Menu Utama

BN Belum Tumbang, Masih Ada Perkara Perlu Ditimbangkan Tuanku – Penasihat Undang-undang

hafarizamPenasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu masih kekal sehingga kini walaupun tiga ADUN BN isytihar keluar UMNO semalam dan pagi tadi.

Menurut Hafarizam, kedudukan kerusi BN 14, Pakatan 15 dan 3 Bebas bukan bermakna kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti mudah yang mereka pegang sekarang.

“Mereka mungkin keluar parti namun belum tentu mereka menyokong Pakatan. Mereka boleh menjadi wakil rakyat yang mesra BN dan mengekalkan kuasa BN sekarang.”

“Ini berbeza dengan Perak apabila wakil rakyat DAP dan PKR mengisytiharkan keluar parti mereka dan menjadi wakil rakyat mesra BN. Ini sekaligus menjatuhkan kerajaan Perak.”

Hafarizam menegaskan pengisytiharan keluar UMNO tanpa menyatakan sokongan kepada Pakatan menunjukkan kerajaan Terengganu buat masa ini tidak terjejas. Namun ia bergantung kepada keputusan tiga ADUN ini dalam sedikit masa lagi dan juga pandangan Tuanku Sultan Terengganu.






5 Komen to BN Belum Tumbang, Masih Ada Perkara Perlu Ditimbangkan Tuanku – Penasihat Undang-undang

  1. baba says:

    alhamdulillah

  2. alimedanbaru says:

    SEMUANYA BERMULA SEJAK TAHUN 2008 APABILA TERSINGKIRNYA MB LAMA DAN NAIKNYA MB BARU…. MB BARU NAIK LEMAK PABILA DIKATAKAN DAPAT SOKONGAN ISTANA..
    INI LAH PADAHNYA BILA YG TAK BERKENAAN NAK CAMPUR POLITIK. APA MACAM UMNO KALAU PAS MENANG DAN MENGUASAI DUIT MINYAK..NAK TARIK ROYALTI LAGI KE…
    TAK DE PASAL NAK CARI PASAL..TAK PASAL-PASAL MENYESAL KELAK…

  3. dkds says:

    Jangan biarkan rakyat yang mengundi BN hampa

  4. Badrole Amin says:

    kepada Mat Said dan 2 lagi ADUN, janganlah dilayan sangat sentimen peribadi masing-masing…fikirkan tentang status kestabilan parti(UMNO) di Terengganu, fikirkan juga tentang kelangsungan dan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui MB baru sekarang ini…tindakan keluar UMNO isytihar menjadi bebas masih boleh ADUN yang lain terima dan faham tapi kalau masuk mana-mana parti dalam pakatan haram seperti PAS, aku pun terpaksa kata Mat Said dan 2 lagi ADUN itu sememangnya pengkhianat kepada parti

    jika pilihan raya negeri terpaksa diadakan, mahu ke rakyat Terengganu merasa serik buat kali ke dua membenarkan PAS menjadi lagi kerajaan negeri? selain Kedah, kebaikkan apa PAS telah berikan kepada Terengganu semasa mereka menjadi kerajaan negeri dahulu(1999-2004)? apa yang pasti ada projek untuk kebaikkan dan manfaat rakyat yang telah dirancang oleh Mat Said semasa menjadi MB akan terhapus(tidak dapat direalisasikan) sekiranya PAS memerintah Terengganu…pasti Mat Said tidak mahu melihat perkara seperti itu berlaku kerana usahanya dan jasanya tentang projek untuk kebaikkan dan manfaat rakyat itu akan menjadi sia-sia, apa yang penting janganlah MB Terengganu yang baru mensia-siakan(sebaliknya meneruskan) juga usaha yang telah dirancang(jika ada) oleh Mat Said itu

    diharap selepas merajuk Mat Said dan 2 lagi ADUN itu sudah hilang, mereka dapat kembali kepada UMNO…diharap juga UMNO pusat tidak mengharamkan pula mereka bertiga jika mahu kembali kepada UMNO…kepada Najib dan punahsihat-punahsihatnya, adalah tersangat penting sekarang ini semuanya harus menunjukkan kebijaksanaan bila membuat kenyataan kepada media untuk menangani dan meredakan krisis yang sedang berlaku sekarang ini tentang penukaran MB Terengganu yang baru

  5. cozzibay says:

    kenapa salahkan ahmad said saja?? Apakah kita pasti jika najib disingkirkan sama seperti ahmad said, najib tak kan keluar umno?? Antara ahmad said dgn najib, perjuangan siapakah yg lebih kental dan teruji dlm UMNO?? henti salahkan punahsihat najib sebab najib yg buat keputusan. Kenapa najib menolak rayuan ahmad said …yg hingga kini najib terus membisu??? Jika melihat gaya ku nan dan raof beri komen pun sudah boleh menyakitkan hati rakyat terengganu. UMNO dan kepimpinan masih tak berubah ….dan tak belajar!!! Apakah hilang kebijaksanaan dan kesabaran najib dlm kes ahmad said ini atau najib sebenarnya memang tidak bijaksana????

Leave a Reply

Threesome