Menu Utama

Ahmad Said Munafik Lupa Janji Pegang Jawatan MB Setahun Sahaja?

ahmad said2

Kita telah tahu tahap kesetiaan Bekas Menteri Besar Terengganu terhadap perjuangan parti. Adakah beliau sedar maksud perjuangan UMNO yang sebenarnya ataupun beliau berjuang sekadar demi kepentingan peribadi selama ini? Adakah nilai tarikh perkahwinan anak beliau melebihi kepentingan perjuangan UMNO? Jelas di sini kita telah diperbodohkan oleh beliau selama ini. Beliau mempunyai motif yang cukup peribadi apabila berada dalam arena politik tanahair.

Selama ini kita selalu bercakap tentang pengkhianatan PKR terhadap perjuangan UMNO berteraskan kepada kepentingan peribadi dan individu tertentu yang mereka dewakan. Oleh itu para pengkhianat negara yang lain akan mengambil kesempatan untuk mengheret mereka yang bertuhankan pangkat dan harta untuk bersama mereka.

Dalam isu pertukaran Menteri Besar Terengganu ini, sepatutnya ia berjalan dengan lancar. Namun atas hasutan “tangan ghaib” maka para pengkhianat negara dapat mengambil kesempatan atas kelemahan Ahmad Said dalam memperjuangkan semangat UMNO yang tulen.

Sebenarnya perkara ini sepatutnya bukan lagi satu rahsia. Ahmad Said telah membuat perjanjian bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar Terengganu selama setahun untuk penggal ini. Tarikh tersebut telah pun tamat pada 8 Mei yang lalu. Namun atas hasutan kumpulan tertentu manusia telah menjadi tamak haloba dan lupa terhadap janji mereka sendiri. Alasan tarikh perkahwinan anak beliau hanyalah satu alasan “bodoh” yang cuba diberi oleh beliau. Beliau sepatutnya sedar bahawa rakyat tidak sebodoh itu.

Tindakan Ahmad Said mengisytihar diri keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas membuktikan tindakan tidak bertanggungjawab beliau yang tidak matang dalam berpolitik. Ianya juga menunjukkan tindakan seorang munafik yang tidak mengotakan janji. Oleh itu tindakan yang mementingkan diri dan mengikut perasaan ini bakal merosakkan nama beliau sendiri dalam arena politik negara.

Kononnya beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini. Kononnya beliau tidak dapat menerima alasan dari PM bahawa majlis perkahwinan anaknya itu soal peribadi. Ahmad Said telah mengugut bahawa jika beliau keluar UMNO maka jangan salahkan beliau. Ini antara alasan paling bodoh dan jelas Ahmad Said tidak layak sebagai seorang Menteri Besar.

Bukan setakat itu sahaja, Ahmad Said telah menggunakan alasan kenduri anaknya untuk turut mempengaruhi beberapa adun lain untuk turut sama keluar parti. Ini jelas merupakan tindakan sabotaj ke atas parti ekoran dari penderhakaan kepada parti, Perdana Menteri dan Sultan. Kita boleh lihat wajah sebenar seseorang itu apabila dia berada dalam kekecewaan. Rupa-rupanya Ahmad Said memilih wajah seorang penderhaka.






21 Komen to Ahmad Said Munafik Lupa Janji Pegang Jawatan MB Setahun Sahaja?

  1. apahal? says:

    Aku tak tahu apa cerita yang lain lain, tapi tindakan Ahmad Said sgt tidak boleh diterima akal.

  2. raplahjingaa says:

    PM ni pun satu ngok !! dia dah minta sampai 17 May, apa salahnya tunggu 2/3 hari lagi, bukan lama pun, kalau dengan cina Najib ni sanggup bertolak ansur sampai maruah bangsa tergadai….kenapa dengan ahmad said dia nak berkira sangat !!

    Yang patut meletakkan jawatan ialah Najib !! ramai foremer akan marah….tapi itulah kenyataan,, Najib tak menguatkan UMNO, malah banyak tindakan Najib seperti menikan ahli UMNO dari belakang !!

    Dia lupa UMNO menang bukan sebab rakyaat sayangkan dia, melainkan adik beradik dia sendiri, tapi UMNO menang kerana orang Melayu masih sayangkan UMNO !!

  3. anti-pas haramjadah says:

    Dua menteri besar trg yg paling munafiq. Hadi bawang ngn mat said

  4. sman says:

    Sebenar nya utk menghadapi kerenah pemimpin Umno,pemimpin utamanya kenalah se orang yg bijaksana.PM Najib tidak termasuk dalam kategori ini.Ramai lagi pemimpin bertaraf Mat Said dalam Umno,mana mungkin orang sperti Najib mampu menguruskannya,isteri sendiri pun tidak mampu di bentuk dgn baik utk mengikut tatasusila sesorang pemimpin Melayu Islam,orang lain apatah lagi.

    Kalau satu oraganisasi kucar kacir,jangan salahkan sesiapa salahkan saja pemimpin utamanya,selepas itu salahkan juga para ahlinya yg gagal memilih pemimpin yg bijaksana.

  5. jackal47 says:

    Tu lar pasal…gelojoh sgt najib…12hb dgn 17hb…5 hari je beza..tak boleh ke nak tggu…mungkin sbg anak bangsatwan..dah lupa tatasusila melayu…nak tunjuk kunun dia lar berkuasa..yg dulu masa bodolah mungkir janji dgn tun m..knp najib x bising pulak…..lg lama tempoh dia mungkir..nmpk sgt mmg najib ni dah x suka sgt2 dan benci sgt2 pd mat said…menda budibicara..santun halus melayu bertolak ansur pun dia takleh nak ikut…mmg ptt lar mat kenakan dia balik…

  6. mohamad noor says:

    Sengaja mencipta tarikh kenduri anaknya pada tarikh yg membawa sangkutan masaalah jawatannya

  7. pego says:

    Walaupun aku bukan PM tapi aku boleh baca karektor Mat Said. Dia seorang MB yang berpengaruh. Kalau kita ambil tindakan ini…ini akan berlaku so baik jangan jolok sarang tebuan.

    Lagi satu T. Nan s/u UMNO ni bila jawab soalan tersengeh-sengeh macam mempersendakan perletakan jawatan MB Mat Said ni apahal, gila ke?

  8. itsme says:

    setuju ngan raflahjingga… walauapa pun 17/5 tu sgtlah murah jika nak dibandingkan dgn kehilangan kerusi dun2 umno.. SUA UMNO pun sengal lah.. ini satu pertimbangan yg mudah..

  9. jadore says:

    seminggu aje pun bukannya setahun baru nak letak jawatan. Najib pun dah kenapa? klu dah x perlukan khidmat Mat Said tuh sekurang2nya hargailah jasa2 beliau selama 5 tahun menjadi MB Terengganu. baguslah biar Najib rasa Terengganu akan dapat kpd PAS! UMNO nih makin lama makin x relevan lg dah! jgn gah pada persidangan dan perhimpunan UMNO saja!!

  10. alimedanbaru says:

    kalau seorang yg bertaraf MB spt mat said dan adun-adun pengikutnya boleh bertindak sedemikian rupa maka maknanya UMNO memang telah dimakan anai-anai..silap hb tumbang telentang dan pecah kepala masuk ICU!

  11. dkds says:

    Tindakan ahmad said keluar parti dan mengugut Umno adalah tindakan sabotaj pada Umno…prrbuatan ini tidak boleh dimaafkan…

  12. baba says:

    aku simpati dgn mat said, tapi bila dia dah keluar umno……..hilang simpati aku.aku rasa memang patut pula org mcm ni tak jadi mb

  13. jackal47 says:

    Yang dok dlm umno tu betul2 sygkn umno ke? Betul2 sygkn melayu dan islam ke?

  14. acid says:

    Hhmm..alahai

  15. KU NORA says:

    kepentingan peribadi mengatasi maruah diri…puiiiiiii!!! pengkhianat!

  16. Rosmah87 says:

    HAHAHHAHAHAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA
    APA KAU RASA UMNO??? DULU DI PERAK SKG KAU KENA BALIK..

    ITUPUN TANPA CAMPURTANGAN PR

    UMNO TUMBANG DI TERENGGANU

  17. Semangat Dato' Haron says:

    X de rugi apa2 pun dia keluar dari UMNO. Sekurang2nya x delah lepas ni UMNO Terengganu nk berpecah belah. Dah tahu ko patut berhenti lepas setahun yg ko pilih tarikh kenduri kahwin masa bulan mei nape??? Cari penyakit?? Syabas Najib kerana berani membuang parasit sebegini. Masa sokongan Melayu satu negara meningkat pada UMNO masa PRU-13 kt Terengganu merosot mendadak. Nampak sgt salah Mat Said.

  18. kulaan says:

    Pemikiran najib macam tak ada bezapun dgn mat said.dgn mca boleh tolak ansur pulak.

  19. jackal47 says:

    Pandai pun…sokongan melayu meningkat…tapi najib asik nak jg hati cina jer…skrg dia buat lg tindakan yg menyakitkan hati melayu…apa punya bangsatwan daaa

  20. K says:

    najib suruh mat said bhenti sbb tak perform!!yg dia tu tak perform 1 msia tak nak pulak bhenti??najib keep blame org lain..salah kn cina tak undi lah..salahkn org lain tak undi la..pdhal kalau nk diri kte dsukai..bkn dgn cara mmaksa org..mcm beri br1m harapkn undi..tp dgn cara yg bijak..kalau kte buat kerja dgn baik..ekonomi rakyat baik..automatik sokongan rakyat beralih ke BN..tak pyh guna media hari2 kutuk PR..apa yg aku nmpk..najib sengaja nk buat BN dibenci!!

  21. WTF says:

    Mimpi Rosmah87 TIDAK KESAMPAIAN!!!

    Kesian MACAI DAPigs seekor ni!!!

Leave a Reply

Threesome