Menu Utama

Bukan Sahaja Politik, Cuaca Pun “Sakit” Di Kemaman

Bukan sahaja politik di Terengganu dan Kemaman bergolak besar akibat pertukaran Menteri Besar dan pengumuman Ketua UMNO Bahagian Kemaman keluar parti, Indeks Pencemaran Udara (IPU) juga sama “sakit”.

Kemaman di Terengganu merupakan satu-satunya kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 110, manakala 10 kawasan lain mencatat bacaan sederhana setakat 1 tengah hari Selasa.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Pasir Gudang (69), Balok Baru (Kuantan) (72), Nilai (55), Seremban (61), Shah Alam (65), Pelabuhan Klang (51), Banting (54), SK Jalan Pegoh (Ipoh)(57), Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang)(62) dan Paka (52).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

— BERNAMA






4 Komen to Bukan Sahaja Politik, Cuaca Pun “Sakit” Di Kemaman

  1. baba says:

    cuaca pun marah mat said khianati umno lepas perjanjiann dia.

  2. Badrole Amin says:

    jangan pulak pakai penutup mulut masa Muhyiddin jumpa Mat Said nanti bertambah menyampah Mat Said tak jadi nak jumpa untuk selesaikan krisis…hehehe

  3. jackal47 says:

    Komen bodoh…sebodoh tindakan yabg diambil najib..

  4. dkds says:

    memang berpenyakit!

Leave a Reply

Threesome