Menu Utama

Akhirnya Presiden PAS Terkulai Dijentik Telurnya Oleh Lim Guan Eng

kenyataan media

Penentangan oleh DAP terhadap hudud PAS telah disertai oleh MCA dan GERAKAN. Ketiga-tiga parti tersebut mempunyai persamaan dan terlibat secara langsung di PRK Parlimen Bukit Gelugor mahupun di PRK Parlimen Teluk Intan. MCA bagaimanapun, menarik diri daripada bertanding di PRK Parlimen Bukit Gelugor dengan alasan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu hudud yang dilihat mampu menarik sokongan kaum Cina kepada MCA semula.

Manakala GERAKAN mengambil sikap berhati-hati dan telah pun menarik brek lebih awal walaupun Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang telah mengadakan pertemuan dan berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu yang sama.

PAS kelihatan tersepit walaupun isu hudud sebenarnya dimulakan oleh PAS semenjak dari tahun 1994 lagi. PAS telah lama menggunakan hudud sebagai senjata politik mereka untuk menghentam UMNO, bahkan mengkafirkan UMNO dan para pemimpin parti asal sebelum kelahiran PAS pada tahun 1951 itu. Selepas PAS mengumumkan kerjasama politik yang diistilahkan sebagai TAHALUF SIYASI dengan DAP dan PKR pada tahun 2008, PAS kembali merancakkan serangan terhadap UMNO dengan menggunakan isu hudud dengan harapan dapat menarik sebanyak mungkin sokongan Melayu-Islam kepada parti itu menjelang PRU-13.

Pada tahun 1999, sebagai persediaan menghadapi PRU-10, DAP dan PAS telah bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (sekarang adalah Parti Keadilan Rakyat) dalam sebuah gabungan yang diberi nama Barisan Alternatif. Sama seperti Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif atau BA tidak pernah didaftarkan dan asas kepada penubuhan BA adalah persetujuan longgar.

Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA apabila PAS kembali mengalunkan qasidah hudud mereka. DAP tidak bersetuju dan menentang keras perjuangan PAS membabitkan hudud. Ramai sebenarnya yang melihat, penentangan keras DAP terhadap hudud sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan industri lendir dan dadah yang dikuasai oleh entiti-entiti yang menyumbang kewangan kepada DAP. DAP amat bimbang sekiranya UMNO terlibat sama dalam perjuangan mewujudkan perlaksanaan hudud di negara ini sekaligus undang-undang tersebut diluluskan menerusi majoriti mudah di Parlimen.

Ketika kemuncak cercaan terhadap UMNO yang konon-kononnya menolak hudud, cabaran telah dibuat oleh para pemimpin UMNO agar PAS membentangkan rang undang-undang persendirian membabitkan perlaksanaan hudud di Kelantan di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun nanti. Beria-ia para pemimpin PAS untuk melakukannya sebagai menyahut cabaran UMNO.

Namun semakin dekat bulan Jun, kegarangan para pemimpin PAS semakin mengendur. Beberapa orang pemimpin kanan PAS seperti Husam Musa, Mat Sabu dan Khalid Samad secara berterus-terang mengakui, perlaksanaan hudud tidak boleh dilaksanakan lagi dengan alasan yang sama diberikan oleh para pemimpin UMNO lebih dua dekad lalu. Alasan-alasan yang menyebabkan UMNO dan para pemimpinnya dikafirkan, kini digunakan oleh para pemimpin PAS untuk melepaskan diri.

Ketika Hadi Awang menyatakan, hudud telah dipersetujui oleh DAP dan PKR, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP segera menyelar dan mengatakan Hadi Awang berbohong. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan DAP dan PKR telah menyetujui rancangan PAS untuk membentangkan undang-undang tersebut apatah lagi melaksanakannya biarpun hanya di peringkat negeri Kelantan semata-mata.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan memerlukan komitmen PAS bagi memastikan DAP menang dengan majoriti besar di kedua-dua Parlimen sebagaimana yang mereka perolehi pada PRU-13 lalu. Campurtangan MCA dan GERAKAN, dilihat mengancam majoriti besar yang diidam-idamkan oleh DAP.

Justeru, PAS dipaksa mengeluarkan pewartawaan dan pengumuman bahawa parti tersebut telah menarik balik hasrat untuk memperjuangkan hudud.

Dan itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Takut benar Hadi Awang dijentik telurnya oleh Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP!






49 Komen to Akhirnya Presiden PAS Terkulai Dijentik Telurnya Oleh Lim Guan Eng

  1. amran says:

    Ha ha ha!!!! Akhirnya tuan guru HA bersama dgnTG Nik azis sekali lagi binasa dalam membuat pilihan samaada dunia atau akhirat. Ternyata keindahan dunia serta perhiasan yang ada di dalamnya terus mengaburi mata para mujahid palsu, ulamak terompah dan pejuang islam plastik ini dari membuat pilihan yang dapat menyelamatkan puak2 pas dari dimakan sumpah dan janji kepada Allah dan rakyat malaysia. Ternyata iblis laknatullah telah berjaya untuk kali yang entah keberapa…. tak tahulah…. ambik ko para macai pas ….. padan dgn muka korang yang sejak dulu memang hina kpd umno… sekarang siapa yang lebih hina dari paria??????

  2. Baba says:

    Hahahhaha, apa komen para macai pas

  3. amran says:

    Diharap surat kenyataan tu betul… kalau bukan, maka saya tarik semula cakapan saya diatas….. dan pohon maaf…

  4. Badrole Amin says:

    mengikut pengamatan aku surat tersebut merupakan kenyataan dari penyesat umat Islam(menyesatkan Ibrahim Libya dan pengikutnya) bernama hadi awang yang mengesahkan bahawa PAS telah membuat kesilapan(memperlihatkan kebodohan) iaitu tergesa-gesa hendak membentangkan rang undang-undang(hudud) persendirian itu parlimen pada bulan Jun 2014 ini sedangkan tempoh masa untuk jawatankuasa teknikal(hudud) antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri PAS Kelantan mempebetulkan dan merumuskan Kanun Jenayah Syariah(II) 1993 Negeri Kelantan yang tidak sempurna dan tidak adil itu menjadi menjadi sempurna dan adil akan melangkaui bulan Jun 2014

    jadinya, cadangan PAS mahu membentangkan rang undang-undang(hudud) persendirian itu di parlimen pada bulan Jun ini tidak boleh diteruskan atau terpaksa dibatalkan buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal(hudud) antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri PAS Kelantan selesai mempebetulkan dan merumuskan Kanun Jenayah Syariah(II) 1993 Negeri Kelantan yang tidak sempurna dan tidak adil itu menjadi sempurna dan adil

    apa yang pasti untuk membuat Kanun Jenayah Syariah(II) 1993 Negeri Kelantan ini menjadi sempurna dan adil, sedikit sebanyak ianya memerlukan pindaan undang-undang dimana pindaan undang-undang ini akan dibahaskan di parlimen untuk mendapat persetujuan selepas PAS membentangkan rang undang-undang(hudud) persendirian itu

  5. Hamba Ar Rahman says:

    Alahai…tak payah jentiklah….aku berani gerenti…PAS cong jer lebih…memang tak berani dan takder telur nak buat hudud…..kalau mereka genuine memperjuangkan Islam…lama dah mereka buat dan tak senang2 nak kafirkan Umno….ni semua politik murahan semata2 nak kan undi dari rakyat yg mahukan Islam…tapi tertipu dengan topeng Islam AlagaPAS….

  6. anti-pas haramjadah says:

    Bangsat btl presiden pas… Mmg x ada koter

  7. armok says:

    Kita tunggu spin konar baring dari macai2 diorang….sememangnya bangsat…

  8. marah rosli says:

    Miaka saya berseru kpd ahli2 PAS supaya berfikirlah–inikah cara dan corak pemimpin dan pimpinan yang perlu diberi sokongan seterusnya? Kalau di kira kesilapan2 dan “blunders” yang di fatwa kan oleh PAS bermula dengan mengkafirkan UMNO sehingga menyatakan mencarut dan memaki hamun dibenarkan dan terkini about turn mengenai perlaksanaan hudud selepas dapat tekanan dari DAP, PKR,MCA dan GERAKAN .UMNO sebenarnya yang menyelamat PAS apabila mencadang diwujudkan J/Kuasa Teknikal—UMNO yang dilabel sebagai kafir.Inilah masa wahai ahli2 PAS supaya keluar dari PAS beramai2 daripada terperesok dibawah pemimpin2 parti yang gopoh membuat keputusan yang begitu serious dan tidak berdaya mempertahankan keputusan yg dulunya beria-ia benar.Kalau dlm bahasa Inggeris dikatakan “no balls”.

  9. MemangTerok says:

    Hadi Awang mungkin menjelaskan pada pengikutnya mengenai penarikan cita2 hudud mereka dengan mengandai penghijrahan junjung Rasullulah dari Mekah ke Medinah. Penghijrahan yang jika disalahtafsir boleh diertikan saperti berundur kalah dengan lari keluar negeri. Namun bagi Rasul junjungan kita, penghijrahan itu perlu bagi memperbaiki keaadan.

    Hadi akan kata ” Hudud memang dok bulih buak. Dari dulu pung kita tahu hudud memang dok bulih di Malaysia. Kite hukum orang kite, orang kapir tok leh hukum. Negara kita negara capur (campur) dok leh buak.

    Pasal dok bulih buat kita kena tarik diri. Mung jangang cakap lagi pasal hudud. Peler aku doh kena jetek. sakit nok mapus.

    Parti PAS parti carca marba. Sama macam rakan dia PKR, DAP. Mat Sabu ke, Husam ke, Hadi ke semua sama. Mereka milik lidah bercabang3.

  10. lang buana says:

    Ha ha ha……ha ha ha… ha ha ha….seperti dijangka…dah tersepit sure Umno kena balik…bola bowling spinner….

  11. Kliwong says:

    Sejarah akan menilai apa yang UMNO buat adalah betul. Sepatutnya ahli PAS yg bodoh berterima kasih kepada UMNO yang telah menyelamatkan PAS dari melaksanakan hudud yang mengandungi hukuman atau penentuan kes yang salah seperti rogol. Sememangya ulama PAS yg bodoh tak boleh necakap pasal hudud.

  12. raplahjingaa says:

    Aku dah agak dah !! aku paling skeptikal tentang keberanian PAS membentangakan draft Hudud di parlimen, dari segi politik PAS tak kan untung apa-apa pun, dan PAS adalah parti politik !!

    Nasib baik la Muhideen bagi talian hayat pada PAS tentang penubuhan jawatan kuasa mengenai hudud, kalau tidak mana PAS nak sorok muka ?? tunduk pada desakan DAP !

  13. Kliwong says:

    Wahai ahli PAS bodoh sombong. Apabila UMNO dah setuju hudud maka wajib kamu taat kepada pemerintah.

  14. Anonymas says:

    bujuk dan tony gunawan mana…aku nak dengar apa alasan depa? Ahahahehehekhekhek

    tapi isu ni menunjukkan bahawa ada persepakatan antara parti melayu-islam dalam nak jalankan hudud. UMNO sedia bekerjasama walaupun MCA kata nak keluar BN. PAS? aih, karpal sudah karam tapi tokong masih ada pula. nak wat camno beb. Keldai la katakan.

  15. moo says:

    Nak kaji antaranegeri dan pusat.
    Yg u no sendirisuruhkelantanstopperlaksanaan hudud in1993 tu apehal.?

  16. raplahjingaa says:

    Sejak bila PAS tunduk pada arahan UMNO moooo ?? tahun 1993 ?? heheh…atas bukti apa hang nak tunjuk kat kami ??

    sah !! PAS tak boleh hidup tanpa DAP !! sah…PAS barua DAP !! sah….hudud PAS hanya bahan politik !! sah….PAS sendiri tak tau apa tu hudud !!

    hehehehe….moooo, hang toksah dok sibuk, hang apa pun hang tak tau !!

  17. bangKano says:

    Sudah la mooo bodo macam lembu…hang tu dah jadi macai tahap paria pada cina ultra kiasu DAP tu jerrr……para pemimpin hamPAS bertaraf ulahLama ( stended depa tak layak di panggil ulama,cuma layak di gelaq lebai pondok yang bersepah kat Kedah & Kelantan tu ) memang dah kelentong habih kat puak puak pengikut bengap PAS tak dak akai mau pakai pun. Hang pa dah berpuluh tahun kena cong kat pak lebai hamPAS i…depa tak dak niat langsung nak laksana kan islam apa lagi hukum hudud cuma slogan retorik politis jerr nak pancing undi melayu islam yang tak berpendidikan akademik & islami.

    Mampuih hang pa dah kena tipu oleh pak lebai hamPAS serba hampeh niii giler kuasa,duit & bughit….!!!!

  18. bangKano says:

    bujuk & tony sedang menangih pasai hudud tak dapat di laksana kan hamPAS. Dengaq ceghita depa berdua sedang menghantuk hantuk kepala depa kat tembok pasai marah & kecewa kat Hadi Awang ulahlama kaki temberang tuuu…!!!!

  19. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Dah lama sangat Pas mainkan Hudud sebagai modal politik nak kenakan UMNO.
    Kali ini nampaknya tak menjadi dan ‘makan tuan’.
    Cukuplah memperalatkan Islam sebagai modal politik kepartian yg sempit.
    Hudud adalah hukum Allah swt.
    Mempermainkan hukum Allah samalah seperti mempermainkan Allah swt.
    Takkan hukum Allah swt pun sanggup dijadikan alat dalam kontek ‘matlamat menghalalkan cara’?
    MasyaAllah!

  20. Badrole Amin says:

    ISU HUDUD: WASPADA PERANGKAP POLITIK PAS

    Oleh SSK

    HARI ini, Pas dilapor membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

    Alasannya, menunggu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

    Saya melihat perkembangan ini sebagai satu lagi helah politik Pas. Punca sebenarnya adalah tekanan daripada DAP, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat (PR).

    Dalam entri saya pada 13 April lepas, saya sudah membayangkan bahawa sandiwara Pas membangkitkan semula isu hudud ini tidak akan berakhir dengan `happy-ending’ sebagaimana filem-filem Bollywood. Ini kerana sejak awal lagi, pendirian DAP begitu jelas. Tidak akan menyokong hudud.

    Bukan rahsia lagi, isu hudud ini sekadar mainan politik Pas sejak dulu. Apabila sepi, ia akan dibangkitkan. Apabila kontroversi timbul, hudud muncul mengalihkan perhatian. Demikianlah hudud dalam diari Pas. Demi survival politik kepartian.

    Sebab itu, Umno kena berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik Pas ini. Kerana Pas pada akhirnya akan mempersalahkan Umno dan Kerajaan Pusat jika Jawatankuasa Teknikal gagal mencari kata sepakat, sehingga menyebabkan pelaksanaan undang-undang tidak menjadi kenyataan.

    Mengambil kira tentangan DAP terhadap hudud, Pas akan mencari helah untuk tidak bersetuju terhadap apapun rumusan Jawatankuasa Teknikal. Pas akan berusaha menggagalkan kejayaan pelaksanaan hudud ini, tapi ia tidak mahu dilihat sebagai puncanya. Inilah permainan politik Pas.

    Dalam hal ini, keputusan Pas membatalkan hasrat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen adalah satu percubaan untuk memerangkap Umno.

    Umum mengetahui bahawa Pas sebenarnya sudah akur dengan telunjuk DAP kerana terhutang budi dengan parti itu yang menyokong ramai calon Pas dalam PRU-13 sehingga jumlah Ahli Parlimennya bertambah.

    Umno mesti melihat perkembangan terbaru ini dari pelbagai sudut, bukan dari hadapan saja, tapi juga dari sisi lain.

    Hudud adalah hukum Allah dan persoalan yang biasa dibahaskan ialah sama ada suasana sudah kondusif untuk melaksanakannya di sesebuah negara. Ini pertimbangan utama, jauh mengatasi pertimbangan politik atau sandiwara yang diulang tayang oleh Pas.

    http://sskeruak.blogspot.sg/2014/05/isu-hudud-waspada-perangkap-politik-pas.html

  21. Rohee colnago says:

    Kejap bro. Aku tengah tahan air mata ni,supaya jgn keluar.
    1) Aku sedih sebab hudud di politik kan oleh PAS yg di laknati.
    2) Aku nak sangat2 ketawa terguling2 sebab tindak tanduk PAS yang tersangat memalukan macam pakai spenda putih.

    Kesian Nik Ajis, hajat dia tak kesampaian. Tapi salah sendiri kan.

    Tapi aku harap, penangguhan Hudud ini jangan membuatkan umat Islam dari UMNO dan PAS terus bermasam muka tidak bersatu. Lihat lah parti2 Cina tu, mereka bole bersatu melawan Islam walaupun lain2 puak. Kita, amat jelas tersangat lemah. PAS perlu mengaku kelemahannya dan perlu di tolong dan UMNO pula jangan pulak mendabik dada. Saudara kita sedang sakit, bantu lah mereka.
    Ada pengajaran yang Allah nak sampaikan tu, jom kita sama2 muhasabah diri.

    Tapi, minta maaf la….. Aku nak ketawa dulu….HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA

  22. Pak Chak says:

    Sekarang nampaknya bola balik kekaki kerajaan Persukutuan (Jawatankuasa Teknikal)..

  23. JokerJoe says:

    Itu hari aku dah komen yg bn jangan tompang sekaki dgn j/kuasa teknikal la tah apa lagi. Skg cara hadi beri pekeliling tu seolah2 kerajaan pusat yg lambat2kan lapuran ni. Ini dah beri peluang utk pas buat ultra-spin. Biar la lepa gaduh sesama lepa bukan bn yg rugi…yg nak jadi hero teknikal ni sapa suruh

  24. Badrole Amin says:

    belum lagi hudud dilaksana golongan kafir dari DAP/MCA/Gerakan dan ‘macam kafir dari PAS dan PKR’ sudah tunjukkan kerisauan, ketakutan dan memberi alasan bodoh(disuruh UMNO pula bentangkan rang undang-undang hudud itu sedangkan kerajaan negeri PAS yang mahu hudud dilaksana) membantah pelaksanaan hudud di Kelantan

    kenapa mereka harus risau dan takut pada hudud sedangkan hukuman hudud seperti sebatan 100 kali, rejam sehingga mati dan potong tangan memerlukan 4 orang saksi yang bukan sahaja para sahabat Rasulullah SAW malah para ulama Islam sendiri berkata ianya begitu sukar untuk dicari pada dunia akhir zaman ini

    seperkara lagi, kenapa harus mereka risau dan takut pada hudud jika hadi awang sudah pun berkata video ialah besi pekak dan bisu tidak boleh dijadikan bukti yang bermaksud bukti(qarinah) seperti ini tidak boleh digunakan untuk hukuman takzir sekali pun…untuk digunakan bagi hukuman hudud, tentulah ianya menjadi lebih jauh panggang dari api…sebab itu stopa ali masih kekal tidak dipecat dari jawatan setiausaha agung PAS kerana rakaman video stopa ali berzina itu dianggap oleh hadi awang dan pimpinan tertinggi PAS yang lain sebagai besi pekak dan bisu yang tidak boleh dijadikan bukti(untuk hukuman takzir atau hukuman parti) untuk memecat stopa ali

    dengan penerangan diatas, seharusnya tidak menjadi masalah, kerisauan dan ketakutan kepada golongan kafir dari DAP/MCA/Gerakan dan ‘macam kafir dari PAS dan PKR’ untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan atau untuk seluruh negara jika pada satu hari UMNO rasa sudah tiba masa dan sudah bersedia untuk berbuat begitu

  25. JokerJoe says:

    dulu masa kes china doll pon gitu jugak. Ada pemimpin umno pi tumpang sekaki. Habeh kredibiliti kes tu….terus dikatakan fitnah umno. Ni kali pi tumpamg dgn j/kuasa teknikal tah hapa2. Kali ni hadi kata tunggu lapuran jk teknikal (dibaca “kerajaan pusat”) = kerajaan pusat yg lambat2kan. Kena sebijik kat bn. Kdg2 pemimpin bn pon bodoh piang

  26. Badrole Amin says:

    kepada totok/penganut PAS yang membaca atau terbaca komen aku diatas, apanya yang tidak betul dengan komen aku itu, silalah beritahu jangan malu-malu…hehehehe

  27. Badrole Amin says:

    fasal UMNO wujudkan jawatankuasa teknikal itu boleh kita ibaratkan UMNO beri bantal pada orang mengantuk iaitu PAS…kita tunggu dan lihat sahaja apa permainan(kemunafikan) seterusnya dari PAS…

    sebagai cybertroopers sukarela(tidak meminta apa-apa bayaran/habuan) UMNO/BN, aku sudah bersedia dan tahu bagaimana nak kantoikan/telanjangkan permainan(kemunafikan) seterusnya dari PAS tentang isu hudud ini

    bagaimana dengan pemimpin-pemimpin(termasuk presiden) UMNO dan cybertroopers(termasuk bloggers) yang bukan sukarela(kerana dibayar), apakah mereka sudah bersedia(bukan di alam maya/siber sahaja tapi termasuk turun ke padang untuk memeberi penerangan)?

  28. Hamba Ar Rahman says:

    Hahahaha…Moo dah kalut sampai taip pun tak sempat nak tomakninah……all in one line….relek arrr Moo…amik nafas dulu……

  29. Hamba Ar Rahman says:

    Hahaha…aku budget Bujuk sure akan bertapa 7 hari 7 malam untuk cari idea macam mana nak spin konar baring isu ni…..tapi…..walau apapun jawapan yang Bujuk akan beri nanti, ia saling tak ubah seperti seekor burung Ostrich yang menyorokkan kepala dalam tanah dan fikir musuh tak nampak dia kerana dia sendiri mata dah masuk dalam tanah tak nampak musuh…sedangkan buntut dan badannya berada di atas tanah dan sedang hampir nak diterkam musuh….tunggu Ngappp jer…..ekekekeke…..

  30. Lang buana says:

    Ha ha ha…dok cerita kisah lama (1993)…tutup buku……la ni buka kisah baru…usulkan dalam dewan…ada berani ka….

  31. gambus says:

    kakakaka aku dah agak dahh pelacur agama PAS takkan nak buat hudud !! PAS hanya mempermainkan hudud demi politik jeee !!! nak buat jawatankuasa teknikal buat apa ?? PAS sendiri dah buat Jawatankuasa Teknikal hudud , dan Jawatankuasa teknikal hudud PAS pun tak pernah buat apa-apa untuk lengkapkan hudud PAS yang tak siap tu wakakakakakakaak

  32. gambus says:

    dah berpuluh tahun pemimpin hina dan celaka PAS jatuhkan murtad dan kafir sesama islam sebab hudud , kali ini membuktikan PAS hanya pandai bercakap , dan hudud PAS tak pernah siap dan lengkap pun .. sebab tu pemimpin PAS tak berani nak usulkan kat Parlimen , ditambah lagi pemimpin PAS semua dah kena maki dengan pemimpin DAPigs jadi mana berani pemimpin PAS !!! semuanya jadi lembu !!!

  33. gambus says:

    yang paling kelakar tu habis semua orang PAS fitnah dan jatuhkan murtad .. tapi bila bila disuruh buat usul tiba-tiba postponed , sebab apa ?? PAS baru tahu hudud mereka tak lengkap dan tak pernah siap .. apa pemimpin PAS semua buat selama berpuluh tahun kot ?? semua sibuk kayakan diri sendiri dan keluarga , semuanya sibuk berkhawat , semuanya sibuk berzina , semuanya sibuk buat seks sampai kena rakam , semuanya sibuk cari bini baru !! semuanya sibuk mempermainkan hukum Allah , semuanya sibuk melacurkan agama Islam , semua pemimpin PAS sibuk murtadkan dan kafirkan orang .. tapi rupa-rupanya hudud PAS tak pernah nak lengkapkan !!!

  34. sireh ke gagang says:

    Soal utama kat sini skrg , adalah INTERGRITI PAS & Hj Hadi kepada umat islam dan islam itu sendiri .Bercakap pasal org lain tak betul , jadi kerajaan dah 50 tahun tak laksanakan hudud , itulah kepandaian PAS. tetapi , sekali guan eng ketap bibir , senget terus serban dan terketar2 lutut lebai-lebai pas. terus hilang suara , konsisten dalam isu hudud .

    Umno melalui TPM , datang menghulurkan kaedah ,supaya PAS tak kelihatan bodoh bersendirian , dek kerana terlampau taksub dgn hudud rekaan sendiri . kalau UMNO tak datang tolong pun tak mengapa , tapi sebab UMNO ada hati perut , maka itulah TPM buat. demi melayu & islam .

  35. arhi says:

    Sekarang baru tahu langit tinngi rendah selama ini dok melaung sepanjang tahun nak melaksanakan hukum hudud,sudah dijangka perkara iniakan berlaku iaiatumapabila DAP yg paling berkuasa dalam PR menetanga sekeras2nya maka kumpulan yg kuasa sekadar nyawa ikan terpaksa akur dan berlutut dan rakyat sekali lagiseakan tertipu dekat pilihan raya nanti persoalan hudud akan muncul kembali

  36. bujuk says:

    Assalamulaikum… aku ada lagi dan cuti hujung minggu je.
    Pertamanya aku sedih dengan keputusan PAS menangguh pembentangan rang undang2 hudud d parlimen. Walaupun alasannya untuk memberi laluan jawatnkuasa teknikal bersama k’tan dan Pusat ia sepatutnya tidak menjejaskan pembentangan d parlimen. Pembentangan d parlimen untuk sutuju laksanakan hudud, penubuhan jawatankuasa lebih kepada bagaimana nak laksanakan. Dah lulus d parlimen… lambat sikit laksanakan boleh diterima. Melambat-lambatkan proses d parlimen boleh meneggalakan hudud d m’sia khasnya d k’tan. Aku tak setuju keputusan PAS hari ni. Tapi dalam jemaah keputusan jemaah perlu d patuhi walaupun kita tak setuju… kerana keputusan musyawarah sentiasa d naungi Allah.
    PAS patut lebih tegas terutama dalam menghadapi PRK b.gelugur dan t.intan. Tunjukkan undi PAS penting untuk kemengan DAP supaya mereka tidak perkecilkan peranan PAS dalam PR. Ya… aku terkilan dengan langkah PAS dalam isu ni kerana menunjukkan PAS tak berani berdikari dan tak yakin dengan keputusan dan kebenaran. Sebagai muslim kita hanya perlu takut pada Allah yg. menentukan segalanya dan bukan takut/bimbang dengan makhluk yg. segalanya d tentukan Allah. Maknanya bila bertentangan kehendak Allah dengan kehendak manusia/makhluk… maka kita kena utamakan kehendak Allah. Wallahualam…

  37. Wildseeker says:

    Dah melobi untuk melaksanakan hudud itu sudah lebih 22 tahun. Tak kan selama 22 tahun masih tak reti-reti nak buat kajian untuk merangka undang2 yang lebih adil dan sempurna. Selama ini tak kan ulamak2 PAS semuanya pekak dan bisu, serta bebal walau pun dah belajar sampai ke Mesir dan sebagainya tetapi tak tahu yang undang2 PAS itu selama ini masih tak sempurna dan tak adil. Pelik sungguh. Bila di syorkan untuk di bentangkan dalam Parlimen baru lah nak buat kajian semula yang konon2 nya undang2 itu tidak sempurna dan adil. Semua ni wayang saja lebih. Dah tahu dah. Lama2 ni esok, di salah kan UMNO juga. Hampeh.

  38. bujuk says:

    Saudara HAR… aku macam tak kenal siapa ko. Biasa ayat ko walaupun pro BN tapi masih pro Islam/melayu tapi skang nampak macam lepas geram dan gembira sangat hudud d tangguh ke Parlimen.
    Mengapa begitu?

  39. zarman says:

    Haaa bujuk dah bersuara nampaknya… mula-2 tunjuk tak setuju, keputusan pas tak betulah… bagai. tapi dalam masa yang sama cuba membela pas kononya keputusan tersebut adalah keputusan musyawarah (sebut ala arab supaya lebih islamik konon).
    keputusan musyawarah mereka seolah keputusan yang Allah ilhamkan. Bujuk… pertama untuk Allah memberi ilham kpd sesuatu jemaah, perlu lihat dulu jemaah apa? kalau jemaah perompak, atau jemaah ajaran sesat, tak usahlah dikaitkan dengan rahmat dari Allah. Pas adalah jemaah Ahzab…. mana mungkin akan mendapat petunjuk? jangan perasan.
    Kalaulah sesama islam pas mengkafir… ditambah pulak bersahabat dengan kafir harbi meninggalkan saudara seagama.. dah tu pulak menipu untuk melaksana hudud… caci maki mainan bibir… mana part yang Allah pandang bujuk?

  40. Hamba Ar Rahman says:

    Oii Bujuk….aku kenal siapa aku…hang yg tak kenal…..adakah ayat aku itu mengatakan aku tak sokong hudud…cuba hang baca betul2…dan bagi tahu aku tang mana yg aku tak sokong….aku cuma nak pulangkan paku buah keras kepada puak2 hang yg sedap sangat nak memfitnah Umno tak sokong hudud dan lain2…berpuluh tahun korang fitnah Umno konon menghalang dan mengata Umno kafir dan murtad….walaupun aku bukan ahli Umno…tapi aku tetap ada sedara mara orang Umno….jadi sekarang siapa yg tak nak hudud Bujuk oiiii…..siapa yang tak berusaha keras untuk bentangkan di parlimen……hang tu yang tak kenal puak2 hang…..so..korang telan lah balik apa yg korang pernah cakap dulu…pehal korang tetap nak passing pada Umno plak…

  41. bujuk says:

    Kita tahu.. orang tu marah, lepas geram, pulang paku buah keras atau sebagainya. Orang marah bahasanya tak tersusun.. takda hujung pangkal. Lepas geram akan d ungkit segala keburukan, pulang paku buah keras pulak biasanya tertentu dan tiada kaitkan dengan isu lain. Cuma bisanya jauh ke dalam…
    Tapi ayat2 tuan HAR bercampur-baur antara geram dan pulang paku buah keras hingga d lihat seperti gembira dengan keputusan Presiden PAS menangguh hudud ke parlimen.
    Isu sekarang… UMNO masih sokong PAS usul hudud ke parlimen ke tidak? masih nak bagi laluan pembentangan d parlimen ke tidak? Apakah syarat2 penubuhan jawatankuasa teknikal k’tan-pusat? Apakah antara syaratnya… tangguh usul ke palimen?
    Ini yg. rakyat nak tahu sekarang… apakah PAS buat keputusan sebab PR tak sokong(PAS dah sedia tahu PR tak sokong) atau sebab UMNO takut MCA keluar BN?

  42. stingray says:

    Bujuk…kenapa Hudud yg PAS canangkan sering tertangguh hanya ada 1 jawaban je….jawaban yg telah diketahui umum bertahun lamanye….
    Jawabannye PAS = kaki temberang…

  43. anakbochek says:

    Telur Tuan Guru gagah bila melayan isterinya sahaja tetapi kecut bila berhadapan Lim Gone End?

  44. Hamba Ar Rahman says:

    Bujuk…nampak tak cara hang komen tu Bujuk? apa2 pun hang nak pertahankan PAS dan meletakkan kesalahan tu kepada Umno…dalam lembut hang berkias….tapi tak per Bujuk…kami dah faham sangat…sebb tu aku kata hang bertapa fikir macam mana nak spin…..pokoknya Bujuk….PAS memang tak pernah ikhlas nak pertahankan Islam…dan hudud ini hanya lagu dondang sayang yang PAS suka dendangkan bila rasa sesuai dan perlu…..kenapa hang tanya Umno mahu/suka atau tidak untuk PAS bentangkan..kenapa hang nak kata seolah2 PAS tak jadi bentang sebb Umno halang kerana MCA nak keluar dari BN…kan aku dah kata…apa2 pun hangpa memang tak ikhlas kerana Islam…hangpa tetap cari jalan nak pekena Umno…apahal unit amal PAS tak pi berguling berdemo suruh Hj Hadi teruskan juga…..

  45. bujuk says:

    bab iklas aku taknak komen, tok haji yg. berserban besar dan janggut hingga ke dada pun tak tentu iklas ke tidak. Malah iklas tu pulak ada banyak tingkatnya.. hanya Allah yg. maha mengetahui.
    Seperti aku kata.. dalam PAS sendiri ada yg. baik ada juga yg. kurang baik. Bergantung pada panglima, buat masa ni panglima hudud ialah Ust.Amar (TMB). Aku taknak kata apa la…. tapi ramai juak2 yg. kurang setuju dengan beliau. Apapun PAS bagi peluang pada dia buat kerja dulu… kalau tak berjaya, mungkin akan d tarik turun. Jangan korang marah2 pulak jika nanti dia d turunkan jika gagal bawa hudud ke parlimen. Tuan HAR, aku kata mungkin sebab ugutan MCA nak keluar BN kerana TMB kata perlu dapat kebenaran Menteri untuk usul hudud d parlimen. Jadi apa yg. aku FAHAM dia maksudkan menteri tak benarkan sekarang dan nak tunggu j/k teknikal hudud perincikan dulu. Kalau aku salah… tolong betulkan dengan alsan korang pulak. Atau mungkin baik jika D.Jamil Khir dapat buat ulasan/pencerahan…

  46. armok says:

    Apa pun aku memang tak pernah dan tak akan percaya pada PAS, apa lagi suara macai2 nya.. Apa yg di buat amat menghiris perasaan kita, umat Islam.

  47. bujuk says:

    Aku camni ke….?

    “Hahaha…aku budget Bujuk sure akan bertapa 7 hari 7 malam untuk cari idea macam mana nak spin konar baring isu ni…..tapi…..walau apapun jawapan yang Bujuk akan beri nanti, ia saling tak ubah seperti seekor burung Ostrich yang menyorokkan kepala dalam tanah dan fikir musuh tak nampak dia kerana dia sendiri mata dah masuk dalam tanah tak nampak musuh…sedangkan buntut dan badannya berada di atas tanah dan sedang hampir nak diterkam musuh….tunggu Ngappp jer…..ekekekeke…..”

  48. armok says:

    Yg penting umat Islam di Malaysia dah tahu duduk perkara sebenar…

  49. WTF says:

    Untuk comment Bujuk pada May 12th, 2014 at 8:08 PM, you are as what you describe in your writing Bujuk!!!

    It’s good to know that you know thy self. Would you change your ammo please, getting tired here listening to your LIES Bujuk!!!

Leave a Reply