Menu Utama

DNA Babi: Kecuaian Atau Disengajakan?

coklat babi

DALAM kita semua mempersoalkan intergriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal di negara ini berkaitan DNA babi dalam coklat, berapa ramaikah yang melihat syarikat pengeluar coklat berkenaan dan bertanya bagaimanakah DNA haram tersebut boleh bercampur dalam produk keluaran mereka yang antara lain dimakan oleh orang Islam?

Adakah ini satu kecuaian atau ada pihak yang sengaja mencampurkan DNA haram ini untuk entah apa tujuan yang pastinya berniat jahat.

Faham sajalah, agenda halus dan tersusun dalam merosakkan umat Islam dengan memberi mereka makanan haram secara terselindung seperti ini, memang dah diketahui umum.  Nak bagi makan daging nampak sangat, bagi makan DNA pun bolehlah.

Jadi jangan hairanlah kenapa ada anak Melayu hari ini yang sanggup jadi alat pihak kafir untuk jahanamkan agama dan bangsanya sendiri, mungkin sebab dia banyak makan coklat jenis itu, mungkinlah, penulis tidak tahu.

Siapa yang penulis maksudkan pun penulis tidak sebut.

Tapi apa sekalipun, dengan berkata demikian, tidaklah bermaksud JAKIM perlu ‘dibebaskan’ sepenuhnya, mereka juga ada banyak yang nak dijawab tapi mengikut prinsip penyelesaian masalah, ia perlu dicari di akar, bukan dipucuk – menjelaskan metafora ini, JAKIM berada dipucuk, pihak pengilanglah yang berada di akar.

Masalahnya sekarang ini, dah tahu salah, kenapa unsur haram ini masih dicampurkan – pedulilah pemantauan JAKIM macam manapun!!

Justeru, menarik balik produk ini dari pasaran sahaja tidak cukup, kilang dimana produk ini dihasilkan perlu disiasat dan kalau ia beroperasi dalam negara kita, arahan penutupan sementara bagi tujuan siasatan perlulah dikeluarkan.

Walaupun perkara ini nampak agak drastik, tapi ia penting dalam mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap produk syarikat berkenaan dan produk coklat lain di pasaran.

Orang Islam di Malaysia ini yang penulis tahu cukup sensitif dengan isu halal haram ini, setahu penulis ada perusahaan yang tutup kerana produk mereka diboikot oleh pengguna akibat isu sama.

Penulis sendiri pun was was nak makan coklat, pedulilah apa jenama sekalipun.  Bukanlah kata baik atau alim sangat, tapi tak tergamaklah teman nak makan makanan yang bercampur dengan unsur haram tu.






3 Komen to DNA Babi: Kecuaian Atau Disengajakan?

  1. Badrole Amin says:

    ada seorang janda tempat kerja aku gelak sampai mengekek bila aku kata cadbury sengaja letak lemak babi dengan bersebab…bila dia tanya apa sebabnya aku pun kata sebab mat sabu timbalan presiden kepada sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam kata sanggup makan babi lalu cadbury pun letak lemak babi dalam coklat buatan mereka

    aku sokong sesangat desakan agar kerajaan(JAKIM) menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada cadbury, selagi umat Islam belum selesai dan menang kes saman terhadap cadbury selagi itulah tempoh penarikan pensijilan halal harus dikuatkuasakan…jika cadbury menggunakan ‘cop halal persendirian’, diharap kerajaan(JAKIM) tidak bersikap bacul dan memalukan Islam dengan tidak tahu bagaimana nak kenakan tindakan paling tegas

  2. raplahjingaa says:

    Ntah lah….aku rasa kerajaan tak begitu serious untuk menangani masaalah ini, bukan takad cadbury je, malah banyak lagi syarikat-syarikat pengeluar makanan bukan Islam yang ambil mudah pekara ni.

    Untuk selesaikan pekara ni, jangan beli barang makanan keluaran bukan bumiputera walau pun tertera label halal. Sejak aku minimumkan membeli di kedai cina, banyak aku belajar tentang produk bumiputera dan banyak jugak aku ketahui macam mana peniaga cina menggunakan jenama Melayu untuk kaburi mata penguna Islam…..rajin-rajin lah ke web PPIM, banyak pengetahuan di situ.

  3. dkds says:

    nak salahkan JAKIM pun tak boleh juga….tapi disebabkan ketidak tegasan pihak berkuasa dalam melaksanankan hukuman…ada kala kesalahan yang septutnya dihukum dgn hukuman berat dilepaskan kerana nak jaga airmuka sesuatu kaum….

Leave a Reply