Menu Utama

GST Akan Menguntungkan Peniaga Kecil

utilities(201113)-BM

OLEH kerana perlaksanaan GST nanti akan hanya memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai nilai jualan/perolehan (threshold)  melebihi RM 500,000 setahun saja, ramailah peniaga kecil-kecilan yang akan mendapat keuntungan bila pengguna diperingkat pertengahan ke bawah, berbelanja dengan mereka untuk mengelakkan dari dikenakan GST kalau berbelanja di pasaraya besar.

Peniaga kecil-kecilan seperti di pasar malam, pasar tani gerai tepi jalan, malah kedai runcit kampung pun, tidak akan mengenakan GST sebanyak 6% kepada pelanggang mereka kerana biasanya bagi peniaga-peniaga dalam kategori ini, threshold perniagaan adalah dibawah RM 500,000.

Oleh yang demikian dakwaan Anwar Ibrahim dan culai-culainya bahawa GST akan menekan rakyat miskin, adalah tidak benar sama sekali.

Ikut logik kita (jangan ikut logik Anwar), tidak mungkin sama sekali orang miskin/rakyat marhaein nak membeli belah di pasaraya besar untuk dikenakan GST bila ada pilihan lain yang bebas GST untuk mereka pergi.

Lagipun di Malaysia hari ini sukar nak diklasifikasikan miskin ini macam mana.  Ada kata kenaikan minyak September tahun lepas sebanyak RM 0.20/liter akan membebankan orang miskin, tapi sehingga sekarang kita lihat, tidak satu bukti pun boleh ditunjukkan Anwar Ibrahim yang ada orang kaya menjadi miskin atau miskin menjadi papa dek kenaikan tersebut.

Bercakap tentang itu, sehingga sekarang penulis tak nampak ada di kalangan macai yang bercakap tentang kenaikan itu lagi, kata membebankan rakyat sangat?

Dengan GST ini hanya menggantikan sistem percukaian sedia ada (dan sedikit pengubahsuaian di sana sini), lagilah sukar nak dipastikan bagaimana sistem cukai baru tersebut boleh menyebabkan rakyat menderita.  Kalau menderita pun, menderita yang macam mana?

Penulis simpulkan mudah saja, GST ini adalah satu pembaharuan dan memang apa jenis pembaharuan pun susah diterima, tapi lama kelamaan biasalah tu.  Macam harga minyak yang dicontohkan di atas, samalah juga, masa naik bukan main lagi heboh, tapi apa kesan yang dihebohkan tu, tak menjadi pun.

Anwar macam biasa hanya pandai cakap rakyat sana menderita, sini sengsara bila kerajaan perkenal sistem baru.  Yang dia tu macamlah marhein sangat.  Rumah dia kat Segambut Dalam tu dah taraf mansion mewah, apa barang nak cerita pasal susah ke senang?

Menderita sangatla konon.






5 Komen to GST Akan Menguntungkan Peniaga Kecil

  1. mooo says:

    1. Peniaga kecil untung??? secara mikronya- ya, sbb tak payah nak bayar GST, tapi kehidupannya macam mana??? Kalau dia buka kedai makan kecik, dgn untung bersih RM5k sebulan menjual makanan, bukankah kos bahan mentahnya akan meningkat ??

    So dia akan naikkan harga…

    At lasy siapa yg teruk???

    Salried workers, pensioners, elderlies..

  2. raplahjingaa says:

    Pasal apa kos bahan mentah dia nak meningkat moooo ??? ayam, Ikan, sayur kena GST ke ?? la ni mooo kalau hang nak murah, hang pi shopping kat kedai KR1M, semalam aku masuk saja nak survey, Redbull satu tin offer RM 1.60 !! mana nak dapat harga tu !! aku beli 10 tin, hehehehe…

  3. mzma says:

    Nampaknya Admin bukan sahaj terus-menerus mengelirukan orang ramai tetapi telah sampai kepada tahap menakut-nakutkan orang ramai dari membeli-belah di pasaraya besar seperti Jaya Jusco, Giant, Tesco, Mydin & etc… Sama ada admin mengerti atau tidak, sedar atau tidak, entah laahhhhh… “Merujuk kepada rangkap pertama artikel ini”, how clever he is..

    Jika kerajaan telah menetapkan produk tersebut dikecualikan cukai GST, sepatutnya pengguna bebas membelinya sama ada di pasar besar, sederhana, kecil mahupun kedai bawah pokok.

    Sebagai contoh:
    Produk keperluan asas (beras,susu,gula,ikan,ayam & sebagainya) yang “DIKATAKAN/DIWAR-WARKAN” (verbally, list didn’t released yet) dikecualikan cukai GST, pengguna masih boleh membelinya di pasaraya besar seperti Jaya Jusco,Giant & Tesco. Kerana produk-produk tersebut dikecualikan cukai GST bukan sahaja kepada pengguna tetapi pihak Vendor(bahan mentah), Pengilang, Pemborong, Peniaga juga dikecualikan cukai. Oleh itu, tiada kekangan kepada pengguna untuk membelinya dimana sahaja pengguna suka.

    Bagaimana nak menangkis serangan-serangan PR yang datang bertali arus jika sendiri pun masih terkial-kial dalam sesuatu isu. Seperti mana Ahmad Mazlan (Soal Jawab-TV3) semalam.. “menjawab sambil menikam diri sendiri”, itulah kehebatan pemimpin2 muda masa kini..

  4. pokoyot says:

    aku tak peduli peniaga kecik untung. siapa yang rugi? pengguna!!!! lagi banyak cukai kene bayar

  5. Keril says:

    Oi mangkuk, amik contoh rokok sudah. Peniaga kecil xkena GST tapi boleh ke dia charge harga rokok GST sebab pengedar sudah charge awal2 harga rokok GST kepada dia?

    Quote :
    tidak mungkin sama sekali orang miskin/rakyat marhaein nak membeli belah di pasaraya besar untuk dikenakan GST bila ada pilihan lain yang bebas GST untuk mereka pergi. Unquote

Leave a Reply

Threesome