Menu Utama

Eksklusif: Ahmad Said Tidak Pernah Meminta Penangguhan, Harap PM Faham Sendiri

Jelas sekali masalah Ahmad Said ialah beliau tidak meminta kepada Perdana Menteri agar menangguhkan pertukaran Menteri Besar ini sehingga selepas majlis perkahwinan anak beliau.

Beliau hanya berharap Perdana Menteri faham dan menangguhkan pertukaran ini selepas 17 mei 2014.

Justeru kemarahan Ahmad Said terhadap Perdana Menteri sangat tidak masuk akal kerana beliau berharap PM fahami apa yang ada dalam kepala beliau.

Malah Ahmad Said sewajarnya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana memberi gambaran awal yang salah seolah-olah Perdana Menteri tidak mahu menangguhkan pertukaran ini selama 4 hari untuk memberi laluan kepada majlis perkahwinan anaknya.

Ahmad Said tidak boleh berharap semua orang sama fikiran macam beliau. Jika beliau sendiri tidak memohon, bagaimana Perdana menteri boleh terfikir? Jika Perdana Menteri tidak terfikir apakah ia salah Perdana Menteri?

Sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.






14 Komen to Eksklusif: Ahmad Said Tidak Pernah Meminta Penangguhan, Harap PM Faham Sendiri

  1. dkds says:

    Namun tindakannya keluar Umno memang tidak wajar

  2. k says:

    kenapa mat said kena letak jawatan??sdgkn dia bgus??hanya sbb terengganu menang tipis??kalau mcmtu knp najib tak letak jawatan??sbb BN menang tipis kseluruhanya??

  3. tenno says:

    Kalau PM Najib boleh diam dan berfikir sebelum memberi keputusan dalam hal bantuan sekolah cina, tokong dan lain-lain lagi, kenapa tidak boleh berfikir dan bertanya supaya kekusutan itu tidak tampak. Dalam era Dr Mahathir, hanya jika kesalahan besar atau isu yg ketara menampakkan kelemahan MB shj seperti di Selangor dan Kedah shj MB direhatkan separuh penggal. Yg lain dibersarakan setelah tamat tempoh.

    Pemimpin perlu berhemah dalam membuat keputusan, perlu menghormati kawan dan lawan. Jangan dilihat seperti ingin dgn sengaja menjatuhkan maruah org. Umno milik semua melayu yg bernaung dibwhnya, bukan milik segelintir melayu yg ingin meraih kehidupan yg lebih baik dari sedia ada.

  4. cozzibay says:

    ahmad said bagitahu najib yang anaknya akan berkahwin pada 17hb. mei 2014. Dia berharap najib akan faham bahawa biarlah perkahwinan anaknya itu berlangsung ketika beliau ahmad said masih seorang menteri besar dan dengan itu najib akan menangguhkan perletakan jawatannya. Malangnya memang terbukti yang najib tidak sensitif dan memang di fikiran najib ketika itu hanya mahu menggantikan ahmad said. ahmad said juga menyebut najib mengatakan itu (perkahwinan anak ahmad said) adalah urusan peribadi. Apakah najib tidak mendapat undangan ke perkahwinan anak ahmad said?

    Apa pun insiden pertemuan ahmad said dan najib itu juga mendedahkan betapa najib tidak sensitif dengan rakyat dan najib bukan seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh. Sebab itu kepada najib, nasihat dan teguran rakyat ramai dalam bentuk dan bahasa yang “kasar atau kurang sopan” tidak akan beliau beri perhatian dan hanya di buang ke tepi sahaja meskipun teguran itu adalah benar dan ada asasnya. Najib mahu rakyat menegur beliau dengan “bahasa istana” ….justeru itu najib membuat banyak kesilapan yang merugikan Melayu.

  5. Marissa says:

    Salam…

    Org hanya tahu mnyalahkan sesiapa yg mereka tak suka tetapi tak nak tahu prkara yg sbnrnya dahulu baru lah bagi komen. jgn kerana anda tdk suka sesorg itu smpai kebaikannya pun kmu tak nmpk…asyik nmpk yg buruk saja.

  6. K says:

    najib sebagai pemimpin tertinggi BN langsung tak perform dlm GE!!BN menang cukup2 mkn..ahli UMNO dan muhyiddin ptt bersuara..kalau najib boleh suruh mat said letak jawatan sbb tak perform ge..najib lagi2 ptt letak jawatan sbb BN menang tipis bawah dia!!

  7. baba says:

    mat said, tarik balik la keputusan keluar umno tu, kalau tak jadi pengkhianat la

  8. bujuk says:

    Bila kepentingan peribadi melebihi kepentingan umum/rakyat. Nak kenduri dengan jawatan MB pun jadi perkara besar. Mau sorang baca kisah Saidina Umar lucutkan jawatan panglima tentera pada sahabat ketika mereka mahu bertempur dengan musuh. Isu anak nak kawin ni kecik sangat…. tak padan sampai nak keluar parti dan rosakkan negeri.
    Apakandaya… Ahmad Said mungkin tak pernah baca/ d ceritakan kisah tersebut.

  9. bujuk says:

    Apa susah2… takkan PM takda pekong bekas MB. Kalau PM dulu2… dia simpan rahsia menteri, bila nak suruh letak jawatan dia keluarkan. Berani… lawan la. sebab tu semua kerja licin jeeee…

  10. raplahjingaa says:

    pekung bekas MB Terengganu ??? ooooo…tu semua orang tau dah ! pekong aji adi rakyaat dau tau…tu la dia ditendang keluar oleh rakyaat Terengganu !! hehehe…..

    berani ??? aji adi mana berani……kena gertak DAP, kelam kabut tarik balik draft hudud PAS !

  11. acid says:

    Tidak masuk syurga orang2 yg menjadi batu api ( yakni mengapi-apikan di kalangan manusia supaya timbul pertengkaran dan perselisihan atau bermusuh-musuhan antara mereka )

    Hadith Abu Daud, kitab Adab.

  12. Jambol says:

    Setiap orang ada maruah, terutamanya orang-orang Melayu dalam UMNO. Jangan ikut Melayu-Melayu lain dalam pembangkang yang sanggup menjualkan dan menggadaikan maruah ugama, bangsa dan negara untuk politik dan kononnya menyokong dan bersekongkol dengan seorang yang terbukti maruah buruknya untuk menjadi PM.

    Najib seharusnya tahu apalah salahnya bertempoh seminggu dua agar orang yang terlibat berundur dengan baik memandangkan sumbangannya kepada UMNO. Sekarang, ini kita mahu lihat adakah beliau sebijak Dr M dalam menyelesaikan masalah politik yang timbul kerana pemikirannya yang tidak matang dan sempit ini.

  13. kluangman says:

    PM tak boleh fikir sendiri?…
    Bahasa kiasan ahmad said sangat jelas untuk difahami..malangnya ada yg anggap najib tidak terfikir?
    Dalam politik – membaca fikiran merupakan satu kemahiran yg wajib ada.
    So simple – najib tak terfikir?
    Itu masalah besar PM Malaysa?

    Ahmad said dah warning akan keluar parti?
    Najib masih tidak terfikir?
    Lu fikirlah sendiri… PM Malaysia tidak boleh memahami?

    Kesilapan ahmad said dia masuk semula umno..
    jawapan ahmad said…ada salah faham antara dia dengan najib !!!
    Itu bahasa ahmad said…ahmad said minta kita faham sendiri…

    Moral of the story..
    Kalau ahmad said org ku nan, pandai bodek PM…surat janji akan dibakulsampahkan.

  14. orang ulu says:

    Sudahlah jangan kasi gaduh. . . itu kenduri kahwin kasi selesai . . . Biar sederhana asal dpt berkat. . . Mana tau esok. . esok anak cucu pulok jadi mb trenganu kita. . . Hamba lama dok pekena gulai kawoh ganu. . . JANGANG LUPA IKANG MASING GORING GANU KITA. . . ,small matter.

Leave a Reply

Threesome