Menu Utama

Bayang BN Menang, Taktik DAP Tipu Pengundi Di Teluk Intan

calon bn tlk intan

SEHARI sebelum kempen PRK Teluk Intan berakhir, DAP mengulang taktik basi menipu pengundi dengan memberi bayangan seolah-olah calon BN akan menang mudah esok dengan menggunakan pendekatan memuji calon BN dan beri petunjuk dan indikasi yang mereka cipta sendiri.

Penulis sedar sejak pagi tadi,  media-media pro pembangkang yang biasanya mengagungkan calon DAP, tiba-tiba menyiarkan artikel dan komen yang memberi kelebihan kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong!!  Antara lain, mereka memuji Datuk Mah yang dikatakan lebih berpengalaman dan sebagainya.

Anehmya tu, dekat 2 minggu kempen, baru sekarang nak sedar ke yang Datuk Mah lebih baik segala segi?  Bukan Datuk Mah ni orang baru pun, jasa beliau merata Teluk Intan nun.

Selain itu, digembar-gemburkan juga bahawa pengundi dari kaum India yang membentuk 19% dari keseluruhan pengundi Teluk Intan, akan memberikan undi kepada BN!!

Mudah betul.  Reading pengundi yang macam ini bukan saja nampak tak masuk akal, tapi memang jelas cuba bodohkan orang.  Macam mana dapat kepastian semua 19% tu akan beri undi pada BN, undi pun tak lagi!!  Mustahil.

Kita percaya, tujuan semua ini dibuat sebab nak pastikan pengundi tradisional DAP keluar beramai-ramai mengundi kerana bimbang BN akan menang mudah seperti dalam propaganda yang disebarkan.  Kita tahu, ada kalangan pengundi DAP ini pun boring juga nak keluar mengundi tapi kerana diracun pemikiran konon BN akan menang mudah, maka dipaksa jugalah badan tu ke pusat mengundi.

Benda ini bukan baru, dalam PRU13 yang lepas dulu pun taktik sama digunakan tapi modalnya masa itu adalah pengundi bangla 40k yang konon digunakan BN untuk memastikan kemenangan.  Ideanya, dengan sebar cerita tak masuk akal ini, pengundi tegar dan di atas pagar,  akan keluar beramai-ramai kerana taknak BN menang dengan cara menipu.

Hakikatnya, BN tak menipu pun dan bangla 40 tu sendiri tak wujud, hanya imaginasi Anwar Ibrahim berdasarkan perkara sama yang pernah berlaku dalam pemilihan PKR pada 2010.  Malangnya, ada juga yang percaya dan secara salah memberikan undi kepada pembangkang.

Penulis harap pengundi Teluk Intan tidak terpedaya dengan taktik sebegini, sebaliknya membuat pilihan bijak wakil dari parti mana yang nak dihantar ke Parlimen.  Kalau wakil BN, dapatlah orang Teluk Intan menjadi Menteri Kabinet seperti dijanjikan Perdana Menteri kalau Datuk Mah menang, untung banyak tu.

Kalau pilih calon DAP pulak, rakyat dapat apa?  Dia menang tentulah dapat elaun, rakyat makan habuk sajalah.






12 Komen to Bayang BN Menang, Taktik DAP Tipu Pengundi Di Teluk Intan

  1. tony gunawan says:

    mah kalah pun boleh jadi senator,kemudian jadi menteri!

  2. Pak Tho says:

    Mah tak mahu ikut jalan belakang tony. Lain lh bang non.

  3. syaa says:

    aminnn.hendaknya betul betul menang

  4. MemangTerok says:

    Untuk menang peperangan bermacam helah dan tipu daya kena gunakan. DAP dengan otak tipu helah yang sudah ada, kerana mereka dilahirkan begitu dan terus hidup dengan cara itu, menipu merupakan cara mereka nombor satu.

    BN kena aplikasikan tipu helah yang sama walau tidak serupa bagi menjamin kemenangan. Kita mahu fahamkan yang menipu daya untuk tujuan ini adalah harus, asalkan jangan fitnah.

    Amacam berbunyi lojik ke tidak ? Penghuraian selebih mengenai hukum hakam akan hal tipu daya dalam perang ini biar orang yang lebih arif boleh komen. Kita rasa PRK serupa macam perang juga tetapi cuma tak ada siapa yang akan mati dalam perang ini.

  5. bujuk says:

    DAP kempen supaya pengundi semuanya keluar mengundi dan tidak terperap d rumah, kesannya peratus mengundi tinggi… ini baik untuk demokrasi. Takkan BN nak menang macam Al-Sisi d Mesir bila peratus mengundi tak sampai 40%. Kemenangan yg. memalukan kerana majoriti rakyat menolak beliau secara tak langsung…

  6. raplahjingaa says:

    Pada parti politik atau calun yang tak bermaruah…memalukan atau tidak itu soal kedua…yang penting depa memegang kuasa, hang tengok pemilihan CAC DAP yang lepas, at any standard ianya amat memalukan…..tapi ada guan eng/kit siang peduli ?? depa tak peduli….yang penting depa kekal berkuasa.

    Hang tengok pulak kemenangan PAS dalam PRK mahupun PRU…..kafirkan sana sini, fitnah sana sini…..ada pemimpin PAS rasa malu ?? tak dak pun, yang penting depa kekal berkuasa….

  7. mancini says:

    BN ok je walaupun kalah,PKR habis terbang kerusi dlm pemilihan parti.

  8. bangKano says:

    Sebenaq nya para pemimpin paria hamPAS bau busuk bagai liPAS punya dua karekter….bila depa berdepan ngan bangsa melayu depa menjadi HARIMAU yang garang semacam sakan buat fitnah,maki hamun & pelbagai andain falasi kat pemimpin sebangsa segama UMNO/BN. Ironis nya bila mai berdepan ngan sekutu nya cina ultra kiasu terutama DAP tu…depa dah menjelma jadi TEKUKUR sentiasa mengia kan apa yang di kata kan oleh DAP tu…menikuih jerr angkat kepala pun tak beghani…takut takut kena sergah oleh Lim Kit Siang. Mana tak nya hamAS ni cuma jadi macai jerrr dalam Pakatan Rabak PR..ia la kerusi parlemen pun takat 21 berbanding ngan DAP 38 tuuu hah. Depa terpaksa dapat belasehsan cina licik DAP tu…untung un tung dapat jawatan menteri/exco yang tak berapa nak glemer tu dan projek/tender ciput tu.

    Tu la dia sifat alam para pemimpin hamPAS macam paria…berlagak macam jaguh di kandang sendiri…bila keluaq kandang kepala masuk dalam cengkerang macam penyu.

    Aku malu kat perangai pemimpin hamPAS serba paria ni…menjatuh kan marwah bangsa melayu dan islam jerrr.

    What say you…toni tarak guna ONE & bujuk kaki gintil teloq…..????

  9. bujuk says:

    Lagi teruk BN guna Nama Besar D.Harun Din pengaruh rakyat tolak DAP. Siap guna akaun fb palsu, malulah… nak menang guna cara camtu. Apapun orang T.Intan boleh lihat sendiri perangai buruk Pemimpin2 utama masa kempen d t.intan. Ada yg. ugut RELA, ada yg. guna samseng takutkan calon, ada yg. menipu istihar keluar parti sedangkan mereka tak tahu pun itu majlis keluar parti.
    Parti camni ka… hebat?

  10. bleu says:

    Apapun yg paling hebat sekali ialah bila melihatkan lelaki Melayu Islam berkopiah dan wanita bertudung labuh mengibarkan bendera DAP laknatullah…….iemej Islam yg camne tu ?

  11. raplahjingaa says:

    hehehe…..nama besar PAS yang kata kufur pada siapa yang menyokong pengunaan kalimah Allah ke bujuk ?? siapa yang guna bujuk ?? cerita mai sat…..

    hehehe….ikut Haron Din, semua ahli PAS dah kufur termasuk la hang, nik ajis dan aji adi !

  12. anakbochek says:

    Tony, Anwar menang tapi tak dapat jadi apa-apa pun. Masih ditakuk lama jadi pembangkang dan besar kemungkinan dia dapat jadi banduan secara rasmi. 5 tahun dia pegang jawatan tu.

Leave a Reply