Menu Utama

Berlainan Politik Tidak Halang DS Najib Bantu Presiden PAS

Sedang pemimpin PAS di negara ini sibuk mengerah jentera pilihan raya serta meminta para penyokong taksubnya berusaha memenangkan DAP di Teluk Intan meskipun calonnya Dyana Sofya tegas menolak perlaksanaan hudud, tiba-tiba Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang berada di Turki di uji musibah kesakitan oleh Allah SWT.

Menurut berita yang memetik kenyataan anak lelaki Hadi iaitu Muhammad Khalil, Presiden PAS itu telah dimasukkan ke sebuah hospital di Instanbul, Turki selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas. Bagaimana pun keadaannya kini dilaporkan kembali stabil dan sedang berehat.

Kita tak tahu samada ini cuma sakit biasa akibat keletihan atau mungkin bala dek kerana kesungguhan PAS membantu DAP yang menentang hudud, mana-mana satu itu urusan Allah SWT. Satu yang pasti kalau pemimpin UMNO yang terkena musibah sebegini maka bagi pemimpin dan penyokong PAS sudah tentu ia dipanggil bala.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adalah Presiden UMNO sebaik mengetahui berita tersebut dilaporkan telah menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki meminta supaya segala bantuan dan sokongan yang bersesuaian diberikan untuk kemudahan Hadi Awang.

Mungkin bagi sesetengah pemimpin dan penyokong PAS yang taksub dari spesis buta tuli dan berperangai membabi buta, mereka beranggapan bantuan yang dihulur oleh DS Najib tidak membawa apa-apa makna penting apatah lagi untuk dihargai. Barangkali perkara sedemikian hanya biasa-biasa sahaja.

Namun seandainya terdetik secebis ingatan di kepala otak mereka peristiwa sebelum ini di mana ada pemimpin PAS yang mendoakan supaya perut DS Najib pecah terburai segala isinya, mungkin akan ada penyokong PAS yang akan termalu sendiri mengenangkan kesediaan DS Najib mengambil cakna perihal kesihatan Presiden PAS.

Logiknya kalau dikenangkan hati busuk dan perangai buruk pemimpin PAS yang pernah mendoakan kecelakaan terhadap UMNO termasuklah doa UMNO K.O yang kontroversi sebelum PRU-13 dulu, kalau diikutkan rasa marah penulis secara peribadinya elok dibiarkan sahaja Hadi dan musibah yang menimpanya tanpa sebarang bantuan.

Tapi hati budi dan keperibadian DS Najib terlalu baik dan mulia sebab itu soal politik kepartian yang berbeza bukan halangan untuk beliau mengambil tahu soal kesihatan dan kesakitan musuh politiknya. Jauh benar bezanya dengan perangai jahat dan buruk budi yang biasa ditunjuk oleh sesetengah pemimpin dan penyokong PAS.

Memandangkan contoh baik yang ditunjuk oleh Presiden UMNO sambil mengenangkan Hadi Awang tetap juga saudara muslim kita, maka sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan untuk beliau. Soal selepas sihat nanti Hadi mungkin masih lagi bersekongkol dengan DAP, itu kemudian ceritalah.

Kepada Hadi Awang dan keluarganya, tenang-tenangkan fikiran. Tak payah serabut sangat dengan perangai sesetengah pemimpin dan penyokong PAS yang terlebih DAP dari DAP. Anggap sajalah ini dugaan, ada waktu sihat berpanjangan ada kala datangnya sakit yang mungkin terselit hikmah disebaliknya.






7 Komen to Berlainan Politik Tidak Halang DS Najib Bantu Presiden PAS

  1. anti-pas haramjadah says:

    Hadi bawang al munafiq presiden paspispus dh meninggal k? Al-fatihah

  2. anti-pas haramjadah says:

    Kifarah dan bala dr Allah dah kena pd hadi bawang coz mempermainkan soal hudud

  3. bujuk says:

    TGHA tu YB@ahli parlimen… kedutaan negara lain pun buat yg. sama pada MP mereka.

  4. armok says:

    Sesuatu yg baik, natijah daripadanya juga pasti baik. Syabas DS Najib.

  5. raplahjingaa says:

    Ia bujuk…tapi aku tak pasti kedutaan negara lain mendapat arahan melalui talipon oleh PM untuk memberi bantuan pada MP mereka yang sakit di negara asing. islam menggalakkan penganutnya berterima kasih sesama manusia, tu la aku kat hangpa ni pelik !!

  6. Rohee colnago says:

    Bujuk oii…. Knpe anu war tak telepon member dia kat Turki tu. Kan rakan seperjuangan dia yg sakit. Tak sensitif langsung atau tak hargai langsung si adi tu. Anuwar kn pemimpin dunia. Anugerah tuhan lagi. X kan xde power kot.
    Yang ko x suka sangat Najib tolong si adi tu knpe? Hati ko ade problem ke? Ade bau busuk tak?

  7. WTF says:

    Tak caya la aku kata2 si Bujuk ni!!!

    BTW, cuba Bujuk beritahu kenapa Turki jadi pilihan pemimpin4444 PAS dan PKR bila nak melarikan diri dari kesalahan/dosa!!!

    Kat Turki n SAFE HEAVEN ka bagi pemimpin444 PAS dan PKR, di mana ada org lagi tinggi tarafnya daripada Nicky Ajis untuk pemimpin444 PAS dan PKR melakukan activity INDULGENCE (aka CUCI DOSA!!!)

    MUEH4444

Leave a Reply

Threesome