Menu Utama

Cadbury: Islam Itu Mudah Bukan Bodoh, NGO Jejas Imej Islam Wajar Pohon Maaf

Memang kita marah dengan kecuaian Cadbury Malaysia sehingga menyebabkan pencemaran DNA Babi dalam dau jenis produknya yang dipasarkam atas kategori halal. Namun Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi tidak rasional, tidak waras dan bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan kepentingan Ummmah.

Justeru, kenyataan Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan sangat memalukan.

Kita ingin bertanya surah berapa dalam al-Quran yang mempunyai hukum mencuci darah ini? Keputusan ijtihad ulama mana yang menuntut kita mencuci darah?

Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya – mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu,

Apakah kerana masalah yang tidak disengajakan ini kita mahu menuntup kilang Cadbury yang selama ini berusaha menghasilkan produk halal? Berapa banyak produk coklat tempatan dan luar negara yang berusaha mendapatkan sijil halal JAKIM? Pergi sahaja ke kedai-kedai coklat di KLIA, KL Sentral dan sebagainya. Boleh dibilang jari jumlah yang mempunyai logo halal.

Kita tidak melalak hal ini, tapi kita mahu melingkupkan sebahagian kecil syarikat dalam bidang ini yang berusaha memenuhi piawaian halal.

Mana ada bumi tidak ditimpa hujan, kesilapan Cadbury ini harus disiasat terlebih dahulu sebelum hukuman dan cercaan dijatuhkan. Jika ia disengajakan maka tindakan keras boleh diambil. Jika ia angkara sabotaj atau tidak disengajakan, maka amaran dan pemantauan lebih teliti perlu dikenakan ke atas syarikat ini.

Umat Islam jangan keterlaluan menjadi emosi sehingga menyebabkan syarikat lain juga tidak lagi berminat untuk membesarkan pasaran halal.

Kita berhak marah, kita berhak mengambil tindakan undang-undang jika mahu. Namun untuk menghasut umat Islam berjihad, menuntut saman berbilion ringgit untuk menutup syarikat terbabit dan mahu “mencui darah” adalah sangat berteantangan dengan konsep kasih sayang dalam Islam.

Tidak ada ajaran Islam bila makan benda haram maka perlu dilakukan cuci darah. Bukan dosa kita makan sesuatu yang kita bersangka halal. Islam itu mudah dan cantik, bukan susah dan hodoh seperti yang cuba ditunjukkan oleh sesetengah orang Islam sendiri.

Sesungguhnya saya tersangat malu dengan kenyataan “cuci darah” oleh NGO Islam ini. Dalam Islam jika kita tersalah makan makanan yang haram hanya pohon keampunan kepada Allah. Malah dalam kedaaan darurat kita dibolehkan makan benda-benda yang haram jika tiada makanan lain.

Elok pihak berkuasa agama ambil tindakan halang mereka dari terus menggunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka. Mereka ini sungguhpun mempunyai niat baik untuk meningkatkan syiar Islam, namun perbuatan mereka hanya menjatuhkan martabat Islam.

Jika tidak mahu ambil pendapat penulis pun baca pandangan ahli akademik berikut:

BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury ber’DNA’ khinzir secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur khinzir tersebut.

Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5**

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.

Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014 – SINAR HARIAN






34 Komen to Cadbury: Islam Itu Mudah Bukan Bodoh, NGO Jejas Imej Islam Wajar Pohon Maaf

  1. ezuddin says:

    Tidak perlu menukar darah sebab kita tak tahu, hanya perlu meminta keampunan dengan Allah. NGO jgnlah memalukan umat islam dan menunjukkan kedangkalan ilmu. Mungkin wajar untuk bersama2 memberi tekanan agar dikenakan tindakan terhadap Cadbury.

  2. raplahjingaa says:

    Mangkuk Ayon mana yang minta ganti rugi untuk cuci darah ?? aku sarankan NGO tu lebih baik minta ganti rugi kat nik ajis dan aji adi, untuk cuci darah semua macai PAS !! hehe…darah depa dah banyak bercampur dengan air longkang.

    Tak payah la minta ganti rugi cuci darah….tapi pastikan cadbury di saman kerana lalai !!

  3. Pak Tho says:

    Kalau nak jaga iimej orang Islam pun ,tak kan nak biarkan isu ini didiamkan. Cukup² llh Mariah umat islam di injak selama ini. Kerajaan kena ambil tindakan tegas terhadap syarikat ini untuk jadi pengajaran pada pihak lain

  4. WTF says:

    Mintak ganti rugi sebab nak cuci darah???

    Cuba beritahu sikit, adakah dgn menjalani proses mencuci darah, maka keislaman dan keimanan ahli2 ACCIN akan pulih semula dan terpelihara???

    Dan adakah dgn menjalani proses mencuci darah, maka ahli2 ACCIN baru layak masuk syurga???

    Kalau ACCIN nak saman Cadburry, aku takkan halang, malah kalau ACCIN nak saman Cadburry sampai muflis pun aku tak kisah!!!

    Tapi janganlah pakai alasan dangkal sebegini, ini merendahkan martabat agama Islam sendiri!!!

  5. raplahjingaa says:

    Apa pun alasan Cadbury memang lalai dan mengambil mudah pekara sebegini. Ni bukan pekara sengaja atau tak di sengaja…ini contoh clear cut, incompetent operation issue.

    Kalau dah pernah ada persijilan halal maknanya mereka pernah mengikut piawaian dalam proses penyediaan chocolate tersebut. Perlanggaran piawain berlaku bila standard SOP tidak diikuti. ini adalah a total human error, bahan yang diimport tidak mempunyai persijilan yang sah !! full stop !!

    ” Mana ada bumi yang tidak di timpa hujan ” tak releven dalam soal ini !! so jangan nak merapek-rapek…

    Jangan ada NGO or penulis-penulis Islam yang nak backing Cadbury.

  6. Cahaya Al Majid says:

    Ini bukan isu Islam itu mudah dan tidak bodoh. Apakah penulis blog ini sanggup membeli ‘ayam’ yang di sembelih yang dicampur dengan ayam tidak sembelih atau sanggup kah penulis ‘membeli daging lembu yang bercampur dengan daging babi.

    Persoalannya saja yang nampak mudah tetapi implikasinya ‘besar’.. Olih itu memang sepatutnya NGO Islam ‘meluahkan’ kemarahan terhadp isu ini.

    Baru saja keling DAP ‘mencelaka UMNO’, ‘huruhara’ sekejap Pulau Pinang. Itu dinamakan ‘tindakan’
    Kalau diamkan saja isu ini, tanpa, di’letupkan’, kemungkinan banyak lagi makanan yang akan mengalami masaalah yang serupa akan dilakukan olih musuh Islam..
    Tak tahulah saya kalau penulis blog ini sekadar Islam dimulut ..

  7. baba says:

    ni jadinya bila tak guna akal bila nak berhujah.elok kaji dulu agama sedalam2nya sebelum buka mulut, buat malu Islam saja.

  8. anoymous says:

    perlu ke memalukan islam sampai tahap begini…islam itu indah dan islam itu mudah..jgn disusah kn dgn perkara yg bukan2…jgn nk pening kan diri org lain..takot yang dangkal ilmu agama nyer makin keliru dgn kenyataan cuci darah ni…wahai NGO2 diluar sana sila semak surah2 atau nas2 yg blh dipakai dulu sebelom bercakap..jgn ikut pada perasaan sj…tp kalo nk kes saman cadbury tu sampai bankrap terpulang kpd NGO2 diluar sana tp jgn bermain dgn bab agama..kerana org diluar akn jd cpt salah faham bila ilmu nya dangkal.

  9. sungai_siput says:

    ini lah nama nya abid… beramal tanpa ilmu, mengikut tanpa ilmu

  10. Demang Lebar says:

    MEREKA BERNIAT BAIK .TAPI KENYATAAN NGO NI TAK KHILAF SAYA KATAKAN AGAK TERSASAR DENGAN PANDUAN ISLAM YG DIBAWA JUNJUNGAN KITA RASULLALAH (SAW)

  11. sireh ke gagang says:

    cuci darah ? hahahaha… apa punya dangkal lah makcik sorang ni . ajaran mana dia ikut . mcm boleh agak aje , apa pegangan politik dia .

  12. hentam ajelah says:

    Alaa mat saleh tu bukannya bodoh nk byr ganti rugi suka2….kilang tu pun dah paham sgt perangai orang melayu…bercakap dan brtindak selalu guna kepala lutut….

  13. bujuk says:

    Umat Islam kena menyatakan kemarahan dengan cara yg. betul, boikot semua product cudbury. Dulu kita hampir berjaya boikot mcdonald masa isu palestin memuncak, tapi sekarang dah mula masuk semula sepertinya ramli burger tak sedap. Kita masih beratur beli kfc walaupun banyak ayam goreng melayu d pasar malam. Aku tak heran pun… sekarang ni ramai lagi melayu yg. terus makan coklat cudbury tampa rasa bersalah. Isu najis mughalazah satu hal… tapi ada juga melayu yg. mati-matian bantah najis mughalazah ni, tapi selamba je teguk air syaitan, selamba je masuk 4D dan untungnya makan anak-beranak, ada juga yg. merasuah, salah guna kuasa yg. semua kita tahu hasilnya haram. Bila ia d guna untuk beli makanan halal, makanan itu tetap haram kerana sumbernya haram, Adakah NGO2 ni nak tegur perkara macam ni?
    Sesungguhnya kita memang banyak berdosa, samada kita sedar atau tidak.. sebab tu kita d ajar beristigfar mohon keampunan dari Allah dan meninggalkan semua perkara2 haram dan syubhah.
    Apakah kita jauh dari pertolongan Allah kerana banyak benda haram dalam diri kita, dan jauhnya kita dengan Allah kerana tidak bertaubat.

  14. armok says:

    Erm..bujuk. kalau dah babi, memang lah haram…tapi kalau org Islam yg menyokong puak yg menentang Islam, camne tu ? Tak haram ke ?

  15. stingray says:

    Kalau ia pun nk marah jgn la sampai jadi gila…hang ingat nk cuci darah ni sesenang mcm ‘ undi PAS masuk syurga ‘ ke?….tp apa2 pun tindakkan yg sekeras-kerasnya dari segi perundangan wajib di ambil kpd pihak2 yg terlibat…kurang ajaq, biadap, lahanat sungguh….

    Lepas ni jom kita layan biskut2 traditional kita je..kita ada Bahulu, Tat, semperit, makmur dan byk lg….

    Bila puak2 PAS nk buat majlis berdoa ‘ KO CADBURY..KO CADBURY ‘….rasa mcm nk joint je…

  16. Pak Tho says:

    Puak pas ni kan maksum. Sebab itu mat sabu bolehjilat puki cik mah tu, stopa pun bleh tunjuk spenda dia yg saiz xxl tu . Ini tak masuk adun yg balun bini orang dalam keretapi..ini semua pengaruh ubat sex yg diiklankan dlm harakah. PAS DANSEK SONGSANG BERPISAH TIADA. TAKBIIIR

  17. Todu says:

    Kalau rasa nak cuci sgt badan tu.. Minum air tanah la senang gerenti sumer cuci kat dlm tu…

  18. bajak says:

    bujuk…utk kali ini aku sokong statement ko…

  19. bujuk says:

    Isu cudbury ni.. aku memang marah tapi yg. lebih memarahkan aku ialah pihak berkuasa hanya bertindak selepas HEBOH d laman sosial. Umum tahu ujian/keputusan telah d lakukan/ketahui sejak bulan february 2014. Kita nak tanya JAKIM dan Kementerian Kesihatan kenapa selepas heboh d website baru nak keluar kenyataan. Untung ada insan prihatin yg. berani dedahkan perkara ni, jika tidak.. sampai bila umat islam m’sia akan d tipu. Apakah mereka yg. berkuasa itu fikir mereka tidak berdosa sebab tak makan cadbury jadi mereka selamat. Tahukah mereka setiap makanan haram yg. d makan oleh muslim itu yg. mereka ketahui haram maka dosanya d bahu mereka.
    Untuk armok… siapa yg. sokong pengerusi Gerakan d teluk intan? Apakah pengerusi gerakan lebih islam dari Dyana? fikir-fikirkan….

  20. Ababyl79 says:

    akak dalam video tu mesti maksudkan mat sabu tentang dia kata “muka kita pun dah nampak hampir-hampir sama macam tu”, hehehehe

    kalau nak sangat cuci darah, cuci je guna mesen dialysis akak oii

  21. armok says:

    Bujuk. PAS yg selama ini sibuk konon nak tegakkan Islam dan hudud, kenapa beralih arah dgn menyokong DAP yg menolak hudud. Adakah kau percaya dengan pendekatan matlamat menghalalkan cara ?

  22. armok says:

    Bujuk, aku juga nak tahu jika ada, nas atau dalil dari Al Quran yg korang buat sandaran di atas sokongan korang pada DAP yg begitu jelas menolak hukum Allah ?

  23. Ababyl79 says:

    mana bujuk ni, jawablah oii pertanyaan armok tu…..

    aku rasa bujuk payah nak jawab memandangkan situasi PAS yang terpaksa merelakan diri dipimpin(dicucuk hidung) oleh DAP dan PKR bila berada dalam pakatan haram

  24. bujuk says:

    PAS bekerjasama dalam politik bukan dalam AGAMA. Sebab tu walaupun DAP tolak HUDUD, PAS tetap akan perjuangkan HUDUD. Ada perbezaan bekerjasama dalam politik dengan berbeza dalam agama. Untuk kebaikan d dunia, untuk m’sia yg. berjaya, untuk bersihkan rasuah kenapa PAS tak boleh kerjasama dengan DAP? Tapi dalam surah al-kafirun jelas sebut untuk kamu agama kamu untuk aku agama aku. Kalau mereka taknak bersama kita dalam Islam, kita takkan berkompromi untuk menyembah atau menyetujui agama mereka. Islam tetap agama kita… bukannya kita mengikut mereka untuk tidak mengiktirafkan perintah dalam agama kita. Rasulullah pernah ada perjanjian dengan orang yahudi untuk sama2 pertahankan madinah dari serangan quraish mekah, itu tidak bermakna rasulullah ikut jadi yahudi.

  25. stingray says:

    Bujuk….sejak bila PAS asingkan politik dan agama???….sejak puak2 hangpa stim dgn dyena ke?….dulu bkn main riuh semalaya kononnya UMNO ni amalkan politik suku agama suku….la ni mcm haramjadah je puak2 bujuk ni spin pasal agama & politik….cadbury sungguh hang ni bujuk….

  26. WTF says:

    Nampaknya, gelaran kafir berpatah balik semula kepada tuan punya kata2 Amanat Hadi Awang 1981 dan juga kepada ahli2 parti yang mendokong Amanat Hadi Awang 1981:

    “Saudara-saudara sekelian percayalah,

    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Percayalah saudara-saudara sekelian,

    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  27. Ababyl79 says:

    dengan komen bujuk maka benarlah bahawa bukan UMNO tapi PAS yang sebenarnya mengamalkan POSAS(poltik suku agama suku) sehingga hadi awang pun sudah tidak lagi dilihat sebagai ulamak tapi lebih kepada orang tiga suku

    seperti komen WTF, makanya gelaran kafir berpatah balik semula kepada tuan punya kata2 Amanat Hadi Awang 1981 dan juga kepada ahli2 parti yang mendokong Amanat Hadi Awang 1981:…period!

  28. Pemerhati says:

    apanya hadi awang tak serupa orang tiga suku kalau bukti(qarinah) seperti video dia tolak kata tak boleh pakai sebab bisu dan pekak

  29. armok says:

    Bujuk.memang tak salah bekerjasama dalam politik walaupun agama berbeza, Jadi sekarang kau dah akui bahawa kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC selama ini adalah untuk kebaikkan adalah dibolehkan ? Jadi siapa sekarang yg menjilat semula ludah dan kahak yg pernah di lemparkan dulu ?
    Kau tak menjawab soalan aku yg asal.. aku mintak kau tunjukkan kepada aku nas dan dalil apa yg kau gunakan sebagai sandaran yg membolehkan orang Islam menyokong seseorang atau puak yg menentang hukum Allah seperti DAP.
    Persoalan akidah begini tidak seharusnya di jawab dengan logik akal kau !

  30. acid says:

    Bujuk ! , Surah kafirun yg kau sertakan, takde kena mengena dengan persoalan yg sedang dibincangkan..

  31. Pemerhati says:

    hahaha betul tu bujuk tak menjawab soalan asas dari armok yang minta bujuk tunjukkan nas dan dalil apa yg bujuk gunakan sebagai sandaran yg membolehkan orang Islam menyokong seseorang atau puak yg menentang hukum Allah seperti DAP.

    kepada bujuk, jawablah oiii…engkau nak tunggu raya baru nak jawab ke?

  32. acid says:

    Kalau mengikut amanat Hadi seperti yg wtf sertakan diatas, Siapa KAFIR sekarang bujuk ? Bukan ke dah berbalik pada orang yg menuduh ? Itu pasal lah dari dulu aku pernah kata jangan bermain dengan tuduhan mengkafirkan sesama Islam ! Adalah satu penghinaan pada Allah bila seseorang muslim mengkafirkan seorang Islam lain yg sama2 bersyahadah serta tunduk dan sujud pada Rabb ( Allah) yg sama. Tanpa hak yg benar. Nauzubillah, dosanya…. Dah hebat dan mampu untuk menanggungnya ? Nak tanggung dosa orang yg dah di kafirkan ? hehheh dosa sendiri pun belum tentu kita mampu menanggungnya….

  33. bleu says:

    BERTAUBATLAH…….BERTAUBATLAH……..BERTAUBATLAH……

  34. dotdot says:

    sabar tuan2,,,bujuk akan jawab selepas iklan cadburit….

Leave a Reply