Menu Utama

Air Asia Kambinghitamkan MAHB?

Ramai pengguna syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asia tertanya-tanya apakah caj RM 3 untuk KLIA 2 yang dikenakan oleh Air Asia kepada para pembeli tiket mereka mulai 9 Mei 2014. Ini kerana caj yang sama tidak terdapat dalam tiket-tiket syarikat penerbangan tambang murah lain seperti Tiger Air, Malindo Air.

KLIA2fees

Menjawab pertanyaan TV3 hari ini, CEO Air Asia, Aireen Omar, menyatakan beliau tidak pasti namun kemungkinan besar merupakan caj daripada Malayasia Airport Berhad (MAHB).

Namun petang tadi MAHB mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mengenakan apa-apa caj berjumlah RM 3 dan mahukan AirAsia jawab isu yuran tambahan RM3 kepada setiap penumpangnya itu.

Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB hari ini memaklumkan pihaknya menerima banyak pertanyaan berkaitan bayaran RM3 yang dikenakan terhadap penumpang syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia. Namun pihak MAHB mahu syarikat AirAsia sendiri untuk mengulas tentang caj berkenaan.

“Kami telah bangkitkan isu ini kepada pihak AirAsia untuk menjawab tentang caj RM3 kerana pihak lapangan terbang tidak mengenakan ‘caj RM3’,” kata MAHB dalam satu kenyataan.

Ini menimbulkan tanda tanya apakah Air Asia mengenakan caj RM 3 tetapi menggunakan terma “KLIA2 Fees” sebagai usaha mengkambinghitamkan MAHB?






17 Komen to Air Asia Kambinghitamkan MAHB?

  1. kulaan says:

    Aku masih boikot AirAsia..

  2. baba says:

    satu penumpang rm3, kalau setahun 10juta guna klia2 naik airasia, dapat rm30j…….kaya tony…senang2 buat duit

  3. korokstabang says:

    Kerajaan patut melihat permainan kotor air asia ini jika dibiarkan makin merosakkan pedulikan makcik pidah si boneka air asia

  4. Hamba Ar Rahman says:

    Alaa…..tak payahlaa naik AirAsia……naik jer yang lain……

  5. tengkudin says:

    suka suka je betina ni salahkan MAHB…haramjadah tul ..
    tu semua nak cover dia punya utang..salahkan MAHB pulak..dulu kemain gatal nak air port baru..bila dah buat..banyak cekadah pulak..

  6. dkds says:

    Kes nak mengenakan mahb lah tu…kononya mrklah traniaya..

  7. marah rosli says:

    Saya rasa kerajaan harus bertindak tegas dalam hal ini.Ayuh Datuk Seri Hishamuddin,sila tunjukkan kewibawaan Datuk Seri dalam hal ini sama dengan kecemerlangan yang Datuk Seri tunjulkan dalam mengendalikan MH370.Saya juga rasa Air Asia sudah melampau.Sanggup menipu dan menuduh MAHB yang mengenakan RM3.00 itu.Saya nampak Aireen menggelabah sewaktu menjawab soalan ini–terpandang kekiri kekanan.Untuk membayar kos sistem operasi baru konon,bukan kah itu dibawah CAPEX?Atau kos penumpang kena bayar untuk guna aerobridge?Nama saja tambang murah tapi bila dibuat booking tiket yang kononnya “from RM55” atau “from RM99” dah habis.Mungkin yang dijual itu 10 atau 20 tiket sahaja.Mana Tony Fernandez,bukan nya Aireen yang terpaksaya menjawab issue ini.Kita bukan mahu boikot Air Asia,tapi kita fairplay,ketelusan dan penjelasan.

  8. Badrole Amin says:

    kalau MAHB tidak berupaya mengambil tindakan disebabkan kekangan undang-undang yang ada, pasti kementerian pengangkutan boleh kenakan tindakan terhadap AA kerana kenyataan aireen omar itu jelas satu fitnah(untuk mengkambinghitamkan MAHB) yang boleh kita tafsirkan sebagai AA mahu mengelak diri dari dipertanggungjawabkan dengan apa-apa liabiliti(penipuan) sekiranya ada pelanggan/penumpang merasakan caj RM3 itu adalah satu penipuan(tidak sepatutnya dibayar tapi telah diperdaya untuk bayar)

    jangan kita lupa AA pernah disaman oleh mahkamah Australia di Melbourne kerana menipu http://www.themalaysianinsider.com/business/article/airasia-fined-for-not-including-taxes-charges-in-advertised-air-fares…untuk ke dua kali AA menipu lagi dengan berani menyatakan butiran caj RM3 itu pada tiket penerbangan tapi mereka gagal memberikan jawapan(justifikasi) kepada caj RM3 itu dan MAHB pula cuba dipersalahkan(dikambinghitamkan)

  9. marah rosli says:

    Apa tindakan MAHB selain daripada buat penafian?Patut control harga tiket Air Asia ini macam control tambang bas sekolah/bas pesiaran.MAHB dan kerajaan saya nampak macam kena buli…kesian.

  10. Badrole Amin says:

    pertama, sudahlah gagal beri jawapan/penjelasan/justifikasi tentang caj RM3…kedua, boleh pula CEO AA main tuding jari pada pihak lain…ini apa punya etika?

    mungkin agak melampau aku kata CEO AA telah memfitnah MAHB tapi 2 perbuatan(gagal beri jawapan/penjelasan/justifikasi dan tuding jari pada pihak lain iaitu MAHB) itu aku anggap melampau yang perlu dikenakan tindakan jika tidak kepala si tony akan terus besar

  11. ammak says:

    aireen omar jawab pun dah macam keling tu jugak

  12. Sontoloyo says:

    perangai mereka sama macam yahudi.

  13. hentam ajelah says:

    …..walau pun caj 6rm sekali pun…..ramai yg pilih AA…..muraaaaah!!!!!!….

  14. raplahjingaa says:

    Bayar RM 50.00 ramai yang pilih air asia, sama jugak dengan air lanka, Biman airways, Garuda, South China airlines…ramai jugak yang naik, walaupun rekod maintainance pesawa-pesawat tidak ” mengujakan “.

  15. arhi says:

    Sudah menjadi sasar lintah darat penghisap darah,mengaut keuntungan tanpa perikemanusiaan,inilah jadahnya pabila perniagaan diketuai oleh keturunan ceti

  16. esamanja says:

    hentam ajelah
    May 10th, 2014 at 8:19 AM

    …..walau pun caj 6rm sekali pun…..ramai yg pilih AA…..muraaaaah!!!!!!….
    ————————————————————————————————————

    Bukan RM3 atau RM6 yang dipersoalkan tapi ketelusan. Letak aje kos tersebut atas apa-apa tujuan sekali pun tapi bukan dikambinghitamkan pada MAHB.

  17. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,a
    Apabila pihak berkuasa negara ini tidak dilihat tegas, maka rakyat yg ketaatannya hanya kepada ringgit akan berani berbuat apa saja demi keuntungan sambil melunaskan dendam yg ‘bagaikan tak dapat tanduk, telinga dipulas’.

Leave a Reply

Threesome