Menu Utama

Cerita Ahmad Said, UMNO Perlu Lebih Berhati-hati Memilih Pemimpin

Oleh Nur Azlina Shaari

Tindakan drastik dan tidak berfikir panjang yang dibuat oleh Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO memberikan tamparan hebat buat kerajaan dan parti UMNO sendiri, juga kepada Barisan Nasional (BN).

Selepas melihat kepada sikap Ahmad Said yang ternyata tidak begitu setia dengan parti perlu dilihat oleh BN sebagai pengajaran ketika ini untuk memilih pemimpin buat rakyat dengan lebih berhati-hati selepas ini.

Untuk rekod, Ahmad Said telah menjadi MB Terengganu sejak tahun 2008 selepas bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan jawatan bagi memberika laluan buat dirinya berkhidmat di Terengganu. Walaupun Idris Jusoh telah diarahkan meletakkan jawatan, dapat dilihat Idris Jusoh begitu setia kepada UMNO dan BN walaupun tidak lagi berkhidmat memegang jawatan tersebut.

Ia berbeza dengan tindakan yang dibuat oleh Ahmad Said yang dapat dilihat tindakannya tidak ubah seperti anak kecil yang merajuk apabila permintaannya tidak ditunaikan.

Seharusnya, Ahmad Said berfikir panjang apabila menyentuh isu ini di mana sanggup memperdagangkan maruah parti kerajaan sendiri hingga ke tahap mengugut keluar parti. Walhal beliau sendiri berkali-kali memberitahu kepada umum dirinya sudah lama berkhidmat dengan UMNO.

Jelaslah di sini, ukuran masa berkhidmat dalam UMNO dan mengetahui kekuatan parti kerajaan di mana beliau selama ini berkhidmat bukan menjadi pembimbing bagi Ahmad Said untuk cekalkan hati agar terus setia dengan UMNO.

Dalam isu beliau meletakkan jawatan secara tidak profesional ini, Ahmad Said juga memperlihatkan sikap sebenarnya yang selama ini tersembunyi apabila menyalahkan pihak lain, iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak yang tidak memahami kehendak dirinya yang mahu mengangguhkan perletakan jawatan sehingga kenduri kahwin anaknya selesai.

Seharusnya, Ahmad Said perlu membuka kembali tragedi ‘tsunami politik’ di negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 dan tidak perlu mengulanginya dengan cubaan menarik pengikut-pengikut beliau untuk berkompromi dengan dirinya, seterusnya mencetuskan keadaan yang kecoh di negeri Terengganu.

Kesan dari tindakan Ahmad Said ini, telah menyebabkan komposisi terkini DUN Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, PAS 14, PKR satu dan Bebas tiga. Jadi, ia sudah pun melemahkan keduduan parti BN di negeri tersebut.

Ini umpamanya telah menyebabkan usaha kerajaan yang mendapatkan semula kuasa pentadbiran negeri Terengganu selepas PRU13 dilihat seperti sia-sia. Dari ugutan Ahmad Said yang menyatakan keluar parti menampakkan Ahmad Said sudah merancang strategi permainan politiknya sejak awal lagi.

Justeru, dalam soal Ahmad Said yang pernah menjadi orang kuat UMNO dan kemudiannya mengkhianati maruah parti tidak harus dicontohi oleh semua pemimpin UMNO. Adalah lebih baik UMNO semakin mengambil langkah berhati-hati memilih pemimpin lain supaya parti dapat diterajui dengan telus.

Sekali lagi diingatkan, ukuran masa seseorang pemimpin itu berkhidmat dalam sesebuah parti bukanlah jaminan kesetiaan yang dilihat sebagai kayu pengukur dirinya adalah pemimpin yang bagus. Untuk itu, Ahmad Said bukanlah contoh terbaik sebagai pemimpin yang berwibawa.






9 Komen to Cerita Ahmad Said, UMNO Perlu Lebih Berhati-hati Memilih Pemimpin

  1. tony gunawan says:

    pemimpin umno hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri sejak dari dulu lagi!

    kesian raplahjingaa,sistem baru dll yang sentiasa memuja pemimpin sebegini!

  2. raplahjingaa says:

    Kesian kat hang sebenarnya toni gayboy, pemimpin jenis apa pun yang pembangkang ada, depa tetap jadi pembangkang !! dari tahun 50an sampai la sekarang !!

  3. tarabas says:

    sekurang kurangnya pemimpin UMNO tiada yang kaki LIWAT dan suka menipu rakyat terang terangan. Kesian penyokong2 PR yang walaupun sedar diperbodohkan, tapi terus terusan sanggup diperbodohkan..

  4. Badrole Amin says:

    kepada anak babi(tony gunawan)….

    engkau tak pernah berfikir ke dan rasa pelik kenapa pula penzina stopa ali sanggup pelawa Mat Said yang engkau kata pentingkan diri itu masuk PAS(kira masuk pakatan haram jugalah)?

  5. Badrole Amin says:

    mana si tony ni bila nak jawab pertanyaan aku diatas?

    apakah PAS dan pakatan haram suka nak pelawa dan ambil(kutip) pemimpin UMNO/BN yang suka pentingkan diri?

    jawablah tony oiii engkau pekak errr buta tarak baca ke hapa?

    hehehehe

  6. jackal47 says:

    setuju dengan artikel diatas..cuma jangan lar dituju pada Mat Said jer…yang ada dalam UMNO dah betul2 dipilih ker??? Kalau tengok..dalam UMNO sendiri ramai lagi pemimpin yang entah apa2…yang jadi liabiliti lebih kpd parti..yg jadi tukang ampu..yes man..dsb…sememangnya UMNO kena hati2 pilih pemimpin..tak tidak terhenti pada kes Mat Said jer…

  7. dkds says:

    Aku tak bleh fikir bagaiamana seorg pemimpin yang bercakap berucap didepan ahli biasa soal kesetiaan…tapi bila terjadi spt kehilangan jawatan atau projek..pemimpin itu mengambil langkah utk keluar parti…atas álasan parti mengkhianat

  8. jackal47 says:

    kena ingat..keluar parti tak semestinya pengkhianat…mungkin juga parti yang penih pengkhianat..kenapa baru tak berapa tahun lalu Tun M sendiri keluar dari UMNO? Pengkhianatkah Tun M? Tun M keluar sbb dah tak setuju atau merasakan bahawa kepimpinan UMNO masa tu dah tak boleh pakai lagi…sama kes Mat Said..dia keluar sbb mungkin dia rasa pemimpin dah tak boleh pakai..rasa dikhianati..jasa beliau tak dihargai..walau permintaan beliau tak seberapa pun..hanya beberapa hari…
    Sebenarnya dalam UMNO pun ramai pengkhianat..tapi masih dibiarkan..malah pernah jadi timbalan menteri..ada orang2 yang bajunya UMNO..hatinya Anwar…ada yang baju UMNO..hati mengampu untuk dapat projek dll kepentingan diri…

  9. Darman says:

    Tulisan NAZ boleh menyimbah minyak ke api. DS Najib dan UMNO bernasib baik kerana DS Ahmad Said bukan seperti Anwar Ibrahim, jika tidak pasti Terengganu berpindah tangan ke Pas. Ini juga membuktikan bahawa UMNO tidak mempunyai pemimpin yang berkalibar seperti anwar ibrahim yang mampu menarik ramai orang menyokong perjuangannya …..tidak kira samada isu atau perjuangan itu benar atau salah. Perkara yang saya ingin sebut ialah kebolehan dan kaliber pemimpin UMNO.

    Bagi saya insiden DS Ahmad Said ini menunjukkan yang UMNO termasuk Presiden sebenarnya tidak mengutamakan rakyat dan negara. Program-program dan segala bantuan kepada rakyat hanya alat dan kaedah untuk membantu rakyat tetapi hakikatnya dalam jiwa dan roh pemimpin UMNO, rakyat dan negara masih bukan lagi yang di utamakan.

    Apakah UMNO, Presiden UMNO dan pemimpin UMNO benar-benar dapat pengajaran dari insiden ini? Masa akan menunjukkannya. Jika ikutkan hati, kalau Presiden UMNO masih tidak mahu sedar dan tidak menghayati matlamat penubuhan UMNO, lebih baik Terengganu jatuh ke tangan Pas supaya ia menjadi “trigger point” yang akan menyedarkan UMNO dan Presiden UMNO.

Leave a Reply

Threesome