Menu Utama

DAP Cuba Elak PAS… Dan PAS Cuba Tutup Mulut Tentang Hudud

PRK Teluk Intan

PAS cuba maklum malah sangat sedar tentangan sengit kepada keinginan mereka untuk mewujudkan undang-undang hudud di negara ini sebenarnya mendapat tentangan yang paling kuat adalah dari DAP, bukannya MCA atau GERAKAN mahupun parti-parti nyamuk yang lain. Walau bagaimanapun, PAS tidak berani mengakui kebenaran tersebut sebaliknya terus bertaici kepada MCA dan GERAKAN walaupun dari semasa ke semasa, pelbagai peringkat kepimpinan dalam DAP terus lantang menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan hukum hudud.

Penghalauan PAS dari Pakatan Rakyat juga telah dibuat secara terbuka. Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud yang merupakan kerjasama atau kolaborasi antara PAS dengan UMNO telah dilabelkan oleh DAP sebagai ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat. PAS secara halus dikatakan tidak lagi berminat dan tidak lagi boleh dipercayai untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Isu hudud telah menyebabkan DAP cukup takut dan cuba mengelak daripada berada sepentas dengan para pemimpin PAS. Lebih ditakuti sekiranya para hadirin bertanya kepada para pemimpin DAP dan PAS yang berada di atas pentas yang sama, tentang hudud dan reaksi daripada kedua-dua parti tersebut.

Justeru, beberapa ceramah yang sepatutnya dikongsi bersama oleh PAS dan DAP, terpaksa dipinda, bahkan dibatalkan terus bagi mengelakkan perpindahan undi masyarakat Cina dan Melayu kepada pihak lawan ekoran kontroversi hudud.

Itulah yang berlaku dua malam sudah di Dewan Kwan Tung, Jalan Tokong, Taiping.  Sepatutnya satu ceramah PAS diadakan di situ. Malangnya, DAP telah melakukan tekanan dan membatalkan ceramah tersebut atas alasan bimbang memberi kesan kepada PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Akhirnya PAS terpaksa mengadakan ceramah di Markaz PAS Ayer Kuning. PAS benar-benar kecewa apabila DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming enggan memberikan kerjasama untuk mengumpulkan masyarakat Cina untuk hadir ke program berkenaan.

ADUN Pokok Assam dari DAP, Teh Kok Lim secara berterus-terang menyatakan bahawa isu hukum hudud yang dibawa oleh PAS Kelantan akan menggugat peluang kemenangan besar calon-calon DAP di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Tambahan pula, kenyataan susulan daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mengatakan, PAS tetap bercadang membawakan usul hukuman hudud ke Parlimen pada bulan September nanti, akan memberi ruang kepada calon-calon lawan meraih sokongan pengundi-pengundi Cina.

Usul tersebut sepatutnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun nanti tetapi PAS yang didesak kuat oleh DAP, akhirnya menerusi Presiden parti, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menunda atau menangguhkan terlebih dahulu usul berkenaan dibentangkan di Parlimen bagi menyelamatkan air muka DAP dalam dua PRK.

Disebabkan itulah, dalam kempen-kempen pilihanraya yang berjalan di Bukit Gelugor dan pra-kempen di Teluk Intan, DAP dan PAS selagi boleh cuba mengelak daripada berada di atas pentas yang sama. Baik PAS mahupun DAP langsung tidak berani menyentuh tentang isu hudud di kalangan hadirin masing-masing. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut yang dikerahkan untuk berkempen ialah, mempergiatkan penyuburan sentimen agar rakyat bangun memberontak dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dengan sebarang cara.

Menariknya penyokong kedua-dua parti ini terus menyorak-nyorak dan mengejek-ngejek UMNO serta Barisan Nasional. Tanpa melihat apa yang berlaku dalam parti yang mereka sendiri sokong, Barisan Nasional dan UMNO khususnya dikatakan terus menentang hudud dan tidak selayaknya mengaku yang mereka beragama Islam.

Sedangkan pada masa yang sama, PAS sendiri bekerjasama rapat dengan UMNO untuk mendapatkan sokongan dan berkongsi kedudukan dalam Jawatankuasa Teknikal mengenai hudud yang telah pun dibentuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan untuk perlaksanaan di negeri berkenaan.

Yang mereka langsung tidak berani sentuh ialah KETAKUTAN PAS dan DAP menceramahkan hudud di atas pentas-pentas ceramah di PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.






11 Komen to DAP Cuba Elak PAS… Dan PAS Cuba Tutup Mulut Tentang Hudud

  1. syaa says:

    sejak kebelakangan ni ramai barua dap mampos.maka akan diadakan prk dlm kawasan pakatan haram.tuhan mahu rakyat tengok,lihat pekong pakatan haram ni terutamanya dlm soal hudud.yg sebenarnya mereka ni tidak sehaluan,tidak sependapat,berbeza matlamat.mereka ni kaki penipu.cilako pas.

  2. Badrole Amin says:

    hahaha lawaklah PAS boleh ikut kata DAP suruh buat ceramah fasal hudud di markas mereka sahaja bukan di kawasan terbuka yang besar…pandai betul DAP ‘kuarantinkan’ PAS, maksudnya kawasan markas PAS itu kecil sahaja dimana DAP ibaratkan markas PAS seperti sebuah kandang untuk lemboo-lemboo sahaja mendengar ceramah PAS tentang hudud

    kepada lemboo-lemboo, PAS sebenarnya tidak perlu membuat lagi ceramah dan penerangan tentang hudud sebab lemboo-lemboo sudah faham…PAS hanya perlu membuat ceramah dan penerangan tentang hudud kepada babi-babi yang sokong DAP tapi disebabkan kesanggupan(kerana takut) PAS mengikut kata DAP melarang PAS membuat ceramah tentang hudud kepada orang cina/orang bukan Islam ianya bermakna PAS telah bercakap bohong tentang nak terangkan fasal hudud kepada orang cina/orang bukan Islam…nampaknya UMNO juga akan dipersalahkan lagi oleh PAS bila orang cina/orang bukan Islam terus tidak faham tentang hudud, celaka punya PAS!

  3. hentam ajelah says:

    …..apala pas ni….dah dihalaupun masih peluk2 kaki yahudi pendek tu….

  4. WTF says:

    “Sedangkan pada masa yang sama, PAS sendiri bekerjasama rapat dengan UMNO untuk mendapatkan sokongan dan berkongsi kedudukan dalam Jawatankuasa Teknikal mengenai hudud yang telah pun dibentuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan untuk perlaksanaan di negeri berkenaan.”

    Tapi ada mangkuk hayun bernama Bujuk dok DEFEND Undang-Undang Syariah (II) Kelantan solah2 SEMPURNA dan TIADA CACAT CELA!!!

    BODOW ORG4444 PAS NI, IN THE END UMNO JUGAK YNAG TERPAKSA BETULKAN PEMAHAMAN HUDUD ORG4444 MUNAFIK DALAM AGAMA PAS!!!

  5. Badrole Amin says:

    PAS memang betul munafik dan ibarat ‘najis yang tidak nampak’ maka hukumnya harus bagi setiap umat Islam berwas-was(kalau nak terus anggap najis pun boleh apa salahnya) sebelum mempercayai PAS yang kononnya istiqamah berjuang nak laksana hudud tapi ahli parti mereka sendiri yang menjadi calon bebas bertanding dan berkempen tentang pelaksanaan hudud di Pulau Pinang dalam PRK Bukit Gelugor disisih dengan sengaja oleh PAS dengan tidak memberi sokongan kepadanya

    calon ahli PAS itu juga telah difitnah macam-macam oleh PAS antaranya menuduh calon ahli PAS itu ialah ahli UMNO dan merupakan ‘trojan horse’ UMNO yang mahu memecahkan undi penyokong dan ahli PAS di Pulau Pinang dari memberi undi sepenuhnya kepada calon DAP yang menentang keras pelaksanaan hudud…inilah antara banyak lagi contoh tentang betapa munafiknya PAS…PAS yang konon anggap pelaksanaan hudud adalah satu perjuangan suci namun dalam masa yang sama PAS mengotorkan pula perjuangan suci yang sama cuba diperjuangkan oleh ahli parti mereka sendiri yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor…celaka punya PAS!

  6. Baba says:

    Syaitan dan iblis lari dari masing2 , hahahaha

  7. anoi says:

    pas munafik

  8. bangKano says:

    Dalam kes ni memang dah sah hamPAS cuma jadi macai cina ultra kiasu DAP. Kalo b enaq benaq hamPAS busukm bau liPAS cuma pas PMR jujuq..persetan kan arahan tu. Buat la ceramah di pentas terbuka bersama sama DAP bincang pasai hudud…ada ka hamPAS ni beghani hah…?

    Mana pi nya mooo & bujuk…hang pa ni dah malu kaa…?

  9. armok says:

    Dari dulu, aku memang tak pernah percaya dengan PAS.

  10. bleu says:

    Bila hudud nak dilaksanakan di Kelantan ? Alasan demi alasan…

  11. acid says:

    Hudud ? Hhmm. Tinggal angan2 je lah.

Leave a Reply