Menu Utama

Air Asia Tidak Akan Berpindah Ke KLIA 2 Pada 9 Mei ini?

Berdasarkan twitter pemiliknya, Tony Fernandes hari ini, dan maklumat terbaru yang kami terima, Air Asia hampir pasti tidak akan berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei ini seperti yang dijanjikan mereka minggu lalu.

Hari ini Tony Fernandes membuat beberapa komen di twitternya yang memberi gambaran beliau tidak begitu gembira dengan perpindahan pada 9 Mei 2014 dan mahu masa yang lebih panjang. Beliau seolah-olah memberi isyarat bahawa MAHB tidak memberi masa yang cukup kepadanya.

“Kami MAHB perlu memastikan LCCT terus berfungsi sepenuhnya sehingga 9 Mei. MAHB memberi kami sehingga 9 Mei, kami mahu lewatkan lagi.”

Dalam salah satu entri lain, Tony seolah-olah mengejek MAHB bahawa mereka bernasib baik mempunyai Air Asia, jika tidak mungkin tiada penumpang di KLIA 2

tonyTwitter

Hakikatnya, Air Asia telah dimaklumkan sejak setahun lalu untuk menguruskan proses perpindahan ini. Ketika syarikat penerbangan lain telah pun berpindah dan beroperasi sejak 2 Mei yang lalu, Air Asia telah diberi tempoh sehingga 9 mei ini.

Namun selain Twitter Tony, niat Air Asia jelas dengan beberapa gambar pejabat Air Asia di KLIA 2 yang tidak menunjukkan mereka boleh beroperasi dalam masa 4 hari lagi.

Air Asia tidak menjalankan sebarang proses renovasi mahu pun membawa masuk peralatan seperti sepatutnya. Gambar-gambar yang dihantar kepada kami jelas menunjukkan sikap mereka.

Pada minggu lalu kami mengingatkan Kerajaan dan Malaysia Airport Berhad (MAHB) agar berhati-hati dengan kenyataan Air Asia yang mengumumkan akan mengikut arahan kerajaan berpindah ke KLIA 2 selewat-lewatnya pada 9 Mei 2014 ini.

Dalam laporan kami, “Air Asia Setuju Sertai KLIA 2, Tapi Tony Masih Membisu

“Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai.- Air Asia”

Agak mengejutkan ialah keputusan dan kenyataan akhbar tersebut yang dilaporkan oleh suara.tv, dikatakan dibuat secara bersama oleh Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun bukannya Tony Fernandes.

Kemunculan dua orang yang dilihat rapat dengan kerajaan membuat kenyataan bukannya Tony Fernandes menimbulkan pelbagai tanda-tanya. Adakah ini akan memberi ruang kepada Air Asia mengelak disaat akhir? Ini kerana umum mengetahui bahawa walau siapa pun memegang jawatan, individu yang boleh membuat keputusan atau “call the shot” ialah Tony Fernandes sahaja.

Justeru amat menarik untuk melihat apakah Tony dan Air Asia akan membuat pusingan U disaat akhir atau telah ada rundingan sulit antara MAHB dengan Air Asia?

Berdasarkan maklumat hari ini, kemungkinan untuk Air Asia tidak berpindah sangat tinggi. Cuma kita tidak pasti apakah niat tidak mengadakan sebarang renovasi untuk membuka pejabat Air Asia di KLIA 2.

Ia sama ada untuk mencari alasan melewatkan perpindahan atau ingin melihat keadaan kucar-kacir di KLIA 2 pada 9 Mei ini.



« (Previous News)



18 Komen to Air Asia Tidak Akan Berpindah Ke KLIA 2 Pada 9 Mei ini?

  1. tony gunawan says:

    kenapa umno begitu kisah airasia tak pindah ke klia2,sedangkan tiada seorang penyokong umno menggunanya!

  2. raplahjingaa says:

    Air Asia dah biasa dengan layanan istimir ewa pada zaman pak lah mat tidoq, zaman la ni tak dak dah, depa jadi tak tentu arah, service yang buruk, flight memanjang delayed dah jadi sinonim dengan Air Asia…..tapi dengan alasan ” tambang murah ” penumpang telan saja segala kesukaran yang di hadapi.

    Tanpa layanan amat istimewa di zaman pak lah mat tidoq, Air Asia tak kan kemana-mana pun. Bila berpindah ke tempat baru, kena la belanja lebih sikit…..

  3. system baru says:

    tak benda murah.. nak berpindah pun nak pakai duit kerajaan apa jenis airasian ini..
    cukup2 lah kerajaan bagi tongkat pada airasian ini,, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin cepat bagi tahu pada Tony Fernandes itu tak benda murah dan tak ada tongkat pada kerajaan jika tak nak berpindah, malindo air pakai lori sendiri dan ubah pejabat sendiri pakai duit sendiri ya…

  4. baba says:

    tony ni memang sial la…byk sgt kerajaan bg muka,jadi mcm ni la

  5. raplahjingaa says:

    Tu la hang toni, ni bukan masaalah siapa yang guna AA, ni hal satu syarikat yang engkar dengan arahan kerajaan, dan arahan itu atas dasar memberi keselesaan pada penumpang…..

    Tak payah lah lagi berpayung-payung masa hujan naik tangga aircraft, macam cerita Indiana Jones ! Negara nak semakin maju, apa kelas naik fligt guna tangga ! budak

    cacai macam hang toni, apa yang hang tau…..budak SRJKC, low class.

  6. dkds says:

    Arahkan semua agensi yang berkaitan pindah pada 9hb mei nanti..nampaknya airasia sedang bekerjasama dengan media pro PR bagi memburukkan MAHB dan agensi kerajaan…

  7. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Tak mustahilkah airasia ni dah jadi salah satu alat kuasa luar untuk kucar-kacirkan Malaysia.
    Kalau benar apa yg dikatakan, siapa yg sebenarnya TF tentang atau perlekeh? Kerajaan atau pun DS Najib?
    Kalau tak silap, yg kerahkan airasia mesti pindah pada 9 Mei ialah PM DS Najib. Kalau Tony F tak mahu pindah, tidakkah dia boleh dianggap menentang PM?
    Dua ekor Melayu yg jadi umpan didepan airasia tu mampu buat apa? Bukankah selamanya Melayu ni cuma mampu diperalat oleh kaum imigran yg pintar dan kaya raya hasil menjarah di negara ini?

  8. mooo says:

    Tonu Gunawan kata tak ada sorang pun penyokong UMNO menggunakan Air Asia, betoi ka???

  9. mooo says:

    Siapa yg Bagi Aviation License kat TF?? H.he…

  10. kulaan says:

    Cukup -cukuplah Air Asia. Kami tak perlukan zaman Bedolah ke 2…

  11. raplahjingaa says:

    Apa la hang bodoh moooo….kalau hang pun nak license tu, minta je lah…kalau cukup syarat aku rasa kerajaan akan bagi kat hang…..moooo airlines !! heheheh…..

  12. mooo says:

    KOTA KINABALU – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) akan menganjurkan jelajah ‘Katakan Tidak Kepada Hudud’ di semua 27 bahagian tidak lama lagi untuk memperjelaskan rancangan Pas untuk membentangkan dua rang undang-undang persendirian di Parlimen.

    Ketua penerangan Upko, Albert Bingkasan berkata, jelajah itu untuk mengelakkan salah tangggapan di kalangan ahlinya di seluruh negara berhubung isu itu.

    Beliau bagaimanapun menyambut baik rancangan Barisan Nasional negeri untuk mengadakan ‘perbincangan menyeluruh’ tentang isu itu.

    “Ini isu yang rumit. Kami yakin bahawa jelajah ini akan membolehkan anggota kami mendapat kefahaman yang jelas mengenai isu itu dan pada masa yang sama memacu kami dalam proses kematangan bagi membangunkan negara,” kata Bingkasan dalam kenyataan di sini hari ini.

    Bingkasan berkata, Upko membantah pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini kerana ia bercanggah dengan semangat dan hasrat Perlembagaan Persekutuan.

    Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan ia adalah hakikat yang diperjuangkan oleh Upko dan pendirian ini sekali lagi disuarakan bulan lepas oleh pemangku presiden Upko, Datuk Madius Tangau.

    Pada Ahad, setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti gabungan itu akan menyatakan pendirian mereka berkaitan rang undang-undang Hudud hanya selepas kajian mendalam dijalankan.

    Bingkasan berkata, jelajah itu yang akan dikendalikan Biro Dokumentasi dan Penerangan Upko antara lain bertujuan memberi penjelasan kepada anggota parti tentang hudud dan Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhan. – Bernama

  13. system baru says:

    moo ada pas nak bagi penarang hudud pada ahli pr yg islam dan bukan islam, tak ada,, yg ada sibuk merusuh gst macam mat sabu, pas nak buat hukum hudud tak bagi penerang pada ahli pr yg lain, apa jenis pas ini semua di letak pada kerajaan, macam pas hukum nak berkesan, aku tak nak kes lepas kes liwat bini di benarkan macam kes lepas2

  14. anoi says:

    biarkan mereka beroperasi di LCCT sampai masa nanti pindah dia bila terdengar banyak rungutan penumpang, ada aku kisah… pedulikan….buat tak tahu aje.. senang cerita toksah pening pala memikirkan beruk ni….

  15. WTF says:

    Hehehe, airline Mooh namanya “BANGAU AIR”

  16. WTF says:

    Seperti aku kata dahulu, biarkan kapal terbang Air Asia duduk lama MEREPUT kat LCCT kalau masih DEGIL lagi tak mahu pindah!!!

  17. raplahjingaa says:

    toni dah terasa ” heat ” bila kerajaan tak sediakan tongkat lagi pada dia, dia jadi berlagak lupa daratan semasa kerajaan bagi bermacam-macam keistimewaan pada dia, itu tak payah bayar, ini tak payah bayar….la ni ??

    hehehehe….

  18. WTF says:

    Senang jer Tony Fernandes, kau jual jer F1 Team dan QPR tu…ada F1 Team dan QPR, bukan boleh menang apa2 piala pun

    Lepas tu pakai duit jualan tu nak pindah!!!

    Hehehehe, er…jangan lupa mintak anak anda bayar balik hutang PTPTN!!!

Leave a Reply