Menu Utama

Apa Hal “Ahli UMNO” Berkumpul Bantah Keputusan Pemilihan PKR?

PKR_PC_140514_TMIWANAMIRUL_02_540_364_100

Parah… bila ahli parti lain pula yang bantah keputusan parti lawan. Apa halnya ni bro?

PKR- atau ramai yang mentamsilkannya sebagai Parti Kelentong Rakyat. Apakah ianya satu lagi penglabelan oleh UMNO? Foto diatas menceritakan tentang ketidakpuasan ahli PKR sendiri pada pemilihan PKR yang diadakan minggu lalu.

Mereka menggunakan modus operandi ala -Anwar Ibrahim; iaitu berdemo, dengan menjadikan Ibu Pejabat PKR di Tropicana sebagai lokasi untuk meluahkan rasa tidak puas hati tentang pemilihan parti yang didakwa penuh penipuan, korup dan tidak telus.

Anehnya, inilah perkataan-perkataan yang sering digunapakai oleh Anwar Ibrahim tatkala melabel UMNO sedemikian rupa. Kini, terpalit ke dahi Anwar sendiri.

Johari Abdul, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dakwaaan 50 ahli PKR tersebut dengan mengatakan bahawa pemilihan kali ini paling telus dan berjaya. Hujah tersebut dibantu dengan fakta wujud ruang untuk lebih ramai calon bertanding. Persoalannya, adakah dengan jumlah yang bertanding, memberi gambaran sebenar tentang ketelusan pemilihan? Jika ya, maka amat “cerdik” daya fikir Johari Abdul.

Mungkin sahaja Johari Abdul mempunyai “pelincir” yang cukup untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. Almaklum, bagi Johari Abdul, mungkin “pelincir” cukup penting dalam memastikan jentera Jawatankuasa Pemilihan Pusat bergerak dengan “lancar” sehingga terdapat dakwaan Pengawas Pemilihan bertindak mencampuri urusan pengundian dan cuba memenangkan calon-calon tertentu! Manakan tidak pendemo mendesak agar Johari Abdul meletakkan jawatan selaku Pengerusi Pemilihan!

50 ahli PKR bersepakat untuk membawa isu ini ke ROS sekiranya keputusan pemilihan tidak dibatalkan. Penulis amat bersimpati dengan mereka, tetapi pada masa yang sama ingin tekankan bahawa PKR bukanlah milik mereka! Tidakkah mereka lupa atas dasar apa PKR ditubuhkan? Siapa Presiden Parti? Siapa “tangan ghaib” yang jelas kelihatan dalam parti? Siapa pemimpin kanan parti?

Semuanya merujuk kepada kronisma, dan nepotisma, 2 perkataan yang dipopularkan oleh Anwar ketika memburuk-burukkan pimpinan UMNO! Itulah Anwar, segala tuduhannya, dialah “raja” yang terdahulu mempraktiskannya.

Dan apalah sangat 50 orang ahli PKR menentang kronis dan nepotis Anwar di dalam PKR. PKR bukan milik ahlinya, tetapi milik Anwar, isteri, anak dan teman-teman mesranya.

Paling kuat pun mungkin nanti kita akan dengar dari kalangan penyokong Anwar “Pendemo itu sebenarnya ahli UMNO” atau “UMNO sudah bayar mereka”.

Johari Abdul? Ermmm…. yang penting “pelincirnya”!






15 Komen to Apa Hal “Ahli UMNO” Berkumpul Bantah Keputusan Pemilihan PKR?

  1. dkds says:

    Dah la kuat kelebtong rakyat…dengan ahlinya sendiri pun di kelentong dan digoreng sampai hangus…

    senang-senang sahaja pemimpin kata pemilihan kali ini lebih telus…walhal satu Malaysia tahu..setiap cabang pkr yg adakan pemilihan menghadapi masalah…lg teruk jumlah ahli yg hadir tidak sama dgn kertas undi yang dikira…maknanya ramailah pengundi hantu…

  2. Shah says:

    Kehendak Allah swt . Kerana terlalu banyak selewengkan agama Islam untuk kepentingan politik.

  3. baba says:

    ahli dia pun makin lamam makin meluat dah dgn parti dia yg kuat kelentong.

  4. veteran says:

    Selamat Hari Guru kpd semua guru seluruh Malaysia.Veteran macam saya dah tiada guru.Sedih sekali.Tapi tetap berterima kasih kpd guru2 yg mendidik saya.Mujurlah saya tidak berguru dgn mereka yg tiada pegangan.Mujurlah saya kerana Anwar bukan guru saya.Jauh sekali nak dididik Mat Sabu,Guan Eng dan sekelas.

    PKR dah kacau bilau sebab guru tersalah didikan.Mengurus pemilihan parti sendiri pun PKR tak jujur dan tak cekap.Macamana nak urus negara.

  5. yon76er says:

    Apa lagi yg bolih kita Interpretasikan atau ketegorikan Parti ini?????

  6. mooo says:

    Aku sikitpun langsung tidak percaya kata-kata Ahmad Said nih. Orang macam dia nih memang takleh bagi muka. Dahlah ludah jilat balik, tidak ada pendirian punya orang.

    Kenapa tak bagi nama siapa wakil PAS yang menawarkan jawatan MB dekat engkau Ahmad Said. Kalau setakat sebut PAS menawarkan jawatan MB kepada engkau baik tak payah sembang deraslah Ahmad Said.

    Kalau betul PAS memerintah Terengganu takde maknanya hang akan dilantik jadi MB. Yang pastinya ialah Tuan Guru Haji Hadi adalah pilihan sebulat suara yang akan menjadi Menteri Besar.

    Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata beliau bukan pengkhianat kepada UMNO, sebaliknya tetap sayang dengan parti.

    Malah, katanya, beliau menolak tawaran PAS untuk kekal berkuasa jika menubuh kerajaan negeri bersama parti itu.

    “PAS datang kata nak kekalkan saya sebagai Menteri Besar tetapi saya tak nak,” katanya pada sidang media di kediamannya di Kijal, Kemaman, petang ini.

    Ahmad berkata, perasaan sayang kepada UMNO yang membuatkan beliau kembali ke pangkuan UMNO.-teganukita.my

  7. Jambol says:

    Kelam-kabut dan mabuk gila kuasa dalam PKR dan pemimpin-pemimpin lembu dalam PAS adalah tonik yang menguatkan lagi DAP. Inilah drama harian yang mengukuhkan lagi DAP bagi mencapai cita-cita mereka menguasai politik dan ekonomi negara dan menguburkan kaum Bumiputera dalam masa terdekat.

    Keep up the good work !

    Sementara itu, UMNO pula seperti perempuan sundal cuba memujuk Cina menyokong BN. BN should dance to their tune in order for them to realise what’s better for them.

    Buat baik berpada-pada.

  8. mooo says:

    Pemimpin UMNO buat lawak lg…:
    .
    .

    Dismissing the May 1 street protest against the goods and services tax (GST), Deputy Finance Minister Ahmad Maslan said today it took place perhaps because most people do not know that the GST won’t affect them at all.

    Even though the GST is expected to raise RM9 billion in extra revenue for the government from the second year of its implementation onwards, Ahmad said the tax will bring about price reductions or unchanged prices for up to 90 percent of the common, everyday items.

  9. raplahjingaa says:

    Apa yang lawaknya moooo ??? tak payah lah ramai-ramai pak lawak….hang sorang pun dah cukup terhibur hati aku. So moooo, stay as u re, dont change anything…hehe

  10. Anak Lenggong says:

    Ko tak percaya ke Mat said ke moo lembu..sape suruh ko percaya..aku lagi tak percaya ke pada lobai PAS..harapkan kopiah jediatas kepala tapi cakap satu sen pun tak guna..punya lah gah kata nak bentangkan hudud tapi bila diserga dik sikapir dan peliwat..terus kecut teloq…yag camni ko tak nak ulas pulak moo lembu..sebab ko sendiri faham yang ko ditipu hidup2 oleh pemimpin ko tapi disebabkan sikap taksub..keras kepala dan bangang ko sama juga saperti mely PAS lain terpaksa menelan apa yang pemimpin ko lakukan.

  11. anakbochek says:

    moo sudah meroyan. Orang cerita pasal ahli PKR yang nak protes ke ROS bukan cerita Mat Said la tongong.

  12. raplahjingaa says:

    Pemilihan PKR, at any standard, failed big time.

    Ada yang mengundi lebih kurang 40 orang, tapi pemenang dapat majoriti sampai 300 lebih undi !!
    Ada pulak yang 600 orang layak mengundi, tapi hanya ada 300 lebih je kertas undi !!
    Ada pulak yang dah seronok menang, tiba-tiba lampu padam, dan kemudian kemenangan tu di batalkan.
    Ada lagi yang namanya tak ada dalam sinarai pengundi, tapi dia layak mengundi.

    Ada sampai kertas undi dijumpai dibilik hotel, dah siap bertanda sedangkan pengundian hanya akan berlansung keesokan hari.

    Ni kena buat demo BERSIH ni !!

  13. WTF says:

    Kesian Mooh, nak DIVERT isu nak cover malu PAS TAK DAPAT PERINTAH TERENGGANU tapi tak menjadi!!!

    Hang DUDUK DIAM DENGAR CERAMAH la Mooh, ini nasihat dari SAMM/Anarki kepada Unit Anal PAS!!!

    Pigi JAUH444 kalau tak tahu komen!!!

  14. system baru says:

    ha..ha moo cakap rakyat malaysia tak tahu gst cuma puak pr buat2 tahu, nak akan anwar jadi pemimpim.. sudah itu moo tak siapa dengar anwar itu pandai buat lawak lebih baik anwar masuk raja lawak itu…
    https://www.youtube.com/watch?v=Wtdgezpablo

  15. Badrole Amin says:

    kenapa berkumpul saja buat protes/demo di luar HQ parti? kalau lemboo jantan mesti dia berani masuk le ke dalam buat havoc sikit ke

    kalau lemboo-lemboo tu semua nak dikata ada otak sikit, lepas buat protes/demo tu kenalah pergi ROS failkan aduan…setakat buat protes/demo saja bapak, mak dan anak puaka akan terus anggap korang semua memang lemboo bodoh tak tahu maksud ‘reformasi’

    nanti kalau nak failkan aduan pada ROS, jangan seekor lemboo saja yang failkan aduan…kata ada 50 ekor kan, semuanya kenalah failkan aduan supaya nampak ramai…ROS ni setakat seekor yang failkan aduan diorang tak berapa serius sangat nak siasat…kalau ramai sampai 50 ekor yang failkan aduan, setidak-tidaknya boleh membuat pegawai/kakitangan ROS betul-betul sibuk dan tak nampak sangat macam kerja makan gaji buta

Leave a Reply

Threesome