Menu Utama

DNA Babi: Cadbury Malaysia Berdolak-Dalih, Tiada Rasa Kesal

Pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine) sangat mengejutkan dan memalukan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Kementerian Kesihatan DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.

Jakim harus menjawab bagaimana perkara ini boleh terjadi. Jika dengan pengusaha kecil dan sederhana Jakim begitu teliti bukan sahaja setakat kandungan makanan malah ke struktur organisasi sebelum memberi sijil halal, mengapa bagi organisasi besar seperti ini ia lepas begitu mudah.

Namun yang lebih serius ialah tindakan Cadbury Malaysia yang mengambil mudah isu ini melalui kenyataan di ruang facebook syarikat terbabit. Selain hanya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris, yang bukan bahasa rasmi negara ini, syarikat cuba berdolak dalik mengenai isu ini.

Pihak Cadbury mengumumkan penarikan balik kedua-dua produk terbabit

We at Cadbury would like to respond to the report dispersed by Ministry of Health, Malaysia, earlier today.

We were informed that Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analyzed by Ministry of Health tested positive for traces of porcine DNA. We have taken immediate action by recalling the products from the above two batches.”

Apakah ini bermaksud mereka menarik balik kedua-dua produk tersebut, atau hanya menarik balik kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan dalam kelompok yang sama iaitu tarikh tamatnya pada 13 Nov 2014 dan 15 Jan 2015.

Memang benar Kementerian Kesihatan hanya menjalankan ujian ke atas Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang dikeluarkan nombor kelompok keluaran 200813M01H I2 dan luput pada 13 NOv 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor kelompok keluaran 221013N01R I1 dan tarikh luput 15 Jan 2015).

cadbury1Adalah mustahil untuk Cadbury Malaysia menyatakan bahawa hanya Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond kelompok tersebut sahaja ada DNA babi dan bukan kelompok pengeluaran lain bagi jenis yang sama.

Sudah tentu resipi dan bahan yang digunakan oleh Cadbury untuk menghasilkan kedua-dua produk tersebut adalah bahan yang sama biar pun kelompok atau batch yang berlainan.

Cadbury sepatutnya menarik semua produk kedua-dua perasa coklat tersebut selagi tidak ditemui punca kehadiran DNA babi dalam coklat tersebut. Atau paling kurang meletakkan tanda tidak halal kepada semua produk tersebut.

Lebih menyakitkan hati, sehingga kini tiada langsung permohonan maaf atau kesal pihak Cadbury atas insiden ini. Mereka langsung tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini. Bagi mereka isu DNA babi ini hanya isu kecil sahaja.

Bagi umat Islam, inilah masa menghentikan pembelian sebarang produk Cadbury sehingga mereka memulihkan keyakinan kita terhadap keikhlasan dan kejujuran mereka menghasilkan produk halal.






20 Komen to DNA Babi: Cadbury Malaysia Berdolak-Dalih, Tiada Rasa Kesal

  1. baba says:

    boikot saja produk cadbury, tak kira apa hazel nut ka apa nut, boikot saja utk bg pengajaran kpd mereka.

  2. MemangTerok says:

    Bagi kita pengguna ambil lah jalan selamat. kalau nak makan choclate jangan makan Cadbuty, habis cerita. Bagi pihak JAkim , nyahkan cadbury dari pasaran… all the cadburieeeesss bukan yang batches berkenaan sahaja.

  3. yusmo says:

    kepada umat islam seluruh dunia milik allah ini tindakan yang sunggoh sunggoh mudah yang amat amat senang JANGAN SESEKALI MAKAN COKLAT INI. BERLAMBAK LAGI MAKANAN HALAL YANG BOLEH DIMAKAN. KITA INSYAALLAH TAK MATI TANPA COKLAT INI

  4. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Mat Sabu mesti beli pnya…

  5. raplahjingaa says:

    Mana pi badan pemantau yang patut buat kerja….macam mana boleh ada logo HALAL pada balutan Chocolate Cadbury ??

    Apa tindakan kerajaan pada Cadbury ?????

    Minta maaf banyak-banyak laaa…aku dengan JAKIM ni aku bukan percaya sangat….aku pernah buat aduan bukan sekali malah berkali-kali pada mereka tentang sebuah restauran cina yang mengaji pekerja-pekerja Indonesia dan Combodia dan tertera besar tulisan Muslim food di papan tanda restauran tersebut, setahu aku untuk mengiklankan perkataan muslim food ianya mesti halal, cara penyediaan makanan dan tukang masaknya amatlah meragukan.

    Sampai hari ni restaurant tu masih beroperasi dan masih ramai orang melayu yang makan di situ.

  6. Rohee colnago says:

    Laa… JAKIM tertidur agaknya, lagi pun Panas dan hujan kat luar tu.
    Mujur kementerian kesihatan laksanakan tanggung jawab mereka. Thanks bro. Pada umat Islam, sendiri mau ingat lah.
    Inilah kesan dari kelemahan umat Islam. Orang kafir pasti akan hilang hormat dan mula mulakan agenda sendiri.
    Pada yang dah di beri kerja, pergilah buat kerja.. Amanah, jgn dimain-mainkan.

  7. anti-pas haramjadah says:

    Boikot cadbury. Tp kt teluk intan ada DyaNA babi jgk. Patut kena boikot jgk.

  8. rembaumostwanted says:

    Orang melayu ni kalau pasal babi punyalah mengambil berat. Pasal minum arak, berjudi, berzina ngan makan rasuah ok pulak tu.

  9. Younger But Wiser says:

    rembaumostwanted, melayu mana yang kata minum arak, berzina dan makan rasuah tu OK? Ko ni melayu ke?

  10. raplahjingaa says:

    hehehehe……..

  11. bujuk says:

    JAKIM jangan senang2 bagi sijil HALAL. Siapa nak tanggung dosa jutaan muslim m’sia yg. telah makan benda haram ni. Bagaimana pulak nak bersihkan hati2 yg. telah gelap sebab benda haram ni? Apakah cukup dengan bayar lesen/sijil halal semua produk jadi halal. Mana tanggungjawab JAKIM. Kalau tak mampu bagi unit lain untuk pantau dan buat kajian untuk dapatkan COP HALAL.
    Jakim telah rosakkan kepercayaan rakyat negara ini dan rakyat luar terhadap logo halal m’sia.
    Semua IKLAN cadbury dan produknya perlu d tarik keluar dari pasaraya serta merta, mereka perlu d saman dan d ambil tindakan kerana menyembunyikan benda haram dalam produk mereka. K’jaan jangan senyap saja… tindakan tegas dapat selamatkan umat islam dari terus ditipu dan dipermainkan.

  12. azad dato rahimin says:

    Kerajaan BN takut ke nak sita kilang cadbury? Berapa juta duit masuk perut Jakim sejak dulu.rakyat diberi makan babi.. pukimak babi kauborg ni semua.setan!

  13. aliran says:

    Pembuatan coklat cadbury merangkumi berbagai jenis termasuk milo dan minuman kotak .Bahan asas adalah sama. kalau ada dna porcine dalam bahan asasnya patut diharamkan semua productnya. Pekerja2nya pun patut dihalang bagi mengendalikan bahan ini. Jika tidak mereka juga adalah bersubahat dalam pengeluaran bahan makanan yang haram dari segi syarak.

  14. faeiz says:

    Usahlah kita mudah menuding kpd jakim. Kalau lihat laporan yg tersebar tu ianya bertarikh 27 Feb 14. Kenapa perlu 3 bulan baru kementerian nak declare?

    Ada lg ke batch yg nak di tarik balik tu? Nampak sgt cadbury tak serius pun..

  15. EVLee says:

    > 1. UMUM:
    a. Cadbury adalah syarikat pengeluar coklat kedua terbesar di dunia.
    b. Negara konsumer coklat sepuluh teratas berada di Eropah; mereka melantak di antara 6.3kg sehingga11.5kg untuk setiap penduduk(data Tahun 2000 – 2006). Cuaca sejuk agaknya…
    c. Secara peribadinya… saya di Malaysia ni ambil pendekatan Boss Yusmo, ‘…tak mati tanpa coklat ni…\'(yg suka coklat tu, jangan marah le… teruskan, hak anda)

    > 2. Boss Rohee… bukannya JAKIM tidur, saya rasa proses analisa sampel makanan (dalam konteks perundangan HALAL) dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai Teknologi Makanan di sana yg melakukan analisis berdasarkan parameter2 yg ditetapkan Hal ini tertakluk dibawah Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009. Kiranya silap…sila perbetulkan.

    > 3. Boss RJ…
    a. Semasa saya tinggal di PP dulu… keadaan ini telah wujud; pengusaha2 bukan muslim menjalankan perniagaan ‘Restoran Muslim’. Saya memang tidak melanggan premis2 seumpama ini; kalau ada kenalan2 atau kompeni2 yg nak ‘pau’ maka saya akan pergi… bukan untuk makan tetapi mengambil peluang untuk menyelinap masuk ke dapur atau tempat penyediaan makanan. Kemudian saya ceritakan keadaan yg berlaku… yg kembang tekak akan berhenti makan serta melanggan. Tapi yg jenis bebal tu… tetap terus bebal lah…
    b. Hal JAKIM tu pula… saya rasa mereka cuma bertindak dalam skop perundangan ‘HALAL’ (pengiktirafan, pensijilan, pematuhan, pemantauan, pelanggaran, pemalsuan dan sebagainya) dan bukannya skop ‘MUSLIM’. Dalam masa yg sama, JAKIM juga sedar taktik2 digunakan pengusaha2 non-Muslim bagi meng’halal’kan atau mengaburi pelanggan2 Muslim:
    “Selain itu, terdapat juga yang menggunakan daftar syarikat bercirikan Islam menggunakan nama-nama bercirikan Islam atau menggunakan nama premis diambil daripada bahasa Arab. Mempamerkan imej yang melambangkan Islam seperti gambar kubah, masjid dan ayat al-Quran…….”. Seterusnya, ” … Bagaimanapun sebagai pengguna Islam kita mempunyai kuasa untuk tidak makan di premis yang tidak mempunyai sijil halal khususnya premis makanan yang diusahakan…..”.
    (saya petik sebahagian dari kata2 Penolong Pengarah, Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Halal Jaij, Mohd Mahzan Ibrahim).
    Boss RJ… mungkin dia maksudkan, selagi sesuatu premis TIDAK memperolehi pengiktirafan/sijil halal atau tidak memiliki sijil PALSU halal, maka JAKIM tidak akan bertindak ke atas sebarang aduan hal ‘halal’ untuk premis berkenaan. Sendiri makan… sendiri tanggunglah.
    c. Jadi secara alternatifnya, saya syorkan… kiranya terdapat bukti2 penipuan dalam konteks ‘Restoran Muslim’ ini, kita cuba bertindak dari perspektif lain, contohnya dari sudut ‘etika perniagaan’. Mungkin aduan2 beserta bukti2 kita kemukakan kepada persatuan pengguna atau KPDNKK ke… (Boss lain mungkin ada pandangan yg lebih baik…).

    > 4. Isu DNA Babi/Porcine dalam Coklat Cadbury. Saya punya ‘concern’ di sini:
    a. “…Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) …”
    Apa yg saya faham dari kenyataan di atas adalah ‘batch number vs expiry date’ merujuk kepada batch# untuk ‘finished product’. Implikasinya:
    – kiranya sampling diambil secara RAWAK, BESAR kemungkinan ada batches yg lain juga turut tercemar-kena tarik balik batches produk2 yg ‘sewaktu’ dengannya.
    – kiranya sumber porcine berasal dari ‘raw’ batch(dah tentu ada tracebility kepada raw batch#), maka KESEMUA ‘finished product’ yg terhasil dari ‘raw batch’ tersebut MESTI ditarik balik.
    (lebih kurang menjurus kepada apa yg diutarakan oleh artikel Boss KK di atas…)

    b. “batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014” dan “batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015”
    Kiranya ‘shelf-life’ untuk produk coklat adalah satu tahun, maka kedua-dua batches di atas masing2nya telah di hasilkan pada Nov 13 2013 dan Jan 15, 2014. Saya lihat jangkamasa di antara tarikh penghasilan, sampling, keputusan analisis dan penarikan produk oleh Cadbury, entah berapa tan yg telah menjadi darah daging….!!? No…no…no… we definitely need a bloody shorter ‘cycle/lead-time’ for these processes…!(Tang ni… Bos Rohee nak tibai… tibailah secukupnya).

    c. Proses pematuhan piawaian pensijilan teramat bergantung kepada kepercayaan (trust) serta tanggungjawab pengeluar itu sendiri. Ia merangkumi perolehan bahan2 mentah(serta sumber2nya) yg halal:
    – Pengeluar seperti Cadbury sudah tentunya memiliki ‘secret recipe’… jadinya ada tak kemungkinan ‘bahan rahsia’ yg tercemar?
    – JAKIM akui menghadapi masalah ketelusan dalam bab ‘secret recipe’ kerana ia boleh melibatkan pembocoran maklumat kepada pesaing sesebuah pengeluar. Maka, pematuhan piawai ‘bahan mentah rahsia’ dipikul sepenuhnya oleh Cadbury.
    Bolehkah kita hanya berharap Cadbury akan bersikap jujur dalam hal ini? Beranikah penggemar2(muslim) coklat Cadbury meletakkan kepercayaan kepada pengeluarnya…tanpa ketelusan sepenuhnya, without knowing the extent of this problem?

    d. Saya tak pandai pasal hukum(agama)…porcine ni najis berat tak? Kalau sesuatu batch telah tercemar dengan najis berat(kiranya ia berat), apakah peralatan penyediaan turut tercemar? Apakah peralatan tersebut perlu disucikan/seghetu? Apakah batches lain yg melalui proses penyediaan dengan menggunakan peralatan2 tersebut(tanpa disucikan) turut dikira tercemar? Wo pu ce tau…. lo!

    Akhirkata… penarikan balik kedua2 batches yg terlibat serta permohonan maaf saja oleh Cadbury SUDAH TENTUNYA TIDAK MEMADAI…! If not, maybe, we should just XXXbury this company…!

    Waullahua’lam.

  16. Acid says:

    Dah, jangan beli dan makan coklat ini. Takde lah timbul isu dosa atau gelap hati, sebab kita tak tahu.. Ianya akan jatuh berdosa dan gelap hati ialah bila kita makan sesuatu yg dah soheh haram. Dengan sengaja makan babi dan minum arak contohnya barulah kita jatuh berdosa kerana ingkar perintah Allah.

  17. amad says:

    Bagi saya, umat Islam seMalaysia patut ambil tindakan undang-undang ke atas syarikat ini. Biar mereka tahu we mean business!!!

  18. dosa pahala says:

    Sepatutnya jakim periksa coklat yang telah dihantar ke kedai-kedai dan pasaraya bukan tunggu syarikat hantar sample kerana ada kemungkinan sample yang dihantar tiada mengandungi dna babi tapi untuk pasaran ada pula kemungkinan ia disengajakan.Kita boleh fikir mana ada syarikat mahu hantar sample yang merosakan reputasinya

  19. Mie says:

    Subahah.. Haram semua sekali

  20. ezuddin says:

    Laporan keluar bulan Feb 2014, tapi Kenyataan Rasmi keluar bulan May 2014. Entah dah berapa byk yang dah dimakan oleh konsumer muslim ni.

    Cadbury dan DNA babi

Leave a Reply