Menu Utama

#BantahGST: Himpunan Tanpa Makna dan Kejayaan

Oleh Nur Azlina Shaari

Agak lucu apabila membaca laporan mengenai perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diadakan semalam di portal Harakahdaily.net yang mengatakan jumlah peserta yang hadir mencecah 50,000 orang. Walhal, kelibat manusia yang hadir hanyalah sekitar 10,000 orang sahaja berbanding jumlah anggaran yang dijangkakan hadir seramai 100,000 orang.

Dari kenyataan yang nyata jauh berbeza ini, dapatlah dirumuskan, tiada kejayaan yang dicapai oleh para peserta himpunan ini selain hanya mendapat penat dan letih berjalan tanpa ada sebarang tujuan dan matlamat.

Ini kerana, perhimpunan tersebut hanyalah berpaksikan kepada matlamat dan objektif yang kosong dan mungkin, ada antara para peserta yang terlibat tidak mengetahui apa itu GST dan maklumat menyeluruh mengenai GST. Yang mereka tahu, hanya termakan umpan dan dakyah penipuan dari pihak pembangkang.

Sepanjang perhimpunan Bantah GST itu diadakan semalam, para peserta tidak berpegang kepada prinsip utama iaitu membantah GST. Hakikatnya, beberapa isu yang dibangkitkan langsung tidak ada kena-mengena dengan tujuan asal perhimpunan tersebut dijalankan. Nampaknya, ia sama seperti perhimpunan-perhimpunan lain yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini dan pencapaiannya, sama sekali gagal.

Antara isu lain yang cuba dibangkitkan oleh para peserta adalah memperbesarkan isu kehilangan pesawat MH370 di mana mereka cuba menyebarkan fitnah mengenai insiden tersebut iaitu kerajaan tidak mengambil langkah yang proaktif dan mampan dalam usaha pencarian pesawat itu.

Selain itu, ada juga sekumpulan anak muda Cina yang menyertai himpunan bantah itu turut mengambil peluang untuk menjadikan medan perhimpunan Bantah GST sebagai saluran untuk mereka membenarkan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dibenarkan di Malaysia. Ini kerana, mereka begitu berani membawa sepanduk yang tertera perkataan, ‘Kami homoseksual, kami menentang GST’ dan ‘Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST’’. Ini jelas menunjukkan, mereka sebenarnya tidak mengetahui maklumat terperinci mengenai GST langsung.

Menyedari kegagalan dari perhimpunan ini, pengikut pembangkang mula menyebarkan cerita fitnah iaitu mendakwa ada antara peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut cedera ditikam dan diberi layanan kasar oleh pihak berkuasa.

Namun, ia hanyalah kisah dongengan yang dicipta sendiri oleh pihak pembangkang apabila perkara itu dinafikan oleh kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang menyatakan gambar tersebut adalah gambar lama.

Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh juga berkata perhimpunan itu berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku walaupun ada para peserta yang cuba mengambil pendekatan untuk melakukan rusuhan. Sebaliknya, ia berjaya dikawal oleh pihak polis.

Dek kerana cetek akal antara peserta perhimpunan yang hadir, perkara yang kerap diambil mudah oleh pengikut pembangkang adalah mereka gemar melanggar peraturan dengan membawa anak-anak kecil ke perhimpunan tidak berfaedah seperti ini. Masa dan tenaga anak-anak mereka sanggup dihabiskan kepada perkara yang tidak berfaedah berbanding diisi dengan saat-saat indah dengan meluangkan masa bersama keluarga.

Justeru, dengan tindakan membuang masa dan kurang cerdik ini, tidak ada apa yang dapat merubah keadaan kerana, walaupun mereka mengadakan bantahan sekali pun, kerajaan sudah pun merangkakan perlaksanaan dan kebaikan GST kepada negara ini.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memantapkan hasil ekonomi demi menjamin masa depan negara dan kebajikan rakyat. Justeru, wajarlah para peserta perhimpunan ini, juga seluruh rakyat Malaysia, menyambut baik seruan Najib dan kerajaan agar berfikir dan bertindak secara rasional mengenai perkara GST. Ini kerana, perlaksaan GST telah pun dirancang hampir 30 tahun.

Dapat dikatakan juga, perhimpunan bantah ini hanyalah sekadar alasan untuk menutup isu hudud yang rancak diperdebatkan dalam parti pembangkang mutakhir ini.

Adalah lebih baik kiranya para peserta yang mengikuti perhimpunan ini berfikir secara bijak dengan tidak termakan hasutan pembangkang dan mempolitikkan perkara baik yang cuba dilakukan oleh kerajaan.






10 Komen to #BantahGST: Himpunan Tanpa Makna dan Kejayaan

  1. baba says:

    ini adalah perhimpunan org2 kecewa dan tak ada benda nak buat. Apa yg telah mereka capai dgn perhimpunan ini? adakah kerajaan telah bertukar? apakag gst dimansuhkan?

  2. WTF says:

    Oh…ini rupanya PANDANGAN PAS, DAPigs dan PGayR pasal GST!!!

    http://www.youtube.com/watch?v=GDW3M_MPisU#t=84

    KESIAN…nampaknya penyokong4444 FUCKUTAN RETARD akan KENA TINGGAL DGN BAS dalam cabaran dunia yang penuh mencabar ini.

  3. dkds says:

    Anggaplah mereka itu semua ingin menyaksikan konsert rock distadium…penyanyinya adalah anwar terseksa..mat sabu memburit, dan ramai lagi….

  4. WTF says:

    Bagi aku, Himpunan Anti-GST dipelopori oleh FUCKUTAN RETARD adalah GAGAL!!!

    GST tetap akan dilaksanakan di negara Malaysia dan kerajaan Malaysia masih lagi diterajui oleh UMNO/Barisan Nasional.

    Buat PENAT DEMO JER depa ni, walhal para pendemo maksud GST pun tak tahu!!!

    Nak buat camana, KEBODOHAN ABADI TIDAK TERBATAS DUNIA AKHIRAT adalah TRADEMARK FUCKUTAN RETARD!!!

    Moga kita semua dijauhi PENYAKIT ini!!!

  5. raplahjingaa says:

    Ntah apa yang depa dapat aku pun tak tau !! tak ke namanya kerja bodoh ! seperti biasa….tu kerja cai-cai melayu PAS dan PKR.

  6. WTF says:

    Aku tahu apa depa dapat saudara raplahjingaa….

    Depa dapat masuk dalam YOUTUBE demi nak tunjuk BETAPA BODOWNYA MEREKA!!!

    Matlamat tu depa dah capai lama dah, tapi depa nak SATU DUNIA TAHU, yg depa ni BODOW ABADI TIDAK TERBATAS DUNIA AKHIRAT!!!

  7. gambus says:

    Aku tak setuju langsung artikel ni !!! Pakatan dan PAS telah mencapai satu kejayaan !! kejayaan menunjukkan betapa perangai berooknya macai dan pemimpin mereka !! malah kejayaan mereka menyebarkan fitnah dan segala penipuan !!! hasilnya ialah demo GST ini !!!

  8. anti-pas haramjadah says:

    GST adalah utk kutip cukai drpd cina2 Dapig yg liat utk byr cukai… Hidup GST

  9. MemangTerok says:

    Demo, berhimpun dan membantah adalah satu kerja bodoh dan gila. Orang bodoh/gila saja yang buat kerja bodoh/gila macam ini. Kerana orang waras dan berakal tak buat kerja bodoh/gila. Kerja bodoh/gila hanya dibuat oleh orang yang bodoh lagi gila.

    Faham tak setakat itu ? Ye , pasti faham kerana benda ini mudah difaham.

    Dinegara kita cuma seorang sahaja yang buat kerja macam itu. Tak ramai, cuma seorang dari jumlah 28juta rakyat negara. Peratusnya memang kecil. Tapi biasalah, jika kita ada susu seperiok, untuk mengubah warna susu yang putih untuk jadi biru, cuma perlu setitik nila saja. Tak perlu banyak cuma setitik dan warna susu yang putih akan berubah jadi lain. Demikianlah halnya dengan orang bodoh/gila yang peratusnya terlalu kecil tadi boleh mengubah suasana aman damai menjadi hiruk pikuk dan tak tahu hujung pangkal.

    Soalnya bukan GST. Soalnya orang yang bodoh/gila itu sudah dijatuhkan hukuman dan bakal masok penjara tak lama lagi. Itu soalnya. Maka orang itu tidak saperti banduan lain yang dijatuh hukuman duduk dirumah bermahasabah diri, beribadah dan berdoa. Berdoa dan bertaubah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada DIa AlRahman, AlRahim akan dibuat oleh orang yang tidak bodoh/gila. Orang waras, beriman akan duduk sambung ibadah ketika apa saja keadaan dan hal yang menimpa. Lebih2 lagi setelah diri bakal menjalan hukuman yang ditetapkan kerana dosa sendiri.

    Manusia buat silap. Man makes mistakes. Semua sekali, selagi kita digelar manusia, kerana itu memang bahagian kita sebagai manusia. Yang tidak buat silap dan terhindar dari dosa hanya malaikat.

    Namun begitu kita diberi peluang untuk betulkan kesilapan itu. Kita disuruh istigfar, disuruh bertaubat. Diadakan solat taubah 2 rakaat dan disuruh istigfar 100 kali lepas solat 2 rakaat itu. Itu yang dituntut bukan dengan menyalahkan orang setelah berdosa. Bukan menukarkan silap kita untuk dijadikan silap orang lain. Bukan juga berhimpun dan berdemo.

    kalaya

  10. delta_source says:

    Mereka membantah tanpa mengetahui apa yang mereka bantah…

Leave a Reply

Threesome