Menu Utama

Ahmad Razif Menteri Besar Baharu Terengganu

KUALA LUMPUR 12 Mei – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

razif-takirPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

“Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

“Baginda telah memperkenankan pelantikan ADUN Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda,” katanya.

Najib berkata, pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.- BERNAMA



« (Previous News)



3 Komen to Ahmad Razif Menteri Besar Baharu Terengganu

  1. baba says:

    harap mb baru ni buat lebih baik dr mad said, kalau tak sia2 saja ganti..

  2. Badrole Amin says:

    MB Terengganu yang baru harus ada sentuhan cepat mendengar/mengetahui denyut nadi rakyat seperti Mat Said lakukan memborong(kemudiannya Gardenia enggan menerima bayaran) semua roti Gardenia dalam lori untuk diberikan/diagihkan kepada rakyat yang terperangkap bersama kenderaan mereka di jalan raya akibat banjir

    jika tiada sentuhan seperti ini dari MB Terengganu yang baru maka aku anggap Najib telah membuat kesilapan menukarkan Mat Said…ungkapan yang selalu disebut oleh Najib kononnya mendengar denyut nadi rakyat akan aku anggap temberang atau cakap sampah sahaja

  3. alimedanbaru says:

    SOALNYA APAKAH ‘umno’
    AKAN BERKECAI kalau tak tukar MB?
    soalnya takboleh kompromi ke sabab Ahmad mintak selepas anak dia kahwin
    dia pun ada maruah diri!

Leave a Reply

Threesome