Menu Utama

Diplomasi Panda: RM 25 Juta vs RM 258 bilion

Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Pakatan telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

Malangnya, politik menanam kebencian dan menghasut rakyat ini tidak mengenali sempadan dan keutamaan negara. Misalnya, lidah rasmi parti Pas, harakahdaily.net menyatakan:

IMG-20140521-WA0106Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Namun memerintah negara bukan sekadar “melalak” di atas pentas ceramah, dada akhbar atau ruang siber. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.

Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.

Pandangan Pertama:

Oleh Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.

Pandangan Kedua:

IMG-20140521-WA0109






38 Komen to Diplomasi Panda: RM 25 Juta vs RM 258 bilion

  1. raplahjingaa says:

    Pecacai dan kepala pembangkang nak bercakap pasal ekonomi ??? apa yang depa tau ?? apa jadi kat ekonomi Pulau Pinang, berapa pelaburan yang depa dah bawak masuk ?? Kat Selangor, selain dari gereja terbesar apa yang depa dah bina ?? elekkk…apa pun tak dak….termasuk lah air !

    Tak payah lah buang masa melayan cakap-cakap bodoh pecacai ni semua. Pembangkang kerajaan yang paling senang didunia ialah pembangkang di Malaysia ni….kerja depa hanya bangkang, tu saja, yang lain depa tak tau.

    Pasal beruang kat zoo pun depa nak buat isu, aku rasa lebih baik spend duit kat beruang panda China, pada dok perabih duit buat sekolah cina. Tak pun gantikan panda tu dengan pemimpin pembangkang, anwar, hadi dan kit siang, humban depa masuk dalam kandang tu…..tak payah nak spend 25 juta, nasib baik revenue zoo Negara pun increased sebab ramai orang masuk nak tengok 3 stooges dalam zoo.

  2. gambus says:

    pencacai pakatan ni memang jelas dan bodoh dalam ekonomi , tgk jee laa yang ada kat dalam ni semuanya jenis baghal , macam bujuk ada kee makna ‘subsidi’ pun tak tahu , lepas tu hutang negara pun main hentam keromo jee serupa manusia munafik ..

    Panda ni dah banyak digunakan sebagai hubungan diplomatik oleh negara China .. kalau aku cakap kat macai bodoh Pakatan ni ada bandar rakyat Malaysia di China pun macai bodoh ni taktahu , tu belum lagi usahawan Malaysia yang semakin ramai di China tu .. menurut artikel hubungan dagangan pun dah memang besar

    bagi aku juga Panda ni lebih berguna daripada mana-mana DAPigs dan PAS yang asyik memperainkan isu perkauman dan agama hingga sampai mempermainkan hukum Allah demi undi dan kuasa

  3. hakim says:

    my view is, PR nak gambarkan bahawa kononnya rakyat Malaysia majoriti miskin papa kedana takde harta….diorang eksploitasi “perasaan” rakyat miskin demi pengaruh politik dan bukannya membantu golongan tersebut…macam perkara ini, diorang ingat bahawa rakyat malaysia perlu disuap,dibelai,disusui, dimanja, dimandikan setiap hari, dibagi duit berbilion tanpa usaha dan tak perlu keluar kudrat untuk dapat rezeki dari keluar rahim ibu sampai kena kambus dengan tanah…..bagi aq, benda ni salah sebab ALLAH lebih suka melihat hambanya berusaha mencari rezeki tanpa mengeluh….sebab mengeluh adalah antara punca rezeki tak berkat….itulah sebab kenapa ada orang mengatakan bahawa orang melayu memang pemalas dan aq tak heran sebab ia memang fakta jelas….bangsa cina kalu mencari rezeki diorang tak kira apa halangan yang mereka terpaksa lalui…bangsa melayu kaya sikit mula berlagak kaya raya mengalahkan bill gates…bila orang melayu dapat projek, dikatanya kroni….bila orang non melayu dapat projek, dibantu pula….

  4. dkds says:

    Inilah masalah pembangkang di Malaysia…bila brrcakap tak pakai otak..lebuh memburukkan keadaan segala apa yang meeka cakap hanya memburukkan negara sendiri…skg mrk perlu jelaskan adakah Malaysia rugi sepanjang hububgan perdagabagn dengan china ini dan tidak mendatangkan keuntungan…

    syabas dgn artikel ini yang membuka minda para pembaca…tapi kita sedia maklum bahawa pembangkang pasti membangkang…kalau sainstis nuklear pun boleh jadi burung tiong..inikan para peguam dalam PR…

  5. omega says:

    Bangkang tak guna akal, banyak dalam PR. Selalu sangat hidu gam inilah jadinya

  6. gambus says:

    hehehe itulah Pakatan dan PAS , bila saintis nuklear ahli mereka sendiri kata mengenai kebenaran dan beri kelebihan kepada BN pun boleh mereka herdik dan maki hamun .. akhinrya saintis kena menipu demi kepentingan politik PAS kakakakaakakakak

  7. sireh ke gagang says:

    belanja Rm25 juta untuk dapatkan pulangan Rm285B , Itu kecil lagi . dari hasil dagangan 285b tu , macam2 boleh di dapati rakyat nanti. macai kejanya selewengkan fakta. yang buruk di katakan baik. yang baik , di nampakkan buruk . biasalah tu.

  8. m khairi says:

    Biasalah pembangkang kejenya membangkang……mempertikai…….mengutuk………mencaci maki….mengkhianati…….mengeksploitasi…….memanipulasi……..biasa ler tu

  9. syaa says:

    kerajaan malaysia belanjkan 25j,dapat pulangan 285b.pembangkang malaysia belanja berjuta juta untuk dpatkan LGBT dan lucutkan ketuanan melayu.ini pembangkang suka la.

  10. mooo says:

    Bila Opposition kuat, kerajaan memerintah akan di tanya dgn pelbagai soalan. Itu tak ada masalah. Cuma Pihak kerajaan kena bagi jawapan yg rsional.

    ini adalah baik supaya tiada salah guna kuasa yg berlaku.

  11. decepticon jr. says:

    klu harakah nak berkira mcm tu,payah la.mmg simple sangat la ekonomi dalam otak diorang ni.tukarlah semua segala kereta kerajaan pr kepada viva.tukar semua yg prasarana kerajaan negeri kepada yg simple2 je.brape byk bole save ooooo untuk bantu org miskin.bagi aku contoh mane lg adun/mp pas yg zuhud skrang neh.pr terlajak bangang….

  12. bajak says:

    nape sblm nie pembangkang xheboh kt binatang lain kt zoo tu…segala binatang yg ada kt zoo tu pn gune kos…agak2 gajah nye keluasan kandang nye lagi beso dr rumah si moo n bujuk…nk tgk panda tu kene bayo tiket…tu pn tarikan gak utk melawat zoo…apa la bodo nye pembangkang malaysia…

  13. Baba says:

    Pakatan bukan tau isu hubungan dua hala dan sebagainya. Yg dia tau semua benda nak dijadikan isu utk hentam kerajaan.

  14. raplahjingaa says:

    Opposition kat Malaysia ni moooo, bukan hang tak tau kuat pembohong, hang pun apa kurangnya….bangau supersonic la, duit pampasan Jepun 209 billion la….macam-macam, kalau tak pembohong bukan la pembangkang Malaysia namanya….pembangkang yang paling senang hidup di dunia ni !

  15. decepticon jr. says:

    mungkin pr bole bina zoo sendiri.bole bela lipas,cengkerik ,cicak gan ulat beluncas.haiwan ni pun makan x banyak.ttempat tinggal kecik plak tu.untung ooo jual tiket masuk untuk penyokong pr/ pelancong.ni baru dinamakan market strategi tulen.

  16. hentam ajelah says:

    ……258 billon…huiiiih banyak tuuuu….agaknya dlm masa 5 tahun berapa sen yg betul2 masuk poket melayu/bumiputera…..ah chong taukeh aku dah congak nak tukar dari merc ke ferrari saiz family/yg macam pajero tu….

  17. bajak says:

    kihkihkih…tol tu bole cadang kt kerajaan penang xpn selangor wat zoo utk serangga…bg makan pn serbuk kayu pn jd…konpom xguna ruang yg beso…agak2 kalo pr perintah malaysia mau kebulur binatang kt zoo…ye la nk masuk pn xyah tiket sume free je…

  18. bajak says:

    ko xyah cite la 258 bilion bape yg masuk kt melayu…kalo dh pemalas satu sen xguna baik xyah mtk ape2 kt kerajaan…

  19. raplahjingaa says:

    Tu la masaalahnya…..bila masuk poket bumiputera ada pecacai yang tuduh depa to kroni kerajaan, adik beradik MB la, adik beradik PM la…bila pi kat poket cina depa kata pulak kerajaan tak tolong Melayu….yang depa mau duit tu pi kat poket depa, tak payah kerja, tak payah usaha…duduk je kat kedai kopi, markas PAS, bila petang kakitangan Bank Negara pi hantar duit kat depa…macam tu depa mau la.

  20. bajak says:

    bile bantu bumiputera dikata kn xadil…bile dpt kt cine di katakan xbantu melayu…maka jd la anak melayu mcm dyana sofiya..keliru identiti…celaru celaru…

  21. anakbochek says:

    Moo, masalah dengan pembangkan ialah mereka bertanya soalan yang tidak rasional e.g kenapa Najib ke Mekah ada bodyguard, kenapa Scorpene tidak cari MH370 dan soalan yang tidak terjawab hingga kini ialah kenapa air duit Anwar ada dalam bontot Saiful.

  22. hentam ajelah says:

    …..aku rasa tun.m dulu pandai jaga melayu…agaknya laaa….projek proton ..aku pun beli keta..projek plus…aku balik kg lalu highway….projek putra jaya/klia…dah masuk puluh2 kali….time najib dapat brim 1 kali jer…lain2 tk rasa lagi

  23. bajak says:

    time najib dpt gune klia2…lagi bape tahun dpt loji langat 2…dpt jambatan penang ke2…aik sume nye 2 ye…

  24. Hamba Ar Rahman says:

    Anakbochek…telinga aku masih boleh terima kalau ada soalan2 bangang dari PR macam yg kau sebut tu….kita pun tak berkira sangat….explen jer laa….kalau depa faham…fahamlah..kalau tak nak faham…biar depa bebal selamanya…tapi paling aku tak menahan bila depa boleh bagi hujah kata Scorpene ada 21 torpedo tubes….yang tu aku memang tak boleh tahan……belum lagi masuk cerita burung bangau yg terbang dengan kelajuan MACH mengiringi Boeing …..apa…budak2 Pakatan ni tak pi sekolah kaa??? takkan cerita macam tu pun depa boleh absorb bulat2….

  25. anakbochek says:

    HAR, isu Scorpene ada 21 torpedo tubes dgn keupayaan radar untuk lock 21 target tak perlu dipertikaikan lagi. Itu dah tahap bangang abadi sampai budak yang cakap tu tak nak masuk dalam forum ni lagi lah.

  26. anakbochek says:

    HAR, isu Scorpene ada 21 torpedo tubes dgn keupayaan radar untuk lock 21 target tak perlu dipertikaikan lagi. Itu dah tahap bangang abadi sampai budak yang cakap tu tak nak masuk dalam forum ni lagi lah.

  27. bangKano says:

    Puak puak serba bengong PR terutama hamPAS tu depa terpengaruh ngan kelentong para ustaz sembang pasai jin & makhluk halus leh membantu manusia selesai kan masalah. Tu sebab puak puak jahil ni percaya tang perkara bidaah hasil bawaan para ustaz setengah tiang tuuu….tak caya pi tonton tv 3 ka ato apa apa la ada slot program tunjuk pasai ustaz bincang pasai jin & makhlus halus…..!!!!

    Selagi ada spesis agamawan serba bodo piang ni….selagi tu la masyarakat melayu tak mau guna akal sentiasa dalam serba kejahilan….melayu oh…melayu…!!!

  28. alimedanbaru says:

    bagi pakatan rakyat
    teruskan sahaja projek tandas cangkong di kampong-kampong
    itu sahaja projek yg ada dalam kepala hotak diaorang
    kera petik kelapa pun makan makanan berkhasiat dan minum susu
    agaknya kera pakatan minum air lombong saja… jimatttt
    bangang!

  29. bujuk says:

    Apakah kita WAJIB jaga beruang ni untuk peluang perniagaan 285 billion? Ni idea sapa? Perjanjian apa?
    Siap Ada perumpamaan bertunang/kawin sebagai… Apa ni?
    Apa kita kena bagi cincin rm23 juta supaya jutawan terkenal nak ambik anak kita jadi menantu ka? Kalau tak reject.
    kita meniaga… Sama2 untung. Tapi… cerita panda ni mengarut…

  30. Younger But Wiser says:

    Ada juga faedahnya bela panda dua ekor walaupun telan belanja berjuta-juta ringgit. Namun bela seekor malaun bernama anuar berahi al juburi di bumi Malaysia memang merugikan; merugikan agama, bangsa dan negara. Nasib baik tak ada sepasang…

  31. Hamba Ar Rahman says:

    Cuba hang pi baca sendiri tentang Panda Diplomacy dalam wikipedia Bujuk yang terlebih bijak laksana oiiii…..aku pendekkan saja…’Panda Diplomacy is China’s use of giant pandas as diplomatic gifts to other countries. The practice existed as far back as the Tang Dynasty, when Empress Wu Zetian (625–705) sent a pair of pandas to the Japanese emperor.[1]…hang faham bahasa Inggeris tak Bujuk terlebih bijak laksana???? hang tahu tak apa maksudnya gift Bujuk????? dah orang hantar gift…kalau ikutkan…suka hatilah kita nak humban gift tu masuk laut kaaa…..bakar ka…atau pulang balik….tapi dah nama pun diplomatic gift….maka perlu lah gift tersebut diuruskan secara diplomatik…panda itu diberi sebagai gift bermakna bukan negara yang dapat gift tu terhegeh2 nak minta gift tu…(tu yang aku faham laaa…kengkawan tolong betulkan kalau aku salah faham)….sebagai negara yg terkenal dengan diplomasinya….Malaysia mengambil jalan terbaik dengan menjaga panda tersebut…dan tidak membuang panda tersebut ke laut dan lain2….walaupun kos menyelenggara agak mahal tetapi ia masih tetap menguntungkan….mendapat panda gift aku rasa jauh lebih baik daripada mendapat missile gift atau bomb gift atau cold war gift…..sementelah kita tahu China adalah negara yg hampir superpower sekarang ni….sekurang-kurangnya kita taklah sampai kena bayar ufti tiap2 tahun macam dulu kedah bayar ufti pada Siam….

  32. gambus says:

    alahaii makin bodoh laa kau puak munafik PAS bujuk , inilah orang yang bodoh taktau makna subsidi nak sembang pulak pasal hubungan antarabangsa … jadinya macai PAS ni makin bodoh .. woii 285 billion tu bukan peluang , tapi memang realiti pun !!!

    jaga Panda ni lagi bagus daripada pemimpin Pakatan yang tak berguna satu sen pun pada rakyat dan sampai sanggup mempermainkan hukum Allah … jadinya Panda ni lebih berguna daripada pemimpin Pakatan yang ada !!!

  33. gambus says:

    saudara HAR , mampu kee bujuk membaca dan memahami ‘Panda Diplomacy’ ni , aku suspek puak munafik PAS macam bujuk ni akan cari segala helah , penipuan dan fitnah untuk terus menghina dan memfitnah !!!

    kalau makna subsidi pun bujuk taktahu apakan pulak Panda Diplomacy hahahaha inilaaa otak macai PAS

  34. bujuk says:

    TQ HAR… atas penjelasan. Walaupun aku tak setuju, tapi kalau betul artikel tersebut kena terima la. Kenapa k’jaan tak highlight benda ni…. Rakyat akan lebih faham.

  35. mie says:

    positif la sket,,,,china dh tlong kite n kite pon x de masalah dgn china,,,,klu isu ni dipolitikkan terus,,,,ape persepsi china dkt malaysia,,,,mcm x bersyukur la plak,,,,,

  36. decepticon jr. says:

    sebab tu kene ambil sumber dari pelbagai sudut/ pihak dgn teliti.kami akui yg kerajaan bn x perfect dan mana2 kerajaan dalam dunia pun x perfect kerana semua org ada masalah.kucing pun ada masalah.cuma kerajaan penang,selango dan kelantan saja yg sempurna di muka bumi ini kerana berjaya menyelesaikan setiap 1 masalah rakyat dengan jayanye tak macam umno yg pro orang islam ,melayu dan bumiputera.2008 tubuhkan selcat konon2nye nak korek segala aktiviti kerajaan bn selangor yg salah /korup seperti yg mereka canangkan.mana hasilnye ?zero ……kerana masa kempen pru dulu lebih banyak fitnah daripada fakta.

  37. mie says:

    siapa tau dengan adenye 2 ekor panda nie,,,tarikan pelancongan lg bagus,,,

  38. Anak Melayu says:

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
    Ape lah segelintir pengkomen kat dalam. Sudah sudah lah kutuk orang SANA. Korang kata org SANA itu ini, tidak sedarkah kalian, kalian mengutuk diri sendiri. Kalian sendiri punyai perangai sama mana SANA. Cukup cukup lah kutuk mengutuk ni.

    Apapepun perihal Panda ni, marilah kita berdoa untuk bangsa agama dan negara, dengan kehadiran Panda2 tersebut dapat menaikkan lagi ekonomi negara. Jika itu yang berlaku, alhamdulillah, syukur sangat. Aku cintakan negara aku.

    Kes songlap duit, kes masuk duit tepi ke ape ke, itu semua urusan mereka dengan Allah nanyi. Memang takkan terlepas walau sehalus zarah pun Allah meng hisab amal dan dosa kamu. Papepun, i <3 Malaysia

Leave a Reply