Menu Utama

Gerakan Akan Pastikan Semua Janji Ditunaikan Jika Menang

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia Y.B. Liang Teck Meng kecewa dengan sebuah laporan berita internet oleh Malaysiakini yang telah memutarbelitkan balasan media calon Barisan Nasional Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dato’ Mah Siew Keong pada sidang akhbar pagi hari ini.

Y.B. Liang menegas bahawa perkataan “tidak bertanggungjawab” tidak pernah diungkitkan oleh Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Nasional Gerakan di sepanjang sidang akhbar tersebut. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Dato’ Mah Siew Keong hanya menyatakan bahawa beliau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk menunaikan janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri yang lain ketika berkempen untuk PRK Teluk Intan.

IMG-20140526-WA0105Walau bagaimanapun, Y.B Liang tetap memberi jaminan kepada komuniti Teluk Intan bahawa Gerakan akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa janji-janji atau rancangan yang memanfaatkan penduduk-penduduk Teluk Intan akan dilaksanakan sebagaimana yang dinyatakan. Langkah ini sememangnya selaras dengan perjuangan Gerakan selama ini untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

Y.B. Liang berpuas hati dengan liputan media di kempen PRK Teluk Intan setakat ini. Walau bagaimanapun, beliau menggesa para anggota media dan wartawan, terutamanya media internet supaya terus menjunjung etika kewartawanan dan profesionalisme dengan memastikan bahawa setiap laporan berita adalah adil dan tepat tanpa sebarang cubaan untuk memutarbelit atau memberat sebelah. Hal ini teramat penting untuk memelihara integriti, objektiviti dan kebolehpercayaan media di Malaysia.

Beliau berkata bahawa sebarang maklumat atau laporan berita yang diterbitkan oleh pihak media boleh mempengaruhi persepsi orang awam lebih-lebih lagi di sepanjang tempoh berkempen PRK Teluk Intan. Beliau mempelawa pihak media supaya bersama-sama berkongsi tanggungjawab untuk memastikan bahawa PRK Teluk Intan ini adalah adil dan bersih.






2 Komen to Gerakan Akan Pastikan Semua Janji Ditunaikan Jika Menang

  1. baba says:

    kalau menang bn wajib tunaikan janji, kalau kalah jgn bg apa langsung.

  2. itsme says:

    aku tak rasa perlu utk curah duit yg byk kpd tempat tu, kesetiaan mrk belum teruji lagi.. terlalu mahal utk umno dptkan undi china, lg pun jk kalah sekalipun (kita dah agak pun) tdk mengubah apa2 senario politik negara atau pun perak. dah penat rasanya umno melayan kaum china ni jd adalah lbh baik umno tumpukan kpd anak jati malaysia, melayu. bangunkan dan usahakan cukup2 segala kemahuan melayu secara terang terangan.. buat ladang sayur utk melayu, ladang gula utk melayu dsbgnya.. jadikan melayu control semua bahan2 asas harian, kontrol semua komoditi.. jadikan melayu pengimport semua brg2 utama negara.. bantu dan naikkan melayu secara terang-terangan.. wujudkan prasarana Islam dgn byk lagi.. wujudkan undang2 Islam utk semua.. jk mrk mahu “berperang” .. nah ini caranya, siapa shj demi pembangunan melayu ini, siapa shj yg korup kita buang, siapa shj yg gagal kita singkirkan.. lupakan kebertanggungan kita kpd china, inu negara kita, mrk fikir kita terlalu lemah dan bodoh sehinggakan mrk boleh kata apa shj dan minta apa shj demi undi mrk?? jgn hukum mrk jk tak beri undi ttp pinggirkan mrk dr semua pembangunan negara yg tertumpu kpd melayu.. apa kita nak takut?? byk org melayu terhutang budi pd china sbb semua china control.. so kerajaan takkan tak nampak lagi apa kelemahannya?? kita dah pun lbh 50thn merdeka, takkan setakat brp kerat benar org melayu jd jutawan sbb projek kerajaan?? yg projek sendiri cam mana?? zero?? so, to PM, lupakanlah kaum china dan bangunkamlah melayu dan islam secara total. kita boleh dan lbh dr mampu.

Leave a Reply

Threesome