Menu Utama

Ahmad Said Buktikan Dia Memang Layak Diganti Sebagai MB

IMG-20140513-WA0006

PENULIS tertanya-tanya juga, siapa dia yang bekas Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Ahmad Said ni nak bodoh-bodohkan bila bagi alasan kononnya dia keluar UMNO malam tadi kerana Perdana Menteri tak benar dia pegang kuasa sehingga kenduri kahwin anaknya selesai 17hb nanti.

Apa pulak kaitan kenduri kahwin anaknya dengan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar?  Tak sah ke nikah, tak meriah ke kenduri, tak sedap ke lauk kalau masa langsung tu Ahmad Said bukan Menteri Besar?

Rasanya penulis tak mahu spekulasi panjang sebab Ahmad Said pun tahu kenapa dia perlu digantikan dengan orang lain.  Ahmad Said juga tahu alasan dia keluar UMNO bukan sebab kenduri kahwin anak 17hb, itu semua hanya nak bodohkan orang saja.

Tapi apa pun sebab itu tak penting sebab yang penting sekarang jelas Ahmad Said bukan berjuang untuk UMNO dan Barisan Nasional, dia berjuang untuk dirinya sendiri.  Sebab itulah Ahmad Said guna alasan paling bodoh untuk justifikasikan tindakannya keluar dari UMNO.

Jika semua orang masih tidak sedar, adalah sebablah kenapa Terengganu yang catat prestasi baik pada 2008 (dikala banyak tempat catat prestasi buruk) dengan majoriti 2/3 dalam DUN, merosot teruk dalam PRU13 apabila BN dan pembangkang hanya berbeza 2 kerusi DUN saja.

Salah satu sebabnya, kerana rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan Ahmad Said letak orang-orang dia sendiri di beberapa kerusi DUN yang BN sepatutnya boleh menang, ketepikan winnable candidate untuk pastikan dia ada kelebihan bila berlaku keadaan macam sekarang.

Macam yang kita tahu, selain Ahmad Said, setakat ini dua ADUN BN yang lain sudah isytihar keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, dipercayai mengikut jejak  Ahmad Said.

Dengan salah seorang itu adalah biras dia sendiri!!

Selain itu fakta juga menunjukkan, majoriti ADUN BN yang menang pada 2008, tidak dicalonkan semula oleh Ahmad Said dalam PRU13 yang lepas.

Adakah orang ini layak dipanggil pejuang bila tema perjuangannya hanya untuk dirinya sendiri?  Penulis tidak rasa begitu, malah penulis rasa dia layak diletakkan setaraf dengan bekas orang UMNO macam Anwar Ibrahim, yang mengkhianati perjuangan UMNO hanya kerana tidak berpuas hati bila tindakan dikenakan ke atasnya.

Diakhirnya, Datuk Seri Najib buat keputusan yang betul dengan menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.  Ini dibuktikan dengan tak sampai 24 jam selepas diganti, satu Malaysia nampak warna Ahmad Said yang sebenarnya.

Pejuang apa macam ini?






23 Komen to Ahmad Said Buktikan Dia Memang Layak Diganti Sebagai MB

  1. jebon says:

    Pejuang Taik kucing ..

  2. tarabas says:

    Mula rasa DS Najib salah..tapi bila fikir kembali, tindakan Mat Said memang dah tersasar..jelas perjuangannya sama dengan perjuangan c peliwat Negara.

  3. yusri says:

    Najib sebenarnya yang bodoh…………tangani krisis pakai kepala lutut…………..patut lah dunia ketawakan malaysia…………presiden umno dah mcm tu…pengikut/ahli apa lagi……..27 kali ganda bodoh dari najib…………

  4. baba says:

    mat said keluar umno satu pengkhianatan tapi tgk kad kahwin tu kenduri di rumah mb……dia nak buat mana kenduri lepas ni.

  5. jackal47 says:

    Yang dok dlm UMNO tu skrg betul ker berjuang utk melayu dan Islam? Klu org dlm umno sendiri dah main busuk…buat apa nak tggu dlm umno? Knp hanya isma dan perkasa yg berbunyi bila kepentingan melayu dan islam diasak? Knp bila diberi mandat oleh org melayu islam…semakin kepentingan cina pulak diberi keutamaan? Umno busuk dikepala…jd jgn salahkn org2 dibwhnya bila perkara ni berlaku…

  6. Hamba Ar Rahman says:

    …betul tu Tarabas….aku pun setuju ngan hang…tapi walaubagaimanapun aku tetap tak dapat nafikan yang bermacam2 perkara yang tak pernah berlaku sudah berlaku pada zaman DS Najib jadi PM…..lepas ni kita tak tahu akan dihidangkan dengan isu apa pulak…..

  7. sd says:

    mu pung bodoh… bagi la muka ke dia sikit… kad kahwin tu tulis rumah MB, takkan tak boleh tunggu miggu depan… cuba la pikir, mu letak MB, padahal mu bukan MB lagi.. tak ke aib namanya tu… NAJIB suka mengaibkan orang ke?

  8. adi says:

    pengalaman dan sejarah mengajar kita. adakah parti lain selain bn yang layak bagi saya jauh panggang dari api lagi teruk dari bn. pas pernah memerintah ada ape?

  9. system baru says:

    bagi aku kita kena fikir solan kemanusian dan budaya melayu tak akan halau keluar ketika orang itu buat keduri, ini memalukan beliau tunggu dia lepas keduri

  10. Rosmah87 says:

    HAHAHAHHAHAH

    DULU PERAK SKG TERENGGANU WOIII…
    KARMA 1-0 UMNO
    HHAHAHHAHAAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA

  11. anak jati ganung says:

    Maaf ler…nok beri pendapat sikit…rasenye admin dok patut kate gitu ke bekah mb negeri ambe… byk gok la ye tolong rakyat…kalo kite pon rase sedih ape yg kute buat org dok nampok..org dok hargai… mmg nampok cam pentingkan diri tp cube kite pk..kad2 undangan mesti doh edor…pastu tibe2 kne letok jwtan..sian la ke famili ye…doh set doh kt rumoh mb tibe2 jadi gini… lagi pon dok sapa 2 mggu lagi doh mjlis tu…

  12. pego says:

    Kalau dia minta tangguh sehingga lepas 17 hb, kau ye-ye juga suruh dia letak jawatan sekarang juga kau nak test kepala bana sapa?

    Kau nak suruh orang berkorban sedangkan as simple as minta tangguh lebih kurang seminggu lagi pun kau tak boleh kompromi…apa rahhhhh

  13. matihidupbn says:

    aku setuj dgn penulis…………..sebenarnya dari dulu aku lihat , bila ahmad said bercakap kat press atau tv, akap macam gangster., tak de ciri pemimpin dan yang terserlah ialah apabila pangkat ditarik , teru s keluar parti , sebijik macam anwar kaki liwat,,,,,,,,nak harapkan pas nak menegakkan islam….. air kat kelantan pun tak setel

  14. MemangTerok says:

    Kita rasa terkilan kerana Ahmad Said tidak dibenarkan tunggu sehingga selepas majlis kahwin anaknya yang sudah di rancang. Tetamu sudah di jemput, venue sudah ditetapkan. Walau tak ada kaitan dengan kerjajaya MB nya tapi hal ini seharusnya diambil kira.

    W/pun begitu kita tidak suka tindakan keluar parti yang diambilnya. Ini hanya memudahkan orang menilai tahap perjuangan dia yang tak berapa tinggi .

  15. Zaki says:

    Teringat kata-kata Tun M di zaman krisis antara dia dengan Tun Abdullah Badawi dan Tan Sri Rafidah.. Dia kata begini lebih kurang… “waktu pemerintahan saya memang ada sesetengah pemimpin yang saya tak suka, tapi disebabkan orang pilih dia, maka saya akur. Malah ada yang diberikan jawatan di dalam kabinet”. Tun M adalah orang yg bijak berpolitik. Dan faham maksud ‘power sharing’. DS Najib amat lemah… Padahal, isu ni boleh ditangani dengan baik. In fact, it was a non issue. Until now. Angin tak ada, ribut tak ada. Inilah masalahnya bila pucuk pimpinan di’groom”, dia tak ada ‘struggle’. Tak tahu susah senang. Diberi on ‘silver platter’. Semua Presiden UMNO yg lepas, semuanya ada ‘struggle’nya sendiri. Semakin malang la Melayu. Sekarang ni nak pakai hak keistimewaan orang melayu pun, is not guilty free anymore.. Wake up… Pass the ‘baton’ la kalau tak mampu… Sigh

  16. esamanja says:

    Kakitangan kerajaan yang tinggal di kuarters ada tempoh 1 bulan untuk keluar kuarters. Walaupun dah letak jawatan MB, masih ada 1 bulan untuk tinggal di rumah tu kan. Sempat lah adakan majlis tu.

  17. K says:

    kalau najib suruh mat said berhenti sbb terengganu menang tipis??knp najib sendiri tak bhenti sbb pilihan raya negara BN kalah teruk!!cukup2 mkn je!!ahli umno kena buat sesuatu..pilihan raya umno nk dekat!!kalau najib boleh tekan mat said letak jawatan..knp ahli umno yg byk tak boleh tekan najib letak jawatan??

  18. anti-pas haramjadah says:

    Kepentingan rakyat trg mendahului kepentingan ank mat said nak kawen. Knpa nk cmpur aduk masalah peribadinya. Lps ni nenek dia plk nak kawen, pastu kucing dia plak nk bertunang.

  19. jackal47 says:

    Majlis 17hb dibuat dikemaman..sudah tentu utk meraikan org kg dia..sudah tentu dia nak meraikan org kg dia kali terakhir sbg mb…nama pun majlis kesyukuran….xkan tu pun najib x paham…bengap sgt….

  20. artpunya says:

    PM Najib nak patut lebih peka dan bertolak ansur. Tak jadi masalah pun untuk tangguh perletakan jawatan tu. Ahmad Said bg tau anak dia nak kawin, mmg la tu peribadi sebab benda tu dh prepare buat kt umah MB. Jagalah air muka org sama..bkn org lain, pemimpin umno juga. Jenih PM Najib mcm ni kita tak payah lagi nk bertolak ansur dgn dia la sbb dia dh bg contoh no compromise. Harap kem muhidin bertanding presiden next umno election.

  21. abe says:

    Asallamualaikum semua yg beragama islam…sja nak bagi contoh untuk pencerahan …anda semua kena saman.. dalam surat saman tu di tulis tarikh bicara di mahkamah..biasa nya tarikh saman sehingga ke mahkamah ambil masa 3 bulan….anda pun tandatangan surat itu…lepas tu anda rancang tarikh mahkamah anda tu anda buat kenduri arwah…lps anda pi jumpa pegawai mahkamah minta tangguh bicara sehingga lps kenduri arwah….agak2 nya mahkamah tu terima atau tidak alasan anda itu….dan kalau hari yg sama anda di tangkap atas waran mahkamah…anda bagi lh alasan ….kenduri arwah….jadi siapa yg salah? FIKIR LH SENDIRI..

  22. WTF says:

    Rosmah87 percaya hukum karma???

    Kristian mahzab mana ni??? Mazhab di mana Jesus Christ tu org Cina ka Rosmah 87???

    http://weeklyworldnews.com/headlines/44370/chinese-jesus/

  23. JokerJoe says:

    Bukan dia tak tahu tarikh akhir ia menjadi mb mengikut perjanjian tu. Tapi yg pi rancang nak buat kenduri kahwin lepas tarikh tu kenapa ya? Ada udang di sebalik mee ke? Agaknya tetamu kaya2 nak bawa hadiah yg serupa ke utk mb yg berkuasa berbanding dgn bekas mb yg tak berkuasa

Leave a Reply