Menu Utama

Gambar Palsu Dyana: Taktik “Reverse psychology” DAP, Polis Perlu Siasat Laporan Palsu

Oleh Ab Jalil Backer

Menyedari populariti calon mereka makin merudum, DAP mula mencari helah dan simpati orang Melayu kepada Dyana Sofya Mohd Daud. Petang tadi mereka mendakwa gambar palsu Dyana berbikini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.

dianapalsu

“Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab,” kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto kepada Malaysiakini.com yang mengiringi Lee Chuan How, wakil calon Dyana membuat laporan Polis.

“Perkara ini telah dibawa ke perhatian kami semalam semasa mesyuarat dengan Pakatan Rakyat oleh PAS.

“Mereka yang jumpa risalah ini di kawasan Changkat Jong dan mereka bawa kepada perhatian kami,” kata Lee selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Hilir Perak, petang tadi.

Taktik “Reverse psychology” DAP dan Laporan Palsu?

Gambar ini telah pun dimainkan di media sosial sejak dua minggu lepas oleh pihak tertentu. Namun beberapa pengamal media sosial pro-Barisan Nasional sendiri yang membongkarkan gambar tersebut merupakan gambar palsu seorang artis Filipina. Malah, dipercayai gambar ini sengaja disebarkan oleh pengamal media sosial pro-DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army.

Kemunculan gambar ini yang telah pun dinyatakan palsu justeru adalah membuang masa untuk Barisan Nasional menyebarkannya lagi.

Dari segi taktik kempen pun pengedaran gambar ini ketika seminggu lagi kempen akan berlangsung sangat tidak menguntungkan Barisan Nasional. Jika Barisan Nasional mahu bermain kotor seperti ini, gambar tersebut akan diedarkan di malam terakhir kempen seperti mana yang selalu dilakukan oleh pembangkang dalam pilihan raya 2008 dan 2013. Ini kerana penyebaran saat akhir akan menyebabkan pihak lawan tidak mampu menangkis atau memberi penerangan yang jelas kepada pengundi.

Justeru apakah Barisan Nasional sebagai parti yang telah memerintah selama lebih 50 tahun begitu bodoh untuk menyebarkan gambar yang telah diketahui umum sebagai palsu, seminggu sebelum pengundian? Jawapannya sudah tentu tidak.

Siapakah yang akan mendapat keuntungan daripada penyebaran gambar palsu ini? Sudah tentu DAP dan Dyana. Mereka tahu orang Melayu judah bersimpati dan emosional dengna serangan-serangan peribadi ke atas seorang wanita, apatah lagi bila serangan tersebut palsu.

Justeru bukan sahaja tidak mustahil, malah kemungkinan besar ia dilakukan oleh, DAP atau sekutu mereka sendiri.

Ini juga bukan pertandingan antara calon Islam lawan calon Islam untuk membolehkan UMNO menggunakan strategi siapa lebih berakhlak seperti yang selalu dilakukan oleh Pas. Oleh kerana lawan Dyana ialah bukan Islam maka tidak timbul pertentangan siapa yang lebih bermoral dan berakhlak. Justeru pengedaran gambar seperti ini tidak akan memberi keuntungan langsung kepada BN.

Sebaliknya gambar ini merupakan taktik meraih undi simpati di kalangan orang Melayu. Mereka berharap orang Melayu terpedaya dan akan menjadi marah kepada BN kerana menggunakan taktik jahat dan memalukan seorang gadis Islam dan ibu bapanya.

Fakta mereka menyatakan risalah tersebut diletakkan di dalam masjid tetapi tiada tangkapan atau saksi di sangat mengelirukan. Mengenali perangai jentera Pas, jika ada mana-mana pihak meletakkan apa-apa risalah ketika pilihan raya yang memburukkan calon Pakatan, mereka akan segera melakukan kepungan dan tangkapan.

Lebih aneh, orang lain yang menjumpai, orang lain pula yang pergi membuat laporan. Mengapa orang kononnya menjumpai risalah ini tidak datang ke balai polis memberi keterangan? Apakah mereka takut rahsia terbongkar apabila polis mula bertanya soalan-soalan terperinci?

Justeru, adalah wajar pihak Polis selain menyiasat kes pengedaran gambar palsu ini, turut menyiasat kemungkinan ini merupakan laporan palsu yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan calon parti lawan dan meraih simpati.






15 Komen to Gambar Palsu Dyana: Taktik “Reverse psychology” DAP, Polis Perlu Siasat Laporan Palsu

  1. system baru says:

    aku yakin dap buat gimit untuk undi simpati

  2. dkds says:

    Masjid yg dikenali sebagai masjid Pas…sendiri letak sendiri dakwa….mmg celaka punya orang Pas…

  3. raplahjingaa says:

    Tu kerja kuncu DAP, PAS ! bab-bab kerja bodoh macam tu serahlah kat PAS, depa cekap !! Ingat kes gantung kaki palsu kat tiang letrik masa PRK sungai limau ?? tuo…tup..kena tangkap budak PAS

    Peeh !! PAS sanggup buat apa saja untuk PAS……

  4. bujuk says:

    Jangan kecoh…
    Kita boleh lihat sejarah.. Waktu Anwar nak bertanding d permatang Pauh, muncul Saiful Bukhari. Waktu PRU12 Trio Dato buat video china doll, Waktu PRU 13 muncul video Mustafa Ali, Waktu PRK Kajang Saiful kembali. Semua video dan cerita ni bukan keluar lagi 2-3 hari nak ngundi tapi sebulan sebelumnya untuk jadi modal fitnah parti. Kita tuntut Polis cari pesalah ni, jangan diam bila habis mengundi.
    Ahli UMNO tak kira masjid atau Pasar.. yg. penting kuasa, mereka halang politik d masjid dan sekolah tapi merekalah juara kumpul rakyat d masjid dan sekolah untuk kempen politik. Mana ada ahli PR p ganggu kempen BN, bunyikan hon dan ganggu calon berkempen. Itu pun ada kata mereka hebat… bro kalau hebat, sediakan pentas berdebat. Bukan terlolong macam takda tamadun…

  5. Mohd says:

    Dgn keadaan calun DAP, Dyana yg nampaknya tidak boleh menang dlm PRK di Teluk Intan sebab orang Melayu Teluk Intan tidak akan menyokong DAP yg menolak Hudud. Orang Cina Teluk Intan yg lebih bijak dpd orang Cina di Penang akan menyokong Mah kerana beliau adalah orang tempatan dan sangat faham akan keperluan Teluk Intan. Lagi pun Mah akan diberi jawatan Menteri yg sudah tentu akan dapat menolong kaum Cina di Teluk Intan. Lihat saja apa Lim Kit Siang boleh buat utk orang Cina di Gelang Patah? Mematahkan gelang bolehlah. Kawasan terbiar.
    Cuma orang India di Teluk Intan yg perlukan perhatian DAP utk mendapatkan sokongan mereka dlm PRK ini. Spt yg kita semua maklum, DAP adalah sangat terkenal sebagai sebuah parti yg suka “melempar batu dan menyorok tangan”. Oleh itu RSN Rayer, seorang ADUN India dari DAP telah ditugaskan utk “mencelaka” UMNO supaya orang Melayu akan bertindak spt yg dijangkakan oleh DAP. DAP mahu menaikkan kemarahan orang India yg akan terasa marah apabila Rayer dikutuk oleh UMNO. Dgn itu, orang India akan diharapkan utk mengundi DAP. Tetapi orang India di Teluk Intan tidaklah bodoh spt yg disangkakan oleh DAP. Macam mana orang India boleh lupa kes Kg Buah Pala? Macam mana orang India boleh lupa apabila rata2 ahli DAP yg terdiri dari kaum India telah dinafikan hak utk mengundi di Pemilihan Parti DAP? Orang Melayu mungkin mudah lupa! Tetapi orang India tidak mudah lupa.
    Kerana DAP dah banyak kali mengulangi trick ini, maka rakyat yg bijak sudah Nampak muslihat DAP. Nampaknya niat jahat DAP tidak akan menjadi kali ini. Sorrylah Guan Eng.

  6. baba says:

    ni tektik biasa dap, nanti akan ada lakonan kit siang keluar air mata minta simpati.

  7. hakim says:

    bujuk..bujuk….yang hang ungkit saiful bukhari tu pasaipa??? BN tak perlukan dia apatahlagi nakkan dia join BN….kes2 dia pon ikut perintah mahkamah…bukannya arahan BN…..kes stopa ali tu banyak beno dolak-dalihnya dengan sakit lutut le,spender beso le…anwar china doll tu expert luar negara kata seiras muka anwar tapi korang tak percaya dengan anwar sekali kata ada klon seiras tapi tak ditunjuk kepada masyarakat…..dengan jam omega tak diserah kepada polis….penakut takut terbongkar….BN bukannya nak sangat ada program politik dalam masjid atau sekolah sebab harta awam….respek harta awam….buat la kat dewan,stadium,padang awam siap kelulusan PBT….

  8. janem says:

    Soal buat keja bodoh tu memang orang pas cukup cekap, aku ada pengalaman dengan puak ni, kampung aku kubu kuat pembangkang masa pru Yang lepas2 puak ni memang jahat, aku tak minat politik jadi aku tak campur dorang, jadi puak ni tuduh aku sokong bn, tengok dorang punya busuk hati, Leh kerana malas nak masam muka dalam kampong aku jengok juga tempat dorang berkumpul, disitu dorang mereka-reka macam2 fitnah kadang ada yang tak masuk akal, yang peliknya dorang sama2 dia yang cipta fitnah dorang yang percaya, bagi tu rendah akal fikiran dorang. Lepastu dorang bincang camana nak khinat kt pihak lawan, akhirnya dorang ambik baju bn pakai dan bawa beras dan bagi rumah tertentu yang agak selamat ambik gambar Dari belakang print banyak2 dan tulis ayat2 menghina ini kerja pihak lawan dan edar dikampung2 . Aku di suruh Tampal kt dinding warung yang tutup waktu malam, mahu tak mahu buat juga tanpa kerelaan. Inilah perangai puak pembangkang. Sampai kini hati aku tetap tak percaya dan membenci dengan puak2 ni.

  9. amran says:

    Hah? Bujuk mengungkit kembali semua isu yang dia gagal jawab? Beginilah perangai pauk syiah… biar berapa kali dikalahkan dlm hujah atau bukti… senyap sekejap, kemudian dtg semula dgn isu tersebut kalau2 orang lupa…. orang beriman tak akan lupa bujuk…

  10. janem says:

    Perangai puak2 ni Dari utara sampai selatan sama je, otak dorang satu acuan dan yang sedih dorang tak Leh berfikiran secara mendalam apa Yang dikata oleh Pemimpin dorang telan bulat2 samada najis atau bangkai…..fitnah makanan halal harian puak pr( Pengkhianat rakyak).

  11. acid says:

    Ya, orang beriman tak akan lupa bujuk….tunggulah balasan dari Allah..Ia semakin hampir…

  12. dina says:

    kalau hal gambar2 ni is not umno punye style.
    yg berkenaan Anwar tu …sorry to say lah bujuk dah mmg nafsu dia camtu….sendiri cari penyakit.

  13. anoi says:

    lama dah rba mempraktikan perbuatan ini tak syak lagi.

  14. dkds says:

    Kalau kerja BN baik buat pada mlm terakhir kempen….biar mengelabah nak cover….ini nampak benor menipunya….ingat bn terdesak sgt ke nak guna taktik bodoh camni

  15. decepticon jr. says:

    umno tak kira masjid atau pasar bujuk? yg aku tau pas la yg gile bepolitik even kat pasar malam ataupun masjid.sampai ada khutbah jumaat berkenaan dengan cincin dan mcm lg untuk memburukn kerajaan.mcm mane benda tak tentu sahih bole jadi khutbah.sesuatu yg tak terbukti kebenarannye bole di kelaskan sebagai FITNAH.yg puak puak pas terengganu tangkap india kononnye bangla masa pru13 itu pun rancangan jahat mereka dengan dap.logik ke budak india penyokong dap tu daftar mgundi kat terengganu.apasal masa tu tak hantar kat polis?siapa yg terang terang main kotor bujuk oooi. jap jap..alamak BLACKOUT polak…

Leave a Reply