Menu Utama

Calon Muda Ciplak Manifesto?

Oleh Nur Azlina Shaari

Tinggal sehari sahaja lagi hari sebelum pengundi di Teluk Intan keluar memilih wakil rakyat baharu mereka. Calon DAP, Dyana Sofia seakan-akan cuak dan gementar untuk meneruskan siri kempennya untuk memenangi hati rakyat di Teluk Intan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Dyana tidak langsung menampilkan matlamat utama atau menyatakan dengan jelas manifesto yang beliau kemukakan dalam setiap ceramah yang diadakan. Makanya, jalan yang paling mudah buat Dyana adalah hanya ‘mencedok’ idea-idea dari manifesto yang dikemukakan oleh calon dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.

DEMI_DAPSebelum ini, yang ada hanyalah kisah cerita mengenai diri ibunya yang pernah menjadi ahli PERKASA, dirinya yang tidak begitu dekat dengan parti UMNO serta, memburukkan imej universiti tempatan, UiTM walaupun beliau telah menuntut di sana dengan berhasil memperolehi kelayakan pendidikan dalam bidang undang-undang. Semua ini dicanang kepada umum demi menunjukkan betapa teruknya kerajaan sedia ada ini.

‘Mencedok’ manifesto dari pihak lain menghasilkan pembinaan persepsi yang negatif buat diri Dyana sendiri secara tidak langsungnya. Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng mendakwa kandungan manifesto Dyana menyamai manifesto yang dibawa oleh Mah Siew Keong, khususnya dalam konteks yang menyasarkan golongan belia. Katanya, Dyana banyak meniru manifesto calon BN beberapa hari lalu.

Menerusi laporan media tempatan, Mah dalam manifestonya menjanjikan lebih banyak peluang peluang pekerjaan, di samping beberapa projek pembangunan dirancang untuk pemabngunan anak muda antaranya seperti penyediaan gelanggang futsal, kompleks sukan dan penyediaan zon WiFi yang lebih luas.

Untuk itu, bagi Dyana, beliau sendiri tidak mahu kalah dengan manifesto yang diadakan oleh calon Mah. Tidak hairanlah Dyana mengemukakan manifesto yang seakan-akan sama atau dalam kata lain seperti meniru.

Dyana turut memfokuskan pembinaan infrastruktur kesukanan bagi anak muda serta berjanji untuk bertemu dengan para pemilik perniagaan dan pengusaha untuk membincangkan kaedah untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih bermakna.

Dalam hal ini, ia jelas dari awal lagi Dyana tidak ada perjalanan yang khusus untuk menjadi wakil rakyat hatta menjadi ahli politik yang berkaliber. Biarpun punyai latar belakang pendidikan yang kukuh, namun kepincangannya terserlah dek kerana kurangnya pengalaman yang ada. Dalam musim pilihan raya, latar kehidupan pemimpin dikemukakan dengan hasrat tertentu. Bersandarkan kedudukan dalam parti, latar belakang itu boleh jadi baik atau buruk. Justeru, tindakan dan cara Dyana ini telah memberikan latar belakang yang buruk kepada warga Teluk Intan.

Malah, kepimpinan DAP yang tertinggi juga sepertinya tidak menunjukkan cara atau jalan yang sewajarnya buat diri Dyana untuk menjadi calon yang terbaik.

Justeru, keadaan ini telah menampilkan diri Dyana yang ‘kosong’ sahaja untuk dijadikan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. Mungkin, belum penuh lagi pengertian mengenai tanggungjawab dan kebijaksanaan yang perlu ada dalam diri wakil rakyat itu difahami sepenuhnya oleh diri Dyana.






8 Komen to Calon Muda Ciplak Manifesto?

  1. raplahjingaa says:

    Secara peribadi aku rasa status quo teluk Intan tak kan berubah…..cina akan sokong DAP dan Melayu akan berpecah 2, satu bahagian yang kecil akan sokong DAP { macai PAS/PKR la tu } dan satu lagi bahagian yang besar akan sokong BN. Di Malaysia ni siapa calun dah jadi tak penting, cina dengan DAP, Melayu berpecah 3 !! 2 bahagian bekerja denag DAP dan satu bahagian ( UMNO ) bergerak sendirian…..

  2. hasnul rahman says:

    Salam 1Malaysia,
    Minah calon DAP di Tk Intan ini bukanlah orang politik. Dia masih mentah dan sedia jadi alat demi mencapai cita-cita ibunya yang gagal menjadi salah seorang pemimpin penting wanita UMNO Perak di zaman Rafidah jadi Ketua Wanita dulu.
    Ketika itu ibunya sangat bercita-cita untuk jadi Senator melalui Wanita UMNO Perak.
    Malang nasibnya, segala yg diangan-angan dan dicita-citakan itu tak menjadi kenyataan.

    Kini setelah DAP memberi keyakinan kpd anaknya, maka Minah calon DAP itu dgn sendirinya menjadi alat kpd dua pihak. Iaitu pihak DAP yg mahu memperalatkan Melayu untuk serang dan perlekehkan agamaIslam.
    Di masa sama beliau juga menjadi alat untuk memenuhi cita-cita ibunya yg gagal menjadi wakil rakyat.

    Besar kemungkinan Mina DAP ni akan menang berdasarkan sokongan mengkhinzir buta kaum imigran cina kawasan Tk Intan.

    Bagaimanapun saya yakin jika beliau menang pun beliau dan ibunya sangat mudah untuk dipengaruhi supaya meninggalkan DAP dan menyertai UMNO.
    Sebabnya, keterlibatan Minah DAP tu dalam kancah politik negara bukan kerana perjuangan politik partinya, tetapi kerana mendapatkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen saja.

    Jangan terkejut, tidak lama selepas beliau menang nanti, beliau akan tinggalkan DAP dan mungkin melompat ke dalam UMNO.
    Wallahhua’lam.

  3. anakbochek says:

    Macai fuckutan tetap akan undi fuckutan walau diletak khinzir untuk dijadikan calon.

  4. Baba says:

    Apa lagi yg boleh diharap calon remote control mcm ni, dia bukan ada talent jadi wakil rakyat pun. Dia sesuai jadi pa kpd a
    Wakil rakyat saja.

  5. stingray says:

    Dlm pertandingan mesti ada yg menang dan kalah…tetapi apa yg jelas pada PRK Teluk Intan ni….PAS dgn sukarelanya telah MENGKAFIRKAN diri mereka sendiri….

    Lepas ni PAS toksahlah bercakap pasal Islam & Hudud ala2 depa lg…Allah takdirkan Dyana sbg calon DAP bkn utk kita nenilai hebatnya DAP tetapi utk masyarakat Islam dinegara ini mengetahui serban, kopiah, purdah, takbir, islam & hudud yang PAS jaja selama ini hanyalah TOPENG utk depa bergelar YB…

    Kalau Allah pun depa berani tipu…apatah lg hamba2 ciptaanNYA…PAS memang PUAKA HARAMJADAH…..Syahid kah Ibrahim Lybia?????…..

  6. acid says:

    Hhmm… Allah dah tunjukkan siapa musuh dalam selimut yg sebenarnya…..bangun dah sedarlah saudara seagamaku..

  7. hakim says:

    aq yakin la majoriti penduduk cina akan mengundi cina BN mah siew keong kerana beliau orang lama di teluk intan serta masak dengan masyarakat di sana….dyana akan berasa kejanggalan sebab beliau muda tapi mentah jika masuk soal politik….dyana tak lebih tak kurang hanyalah pak kaduk saja….

  8. Pak Tho says:

    Ingat lgi PRK Sg Liimau. Calon guru tadika mengalahkan calon seorang prof. Tak hairan jika di Teluk Intan akan berlaku perkara yg sama dimana pemilihan wakil semata berdasarkan sentimen bukan kemampuan calon yg bolehberkhidmat dgn lebih baik lg. Bijak ….bijak.

Leave a Reply

Threesome