Menu Utama

Biadap Rayer Merupakan Agenda DAP Siri Penghinaan Terhadap Melayu?

anwar

Kita tahu bahawa antara sebab mengapa orang Melayu berani dihina oleh bangsa lain di negara kita walaupun kita merupakan Tuan Tanah Melayu kerana wujudnya manusia pengkhianat bernama Anwar Ibrahim. Segala penghinaan yang disuarakan oleh bangsa lain terhadap orang Melayu ini bakal menggugat keamanan negara sepertimana yang telah berlaku pada tragedi 13 Mei.

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mempertikai tindakan Umno menjadikan isu terhadap kenyataan Adun DAP (Seri Delima) RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dalam Sidang Dun Pulau Pinang, Selasa lalu. Tindakan Anwar ini benar-benar tidak wajar. Sekiranya beliau memilih untuk hidup secara tidak bermaruah maka itu merupakan pilihan beliau. Anwar tidak boleh terus mempengaruhi orang Melayu supaya hidup tidak bermaruah seperti beliau.

Sebenarnya sikap biadap dan kurang ajar ini hanya sikap minoriti bangsa lain sahaja. Mereka ini berada dalam lingkungan pengaruh DAP dan pakatan pembangkang. Bagi bangsa India yang lain yang tidak berada di bawah pengaruh DAP, keceluparan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang menggelarkan UMNO sebagai “celaka” amat marah dengan tindakan beliau yang telah memalukan dan mencemarkan nama baik seluruh masyarakat India di negara ini.

Bagi bangsa India yang lain mereka berpendapat Rayer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan keterlaluan seperti itu kerana mampu memberi kesan tidak baik pada negara. Ia akan menyebabkan rasa saling menghormati antara kaum yang diamalkan selama ini akan terhakis. Rayer diminta menjelaskan kenyataan biadab tersebut.

Rayer bukan sahaja enggan memohon maaf atau menarik balik kenyataan biadab itu malah mengulanginya pula dalam ceramah terbuka DAP ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Ini merupakan provokasi yang amat diidamkan oleh DAP. Bangsa India cetus provokasi di Pulau Pinang. Seorang lagi pengkhianat Melayu, Dyana cetus provokasi pula di PRK Teluk Intan.

Mengulas komen Anwar mengenai tindakan Rayer pula, kononya Rayer sepatutnya ditegur di dalam sidang itu dengan membawa usul bukan dengan cara menyerang dan mengugut. Menurut Anwar kononnya kita mesti hormat proses undang-undang. Menteri dalam negeri selain daripada polis harus mengambil tindakan. Menjamin keselamatan rakyat tak kira sama ada kawan atau musuh politik.

Kita tahu ini merupakan satu kenyataan yang cukup hipokrit dari pihak Anwar Ibrahim. Seluruh dunia tahu Anwar Ibrahim merupakan jenis manusia yang tidak pernah menghormati undang-undang apabila beliau menjadi “kepala” dalam demonstrasi jalanan yang jelas melanggar undang-undang dan mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau terutamanya terhadap mereka yang berada disekitar kawasan yang dijadikan medan huru hara tersebut. Kini beliau bercakap soal mematuhi peraturan. Ini sifat ketam mengajar anak berjalan lurus. Ini memang perangai manusia “telunjuk lurus, kelingking berkait”.

Kesimpulan penting saya kita boleh buat adalah pakatan yang dipelopori oleh DAP akan terus melaksanakan agenda jahat mereka. Dengan itu kita akan terus menyaksikan siri penghinaan demi penghinaan terhadap orang Melayu dari pihak pakatan pembangkang. Oleh itu UMNO bersama Barisan Nasional perlu memberikan pengajaran yang secukupnya secara “BERHEMAH” demi memastikan maruah orang Melayu dan agama Islam tidak terus dicemar dengan sewenang-wenangnya.






10 Komen to Biadap Rayer Merupakan Agenda DAP Siri Penghinaan Terhadap Melayu?

  1. Jambol says:

    Perkara penting yang perlu disedari oleh orang-orang Melayu, terutamanya UMNO, ialah apakah langkah-langkah tegas dan berani yang perlu diambil. UMNO merupakan harapan kita untuk membela ugama, bangsa dan negara. Lembiknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini sangat-sangat mengecewakan kita.

    Sekarang ini, ramai penyokong-penyokong kuat telah mula muak dengan sikap, cara pemikiran dan tindakan pemimpin-pemimpin ini.

  2. baba says:

    semua perkara yang berlaku hari ni berpunca dr anwar ibrahim yg telah byk menaikkan tocang bukan melayu utk berani bersuara. yg sebenarnya celaka adalah anwar ibrahim. anwar ibrahim adalah celaka kpd bangsa dan negara

  3. mooo says:

    Penghinaan terhadap UMNO lah (Pemimpin2 UMNO skg)

  4. raplahjingaa says:

    Biasala moooo….orang jahat tak kan kata orang yang baik itu baik….alaaaa moooo hang bukan tak tau cerita tamil…..budaya keturunan hang jugak !! dan siapa yang kata UMNO celaka ?? bukan ka suku sakat keturunan hang jugak !! dah cultute hangpamacam tu !!

  5. raplahjingaa says:

    ralat…culture

  6. mancini says:

    umno tu melayu,umno disokong oleh majoriti melayu sebab tu umno menang 88 kerusi parlimen,mengata celaka pd umno samalah dgn mengata celaka pd melayu.ini bermaksud menghina bangsa melayu.bila dilakukan oleh sindia rayer ni maka ia perlu diajar dgn keras supaya tak berulang.Mooh dan bujuk bukan keturunan bangsa melayu tetapi mak bapaknya keturunan india paria mcm sirayer ni sebab tulah dia tak rasa apa2.

  7. itsme says:

    sn nayer meluahkan apa yg sebenarnya terpendam sekian lama.. jika sn nayer dan dap mahu, melayu pun boleh shj meluahkan apa yg kami rasa dan apa yg kami mahu, krn ini negara kami.. jika sn nayer benar2 mahu dengar maka dia buatlah lagi.. atau mana2 ahli dap pun boleh. kami org melayu bukan lembik namun nabi kami mengajar kami, cara berdakwah paling baik adalah dgn menunjukkan akhlak yg baik dan terpuji.. moga sn nayer sedar. begitu juga anwar berahim!!

  8. fuwa n fengyi says:

    Rayer hanya kata pd org umno shj, bkn pd semua org melayu. Perlu diingat sentiasa umno TIDAK mewakili semua org melayu. JGN CUBA NAK KELIRUKAN ORG!!

  9. shahril81 says:

    Mooo, dh brapa botoi todi hang minum? Siang2 pun mabuk jgak kaa??

  10. raplahjingaa says:

    Yup UMNO tak wakili semua orang Melayu, tapi orang Melayu yang UMNO wakili memegang portion terbanyak undi orang Melayu di Negara ni, dan undi itu membawa presiden UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    yang pathetic ialah so called pakatan rakyaat !! senang-senang mengaku rakyaat berpakat, berpakat nak buat apa ??? dah kalah…kalah la.

Leave a Reply

Threesome