Menu Utama

BN Terengganu Bakal Tumbang?

Awal malam tadi portal ini menyiarkan analisis mengenai perubahan kepimpinan Terengganu dalam artikel Pertukaran Menteri Besar Terengganu, Apakah UMNO Bakal Berhadapan Krisis? yang mengingatkan Putrajaya bahawa sebarang perubahan tanpa restu Ahmad Said boleh membawa padah kepada UMNO Terengganu.

Tampaknya, ramalan ini seakan terjadi apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dilaporkan tengah malam tadi Adun Kijal yang juga bekas Menteri Besar mengisytihar keluar UMNO dan menjadi wakil Rakyat bebas.

IMG-20140513-WA0011

Seorang lagi, Adun Ajil, Ghazali Taib dilaporkan turut menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO sebentar tadi dan salinannya telah tersebar di media sosial.

Jika ini benar-benar berlaku kemungkinan besar BN Terengganu bakal tumbang jika kedua-dua ADUN ini menyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ahmad Razif Abd Rahman akan menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah negara.
IMG-20140513-WA0010

Khabarnya, ada tiga lagi ADUN bakal menurut jejak langkah Ahmad Said dalam sedikit masa lagi. Jika ini juga berlaku, bukan sahaja BN Terengganu akan tumbang malah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga akan dipersoalkan oleh ahli UMNO.

Nasi mungkin sudah menjadi bubur, namun Tengku Adnan selaku veteran politik perlu melakukan sesuatu dalam sehari dua ini bagi menyelamatkan maruah parti dan boss beliau sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sungguhpun beliau sekadar menjalankan arahan, namun situasi ini bukan lagi masa untuk mencari salah siapa.






20 Komen to BN Terengganu Bakal Tumbang?

  1. omega says:

    Tindakan yg kurang bijak oleh pemimpin di peringkat pusat .. sekarang terimalah pilihan yg anda buat. Kenapa sakit yg dicari

  2. omega says:

    Bagus juga kalau hadi awang jadi MB kat ganu.. sebelum ayam berkokok pagi nanti confirm beliau akan istiharkan hudud di terangganu.

  3. alfie says:

    Ahjibgor silap ‘planning’ on dia punya movement,nampak nya penasihat2 nya bagi wrong advice

  4. itsme says:

    perlu sgtkah utk tukar MB dlm keadaan yg agak memalukan bg sebuah parti yg dah lama spt UMNO?? Apa dosa ahmad said sampai diperlakukan begitu?? kalau benar tak brp bagus buatlah dgn cermat dan berhemah.. kalau lagu ni sape2 pun marah. ingat umno matang dah.. nampak luar mcm suci tp inilah yg benarnya.

  5. system baru says:

    bagi aku kuasa melantik di bawah sultan bukannya umno atau pm, mana2 parti menang di terengganu hendak beri senarai calon nama mb pada sultan, ingat tak kes Datuk Seri Idris Jusoh di minta lepaskan jawatan mb dulu, anwar tak sedar2 lagi nak jadi mb selangor, ramai tak sedar undang2 sama ada pada negeri ada sultan

  6. lyn says:

    lepas ni orang umno kena tukar presidennya termasuk s/usaha umno dan suk umno sekali..
    bukan apa..semakin hari semakin melalut ..

  7. anti-pas haramjadah says:

    Janji hadi munafiq x jd mb dh la

  8. dkds says:

    Kenapa tidak mengambil pelajaran dari kes di Perak…perbezaan 2 atau 3 kerusi bkan satu kelebihan pun …jika benar laporan mengatakan bahawa mat said rela meletak jawatan selepas 15mei..apalah salahnya tunggu selepas tarikh tersebut….

    adakah ianya satu langkah terdesak atau memenuhi kehendak individu tertentu

  9. alimedanbaru says:

    dalam kelemahan masih berlaga sesama sendiri. memang bibit keruntuhan Melayu dibumi sendiri.Pas akan ambil peluang dan menjarakkan kearah perpaduan kerana dapat kuasa lebih syok dari berdamai. apa pun UMNO memang bodoh..salah kira, salah congak..’MUSIM KEMARAU PUN NAK BUANG AIR’!

  10. MemangTerok says:

    Dalam kelebihan hanya 2 kerusi BN dalam DUN negeri, seharusnya tindakan serupa ini tidak diambil. Yang disuruh berhenti tentunya merajuk atas dasar manusia. Kerana yang disuruh berhenti itu bukan makhlok lain, tapi hanya manusia yang ada harga diri, maruah dan hati.

    Sekadar keluar jadi bebas berdua OK lagi. Kalau masok Pas, kalau ramai lagi anakbuah mengikut… alfatihah lah Terengganu.

    Dengarnya Ahmad Said mahu nikahkan anaknya dua tiga hari lagi. Mintak tangguh sampai anak kahwin kerana semua persiapan sudah dibuat. Bukan sangat mahu nikahkan anak semasa masih jadi MB, tapi tentunya untuk pindah randah time ini agak kalot, agak suntuk… maklumlah pindah rumah, pindah pejabat, bukan kerja kecil.

    Namun pucuk pinpinan pasti sudah berfikir dan menjangka ini berlaku (? ) Menjangka untuk menerima padah ? Kita tak fikir begitu.

  11. Rohee colnago says:

    Entah apa sebenarnya yang berlaku disebalik tabir pemerintahan Najib. Mungkin ada golongan pendesak yang berkepentingan, mungkin juga disebabkan penasihat2 yang ada agenda tersendiri atau ada tangan2 yang tersembunyi. Kita semua tidak tahu. Kita juga tidak tahu apa masalah antara mereka berdua ini. Jika peribadi, nampak sangat mereka membelakangkan rakyat.
    Tapi Najib adalah ‘decission maker’, nasi telah pun jadi bubur.
    Rakyat Terengganu berhak menyuarakan pendapat. Gunakan hak anda itu. Tetapi janganlah sehingga memburukkan lagi keadaan. Tenang, waras jangan beremosi.
    Aku doakan mudah-mudahan karier Najib berakhir sebelum PRU 14. Aku sayangkan UMNO bukan Najib. KJ pun boleh join Najib.

  12. tengkudin says:

    takder penyakit cari penyakit..
    mana jatidiri memasing?

  13. moo says:

    Psmimpin umno ada jatidiri ka.? Semua RMRM…
    Yg bodo macai ameno….

  14. kulaan says:

    Cari penyakit…

  15. system baru says:

    najib dan sultan terengganu kena fikir perasaan orang bagi aku biar lah dia berhenti selepas anak dia kahwin, kad semua dibuat dan terpakasa berpindah rumah tergesa-gesa, aku tak berapa suka cara najib terlalu suka ikut rentak pembangkang memaksa seorang berhenti sepatutnya, terlalu ikut gaya pembangkang contoh hapuskan isa sepatut nya ubah susuai undang2 isa supaya jadi lebih adil, bukanya ikut cara obama hapuskan undang2 isa amerika, percaya cakap aku ini bak kata orang najib telah beri senjata pada musuhnya dan musuhnya telah menikam najib dengan senjata beri

  16. Jambol says:

    Terengganu akan jatuh ke tangan pembangkang disebabkan oleh “kebijaksanaan” Najib yang dikelilingi oleh penasihat-penasihat dan menteri-menteri yang bahalol.

    Baru-baru ini Najib menyatakan sebilangan besar rakyat Malaysia tak mahu ISA diwujudkan semula ! Are you dreaming, Najib ? Look at wahat is happening to this country today !

    You are definitely a weak leader and bad for UMNO, no doubt about it.

  17. armok says:

    Mooo, setakat maki orang bodoh je yg kau pandai komen, heh heh ! blockhead …

  18. rusaminum says:

    Najib “the reformer” ialah tu, tindakkan ini akan mengundang perpecahan dalam UMNO sendiri. Pasti Terengganu akan jatuh ke tangan PAS. Bonus bagi Anuwar.
    Tapi di sini juga menunjukkkan betapa penipunya ahli-ahli politik di negara kita ni. Mereka bekerja bukan untuk rakyat tapi untuk diri sendiri.
    Aku tidak suka pada keputusan Najib ni, tapi tindakkan menarik diri dari parti yang di anggotai juga bukan tindakkan yang bijak. Jelas menunjukkan kelemahan Jatidiri.
    Kita tahu, PAS pasti akan menuntut hak nya. Kita pun tahu betapa lemah barisan kepimpinan PAS ini. Dan Terengganu adalah negeri yang kaya dengan hasil minyaknya.
    Cina-cina kafir laknat telah mula nampak keuntungan mereka. PAS akan mudah dipermain-mainkan oleh mereka.
    Najib….najib, apa dah ko buat. Lepas ni Pahang dan Sabah pulak kan. Hancur negara….

  19. yusri says:

    Najib and umno memang bodoh….pengikut atau ahli apa lagi….15 kali bodoh dari najib

  20. Hamba Ar Rahman says:

    Kata-kataku ini mungkin agak keterlaluan…tapi adakah DS Najib mengkhianati Umno??? adakah perkara2 di belakang yang membuatkan DS Najib seperti tidak boleh membuat keputusan dan di remote controlkan?…..tentu ada sejarah dalam diary DS Najib yang membuatkan beliau diremote control spt Anwar Ibrahim…mungkin ada isu? senang cerita…mungkin ada kes?…..tapi mungkin DS Najib lebih baik sikit dari Anwar….jadi…jika sudah macam tu…apa beza PM kita dari Anwar? selain daripada kecenderungan sexual Anwar yang berbeza dari orang normal?? Aku sudah mula mengesyaki bahawa DS Najib ini tidak berada dalam kem kerajaan…..wallahua’lam

Leave a Reply