Menu Utama

ADUN Ketiga Keluar UMNO, Terengganu Bakal Adakan Pilihan Raya Negeri?

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Roslee yang juga exco kemajuan luar bandar negeri dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata:

“Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta.”

Awal hari ini, bekas menteri besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar Terengganu tidak lama selepas penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Berikutan itu secara teorinya, Barisan Nasional Terengganu hilang majoriti mudah yang mereka pegang selama ini. Ini memungkinkan akan berlaku pilihan raya umum negeri.

Krisis ini menyaksikan kuasa terletak kepada Sultan Terengganu sama ada untuk mengisyitiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri atau memanggil semua ADUN dalam masa terdekat untuk mencari keputusan siapa yang mendapat majoriti sokongan bagi dilantik sebagai Menteri Besar.






3 Komen to ADUN Ketiga Keluar UMNO, Terengganu Bakal Adakan Pilihan Raya Negeri?

  1. sungai_siput says:

    hantam saja lah…….
    kadang2 pengkianat perlu di ajar……
    sifat takut sebenar nya penjara besi bagi kehidupan
    tetapi jua sifat takut ini adalah antara kurniaan PENCIPTA kepada mahkluk2 NYA, guna kan di tempat yg sebaik baik nya, tapi bukan dgn Traitor…

    lagi sekali hantam saja lah labu…

  2. Hamba Ar Rahman says:

    @Sungai_siput……pengkhianat memang perlu diajar…tapi jika terlalu ramai pengkhianat dalam Umno…..maka ia bukan lagi perlu diajar…tapi perlu dinyahkan….tapi jika dinyahkan dan basuh bersih….sudah tentu Umno masuk gaung dan tak boleh keluar-keluar dah….memang betul kata TDM…Umno ni sudah terlalu busuk dari kepala sampai ke ekor….kita memang sayang kepada Umno yg telah berbakti kepada negara selama lebih 50 tahun….tapi sayang sahaja tidak cukup….anak kalau sudah buat salah perlu dirotan atau hantar jer masuk jel…dan begitu juga Umno…jika masih tak dapat belajar….memang patut diajar sampai insaf….

  3. system baru says:

    jika tak buat pilihan raya sangup bn kongsi kuasa mungkin tidak, lupa pesan kuasa melantik mb di bawah sultan ,umno kena buang orang tak berguna dalam unmo terengganu, bagi aku bair mb ahmad said buat kenduri selepas itu benar dia letak jawatan 30 mei ke atas dasar kemanusian’ ahmad said ada jasanya, aku melihat penyakit lama umno dah datang balik, penyakit anwar ketika umno dulu saling jatuh menjauhkan orang lain, penyakit sukar ubat kalau najib tak sedar2 tak tahu aku ini

Leave a Reply

Threesome