Menu Utama

Dua ADUN Nafi Keluar BN

Ahli Dewan Undangan (ADUN Bandar Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafie dan ADUN Kemasik, Rosli Othman menafikan khabar angin akan keluar UMNO dan Barisan Nasional mengikut jejak langkah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.

Sehingga jam 10 pagi tadi, 3 ADUN BN isyitihar keluar UMNO dan jadi wakil rakyat bebas. Nama kedua-dua ADUN ini disebut-sebut akan mengikut jejak langkah Ahmad Said meninggalkan UMNO dan BN bagi mewujudkan satu kumpulan kuasa baru dalam DUN Terengganu.






Satu Komen to Dua ADUN Nafi Keluar BN

  1. baba says:

    come on kepimpinan umno, dah kamu buat hal selesaikan masalah di ganu dgn cepat.

Leave a Reply