Menu Utama

Apa Dibangga Sajak Oleh Melayu Munafik?

Hari ini tersebar sajak atau seloka yang menyatakan orang Melayu ketinggalan dalam semua aspek.

Tidak pasti sama ada tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu atau menghina orang Melayu.

Yang pasti sajak ini seolah-olah ingin menghasut orang Melayu bahawa UMNO dan kerajaan berbohong kononnya mereka memperjuangkann nasib orang Melayu.

Hakikatnya selepas 50 tahun merdeka orang Melayu telah mencapai satu taraf hidup yang sangat membanggakan.

Mungkin Melayu boleh meningkatkan lagi pencapaian dan kejayaan. Namun untuk menggambarkan kehidupan orang Melayu hari ini seperti sajak di bawah adalah satu fitnah, pendusta dan pembohong nombor satu.

Jika sajak ini ditulis oleh Melayu maka beliau adalah Melayu jenis munafik.

Lu Pikirlah Sendiri

woi melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan raja, dok asyik kira daulat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

woi melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah menteri atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

woi melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu…..lu pikir la sendiri

Mereka yang mengedar sajak ini sebenarnya bukan membantu Melayu tetapi sedang meludah muka orang Melayu sendiri.

Apakah Melayu dan Islam di negara ini sehina seperti dalam gambaran dalam sajak tersebut?

Bodoh kepalang ajar!






15 Komen to Apa Dibangga Sajak Oleh Melayu Munafik?

  1. baba says:

    ni jenis melayu bangsat yg suka jatuhkan bangsa sendiri

  2. OrangPAS says:

    Sajak menghina diri sendiri…semangat tak naik pun, tapi sakit hati adalah..kalau nak sindir pun boleh ditulis cara lain yang boleh menaikkan semangat. Ini ditulis oleh orang Melayu yang telah gagal dan beranggapan semua orang Melayu gagal.

  3. anoi says:

    kerja sikit, sembang kencang,
    banyak rungut, sikit rancang,
    siapa tegur, dituduh lancang
    duduk warung, gigit kacang!

    sebijik untuk dia sepadannye
    watak, pe’el, peribadinya,
    ini lah wajah penulis sebenarnya.

  4. bleu says:

    sajak seloka macam ni dah biasa dah……kesian…biasanya di tulis oleh orang2 yg gagal dalam hidup, kemudian menyalahkan segalanya….

  5. acid says:

    Kalau kita lihat dari sudut dan perspektif mana pun. sajak mahupun seloka in tiada nilai langsung. Sebab jika kita lihat dari sudut Islam, Rasulullah tidak pernah merungut apalagi menyalahkan orang lain dalam soal2 kehidupan seharian. Bahkan menyalahkan diri sendiri juga di elakkan, yg ada cuma muhasabbah diri sendiri, supaya menjadi lebih baik.

  6. Sontoloyo says:

    Ribut memanjang sendiri yang rancang
    Dendam kesumat bukan kepalang,
    Diri sendiri bernasib malang
    Bermulut lancang salahkan orang.

  7. Hamba Ar Rahman says:

    Ntahlah…aku tak faham kenapa melayu2 nak marah bila baca sajak ni….bagi aku pula…aku rasa aku dapat menyelami apa yg cuba disampaikan oleh penulis ini…penulis sajak ini sebenarnya sudah tersangat kecewa dengan bangsanya sendiri….dia tidak tahu bagaimana lagi untuk memberitahu melayu2 di luar sana betapa kita ini sebenarnya hanya sembang saja lebih…tapi masih byk yang kita ketinggalan berbanding orang lain…kita tak patutnya melatah atau melompat apabila membaca sajak ini…ada byk juga yang benarnya yg cuba disampaikan oleh penulis….cubalah kita melayu2 ni berfikir di luar kotak secara positif dan cuba memahami intipati maksud yang tersirat yg cuba disampaikan…penulis ini tidak sengaja berniat menghina bangsa sendiri…sindirannya sangat tajam…seperti sindiran seorang yang marahkan anak…sindir menantu…..dan jika melayu masih tidak cuba memahami dan menerimanya secara positif…aku juga bersetuju dengan penulis tersebut…bahawa sesungguhnya bangsa melayu sudah tersangat sakit dan tiada apa lagi yg perlu dibanggakan…wallahua’alam….

  8. raplahjingaa says:

    hehehe…..inmate Tanjung Rambutan mana yang tulis sajak tu ?? dia macam tu, dia ingat semua melayu macam tu. Dia malas…dia ingat orang lain malas. Dia penakut…dia ingat semua orang penakut. Dia bodoh….dia ingat orang lain bodoh.

    maka dari minda yang dah putus harap…keluar lah sajak macam tu !!

  9. raplahjingaa says:

    HAR…jangan generalise things…tak semua manusia macam tu, Melayu, Cina dan India ada yang rajin dan ada yang malas, Itu bukan sajak menyindir, itu sajak nak teruskan kesinabungan penjajah British !! sajak nak terus-terusan memaksa orang Melayu merasakan diri mereka inferior…..sedangkan orang melayu ialah bangsa yang terbilang, sekarang ni sedang diasak dari luar dan dalam untuk melenyapkan terus kekuatan bangsa melayu.

    Kita akan terlengguk-lengguk mengakuinya…..tup !! kita dah masuk perangkap !!

    HAR tunjukan satu bangsa yang dijajah hampir 500 tahun, tapi masih kekal dengan agama dan budaya mereka….tunjukan walaupun satu bangsa didunia ??

  10. Hamba Ar Rahman says:

    Rap…memang betul kita tak perlu generalise things…..tapi apabila bangsa lain bercakap dan generalise melayu dengan perkataan malas atau lemah dan lain2…tentu mereka memang maksudkannya….bukan mereka hendak merendah-rendahkan…tetapi mereka memang dah pandang rendah….memang ramai melayu yg sudah berjaya..tetapi melayu tak termasuk kategori yg orang kenal maju dan berjaya seperti orang Jepun atau Korea…memang ramai melayu pegang jawatan tinggi..tapi masih ramai melayu yg tidur dan hidup ala kadar serta tidak apa….paling menyedihkan apabila baru2 ini ada kes budak melayu dirogol oleh 38 orang sekaligus…di manakah silapnya di situ jika tidak kerana sosio ekonomi hidup ala kadar…maka anak2 muda putus harap…lalu mengambil dadah….sejujurnya aku rasakan tak ada apa yg perlu nak kecil hati dengan sajak tersebut…..kerana apa yg ditulis oleh penulis bukan satu rekaan…tapi adalah cerita benar….maka siapa yg makan cili…dia akan rasa pedas….jadi…sajak itu ditujukan hanya untuk sebilangan melayu yang seperti dimaksudkan….bukan untuk kesemua melayu…maka itulah aku katakan….tak sepatutnya kita melatah….kerana ia merupakan satu luahan rasa penulis terhadap bangsanya sendiri….mana mungkin dia meludah mukanya sendiri…..tetapi ia lebih kepada luahan kemarahan…..dan tidak salah kita nak marah… penulis meluahkan kemarahan dalam bentuk puitis yg agak kasar…tapi masih lagi dalam lingkungan kewajaran…(daripada berdemo dan berguling2 atas jalan)….dan aku tak nampak pulak kata nista dan kesat melainkan perkataan woii…dan lu pikirlah sendiri…selebihnya byk lah pemerhatian beliau….

  11. Putumayong says:

    Simple sajak nih Base on reality….
    Klu kena sindiran mcm sajak nih pastuh melatah nampak sgt ego melayu tinggi seperti yang digambarkan dalam sajak ini,
    Muhasabah diri, saya setuju dgn penulis…
    Realiti bangsa melayu pada saat ini… Ayuh bangun berusaha maju!

    Hati melayu saya sedih melihat bangsa saya berumur 60 an pukul 11 malam baru balik kerja dari sapu sampah, tp masih ada dikalangan bangsa saya declare melayu hebat dimata dunia…
    Klu kita sendiri pon balik kerja awal dari waktu habis kerja, claim duit kerja dari benda kita x buat kemudian melatah baca sajak nih mohon terjun gaung,
    Kita kena bekerjasama bantu utk berjaya …. Klu free dtg la malam jumaat di hadapan masjid jamek ada NGO buat makan2 free utk gelandangan , dtg tanya selami kenapa ramai bangsa kita gelandangan di bumi melayu sendiri….. Sebab sikap melayu sendiri
    P/s : tok imam pon bertelagah sesama sendiri hehehe oh Malay-sia ayuh berubah

  12. OpenMinded says:

    The author of this sajak is a brilliant Malay with an aristocratic background. He is highly educated and highly successful. He travels around the world regularly and competes at a global level. He is not a failure as alluded by some of the commenters here – far from it! He is a role model of what a Malay should be.
    Instead of trying to find out who the author is, some commenters here behave in the typical Malay fashion i.e. mereka melalak2, menuduh macam2, marah2. Instead of finding the truths in the poem and the essense of what the author is trying to say, some commenters choose to dismiss the poem and the author altogether in typical Malay fashion.
    How can you ever make any progress if this is the way you deal with constructive criticism?
    Woi Melayu indeed!

  13. hentam ajelah says:

    …..sajak tu biasa2 je…cuma ia tk berlapik…dari zaman t.sri lanang lagi dah ada macam tu…

  14. jombo says:

    Sajak bodoh tu nak dilayan … stupid fool

  15. Mohammad Safuan Ja'far says:

    Salah satu sifat daripada Melayu iaitu begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. China menguasai Ekonomi Jika Tak Ada China di Negara ini Tak kan ada Bina Gedung tinggi2, Bahasa Melayu sudah Banyak Dicampur dengan Bahasab Inggeris

Leave a Reply