatas.. Tidak ada satu artikel yang menerangkan daripada A ke Z.. Samalah dengan laman sosial nie…

  5. mzma says:

    Tahukah admin apa itu cukai pendapatan syarikat? Apa kena mengena penurunan cukai pendapatan syarikat 1% dengan harga jualan produk nie, dok kata orang lembu.. tak sedar diri sendiri yang cam lembu gak… Nie artikel menipu namanya…

  6. WTF says:

    Aku suka kata mzma dalam hal ini.

    Sebenarnya segala informasi berkenaan GST saya dapat dari laman web kerajaan berikut:

    http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx

    Cuma perlu adanya laman web kerajaan dalam Bahasa Melayu, atau dibuat dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) supaya perkara GST mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

  7. WTF says:

    Saya quote kata2 dalam web ini:

    “GST ni mudah saja, ia adalah sistem cukai baru, menggantikan sistem percukaian sedia ada. Tinggal lagi ada beberapa pembaharuan, antaranya, kalau dulu pergi ke kedai yang nilai jualan/perolehan (threshold) dalam setahun melebihi RM 500,000, tidak kena cukai 6%, kini sudah kena cukai 6%.

    6% bukan RM 6.

    Maka itu adalah tidak benar dakyah yang disebarkan balaci pembangkang bahawa selepas perlaksanaan GST, beli barang di kedai sebanyak RM 50, rakyat kena tambah RM 6 untuk GST. Hakikatnya, selepas perlaksanaan sistem GST, barang yang hari ini berharga RM 50, akan berkurangan menjadi RM 45 + 6% GST = lebih murah dari RM 50 pun!!

    Dengan kata lain, GST menjadikan harga barangan pengguna menjadi lebih murah dari sekarang dan kita masih belum lagi bercakap mengenai barang-barang yang dikecualikan dari GST.

    Bagaimana barangan berharga RM 50 boleh turun sehingga RM 45? Itu hasil rebet cukai yang diberikan kerajaan kepada pengeluar + pengurangan 1% ke atas cukai syarikat dibawah sistem GST.”

    it is more complicated than that. Dan untuk menerangkan perkara kompleks, lebih baik memberi penerangan secara BERGAMBAR. Contohnya, seperti berikut:

    http://3.bp.blogspot.com/-6LLJtKjEK94/UmvdqUg9erI/AAAAAAAAASs/oDUQm0nUQJA/s1600/1418289_10151691107203247_2058660974_n.jpg

    Lagi mudah nak explain, rather than ayat berjela2 di mana ramai (maaf kata) rakyat Malaysia kurang membaca dgn teliti.

  8. WTF says:

    Ini juga salah satu contoh yg boleh digunakan:

    http://3.bp.blogspot.com/-o2bRWmTxBDY/UnB9kmYx9fI/AAAAAAAAAZU/qqGvXs84-Xg/s1600/1381386_233672996791694_602138886_n.jpg

    In truth, model SST vs GST yg perlu ditekankan, sebab rakyat biasa bukan bertanya sama ada berapa percent cukai yg perlu dibayar, tapi berapa banyak wang perbelanjaan perlu digunakan dgn pengantian SST dgn GST, itu yg mereka benar2 ingin tahu.

    Such MODEL sukar nak buat, sebab barangan dan perkhidmatan ini banyak jenis, but I am sure those dalam PEMANDU can make a better presentation than I am on this subject.

  9. gambus says:

    aku yang 2 hari lepak rumah sdara tgk TV takde Astro pun dengan mudah dah tahu melalui Tv1 dan 2 .. dengan terang dia ada menjawab soalan mzma terutama soalan nombor 1 dan 3

    sama jugak dengan cukai jualan telefon bimbit yang telah dihapuskan sejak tahun 2010 !!! kita tgk apa yang turun !! sikit jee , ini semua keje gila peniaga yang nak untung besar !!! tak payah nak salahkan cukai yang bukan-bukan kalau taktahu hujung pangkal !!!

    kalau benda ni pun susah nak faham , camana nak terangkan soalan nombor 2 ???

  10. WTF says:

    Oh ya, sebagai tambahan untuk memastikan GST ini tidak membebankan rakyat, kerajaan Malaysia juga perlu menerangkan usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan harga barangan stabil melalui Competition Act 2010 (atau dikenali sbg Anti-Kartel Act) dan Anti-Profiteering Acts 2010.

    BTW, website ini amat berguna untuk pemahaman ringkas tentang GST

    http://faqsmalaysia.com/gst/

  11. WTF says:

    Below model, lebih untuk pemahaman kepada para peniaga, tapi pengguna juga boleh lihat dan fahami model claim back GST:

    http://gst.customs.gov.my/en/rg/SiteAssets/Faq%20Pictures/new.png

  12. WTF says:

    Saudara gambus,

    Komen berkenaan tak tengok TV tu memang sampai sekarang sukar aku fahami.

    In truth, kebanyakan penyokong FUCKUTAN RETARD memang tak tengok TV1, TV2 dan TV3 atas hasutan pemimpin4444 FUCKUTAN RETARD!!!

    Jadi, bagi aku yg perlu disalahkan ialah penyokong FUCKUTAN RETARD, bukan kerajaan Malaysia dalam hal ini.

    Aku pun tak tengok TV1, TV2 dan TV3, sebab berada di luar negeri, tapi masih mencari informasi melalui laman web kerajaan Malaysia.

    Sebenarnya, nak cari ilmu senang sahaja, tapi kalau malas mencari nak tunggu kena suap jer mmg DEN TAK BOLEH BUAT APO LA KAN!!!

  13. dkds says:

    yang berdemo pun dah jadi super bodoh seperti Mahfuz

  14. mzma says:

    haa haa…

    Syarikat A menerima rebate 1% cukai pendapatan & dikenakan 6% GST.. Logik ke, terima 1% turun harga 10%,

    1) Setiap tahun ada kenaikan gaji. Ambil kira min. 5% (std 5%-10%) dibayar setiap bulan.
    2) Sewa kilang naik 6% (gst) setiap bulan..
    3) Kos Operasi naik 6% (gst) setiap bulan
    4) Bonus naik min. 5% setiap tahun mengikut kenaikan Gaji.
    5) dan pelbagai kos…

    Kadar cukai syarikat 2007 – 2013
    http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=2&posi=5&unit=1&sequ=1
    Adakah harga barang telah turun dari 2007 ke 2013 setelah kadar cukai syarikat telah turunkan dari 27% (2007) ke 26% (2008) ke 25% (2009-2013)? Yang pasti dari 2007 hingga kehari ini tiada GST.

    Bagaimanakah harga produk boleh turun 10% jika kadar cukai syarikat diturunkan kepada 24% + 6% GST (bulanan, Non Claimable) + 5% (min.) kenaikan Gaji (bulanan) + 5% kenaikan bonus (tahunan)… Itu sebab saya kata artikel nie nonsense or rubbish..

  15. mail says:

    Kita tengok, benarkah seperti didakwa harga turun “selepas perlaksanaan sistem GST, barang yang hari ini berharga RM 50, akan berkurangan menjadi RM 45 + 6% GST = lebih murah dari RM 50 pun!!”.

    Pemahaman saya, yang untung adalah rangkaian pengeluar, pembekal dan pengedar kerana mereka apat rebat dan cukai pula dipindahkan kepada pengguna akhir.. Apa komen tuan blog, bila menteri sendiri kata kadar inflasi hanya naik dan Jabatan Statistik Negara dan juga laporan yang dikeluarkan sendiri oleh melalui Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan mendapati akan terus berlakunya kenaikan kadar infasi naik 2015 melebihi paras 4% buat pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun terakhir ini. Ye le.. naik sekali tetapi kesannya berpanjangan tidak turun2..

    Contoh aku beli kek semalam, kedai kata harga kek tidak turun sebab bahan mentah nak buat kek semua kena gst, tapi ada lagi tambahan gst 6%… hoh! Apa kata ko tuan blog?

  16. bangKano says:

    Inilah masaalahnya para pemimpin kerajaan terutamanya ahli politik bila bercakap tentang perihalan ekonomi & sains mereka lebih berbangga menzahirkan dalam bahasa inggeris..apa mereka ingat semua rakyat benar-benar memahami & menguasai bahasa inggeris dengan berkesan…? Jadi inilah akibatnya rakyat sentiasa terjahil lalu terpinggir gara-gara pemimpin begitu obses menggunakan bahasa inggeris dari bahasa melayu. Lantas menyalahi rakyat kerana tidak memahami pelbagai dasar kerajaan…dituduh rakyat bodoh padahal mereka sendirilah yang teramat bodoh tidak memahami keupayaan rakyat.

    Pemimpin masa kini semuanya tidak boleh diharap dalam menuntun rakyat ke arah kemajuan dalam menguasai maklumat terkini……!!!!!

Leave a Reply

Threesome