Menu Utama

“Cadbury” Sungguh Lah Si CheguBard!

chegubardbukti

Lucu hati ini membaca status FB CheguBard malam tadi.  Persis pemikiran tahap pariah!

Mungkin CheguBard tidak faham antara status pemegang saham dan syarikat perlaksana operasi atau pengurusan. Mengikut pengalaman penulis, di antara “day-to-day operation” dengan pemegang saham, ada jurang yang agak jauh . Apatah lagi, dalam isu ini, Felda hanya 9.87% pemilikan sahamnya ke atas Cadbury. Sudah tentu Felda tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa jua keputusan.

Pada hemat penulis, apa yang berlaku sebenarnya satu kepincangan di peringkat operasi atau pengurusan, yang mungkin sahaja melibatkan Pengurus Besar, atau apa juga entiti kuasa terbesar di dalam operasi seharian sesuatu organisasi dan dalam isu ini kita merujuk kepada Cadbury.

Prosedur untuk mendapatkan pengesahan sijil halal selalunya dilakukan oleh Pengurus di Bahagian Makanan, atau mungkin Eksekutif Halal atau “Food Technologist”, yang wujud di sesetengah organisasi seperti KFC dan sebagainya. Pihak ini lah yang sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan produk itu halal atau tidak berdasarkan bahan mentah produk terbabit.

Pengalaman penulis juga menyaksikan segala bahan mentah, sehinggalah acuan atau barangan yang terlibat di dalam pembuatan makanan perlu diisytihar dan diberikan “sample” kepada pihak berkuasa untuk tujuan mengenalpasti sumbernya.

Menjelaskan bagaimana produk Cadbury itu tercemar, mungkin apabila pihak Cadbury mendapatkan stok bahan mentah yang baru untuk pengeluaran seterusnya bagi produk berkenaan. Atau, coklat tersebut diimport terus dari negara lain.

Apakah disebabkan oleh kelalaian serta kecuaian Pengurus Bahagian Makanan, Eksekutif Halal atau “Food Technologist” sehingga isi kandungan tidak halal boleh terdapat di dalam jenis coklat Cadbury yang sebelumnya disahkan halal?.

Atau CheguBard perlu mendapatkan kepastian, apakah perkara ini telah diajukan kepada pihak atasan Bahagian Makanan, mungkin sahaja Pengurus Besar atau CEO atau apa sahaja pangkat yang wujud, yang sengaja menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan umum atas faktor keuntungan semata?

Isu seperti ini tidak semudah yang disangka untuk terus dibawa kepada pengetahuan pemegang saham. Dalam organisasi, terdapat level of management yang perlu ditempuhi.

Namun, apa yang CheguBard tulis di laman sosial Facebook nya menunjukkan sikapnya yang enggan berfikir, dan berniat jahat ke atas Felda. Waima Felda adalah pemegang saham terbesar sekalipun, tentunya perlukan pihak pengurusan atau operasi sebagai rujukan. Kalau pihak operasi menyembunyikan keadaan sebenar tentang perkara ini, apa lagi yang mampu dibuat oleh Felda? Mujur Felda bukan pemegang saham terbesar.

Seperti biasa, modus operandi mereka yang meletakkan kesalahan kepada UMNO. Semua salah UMNO! Kasihan Malaysia, kerana mempunyai pembangkang yang tidak menguntungkan rakyat.

“Cadbury” sungguh la CheguBard nih…

Felda dan UMNO perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas CheguBard walaupun status tersebut telah dipadamkan. Bottom line is, the damage has been done.

Kita juga nantikan apa tindakan Cadbury di atas isu ini. Apakah akan ada yang bakal dipecat gara-gara mencemari tubuh badan umat Islam dengan najis moghalazah atau tidak!






13 Komen to “Cadbury” Sungguh Lah Si CheguBard!

  1. OrangPAS says:

    Nama CheguBad, tapi bodoh piang.Dia tak habis belajar lagi, tak faham operation management and shareholders management. Dia cuma tau demo dan menjerit. maafkan lah dia…masih budak budak..

  2. WTF says:

    Padanlah MEROYAN tak tentu hal si Chegu Bard ni, rupa4nya Chegu Bard dah dapat tahu kena gantung keahlian PKR

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/28230-pkr-gantung-keahlian-chegu-bard

    Mesti musibah pegantungan keahlian PKR adalah salah UMNO jugak kan wahai Chegu Bard!!!

  3. raplahjingaa says:

    laaaaa dia dah kena gantung dari jadi ahli PKR ke ?? iskh…iskh…iskh….anwar ni sungguh tak kenang budi !! berapa banyak dosa fitnah yang cikgu ni kena tanggung akibat selalu sangat menfitnah UMNO….tu dia kena tanggung sendiri, hataa voucher syurga nik ajis pun tak boleh bantu dia. Tak kan la anwar tak kenang jasa dia….mentang-mentang la muka dia muka pecah rumah, tak secomel assmin dan rapussy, sanggup anwar lupa ” jasa-jasa ” dia…….

  4. Pak Tho says:

    Sebab malaun ni anti sangat dengan felda, sebab dulu bapak dia tak dapat jadi peneroka felda. Kalau tidak sudah tentu dia akan mewarisi tanah ladang seluas 10 ekar.

  5. baba says:

    saman saja si celaka ni

  6. OBserVER says:

    Chegu Bard, what’s going on? You should now sit back and review all those things you had done for Anwar. Review very objectively and fairly, without prejudice.

  7. sireh ke gagang says:

    bard mcm biasa . bodohnya tidak boleh diajar , cerdiknya tidak boleh diikut . tapi bard ini lah idola budak2 muda yang baru nak kenal dunia kat malaysia nie. kesian budak2 muda skrg . memuja idola yang maha bengap.

  8. EVLee says:

    Bard turns bad…? This mischievous cat in PKR will be buried > Cat-bury

  9. gambus says:

    itulah antara contoh kebodohan pemimpin Pakatan hahahaha

  10. tuah says:

    tak layak dipanggil ‘cikgu’

  11. anakbochek says:

    Chegu Bard Simpson?

  12. acid says:

    Ramai juga di kalangan pendidik ni yg kita kenali, memang selayaknya di panggil cikgu, sehinggalah ke akhir hayat mereka. Di hormati selamanya. Sehingga hari ini aku masih teringat kan jasa2 mereka sehingga menjadikan aku seperti aku hari ini.

  13. ROSSAB says:

    Kesian Chegu Bard ni tapi bodoh piang sangat, tak ikut cakap siALJUBURI tu

Leave a Reply

Threesome